Jumaat, 22.10.2010. Selepas ke beberapa destinasi di KL dengan tak seronoknya hati dek kesesakan lalulintas, aku menuju Masjid Universiti Malaya (MUM) untuk solat Jumaat. (Rasa-rasanya masjid ini dulu diberi nama Masjid Al-Rahman). Hajat kecil sampingan, mahu lihat bagaimana keadaan masjid. Lebih daripada 40 tahun dulu, semasa menjadi pelajar UM, itulah masjid yang aku dan rakan-rakan kunjungi untuk bersembahyang Jumaat.
Sekeliling MUM ketara dipenuhi dengan struktur dan infrastruktur baru, termasuk bangunan-bangunan tinggi dan jejambat-jejambat besar. MUM tenggelam di dalamnya!
Rupa masjid pun sudah berubah. Wajah asalnya dulu memang distintif sekali. Adakah yang dulu di UM ingat wajah asalnya seperti di bawah ini?
Tiada sudut yang memungkinkan aku mengambil gambar keseluruhan MUM dengan wajah barunya tempoh hari. Aku pun tak dapat bayangkan macam manalah rupa sebenar wajah barunya itu. Dilihat dari sebelah dalam, memang jelas ia telah diperbesarkan. Sambungan di sana sini di sekeliling bangunan asalnya.
Masa belajar manalah ada kamera.... Mujurlah ada beli poskad di Campus Store yang boleh digambar semula. |
Tiada sudut yang memungkinkan aku mengambil gambar keseluruhan MUM dengan wajah barunya tempoh hari. Aku pun tak dapat bayangkan macam manalah rupa sebenar wajah barunya itu. Dilihat dari sebelah dalam, memang jelas ia telah diperbesarkan. Sambungan di sana sini di sekeliling bangunan asalnya.
Yang aku pasti, kubahnya tetap yang lama.
Nampanya lebih berbagai kelompok etnik yang sujud di bawah kubah ini, berbanding dengan zamanku dulu. Benarlah, Allah jadikan manusia itu berbagai-bagai bangsa supaya mereka saling kenal mengenali. |
Tiang-tiang di dalam bahagian 'ibu' masjid masih seperti dulu juga. Oleh kerana ruang-ruang sambungan di sekeliling agak rendah silingnya, keadaan dalam masjid agak panas sedikit, sekalipun terdapat banyak kipas yang dipasang.
Majmuknya makmum di MUM sekarang ini. Ku jangka tentulah mereka itu pelajar dan staf UM, dan penduduk sekeliling, termasuk kawasan Kg. Kerinci, yang juga telah banyak berubah wajah. |
Ingatkah mimbar masjid di kawasan yang dindingnya berwarna kekuningan itu? Mimbar sekarang dibina di satu extension baru.
Kelihatan tak di ruang mimbar lama itu ada skrin putih? Skrin itu memaparkan slaid-slaid yang merumuskan intipati khutbah Jumaat yang khatib sampaikan. Baguslah. Mata membaca, telinga mendengar. InsyaAllah, kandungan khutbah masuk betul ke dalam hati para makmum!
UM sendiri telah amat padat buminya. Dengan new structures sana sini - bangunan-bangunan baru! Pastilah infrastrukturnya (ku agak), terutama yang di dalam pelbagai struktur baru itu, juga banyak, dan moden. Sesuai dengan status UM itu sendiri sebagai universiti tertua tanahair.
Tempat belajar pastilah dikenang. Apa lagilah, di situ juga tempat bermain!
16 comments:
rumah Allah adalah tempat
berkumpulnya semua umat islam...
Salam sayangsayangibu
Ya. Terkenang, meriahnya Masjidil Haram & Masjid Nabi dari segi komposisi makmumnya.
Salam Temuk...
Sayu lihat masjid ini...
Meski belajar di UM 1987-1990, tapi saya tidak pernah solat di Masjid ini. Sebaliknya saya sering ke Masjid UIA. Saya pernah tinggal di Kolej 3 dan di Seksyen 16, jadi lebih kerap masuk kampus ikut pintu PJ. Sesekali lalu masjid ini kalau berjalan kaki ke Pasar Malam Kg Kerinci...dan menumpang di bilik kawan di kolej 1.
