Friday, July 15, 2011

AYUH MERIAHKAN PASAR AL-LAVENDARI



Bila singgah ke rumah al-Lavendari (AL) tempoh hari, tahulah Temuk yang AL telah lama ke pasar, menjual rangkap-rangkap pantunnya. Ramai pula yang sudah membeli. Yang menyeronokkan, inilah satu-satunya peluang dalam hidup di mana orang yang membeli dialah yang boleh dapat duit! Namun, seperti juga kawan-kawan lain, bukanlah duit itu yang menjadi matlamat. Nak ikut-ikut membeli ni sebab memang ingin turut memeriahkan pasar AL. Juga nak menyeronokkan hati, sambil mengingati 'zaman berpantun-pantun' semasa sekolah dulu-dulu. 
  
AL:
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

Temuk:
Dapat puding patahkan senduduk
Gelam mati lebah menderu
Dapat gading sedekahkan tanduk
Pembekam menanti menadah nyiru

AL:
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

Temuk:
Kemas dilipat kain pembalut
Warna tak luput kainnya keras
Kemas diikat perahumu hanyut
Talinya reput arusnya deras

AL:
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

Temuk:
Bagaimana lesung retaknya empat
Jatuh terhempas di batu keras
Bagaimana tak diusung merata tempat
Memang kerjanya Pembantu  Khas                                                                                                          

6 comments:

al-lavendari said...

terima kasih bang .. rupanya dalam diam-diam abang tahu akan pertandingan ini.

saya sungguh berasa dihormati dengan penyertaan abang ini.

betul juga ya .. baru saya perasan, dalam kes ini penjual pulak yang kena bayar.

penyertaan abang sudah tersenarai di no 25.

Temuk said...

As-Salam AL-LAVENDARI
Terima kasih. Semoga bertambah ramai bilangan yang ke pasar pantun tu....Dan tentunya masa ke pasar tu ramai yang membawa "pantun membeli" yang hebat-hebat. Insya-Allah. Salam bahagia.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Rangkap yang mantap,
pasti semua berentap,
Dalam bloglist tak dapat ditatap,
Tengok senarai AL no 25, hati bedetup detap.

Moga berjaya membeli dan dapat pulah duit.

Temuk said...

Wa'alaikumussalam CIKGU HUMAIRI

Cikgu Humairi yang berpantun hebat
Temuk punya tu, kiradan darab
Hanyalah cuma longgokan rangkap
Main muat, main tangkap.

Ramai ke pasar, itu yang seronok
Beli pantun, bukan olok-olok!
Duit di dompet tak payah diseluk
Cuma minda menyelok-belok.

ngasobahseliman said...

Salam saya sebenarnya suka juga pantun. Tetapi colour print tu blurr kerana warnanya yang tak sesuai dengan mata tua saya. mohon print dalam bentuk yang mudah dan jelas lihat. TQ

Temuk said...

As-Salam NGASOBAHSELIMAN
Terima kasih. Maaf dengan keadaan colour print yang kabur tu. Lain kali kena berhati-hatilah saya ni.