Friday, October 21, 2011

TETAP BUKAN ULAM AKU



Tentu ramai orang kenal pokok Ulam Raja ni, kan? Kebelakangan ini aku jadi geraguk ulam, terutama ulam-ulam tempatan, termasuk jenis yang orang panggil 'ulam kampung'. Banyak juga yang aku kenal, tapi memang tak pernah kucicipi, termasuklah si Ulam Raja.


Sebatang daripada secekak pokok yang (pertama kali) kubeli dari pasaraya tak lama dulu kupacakkan dalam pasu. Lepas layu beberapa hari, ia bangun! Kemudian kupindahkan ke atas tanah.


Hajatku membeli Ulam Raja memanglah untuk mengetahui rasa aslinya. Jadi, resepi pertamaku, 'makan kosong'! Ia kunikmati tanpa dicampur dengan ulam-ulam lain. Dia + sambal saja (apa lagi kalau tak SAMBEL, iaitu si sambal belacan).

Selepas itu, kucuba juga dengan mencampurkannya (setelah dihiris halus) dengan dua tiga jenis daun salad dari Cameron Highland + minyak zaitun, kismis, hirisan tomato tanpa lendir & biji dalamnya + hirisan halus cabai merah yang dibuang bijinya. 

Phew! Bila dijadikan lauk, macam sanggup pula aku menukar diri menjadi 'vegetarian'!

Rasanya wajarlah aku mula menternak lebih banyak jenis ulam sekarang.

Peluang membiakkan Ulam Raja, khususnya, cerah. Keratan dari 'yang sebatang yang sedia ada' itu pun boleh ditancapkan di mana-mana. Malah, daripada biji benihnya pun pembiakan boleh berlaku pantas. Insya-Allah.


Teringat juga, satu hari nanti mungkin si Ulam Raja boleh kucampurbaurkan, namun tetap dengan harmonisnya, dengan pucuk Penai (dan buahnya!) yang memang 'bersedia berkhidmat' untukku.



Mungkin juga boleh diberi kesempatan kepada si Tenggek Burung, yang memang telah lama mengembangkan cabang-cabangnya, untuk turut menumpangkan rasa hebat pucuk mudanya dalam resepi 'Rangkaian Ulam'ku itu.


Balik kepada cerita Ulam Raja.....

Ada rakan-rakan suruh aku mencuba kerabu Ulam Raja. Bolehlah nanti kucari di internet, resepi kerabu Ulam Raja yang bermertabat hebat.

Ulam Raja atau kerabu Ulam Raja..... walau aku yang menyediakannya, (dan tentulah yang mengidam menikmatinya), ia tetap Ulam Raja. Bukan Ulam Aku!

38 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
SUKA ! BILA SIAP KERABU NANTI, CEPAT2 BERITAHU. MESTI SAMPAI!

Kakzakie said...

Assalamualaikum cikgu,

Kakak sebab lahir sebagai org kampung yg miskin lagi cikgu, memang kalau ulam dah jadi sebhagian hidup kami. Ulam apa yg tidak kakak makan. Dari yang pahit, kelat, berbiji, berdaun, beraroma semuanya kakak makan dan pelbagaikan sebab tak ada duit nak beli yg di kedai.

Kerabu selom + ulam raja + taugeh + ikan bilis tumbuk dgn cili padi + perah lemon + kerisik kelapa huh cikgu sedapnya...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu,

Setiap kali saya singgah di laman cikgu ni dan ke blog zul, mesti semangat nak bercucuk tanam berkobar2. Tapi nampaknya tinggal kobar2nya saja, tak tau bila nak mula.

Hajat tu nak semai dalam pasu2 yang kosong tu saja. Tanah sekenek tu dah saya terangkan konon nak letak kangkong biar dia merayap didalamnya, tapi belum juga bermula rancangannya.

Saya kurang sikit kalau ulam2 yang fresh ni melain tengkek burung dan pucuk serai kayu. Saya lebih gemar ulam2 yang dicelur.

Temuk said...

LUAH FIKIRAN
Salam. Insya-Allah, bila siap kerabu tu akan dimaklumkan.

Masalahnya, tahu sajalah, nak cari resepi kerabu yag 'best' di internet makan masa yg lama. Hihihi. Bimbang dari keRabu sampai keKhamis, keJumaat.... hatta keRabu balik, resepi kerabu belum juga dijumpai.

Temuk said...

KAKZAKIE
Waalaikumussalam. Kita memang acap kaitkan makanan sedemikian dengan keterbatasan 'kuasa membeli'. Tapi sebenarnya mungkin bukan itu, dan mungkin bukan itu saja.

