Monday, November 15, 2010

BILA KITA SUDAH TIADA .....

Bila kita sudah tiada, kita akan diuruskan orang. Jangkaannya, sebab kita orang Islam, pastilah kita akan dibawa ke kawasan seperti yang dalam gambar di bawah untuk disemadikan. 

Sumber: Buku "Indahnya Hidup Bersyariat"
oleh Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid

Memang macam-macam cara orang mati diuruskan. Lazimnya, pada penghujungnya si mati dikuburkan atau dikebumikan. Maksudnya dimasukkan ke dalam perut bumi. Secepat yang boleh. Walaupun ada masyarakat yang menyimpan ahlinya yang mati untuk beberapa lama sebelum dikebumikan. Ada pula yang dikebumikan, tapi setelah beberapa tahun digali semula dan dikebumikan sekali lagi.

Ada yang apabila mati diawet sebelum dikebumikan, seperti pada zaman dahulu. Yang mati ada yang dikenakan pakaian kemas sebelum dikebumikan. Orang Islam pula, dikapankan secara mudah sahaja. Apabila telah dikuburkan, ada pula yang ditandakan kuburnya dengan cara yang mudah dan murah dan ada dengan cara yang kompleks dan mahal.

Si mati, ada yang semasa hidupnya telah menempah tempat pengkebumiannya. Biasanya di kawasan yang istimewa. Ada yang tidak perlu membuat tempahan, tetapi masyarakatnya akan mempastikan bila dia mati, dia akan dikuburkan di kawasan tertentu.

Tidak ada cerita orang ‘dikebumi’ dalam air hari ini. Kecuali masa zaman kapal laut dahulu, yang mati akan dikuburkan di perut laut. Jemaah haji yang menggunakan kapal laut dulu pun, ikut ceritanya, apabila meninggal dunia dikuburkan di dasar laut dengan cara ditenggelamkan dengan benda berat.

Ada pula orang mati yang tak dikebumikan, tapi dibakar dan abunya disimpan. Atau si mati diletakkan sahaja di atas tanah, di kawasan yang telah ditetapkan. Atau si mati dimasukkan ke dalam lubang yang dibuat di cerunan bukit, setinggi mungkin, atau di rongga-rongga dinding gua.

Memang bermacam-macam pulalah upacara atau ritual kebudayaan atau keagamaan yang dilangsungkan berkaitan dengan pengurusan si mati, sama ada si mati itu dikebumikan atau tidak.

Yang juga nak disembangkan di sini ialah, kalau dikira, untunglah orang mati yang sudah tentu akan dikebumikan di tempat-tempat yang telah dikhaskan. Sebabnya, ada kumpulan-kumpulan orang yang sudahlah masa hidupnya susah, semasa mati pun tak ada tempat yang sempurna untuk pengkebumian.

Jadi yang ada tanah khas, walaupun berbayar, wajarlah berhemah dalam menggunakan ruang. Tambah-tambah di kawasan baru. 'Pembaziran' perlu dielakkan. Contohnya, janganlah kalau di sesuatu kawasan boleh digali tiga ruang perkuburan, digali untuk dua sahaja, atas alasan ‘biar lapang’. Kalau di kalangan kita yang beragama Islam, lapang tak lapang kubur seseorang yang mati itu bukanlah bersandarkan kepada ruang fizikal sebenar persekitaran kuburnya.

Saja nak berkongsi kisah penduduk miskin di Daerah Navatos, Filipina.  Mungkin ada yang telah membaca mengenainya. Komuniti yang mahu mengkebumikan ahlinya yang mati ini tak dapat berbuat demikian kerana ketiadaan tanah.  Yang mati ‘dikuburkan’ di dalam 'kotak-kotak konkrit', yang disusunlapis seperti rumah pangsa. Di atas ‘perkuburan’ itu jugalah orang tinggal dan menjalani kehidupan mereka sehari-hari. Cukup lima tahun, si mati perlu dikeluarkan bagi memberi ruang kepada yang lain. Tulang temulangnya diselerakkan di kawasan itu juga.




                                                      Sumber maklumat dan gambar: STARTWO, 
                                                                              Akhbar The STAR, 12 Julai 2010.

 
Syukurlah kita orang Islam, yang mempunyai kepercayaan 'berasal dari tanah' diwajibkan untuk 'dikembalikan' ke tanah semula bila sampai masanya, yang dikhaskan kawasannya,  sehingga dibangkitkan semula pula kemudiannya oleh Allah Maha Pencipta.


20 comments:

ckLah @xiiinam said...

Syukur kita dianugerahi Islam...
Yang percaya kepada qada' dan qadar...
Maka, cara kematian yang dalam gambar terakhir itu kita boleh elakkan...


Pertama kali saya menghadap seseoang yang sedang menghadap sakratul maut....sungguh menginsafkan. Entri itu masih menduduki cart entri-entri di blog saya http://xiiinam751.blogspot.com/2010/08/sakratul-mautdia-tidak-berlengah-atau.html)

ckLah @xiiinam said...

Selamat hari raya esok ya...