Salam ckLah
Oh, kelahiran UM jugak ckLah, ya? Yalah, dah di Seksyen 16, lebih dekatlah masjid UIA. Zaman saya dulu tu, rasanya tak ada orang perempuan sembahyang 5 waktu di MUM. Tiga tahun di UM saya tinggal di 2nd RC (masa tu, males only!) dgn beberapa minggu tumpang di 5th RC. Seronok juga ingatkan pengalaman belajar zaman tu, masa universiti tak bingung dgn cerita KPI.
salam ziarah tuan temuk....kalau tanya saya, serdang adalah segala-galanya bagi saya..di samping itu, sekolah saya pun byk kenangan..sebab tue saya namakan blog saya sebagai probitas et fides
Salam temuk,
Waktu itu selalu ada perhimpunan tunjuk perasaan di luar kawasan mesjid hampir dengan pintu masuk utama UM. Saya masih ingat bila ke AMJAL untuk supper mesti lintasi mesjid UM.
Salam cikgu,
Kenangan mengusik jiwa. Pembangunan mengubah segalanya. Pertambahan penduduk memjadikan mana-mana masjid mesti menambah ruang utk jemaah. Sama juga di Masjidilharam dan Masjid Nabawi.
p/s: payung diperkarangan Masjid Nabawi dah penuh disekitarnya sekarang. Dah tak kena panah sinar matahari.
Salaam tuan,
Memang seronok kalau berpeluang melawat tempat2 yang pernah menjadi 'tempat permainan' kita... nostalgia gitu...
Salam SAHROMNASRUDIN
Begitulah ... Kalau kita belajar (atau juga bekerja) di beberapa sekolah, kolej dan universiti, memang ada kemungkinan kita lebih menyukai satu sekolah, kolej dan universiti tertentu. Tentulah ada sebab-sebabnya, yg mungkin ada kaitan dgn peringkat pengajian, bidang pengajian, sistem pengajian, kemudahan pengajian, serta rakan-rakan yang sama belajar (atau juga jenis kerja yang kita lakukan, jika kita bekerja di tempat berkenaan).
Salam Hjh Nora
Rasanya masa itu, itulah kali pertama RU masuk kampus, sekali dgn gas pemedih mata!
Oh, ada juga pergi ke AMJAL, ya? Ya, itulah satu-satunya 'restoran mahasiswa' yg terkenal masa itu, yang membuka pintunya hanya pada waktu petang, membawa ke malam.
Salam KAKZAKIE
Seronok dgn kenangan yg mengusik jiwa. Takut dgn kenangan yg merobek rasa.Mudah-mudahan tiada kenangan yg begitu.
Amat wajar kita membangun & berubah. Asal jgn membangun & berubah yg membawa padah, termasuk eksploitasi melampau persekitaran sehingga ke tahap ianya rosak & tak dapat diperbaiki lagi.
Tingginyalah keinginan menunaikan haji dan umrah dalam suasana baru sekarang yg jauh berbeza drpd suasana dahulu!
Salam ABU AIMAN
Sambil itu ligatlah kita mengingati kisah dan hal dahulu, dan berkata, "Dulu lain!"
Ada kalanya, ada pula peluang kita utk berkata, "Oh .... kita ni masih serupa dengan yg dulu!"
Panggil saya Temuk sajalah, ya. Terima kasih sudi singgah.
Dalam tahun tahun 60-an saya pernah kepejabat sementara di section 14 PJ. Masjid inilah yang saya ulangi setiap Jumaat. Posting ini membawa kenangan yang amat manis. Kebetulan pula saya baru menulis tentang satu kenangan lama.
Terima kasih membawa kenangan manis. Ingin pula hendak kesana satu hari kalau kebetulan berada di KL.
Salam Temuk,
Kenangan lama diimbau kenmali ye Temuk. Zaman dah berubah. Tp jangan lah semain indah masjid, semakin kurang jamaahnya,,
Salam Al-Manar
Gembira gambar-gambar itu membawa kenangan manis kpd Al-Manar. Pun manis, yang dikenang juga acap menyebakkan, apa lagi hati warga emas spt kita. Rindukan tempat pasti terubat, bila dilawati tatkala sempat.
Salam YAN
Benar, zaman sudah jauh dan amat banyak berubah. Alahai... kadangkala terasa jauh dan banyak ketinggalan sesetengah kita. InsyaAllah, masjid-masjid di kawasan bandar terutamanya, akan selalu padat, apa lagi pada hari Jumaat. Kerana negara kita semakin membandar dan penduduk semakin menumpu kawasan bandar. Tapi masih jelas ada masalah meramaikan jemaah tatkala sembahyang waktu di mana-mana!
Post a Comment