Sunday, October 9, 2011

KALI PERTAMA


Bagi segala yang baharu, mesti ada 'kali pertama'nya..... kali pertama
dalam macam-macam.

Seperti Pseudokalima ini. Kuperolehi 4 keratan, daripada sepanjang kira-kira seela 
batang kecilnya yang menjulur ke kawasanku dari kawasan jiran 
sebelah (pastilah kuperolehi izin darinya). Dua daripada keratan itu, alhamdulillah, hidup.


Dan satu daripadanya berbunga kali pertama bulan ini, setelah kupindahkan dari beg plastik ke tanah.



Dan dalam bulan ini juga, dua pokok Jambul Merak berbunga, kali pertama. 
Ini yang berbunga kemerah-merahan.



Yang ini pula, yang bunganya kekuning-kuningan.



Kali pertama, bagi apa juga yang baharu, biasalah, ada kekurangannya, 
masalahnya, dan keterbatasannya.

Buah cempedak di luar pagar
 Ambil galah tolong jolokkan
Kami berbunga baru belajar 
Mana tak kembang harap maafkan.


21 comments:

ckLah said...

Kami berbunga baru belajar;
Mana tak kembang harap maafkan.
Nanti kalau dah berulang belajar;
Merah kuning jambul merak tu pasti meriah, kan!



.....ini bukan pantun tau paman, sebab bilangan kata dan suku kata dalam ayat tak terkawal. Harapkan rima akhir je...

Temuk said...

ckLah
Pokok induk Pseudokalima tu, yg jiran punya, bila berbunga lebat dan menjulur ke kawasan paman, memang cantik betul. Benih Jambul Merak diimport dari rumah motivator Dato' Fadhilah oleh arwah pengurus lamannya tak lama dulu. Pokok-pokok induknya di situ ditanam campur. Amat cantik jambul merah-kuningnya bertindanlapis, berselangseli. Paman tunggu 'musim meriah' tu di laman paman.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Pokok bunga jambul merak dan pokok semarak api ni adalah sama atau dari spesis berlainan? Tgk dlm foto seakan pokok semarak api. Pokok ni ke yang cikgu ceritakan pada saya sblm ni?

al-lavendari said...

bunga no. 4 dan 5 dari atas, sekali pandang macam lukisan batik.

sungguh indah ciptaan Ilahi.

Kakzakie said...

Kalau halaman rumah kakak macam rumah cikgu kakak rasa kakak mesti tanam bunga macam itu. Tapi tak berpeluang nampaknya. Tak ada tanah..

Meriah sungguh bunga tanaman cikgu
kuning merah dan juga kundang
tuah org rajin memang begitu
puas hati dan mata memandang

~ShErA~ said...

kebetulan..garlic vine saya pun baru pertama kali berbunga..tapi sayang..gugusan bunganya itu tak tahan lama kan..hmmm..dalam perancangan nak dirikan pergola untuk dia..InsyaAllah kalau ada rezeki lebih..

Temuk said...

ADRY
Assalam. Saya main 'pukul' saja, yg kuning dgn yg agak merah tu dua-dua jambul merak (juga merak/cana). Yg no 1 tu Pseudokalima, kan? Tak tahu nama lokalnya. Yg saya kata dua-dua jambul merak tu tak tepat, ya Adry? Minta bantuan Adry betulkan/sahkan. Terima kasih.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
As-salam. Kalau sekali pandang tu nampak cantik macam lukisan batik, usah pandang lagi. Nanti hilang pula kecantikan lukisan batiknya, hihihi. Setuju, segala bunga yg Allah anugerahkan kepada kita, memang amat unik sekali - bentuknya, saiznya, kecantikannya, warna warninya, kewangiannya, dan sebagainya, semuanya manakjubkan.

Temuk said...

KAKZAKIE
As-Salam.

Masak di dapur kuali telinga
Mari bawa gulai sekati
Diharap menghibur berbagai bunga
Dari mata sampai ke hati.

Laman saya pun kecil saja kakzakie. Ayuh, tanam banyak-banyak dalam pasu.

Temuk said...

~ShErA~
Oh, ya? Nanti bolehlah dipertontonkan gambar 'bunga pertama'nya tu. InsyaAllah akan terdiri juga nanti pergola utk garlic vine.