Nyembeleh sapi opo wedos?
ckLah urong nyekel pitek...

sahromnasrudin said...

salam ziarah tuan temuk..sangat touching entri ini..terima kasih ya..salam eiduladha 1431h untuk tuan temuk...

Temuk said...

Salam ckLah
Benar. Ustaz-ustaz selalu ulangi dalam ceramah, sebesar-besar anugerah yang kita terima adalah Islam dan iman. Bersyukurlah kita di atas anugerah itu.

Piteke seng nang pasaroyo wae, kok. InsyaAllah melu konco2 nang suro, bareng2 nyembeleh lembu. Lembune seng nang Sg Manila diiket apik2, ngesok insyaAllah diparingi korbane apik selamet karo diterimo Pengeran.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA.

Temuk said...

Salam SAHROMNASRUDIN
Ingat nak tulis mengenai 'burial rites in different cultures'. Tapi pasti jadi cerita panjang pula. Dulu nak fikir tentang 'pemergian' tu rasa 'tak terfikir' pun! Macam-macam perasaan. Bila dah peringkat umur ini, kenalah realistik dgn realiti yang ditentukan-Nya!

Selamat menyambut hari raya eidul adha.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) said...

Assalamualaikum Cikgu,

Pertama sekali, "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA".

Alangkah amannya dunia ini sekira hambaNya selalu mengikati perjalanan semakin hampir ke destinasi setiap saat. Yang akan membantu bukannya harta benda yang tidak diberkati atau status, tetapi amal jariah & amal ibadat.

Maiyah said...

bersyukur jasad org Islam brsemadi dgn baik

Kakzakie Purvit said...

Salam Cikgu,

Driver kakak org tionghua dah tempah tanah RM 22,000/- di memorial park utk diri sendiri. Jadi syukur kita org Islam tak perlu itu semua sebab tahu bila mati memang akan ditanam ditanah perkuburan yg sedia ada.

Menginsafkan diri N3 kali ini.

Temuk said...

Salam MEJ. NOR IBRAHIM

Semoga raya haji tahun ini dilalui dengan penuh keberkatan & semoga segala pengorbanan sebagai petanda memperhambakan diri kepada-Nya diterima-Nya.

Temuk said...

MAIYAH

Memang bersyukur kita dengan ruang yang tersedia, insyaAllah, bila tiba masanya. Sehingga ketemu lagi, salam bahagia.

Temuk said...

KAKZAKIE

RM22,000! Itu pun agaknya bukan 'lot' termahal, ya? Kalau kita, wang sebanyak tu insyaAllah boleh kita gunakan utk pergi haji dgn pakej yg agak selesa. Salam bahagia.

Azian Elias said...

Salam Temuk,

tak tau saya yang kubur2 di filipina sampai cam tu.. Tapi saya suka tgk keadaan kuburan di Indonesia.. Sejuk mata memandang.. Yg ada rumput menghijau..sama je rupanya tak kira miskin atau kaya...

Temuk said...

Salam YAN

Tidak semua kubur di Filipina demikian keadaannya. Yg dlm entri saya itu adalah 'pengkuburan' di kalangan komuniti miskin di Daerah Navatos sahaja.

Memang eloklah kalau kawasan perkuburan tidak menampakaan adanya fenomena stratifikasi masayarakat yang ketara. Dari satu segi, kubur di negara kita juga memang mencerminkan pemeringkatan ahli masyarakat. Contohnya, ada perkuburan yg dikhaskan utk orang-orang tertentu sahaja. Dan ada kubur-kubur yg sangat indah batu tandanya, sedangkan yang lain, mungkin hanya bertanda batu granit yg bernombor siri sahaja.

Ceria selalu!

Eki said...

Terima kasih sudah berkunjung ke laman blog saya. Salam kenal juga.

Renungan Anda mengenai kematian sungguh menyentuh.

Salam.

Aida Ali said...

Mesti mereka tak rasa takut langsung macam kebanyakan orang rasa

Temuk said...

Salam Eki
Terima kasih kembali. Semoga dapat terus berhubung di alam maya ini. Di sebalik foto-foto cantik di blog saudara, saya dapat menikmati keindahan bumi dan warga Indonesia. Ketemu lagi.

Temuk said...

Cikgu AIDA ALI
Tahap sosio-ekonomi yg rendah nampaknya memaksa mereka tinggal di kawasan sedemikian rupa. Kenalah biasakan diri dan paksa hati supaya tak takut.

Mungkin ada rakan-rakan kita yg sudah tua pun takut melihat jenazah! Salam.

Al-Manar said...

Dengan kesedaran dimana kita berakhir biarlah hidup yang singkat ini di ditanam dengan pokok pokok yang kita tahu akan kita nikmati buahnya satu hari nanti.

Temuk said...

Salam Al-Manar

Amat benarlah yang dikatakan itu. Alangkah sukarnya mahu bertanam, dek banyaknya pengganggu tanaman. Penanamnya pula bukanlah 'arif. Walau apa pun, semoga DIA mengasihi penanam kerdil yang sentiasa alpa, dan meredhakan buah bermadu dari tanamannya yang tak seberapa.

pheated said...

replica bags dubai replica bags wholesale india replica bags online pakistan