Semasa di kampung dahulu saya juga hidup dengan 'berkeluban', menggunakan pelbagai jenis sayur kampung untuk kerabu, di samping ulam. Kami tak kerap ke kedai yang menjual 'sayur pekan' sebab kedainya jauh, jenis-jenis sayurannya tak banyak, dan harganya pula tinggi. Memanglah masa itu wujud juga kekangan ekonomi.

Tapi saya amat yakin, pelbagai jenis makanan kampung dahulu, termasuk sayur-sayurannya yang tidak tercemar, dan tidak diganggugugat oleh kaedah seperti pembajaan kimia, 'genetic engineering' dan seumpamanya, menyumbang positif kepada kesihatan kita.

"Kerabu selom + ulam raja + taugeh + ikan bilis tumbuk dgn cili padi + perah lemon + kerisik kelapa". Huh, kerabu apa ni, Kakzakie? Dari ramuannya, saya agak kerabu Kakzakie ni boleh diangkat sebagai Maharaja Kerabu!

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Waalaikumussalam. Baguslah tu. Semangat dah ada. Biar merusut, asal yang berkobar-kobar tu tak berkubur-kubur.

Pada peringkat umur sekarang ni, saya rasakan kerja utama saya adalah "menangguh kerja". Memang selalu cuba nak ubah kerja utama ni, hihihi.

Insya-Allah dalam waktu terdekat, pasu kosong akan menjadi tapak semaian, dan tanah kosong akan disimpangsiuri kangkung menghijau. Tentukan dan akuri tarikh nak 'start' buat? Selamat berhujung minggu.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ampun tuanku, sembah patik harap diampun. Sungguh mulia pekerti tuanku...mencemar duli di maya...mempersembahkan 'ulam aku'...sudah tentu ulam tuanku...ulam raja.

....Abang Temuk kerabat raja (?).

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam. Hehehe, acap juga, bila neraca tak tepat batunya, tersasarlah timbangan, maka beraja di hatilah diri. Jadi 'raja' begitu sajalah yang pernahnya! Dan tentulah diri tak seronok.....

Yang pasti seronok, insya-Allah, kisah raja 30 Oktober ni, ceritera Raja Sehari Shazril, yang bakal membuka tirai hidup barunya..... dengan permaisurinya, Faszrina. Saya doakan kebahagiaan mereka dan keberkatan majlis cikgu.

zul permatang badak said...

menarik kisah ulam ni......dari kg kepasaraya kemudian mendiami pasu untuk meneruskan kelangsungan hidup, dijaga dengan baik kerana memberi menafaat mengiringi selera........

selera kadang2 berubah-ubah lebih2 lagi kita yg asalnya dari kg sudah semestinya menggemari/mengingati tradisi makanan org kg menyelitkan ulam ulaman .........

selain menambah selera dapat juga menyihatkan badan.........

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Pucuk ulam raja sgt baik utk kesihatan kita krn iadikatakan mampu membersih toksin dlm drh sehingga 80%. Tapi awas dgn kembar seirasnya iaitu bunga kosmos kuning. Rupa paras pokok dn daunnya yg sama tp yg berbeza hanyalah warna bunga. Ulam raja bunga ungu kebiruan. Kosmos kuning bunga kuning terang. Kosmos kuning tidak blh dimkn krn mempunyai toksik dn blh menyebabkn keracunan..

ckLah said...

Dulu, masa kecik pernah tersilap petik...daun bunga taik ayam kusangka ulam raja. Hehehe



***Masa marhum Raja Muda Perak berbuka puasa di Masjid Sg Manila, orang kampung siap sembelih lembu bagai. Tapi YM keluarkan mangkuk tingkatnya sendiri. Siap berbekal sambal petai tempoyak, ikan loma perkasam, dan ulam raja.....hmmm, betul-betul ulam raja!

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Assalam. Sememangnya banyak tumbuh-tumbuhan kampung yang sekarang bertahta di pasaraya-pasaraya besar, di bandar-bandar besar kita. Dan amat bermacam-macamlah hasil kampung yang dahulunya tidak bernilai, kini naik status. Setiap kali saya membeli pisang pencuci mulut, amat terasa kehebatan nilai RMnya. Pisang berangan, contohnya, rata-rata berharga 40-50 sen sebiji sekarang. Memang tak percaya rasanya.

Ayuh sama-sama terus mengulam, sambil menyihatkan badan.

Temuk said...