~ShErA~ said...

pak temuk..yang no 1 itu namanya garlic vine..cuba hidu..garlicky smell!

kasihibu said...

cantik bentuk bunga bunga kan?
berbagai, ni kalau anak dara sya si KC sampai rumah pakcik,
selamatlah dia petik bunga2 tu, silap silap dia buat mandi bunga macam en3 yg sya buat dulu..;p

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Angin berhenti lautan tenang,
Buah berembang dikutip nyonya;
Teringin hati memetik kembang,
Rupanya kembang sudah berpunya.

Kembang indah menawan hati,
Sayang terkerat di tengah hari;
Pesona pertama laksana api,
Tersalah hemat membakar diri.

Kapal terbang masuk Perlis,
Kalah berperang negeri Jerman;
Bunga kembang ambil tak boleh,
Ada kumbang di dalam taman.

Pergi ke bukit mencari kayu,
Singgah berhenti pondok Cik Sulung;
Bunga kembang jadi layu,
Tiada tempat meminta tolong.

Satu Cina satulah Melayu,
Jalan-jalan tengah halaman;
Jangan disangka bunga dah layu,
Kalaulah kembang peruntuh iman.

Temuk said...

~ShErA~
Oh, maaflah Pakcik tak perasan yg no 1 tu juga bernama garlic vine. Nama yg Pakcik catat tu tengok dlm kitab. Kot ada lagi bunganya (memang cepat luruh!) nanti Pakcik cuba hidu, bau garlic ke tak. Bolehlah kita beri nama lokal dia Bunga Bawang Putih, kan? Kena cari bunga yg mana satu lagi nak kita beri nama Bawang Merah.

Temuk said...

KASIHIBU
Pakcik ingat n3 tu! Geli hati dgn telatah anak-anak kecil kita. Boleh datang, bila-bila kalau KC nak petik atau mandi bunga. Tapi jangan saman Pakcik kalau terlalu banyak kumbang ke rumah kasihibu lepas tu, sampai tak tau nak pilih kumbang-menantu yg mana. Hihihi, bunga-bunga Pakcik ni kan power belaka! Salam bahagia.

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI

Waalaikumussalam. Maaflah guna balik 'pembayang' Cikgu ni..... fesyen barulah ni.....

Angin berhenti lautan tenang,
Buah berembang dikutip nyonya;
Kembang berpunya memang dilarang,
Kembang di tangan apa kurangnya?

Kembang indah menawan hati,
Sayang terkerat di tengah hari;
Pesona pertama buang ke tepi,
Biar kasih ke kembang sendiri.

Kapal terbang masuk Perlis,
Kalah berperang negeri Jerman;
Semoga hati tak kalis jais,
Disuruh melupa kembang di taman.

Pergi ke bukit mencari kayu,
Singgah berhenti pondok Cik Sulung;
Bunga kembang takkan melayu,
Kumbang miliknya pasti kan tolong.

Satu Cina satulah Melayu,
Jalan-jalan tengah halaman;
Usahkan mekar, sedangkan layu,
Kembang orang merobek iman!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Pokok garlic vine atau pseudocalymma alliaceum adalah pokok daripada famili Bignoniaceae. Tumbuhan ini berasal dari hutan Amerika Selatan. Di bawa masuk ke sini sbg pkk hiasan krn bunganya cantik. Nama Melayu utk bunga ni, pkk bunga bawang putih, bunga loceng ungu dan stepanot ungu. Pkk yg satu lagi tu, jambul merak atau bunga merak. Ia juga dikenali dgn nama bunga semarak api. Nama botani utk pkk tersebut, Caesalpinia pulcherrima.

Temuk said...

ADRY
AsSalam. Terima kasih daun keladi. Bila blogger Shera kata namanya garlic vine saya pun kata mungkin boleh beri nama Bawang Putih. Rupa-rupanya memang itu satu drpd nama dia. Nama bunga loceng ungu pun sedap juga. Sekali lagi, terima kasih, utk informasi yg diberikan.

Al-Manar said...

Nampak cantik. Nak panggil nama jahil. Nak berpantun macam orang lain dogol. Tengok dan baca sahajalah seorang diri. Apa yang cantik dilihat, yang manis didengar.

Temuk said...

AL-MANAR
You are just being humble..... Ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Alhamdulillah, jika dari laman gersang saya ada yang cantik untuk dilihat, ada yang manis untuk didengar.

Anonymous said...

Actually no matter if someone doesn't understand after that its up to other viewers that they will help, so here it occurs.
My webpage :: ridiculously photogenic guy