Hatiku berbisik sendirian, ‘Kalau disuruh buat pilihan antara Barisan dengan
Bulan, tentulah aku pilih Barisan. Bukannya Bulan.
Bulan, tentulah aku pilih Barisan. Bukannya Bulan.
Bukan apa, sebabnya Bulan tu terlalu tinggi. Susah nak digapai.
Tak mungkin tercapai. Kalau pilih pun takkan dapat!
Tak mungkin tercapai. Kalau pilih pun takkan dapat!
Barisan tak begitu. Lagi pun Barisan memang sudah jadi sebahagian
daripada hidupku bertahun-tahun. Ini Barisan jenis
'belum dipanggil sudah menyahut, belum diundang sudah datang'.
daripada hidupku bertahun-tahun. Ini Barisan jenis
'belum dipanggil sudah menyahut, belum diundang sudah datang'.
Maksudku, Barisan Cucuku, yang wajah masing-masing ingin kuabadikan di sini.
oo0oo
ooo08*OO**000**OO**80ooo
Yang ini semua, Barisan keturunan anak lelakiku yang sulung.
Kini menetap di Bandar Seri Putera, Bangi.
oo0oo
ooo08*OO**000**OO**80ooo
Yang ini semua, Barisan keturunan anak lelakiku yang sulung.
Kini menetap di Bandar Seri Putera, Bangi.
Faiq (Ayong): 8 tahun. |
Emir (Ayang): 4 tahun |
Ilm : 2 tahun |
Ramai, ya? Insya-Allah hujung tahun datang seorang lagi pula! Mudah-mudahan 'perempuan'! |
Yang berdua ini pula, keturunan anak lelakiku yang kedua.
Bila babah dengan mama balik dari cuti belajar, semua pakat duduk
riuhkan rumah Tak Wan dengan Tok Umi, sementara menunggu rumah
siap hujung tahun ni. Insya-Allah.
Nadia Farhana : 6 tahun |
Nadeem : 1.5 tahun |
Gambar emak-bapak depa-depa tak payah tayanglah. Gambar Tok Wan dengan
Tok Umi pun tak payahlah juga. Sebab ini khusus cerita Barisan Cucu.
Anakku yang ketiga, satu-satunya anak perempuan, belum punyai cahaya mata untuk
menjadi ahli Barisan Cucu yang sedia ada. Insya-Allah datanglah juga nanti.
Eh, takkan berat sebelah! Cuma pilih Barisan saja? Pilihlah juga Bulan!
Baik, baik. Lain kali boleh cerita Bulan Cucu pula.
Tok Umi pun tak payahlah juga. Sebab ini khusus cerita Barisan Cucu.
Anakku yang ketiga, satu-satunya anak perempuan, belum punyai cahaya mata untuk
menjadi ahli Barisan Cucu yang sedia ada. Insya-Allah datanglah juga nanti.
Eh, takkan berat sebelah! Cuma pilih Barisan saja? Pilihlah juga Bulan!
Baik, baik. Lain kali boleh cerita Bulan Cucu pula.
30 comments:
Assalamualaikum cikgu,
Dalam membaca barisan cucu, hati kakak tetap "curious" bulan cucu apa maksud tersirat? Bulan kelahiran ke apa tu? Tak apa akak tunggu next N3.
Walau lima cucu kalau kumpul semua riuhnya bagai sepuluh org pastinya.
Wa'alaikumussalam KAKZAKIE
Insya-Allah entri Bulan Cucu akan datang.....Hihi, Kakzakie dah silap campur ni. Kalau cucu Pak Temuk yg dimaksudkan, sudah enam jumlahnya. Jadi riuhnya bagai 12 oranglah, ya? Realitinya memang begitu. Mumet kepala Pak Temuk!
assalamualaikum bang.
saya cuma ada sorang cucu. setakat ini tanda2 untuk yang ke dua belum ada lagi.
kalau hanya seorang, boleh kah di panggil barisan ?
SALAM,
BAGAIMANA, KALAU KITA PAKAT2 BUAT PAKATAN TOK PULAK !
assalamualaikum tuan temuk..
saya suka entri ini..trime kasih banyak2 kepada barisan yang telah menceriakan kehidupan tuan temuk..
p/s: teringat kat imam surau tempat sy..selalu sebelum solat dia akan cakap " luruskan barisan dan rapatkan saf tuan-tuan"....sy tunggu jugak dia ckp " luruskan bulan dan rapatkan saf tuan-tuan" hehehehehe
ceria dan sehat budak2 ni.....nampak keriangan diwajah mereka......tak ganggu ke, bila cikgu berblog.....menghasilkan nukilan.....he2..he..
barisan pak temuk sama macam barisan ayah saya, Cuma yg tua lebih besar lagi.. 14 tahun dah.
semuga Pak Temuk berrbahagia.
Assalam cikgu,
bulan cucu??? tak masuklah...
kalau bulatan cucu... hmmmm masuk gak sikit2.
hahaha
Assalamualaikum,
Barisan cucu Abang Temuk comel dan bersih.....ermmm ramai yang fobia pada perkataan 'bersih' tu.
Saya tunggu entri bulan cucu pulak
ceria budak2 ni.....riuh tu .. .. jumpa geng....
hai cikgu.....seronok melayan kerenah mereka....
Wa'alaikumussalam AL-LAVENDARI
Yang seorang tu kira bakal jadi Ketua Barisanlah. Insya-Allah bakal ahli-ahlinya akan tiba tak lama lagi. Kalau Atuk janji taja seluar-baju, baby food, dan yuran sekolah, insya-Allah copeklah terbentuk Barisan, dan lajulah Barisan membesar.
