Apa diharap tanah sebidang
Entah subur entah tidak
Entahkan keras, kering dan gersang.
Tapi taklah pula ia menjadikan pemiliknya kempunan.
Ingatkan, si petak kecil mudah dirasuah, dengan pelbagai baja organik dan kimia. Malah dengan pelbagai bahan mudah reput yang boleh menjadi first class compost.
Beberapa 'musim' kutinggalkan ia berehat - leaving it fallow..... hoping that it would by itself generate some form of mysterious and magical energy that would make plants grin, flourish, and over-indulge in their photosynthesis dance....
Mengelamunnya!
Pada sepetak tanah kecil itu, kali ini, kutanami bayam dan meranti. Ada juga kuselitkan si bayam merah. Tapi malulah, slim dan cute benar bayam dan meranti tu, kan? Ini memang kes 'benih yang baik' (sebab beli, dengan mahalnya!), jatuh ke laut tak jadi pulau. Begitulah apabila lautnya gersang amat-sangat.
Namun, bukan langsung 'tak ada apa' hasilnya. Ada rezeki, rezeki, rezeki yang wajib disyukuri.
Bila dituai dari si petak sekangkang cicak, memang amat cukup, untuk sekali masak. Apalah yang lebih baik dari sayur hasilan sendiri, begitu fresh sekali, ketika masuk ke belanga, ke kuali!
Bila dituai dari si petak sekangkang cicak, memang amat cukup, untuk sekali masak. Apalah yang lebih baik dari sayur hasilan sendiri, begitu fresh sekali, ketika masuk ke belanga, ke kuali!
21 comments:
waduh pak temuk. gersang ini nama nya? kalau sudah dapat buat lauk sekali, alhamdullilah lah tu kan. rajin berbudi pada tanah..
Cantik bahasa paman.....
Cantik juga imej-imej pegunnya...
YAN
Kapan tanahe gersang, sayure ora lemulah. Namun, tetap rezeki. Bila ketemu perkataan gersang, entah mengapa, Pak Temuk selalu jadi teringat pula kepada Embah Gesang, yang karya agungnya, lagu Bengawan Solo, masih disanjung ramai sehingga kini. Yan tahukah lagu tu?
ckLah
Lo, yo isinlah paman bila sifu BM kata begitu. Walau apa pun, kesewun. Menanam sayur juga, tak?
pakcik
sya tanam kangkung dalam pasu , dapat jugaklah buat rencah si nasi goreng
sangat seronok pulak memetiknya, rasa macam peladang jaya pulak ;p
nak tanya jugak mana nak dapat benih pokok meranti, teringin sya nak menanam.
Assalamualaikum,
Rasanya saya dah hantar tadi.....hilang pulak dah.....apa yang saya tulis tadi ek???
ermmmm...x makan rasuah,
tapi minum rasuah boleh kot??? cara hidroponik...garenti subur (baru ingat sket...ada pantun juga...huuu)
KASIHIBU
Kangkung boleh beberapa kali keluarkan pucuk elok, asalkan akarnya seronok. Nak bajalah tu! Itu pengalaman Pakcik.
Betullah peladang jaya namanya. Tapi peringkat rumah sendiri je... buat sementara ni.
Mungkin ada Pakcik simpan benih meranti sikit. Tak pasti. Beritahu Pakcik nak hantar ke mana jika mahu (dan jika Pakcik betul ada). Emel Pakcik - abhalin48@yahoo.com.my
CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam. Hihihi, betullah tu, boleh juga beri minum rasuah.
Saya suka kaedah hidroponik sebab tak kotorkan tangan. Tanaman pun lebih menentu tumbesarannya dan bersih. Pernah cuba lama dulu, pakai set yang terkecil. Sekarang nak terus berbudi pada tanahlah... cabarannya lebih. Cikgu menanam sayur jugakah?
As salam cikgu,
Rajinnya cikgu berkebun. Biarpun kebun seluas kangkang cicak tp hasilnya tetap ada. Pkk bayam merah tu nampak lbh subur berbanding sayuran lain. Mungkin kebun kecil cikgu ni kekurangan nutrien dan kelembapan. Pkk yg tidak subur juga mungkin berpunca drp asid berlebihan dalam tanah. Apapun saya ucap tahniah kerana cikgu mendapat hasil sayuran yg segar dari kebun dan pastinya ia bebas racun serangga.
Assalamualaikum Cikgu,
Tulah orang kata berbudi pada tanah dapatlah hasilnyakan.
ADRY
Assalam. Dah bersara ni bolehlah lebih sikit rajinnya. Nampaknya memang bayam merah lebih baik hati. Separti utk yg lain, sama banyak bajanya, tapi dia tu lebih suburnya. Lain musim bolehlah tumpu kpd bayam merah. Sayur segar memang menyegarkan, dan kita tahu ia tidak tercemar.
KUNANG-KUNANG
Walaikumussalam. Dengan izin-Nya, berbudi pada tanah, kita dapat hadiah. Ada orang dapat hadiah sayur, ada yang dapat hadiah ros. Dapatlah kita, insyaAllah, apa yang kita tanam. Semoga janganlah pula tanam padi, lalang yang menjadi.
Kawasan saya luas tetapi berpasir laut, cepat hering dan tak berbaja. Malaslah hendak bercocok tanam. Benih yang baik seklipun tak menurut kata. Tapi ada pokok yang tumbuh tanpa dijaga. Umpamanya peraga yang merayap ditepi pangkal kelapa, dan pokok mengkudu yang tumbuk merata2. Jadi tanpa dibela kami boleh lah buat kerabu atu dikisar jadikan minumam - katanya ada kyasiat. Tuan lebih arif, betulkah?
AL-MANAR
Banyak rujukan yang menjelaskan kebaikan kedua-duanya. Saya percaya, asal jangan diambil berlebih-lebihan. Selain daripada kelapa bukankah gajus sangat sesuai ditanam di kawasan berpasir di tepi laut? Seronoknya miliki asset di pinggir pantai berpasir. Salam bahagia.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...ada juga hasilnya walaupun menurut sdr Temuk dapatlah sekali masak...mst sedap merasa sayuran hasil tuaian sendiri...
kalu la sy leh tanam cm tu kt flat sy ni...
NYANYISUNYI
Alhamdulillah, walaupun 'masak sekali' saja hasilnya. Tapi, sebenarnya, kalau rajin, selepas pucuk mudanya dipetik, pokok-pokok asalnya boleh dibaja lagi. Akan keluarlah pucuk-pucuk baru. Nyanyisunyi ada peluangkah menanam sayur di rumah?
KhaiRin
Terima kasih singgah. Kalau kat flat ada balkoni, memang boleh tanam pokok-pokok penting dalam pasu. Contohnya kunyit, karipule, sadri, dan seumpamanya. Ketemu lagi.
Begitu berbudinya tanah. Walaupun ia yidak mampu memberi yang terbaik, namun masih tetap memebri sekadar yang ia boleh beri. Terpulang pada si petani mahu bersyukur atau sebaliknya!
IM
Budi tanah kepada kita semua memang tak ternilai. Darinya, dengan izin-Nya, kita mampu memenuhi keperluan asas hidup - makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal. Tanah jugalah yang menyelimuti kita setelah kita tiada. Ya, bersyukur kita kepada Dia yang mengurniakan kita tanah. Salam bahagia.
Post a Comment