ADRY
As-salam. Terima kasih mengingatkan saya dan pembaca lain. Saya memang tak ingat perihal bunga kosmos kuning itu, walaupun dulu-dulu mengkin pernah nampak. Kalau masa ia tak berbunga susah juga nak cam, ya?

Sebab Adry kata ulam raja gagah dalam mengenepikan toksik, nampaknya kena lebih tambahlah amalan menjadikannya ulam. Hidup Ulam Raja!

Temuk said...

ckLah
Geli hati juga dengar cerita Tuanku tu. Begitulah cara kita melayani tetamu, apatah lagi apabila tetamunya bukan sebarang tetamu. Bagusnya, tetamu berjiwa rakyat rupanya.

Paman tengah bayangkan berbuka puasa dengan sambal petai + tempoyak, ikan loma pekasam dan ulam raja. Sodap tak tekatolah.....

Masa ni dah boleh cam betul-betul pokok bunga tahi ayam, kan? Pasti tak tersilap lagi sehingga mengulam daunnya pula. Ceria selalu!

insan_marhaen said...

IM jarang makan ulam.

Lama juga tak dengar perkataan 'geraguk' he..he..

Temuk said...

IM
Assalam. Mungkin IM tak gemar sayur-sayuran tak dimasak. Boleh cuba ulam yang bercelur. Hehehe, sebab teruk sangat 'keinginan', kena guna perkataan yg IM kata lama tak dengar tu. Ceria selalu!

Al-Manar said...

Ulam raja cukup cepat membiak. Sefdar sedar macam hutan Sayang terpksa cabut buang kerana tak siapa suka.Baunya terlampau kuat. Tapi klau ada recepi kerabu hendak juga tahu. Isteri selalu buat kerabu daun peraga yang banyak membiak liar dalam kawasan, dicampur dengan pucuk pucuk lain, bunga/pucuk betik, pucuk gajus (kita panggil jambu golok disini).

Temuk said...

AL-MANAR
Nampaknya pokok-pokok ulam mudah membiak di kawasan tuan, ya. Seronoknya berumah di persekitaran pantai. Saya cuma baru ada sepokok Ulam Raja, tapi tuan pula terpaksa buang banyak pokok itu kerana terlalu banyak dan kurang digemari. Saya agak pasti, ulam-ulam kita yang punyai rasa unik masing-masing itu, kalau kita campurkan dengan ulam-ulam 'pekan' (seperti daun salad, kapsikum, timun Jepun, tomato, seleri, avokado dan seumpamanya) dan kemudian kita sirami pula dengan aneka jenis 'salad dressing' termasuk minyak zaitun, akan menjadi komponen yang enak & mengenakkan. Teringat pula saya keenakan pucuk jambu golok dalam laksa (jarang dijumpai laksa demikian) dan kerabu bunga betik.

kasihibu said...

salam pakcik
sya dah baca selak selak en3 pasal benih pucuk meranti tu
maaf sampai sekarang tak berkesempatan email kan alamat

sabtu lepas sya buat kerabu daun selom, percubaan kali pertama nasib baik menjadi (,")

kalaulah kita dapat berjumpa di rumah kakcik seroja semalam kan?

azieazah said...

Saya pun suka ulam Raja ni walaupun masa kecik dulu memang tak sentuh. Rasa dia macam makan mangga, kan?

Bagus lah kalu ada peluang menanam sendiri.

Temuk said...

KASIHIBU
Salam. Rasanya ada benih meranti tu, walaupun mungkin telah agak lama disimpan.

Wow, apa ramuan kerabu daun selom kasihibu tu? Anak-anak kecil suka memakannya?

Pakcik ada melihat 'sorotan' perjumpaan di rumah kakcik seroja tu di paparan azieazah. Bagusnya kakcik seroja, sudi jadi 'tuan rumah'. Tengok gambar kumpulan tu memang seronok rasa hati. Insya-Allah lain kali berjumpa, di mana-mana. Ceria selalu!

Temuk said...

AZIEAZAH
Barangkali semua yang kecik-kecik memang tak sukakan ulam. Apa lagilah ulam-ulam tempatan, yang memang terkenal dengan rasa pahit, getir, kelat dan tajamnya... juga 'aroma' hebatnya! Tapi, bila dibaca khasiat ulam-ulam kita tu, rasanya mahu saja kita memakannya saban hari.

Kita sepatutnya mengambil peluang menanam pokok ulam sendiri. Sesetengah pokok ulam mudah dibiakkan. Pokok ulam raja, daun selom, atau pun pegaga sebagai contoh, boleh kita tanam dalam pasu.

KhaiRin said...

sori br sempat menjengah utk BW

ismeth ulam raja? hahahahah

Aida Ali said...