As-Salam MUSOLLAHEHSAN
Satu idea yang bagus. Pakatan TOK (PATOK) pastinya merupakan Barisan yang ahli-ahlinya telah banyak makan garam (sebab tu BP selalu naik!). Tentu sepatutnya orang hargai pengalaman ahli-ahli PATOK walaupun ahli kohort ini dibimbangi tak berapa larat pergi mengundi dan buat kerja bila diundi.
Wa'alaikumussalam SAHROMNASRUDIN
Barisan Cucu, insya-Allah, menceriakan kehidupan.
Geli hati pula sahrom tunggu imam kata luruskan bulan, rapatkan saf! Kalau betul-betul dia sebut begitu, macam manalah agaknya reaksi makmum! Minta-minta mereka langsung tak terus terfikir soal politik, tapi soal adakah itu disuruh oleh agama, dan kemudian bertindak sewajarnya.
As-Salam ZUL PERMATANG BADAK
Yang 4 ketul duduk di rumah asing. 2 ketul saja yang sementara ini tinggal serumah. Tak ganggu apa-apa mereka ni. Sambil berblog saya yg mengganggu mereka yg sedang bermain atau sedang tumpu mata ke TV dgn cerita kartun mereka. Sdr Zul, bila nak boleh ganggu atau diganggu cucu?
YAN
Nampanya Pak Temuk ni sebarisanlah pula dengan ayah Yan. Dari berapa 'induk' tu? Pasti ayah Yan juga gembira dengan kehadiran para cucu itu. Bila cucu-cucu dah kerja nanti, atuk-atuk lagi bergembira.....dapat duit raya dari cucu. Kot depa ingat & ada duitlah, hihihi! Salam bahagia.
As-Salam AKU
Hihihi, belum sampai waktunya, belum tahu.....Bila sampai masanya, cucu bukan saja bakal masuk bulan, tapi memiliki bulan. Depa (juga si Atuk) tak fikir tentang masuk bulatan. Tunggu....ya!
Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Mudah-mudahan mereka sentiasa bersih zahir batin. Bolehlah, insya-Allah jadi sihat.
Yg BERSIH satu lagi tu....Dibimbangi ini sebenarnya cerita 'perilaku penyapu'. Ada yang akhirnya dibersihkan dari muka bumi sendiri, malah oleh orangnya sendiri....ih, ih, Temuk mana tahu & nak suka cerita macam ni!
ZUL PERMATANG BADAK
Memang benar, bukan budak-budaklah mereka kalau tidak riuh rendah semasa berkumpul. Malah selalunya 'riuh tinggi'! Riuh boleh jadi meriah. Salam bahagia.
salam wmt tuan temuk..
cucu mak saya baru 3 orang tapi dah macam 30 orang riuhnya.. :)
salam singgah dari probitas ke sini...sungguh mnearik barisan cikgu..hahaha, mulanya di sini kita kenal2kan.
..dari blog anak murid tuan..
meriah cucu ni.. :)
Barisan cucu yang comel macam bulan.....
(Paman...@Laman Maya ckLah disorok dulu. Nak e-mail Paman ke> xiiinam751@gmail.com)
Ada Tok , ada cucu...barulah rumah meriah dan ceria!
As-Salam makdara TERdiva
Terima kasih sudi singgah ke rumah Pak Temuk. Pasal cucu ni, kot depa riuh hebat, atuk memang pening. Tapi, kot dah sunyi sepi tak ada suara depa, atuk kebingungan pula.
Hihihi, kalau guna formula makdara TERdiva tu, 6 orang cucu Pak Temuk ni jadi macam 60 oranglah riuhnya. Tapi sebenarnya, sebab 5/6 = lelaki, keriuhan tu boleh jadi macam keriuhan 100 orang! Ketemu lagi.
As-Salam pcL n mmd
Terima kasih sudi singgah ke rumah Pak Temuk - rumah yang sebenarnya selalu hiruk-pikuk, walaupun tuan rumah probitas selalu puji berlonggok-longgok. Dia tu memang 'type' yg suka ingat cikgu & pemurah, sampai promo pula rumah Pak Temuk yg bersepah-sepah. Tak mengapalah. Kata orang Perak, 'biolah!' Ketemu lagi.
As-Salam BLOG-TIPS-KURUS
Terima kasih singgah ke rumah Pak Temuk. Macam manalah agaknya boleh sampai? Nanti Pak Temuk intai blog-tips-kurus, terutama yang dulu-dulu. Mungkin nanti boleh kenal siapa orangnya. Jumpa lagi.
As-Salam ckLah
La, kok comel mcm bulan? Hihihi, paman pun ingat masa kanak-kanak, baca kisah Puteri Lindungan Bulan. Entah buku, entah komik. Nanti paman emel ckLah, insya-Allah.
As-Salam HJH NORA
Hihihi, betul sangat tu. Syaratnya, Atuk tak letih. Meriah & cerialah cucu-cucu dek layanan dia. Tok Umi pun kena juga ambil peranan, tambah-tambah dalam hal 'pembersihan' dan 'jamuan', bila pembantu ada urusan lain...... Atuk Temuk sangat suka kerja itu semasa menjaga anak-anak dulu, tapi tak berapa cekap dah bila sampai time menjaga cucu. Ceria selalu!
Salam Temuk,
Barisan jenis ini saya dah ada sepuluh. Sedikit masa lagi akan panjang sedikit jadi 11. Kita jangan bagi putus barisan ya.
Salam bahagia PAK ZAWI
Alhamdulillah Pak Zawi dah ada seramai itu. Doa kita sekarang, semoga semuanya berjaya dunia akhirat & semoga kita sempat saksikan mereka berumahtangga. Phew!
Nampaknya yang 'jaga' barisan ni, bukan kita lagisekarang..... Putus atau bersambung barisan akan bergantung kepada generasi muda kita.....hehe.
Post a Comment