Mana-mana POTUTI (pokok tumbuh tanpa izin) yang terdapat di kawasan rumahku tentulah pokok yang tumbuh sendiri (POTUS). Biasanya, si POTUS akan cepat-cepat kupunahkan.
Tapi, ada juga POTUS, atas sebab-sebab tertentu, yang terkecuali. Macam POTUS yang di bawah ni..... Masa mula-mula kutemui di celah-celah rumput yang tebal, ia baru belajar merayap, mempamerkan beberapa helai daun yang kerdil.
Masa mula-mula kujumpai, igin benar aku menyentapnya, sekali dengan akar-akarnya. Kerana syakku, ia akan mengganggu si Siantan Kuning. Tapi kesihan pula, bila kulihat daun-daunnya yang kelihatan tak bermaya bagaikan minta diberi peluang.
Hatiku jadi ingin menunggu. Tak mengapalah, sambil saksikan nanti, kalau disimpan ada tak apa-apa hasilnya.
Syukur, selepas entah berapa minggu, betul ada hasilnya. Walaupun cuma 'solo' biji.
Saiznya pun hebat juga, memandangkan yang mengeluarkan buah hanyalah sepokok POTUS yang memang kubiarkan berdikari.
Wajah isinya kelihatan sederhana. Mungkin sebab terlalu lama di pokok, baru dituai. Namun, rasanya memang mengejutkan. Maniiiss!
Wajah isinya kelihatan sederhana. Mungkin sebab terlalu lama di pokok, baru dituai. Namun, rasanya memang mengejutkan. Maniiiss!
10 comments:
As salam cikgu,
Kisah yg penuh pengajaran daripada potus jenis tembikai kuning ni. Jika org buat baik(dengan memberi peluang utk teruskan hidup), balaslah kebaikan org itu dengan hasil yang blh membuat seseorg itu tersenyum biarpun ia tidak seberapa. Tapi ia sudah memadai. Biasanya pkk tembikai yg berbuah solo dn kurang air/baja ni manis sbb ia semulajadi. Mungkin juga lps ni ia akan berbuah lagi jika hayatnya masih ada....
assalamualaikum,
Potuti dan potus,
menanti terus menerus,
agar dapat mempamer dedaun, bunga-bunga dan buah untuk dimanfaatkan,
di taman larangan.
hai tembikai....sedap ditambah susu..
ADRY
As-Salam. Sepatutnya, hutang budi dibalas budi boleh kita amalkan, selagi hayat dikandung badan. Maka, usahlah hutang budi dibawa mati. Insya-Allah.
Terima kasih. Adry telah jelaskan kepada semua mengapa buah yang solo itu boleh jadi manis. Dan beri saya harapan, sebab pokoknya masih kelihatan boleh tahan... Insya-Allah boleh berbuah lagi, ya? Saya akan beri dia subsidi baja!
CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam.
Si potus, tembikai kuning.....
penantian mempamer dedaun dan bunga
hatta golekan buahnya
dengan izin-Nya akan tiba juga
kerana dengan izin-Nya jugalah
baja dan air kan dicurah-curahkan
dari selaut perut tempayan.
ZUL PERMATANG BADAK
As-Salam.
Sudah barang tentu
Tembikai + susu
Enaknya tidak diragu
MASYALLAHHH Pak Temuk..
rezeki tu mmg rezeki ALLAH. nak diberi dalam apa bentuk pun boleh kan.
YAN
Yo bener. Sememangnya gembira hati dengan apa bentuk rezeki pun dari-Nya. Dan kita sewajarnya bersyukur. Janji-Nya, kita akan diberi lebih lagi jika bersyukur. Bener, kan?
Assalam Tuan Temuk,
Ini baru betul-betul rezeki datang menggolek!
KERABU JANTUNG
Assalam. Betul tu tuan. Yg menggolek-golek ni walau kecil atau sedikit memang amat menyeronokkan. Atas saranan blogger ADRY, saya telah pun membaja pokok tumbuh sendiri tu. Mana tahu boleh dapat rezeki bonus pula. Ketemu lagi!
Post a Comment