Salam tuan Temuk. Suka baca komen tuan. Macam cerpen - lengkap & berinformasi

akuzle said...

assalamualaikum wbt, tuan guru senior. guru junior menghulur salam. sy mmg hantu ulam n sgt2 suker ulam raja ini. maveles! mmg susah nk jmpa. nama pon raja kan? aromanyer yg kuat membuatkan sy jatuh rindu!!

Temuk said...

KhaiRin
As-salam. Silalah singgah selalu. Boleh juga beri respon kepada repekan Pak Temuk. Hehe, tu ulam si Ismetlah. Dengan kasih sayang, pemberian si Sidiq Sagaraga.

Temuk said...

AIDA ALI
As-salam, Cikgu. Terima kasih. Bila lapang-lapang nanti (angan-angan dapat kelapangan!), bolehlah berangan-angan menulis cerpen. Jadilah berangan-angan dulu... Kan, Cikgu?

Temuk said...

AKUZLE
Waalaikumussalam wbkt. Terima kasih Cikgu sudi singgah. Dek terhidu aroma ulam Raja, ya? Sesetengah orang memang menyukai ulam yang kuat aromanya. Saya juga demikian. Tapi tak begitu 'hantu' begi ulam jenis biji, yang 'meraung' aromanya, seperti petai, jering dan kerdas. Jumpa lagi!

makdara TERdiva said...

As.salam tuan temuk..

saya prefer ulam raja dari pucuk tenggek burung tu sbb ulam raja ni lemak2 manis..aroma dia tu yg tak tahan..silap gaya boleh bertambah berpinggan2 nasi :)

Temuk said...

MAKDARA TERDIVA
Waalaikumussalam. Lain orang lain citarasanya. Yang bagusnya tu, makdaraTERdiva sukakan ulam nampaknya. Ulam itu makanan berkhasiat dan kita perolehi manfaat darinya. Tapi jangan lebih banyak sangat pinggan nasi tu.... Ceria selalu!

al-lavendari said...

saya takut nak makan berulam .. takut tak boleh stop makan. tanpa ulam pun makan saya laju sokmo. nanti kalau berulam, takut nak bangun pun tak larat. hehe

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Yang sepatutnya kita takuti ialah 'makan hati, berulam jantung'. Yg kita patut jauhi pula, batu dgn besi. Yang lain nampaknya oklah, hehehe. Pengalaman saya, baru pencen (juga sebelumnya!) memang rajin (+ banyak) makan. Tapi selepas 60, terasa 'kelajuan'nya menurun dah. Patutlah pun, yang lepas dah 60 tahun lebih kita asyik mim alif kap nun, kan? Dan dengan lajunya!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum tuan...

sy kalau bab ulan nie saya paling suka pegaga tp yg daunnya kecil la...klu daunnya agak besar, ia agak pahit huhhuhuu...

trime kasih tuan atas informasi ini

wa khairul onggon said...

Lama dah tak mkn ulam raja... Gambar yg last sekali tu terang dgn kondisi lighting yg mencukupi :)

Temuk said...

SAHROMNASRUDIN
Waalaikumussalam. Baguslah orang muda pun suka amalkan makan berulam. Ada orang kata, keenakan ulam bergantung juga kepada kehebatan sambalnya. Bagaimana kalau pegaga berdaun besar dicarikan sambal pengiringnya yang sesuai? Saya agak pegaga besar itu elok direbus untuk minuman. Selamat menyambut hari raya haji!

Temuk said...

KHAIRUL ONGGON
Bila ke Sabah tak lama lagi tu mungkin boleh berjumpa dengan macam-macam ulam spesial tempatan. (Teringat pula enaknya tumisan sayur 'medin' Sabah semasa di sana beberapa bulan yang lalu). Wa Temuk ucapkan terima kasih di atas komen ke atas gambar Wa Temuk mengikut kacamata seorang jurugambar seperti Khairul. Itu satu 'encouragement'! Selamat menyambut hari raya haji & selamat terbang ke Sabah.

LadyBird said...

ulam raja mudah hidup.. bunganya cantik.. tumbuh meliar di hadapan rumah lady.. tp x pernah makan sebab rasanya x sedap.. :(

Temuk said...

LADYBIRD
Memang ada yang tidak menggemari rasa ulam raja. Cuba dengan iringan pelbagai perangsang, contohnya i. minyak zaitun, ii. kelapa parut + udang kering & cili tumbuk, atau iii. sambal belacan. Mungkin nanti jadi peminat tegar ulam raja.