Ini satu lagi pokok tumbuh tanpa izin (POTUTI) yang telah lama berada di kawasan rumahku, di pojok bilikku. Ia terselamat daripada libasan parang pendekku, tak lama dulu. Terselamat semata-mata kerana 'demi kenangan lama'.
Masa di kampung dahulu, kami memanggilnya pokok Kayu Cabang Tiga. Kalau diperhatikan betul-betul, seluruh pokok ini seolah-olah terdiri daripada himpunan cabang tiga.
Zaman kanak-kanak di kampung dahulu, kayu Cabang Tiga inilah sumber kayu lastikku, selain daripada pokok senduduk. Mula-mula kena pilih satu cabang tiga yang sesuai. Kemudian kena buang cabang tengahnya. Barulah tersedia kayu lastik berbentuk "Y" yang dihajati.
Tak pernah kuketahui, rupa-rupanya daun muda si Cabang Tiga boleh dimakan sebagai ulam. Sehinggalah jiran memberitahuku baru-baru ini, ketika ternampak pokoknya.
Sekaligus jiran juga mengisytiharkan nama masyhurnya, Tenggek Burung.
Selepas kuketahui namanya, kuselongkarlah ia di rak-rak internet. Bertambahlah sumber maklumat yang dapat kusoroti, termasuk entri-entri para pemblog terdahulu mengenai si Tenggek Burung, pokok ulam ini.
Satu lagi POTUTI di kawasan rumahku, yang gambarnya tertera di bawah, pernah kupaparkan dalam entriku dahulu (Jun 1, 2011).
Masa itu, ingin kupastikan persamaannya dengan pokok yang pemilik blog Kenali Pokok Sayangi Pokok, Zul Permatang Badak (http://zulbahrihussin.blogspot.com), paparkan pada 28 Mei 2011. Sebab sukakan rupanya, POTUTI ini juga tak kujadikan mangsa parang pendekku.
Sekarang, setinggi lebihkurang 1 meter, ia telah pun mengeluarkan banyak buah.
Mengikut Zul Permatang Badak, pokok ini bernama Pena, Penar, Penai, dan juga Mempenai. Pemilik blog Dedaun Alam, Adry, (http://adrydaud.blogspot.com) pula menambah, pokok ini juga dipanggil orang 'Mata Itik'.
Jiranku kata, namanya 'Tak Tau'!
Bila jiran lihat pokok yang namanya dia 'tak tau' ini, katanya, daun mudanya boleh juga dijadikan ulam, macam daun muda si Tenggek Burung.
Bila kupetik daunnya, keluar sedikit getah putih. Tak beranilah aku mengunyah!
Eh, takkan pula jiran nak trick aku?!
Namun, daun muda si Tenggek Burung, memang sudah pernah meredah saluran ususku. Tanpa sambal, nasi dan lauk-pauk!
19 comments:
Assalamualaikum Paman...
Aruah mak mertua ckLah telah kenalkan ckLah dengan ulam cabang tiga ni. Memang berkhasiat....
ckLah
Waalaikumussalam.
Baguslah, ckLah lebih meyakinkan Paman dan pastinya pembaca lain akan baiknya ulam cabang tiga (tenggek burung) tu. Lebih spesifik, khasiatnya tu apalah agaknya, ya? ckLah pernah ketemu dan cicipi daun Pena tak?
Kakak nampak gambar dlm hati kakak macam daun tenggek burung... kisah memang betul. Kakak makan daun tengek burung sebagi ulam memang sejak dari kecik lagi. Aroma dia dan rasa kelat-masam itu yg sedap dijadikan ulam.
Kakak tanam tapi mati. Kalau di kg kakak tumbuh merata...
wah dah berbuah pokok penai cikgu........
buah tu boleh buat peluru lastik....
seronok budak2 main....
pokok bercabang tiga dah ada....lagi mudah....
As salam cikgu,
Yg bulat tak akan datang bergolek,
Yg pipih tak akan datang melayang.
Pastinya 'rezeki' yg dtg ke rumah cikgu tdk dtg bergolek atau melayang tapi ia di bawa oleh ejen pembiak tertentu termasuk manusia. Suka tgk pokok yang entah dari mana ni tapi berguna tumbuh di kawasan rumah cikgu. Murah rezeki cikgu. Kedua2 pucuk pokok ini mmg blh dimkn sbg ulam. Daun ardisia ada cecair seakan getah tp ia slmt dimkn. Getah dari pycuk gajus lagi byk dan melelkit tp ia sgt berkhasiat untuk kita. Usah risau tentang getah tersebut. Buah spesis ardisia ni pn blh dimkn. Isinya agak nipis, rasanya kelat2 manis bila masak. Warna merah atau ungu bila masak.
KAKZAKIE
Bila baca komen kakzakie dan ckLah, saya agak tenggek burung ni memang kegemaran ramai wanita yg tahu akan manfaatnya. Mungkin khasiatnya mereka jadi lebih pandai masak! Hihihi.
Mudah-mudahan satu hari ada ajen yg tolong bawa benihnya ke kawasan kakzakie, ganti yg sudah mati lepas ditanam tu. Atau bawa balik dari kampung. Salam bahagia.
assalamualaikum,
Ulam temu di laman Pak Temuk,
Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu selalu drujuk,
Bila dah jemu tendang terajang.
....mungkinkah 'baik dibalas jahat' kan berulang. Hidup bak putaran roda, naik turun tiada hentinya.
sya ada terperasan pokok ni dekat tepi taman perumahan ni, tp tak yakin, lagi pun dlm kebun kelapa sawit orang, tak berani nak masuk dan tengok bebetul, mungkin sya akan cuba masukan sebagai en3 esok.
ulam tenggek burung ni sedap pahit apahit ulam.
ZUL PERMATANG BADAK
Hihi, teringat juga nak buat lastik tu. Tapi, sapa pula nak main. Cucu-cucu bila berkumpul sibuk dgn permainan elektronik saja. Tak mengapalah, tenggek burung dan buah penai saya pun terselamat dari dijadikan bahan permainan, sekalipun mungkin tak terselamat dari dijadikan bahan makanan. Salam bahagia.
ADRY
Waalaikumussalam. Terima kasih sangat di atas maklumat dari Adry itu. Bertambah yakinlah saya akan kegunaan kedua-duanya, terutama daun muda dan buah penai (ardisia) itu. Saya pun teruja nak lihat buah penai masak dan merasainya. Saya agak mungkin sesuai juga buahnya itu dijadikan bahan campuran dalam salad?! Ceria selalu.
CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam.
Gaharu ditebang daunnya melayang; Daun mewangi kain selonggok;
Longgokan membusut untuk jualan;
Baru di sayang, lama-lama dibuang;
Kita khususkan kepada pokok;
Tujuan bertaman takut berhutan.
KASIHIBU
Hati-hati kalau nak dapatkan gambar pokok-pokok tu, terutama kat tanah orang. Nanti tuannya kata kita ni nak cukai buah sawit dia pula! Hihihi. Harga kelapa sawit kan bagus sekarang ni, tak?
Kasihibu peminat tegar ulam ke? Salam bahagia.
Nama nama pokok yang disebut tak pernah saya dengar. Amat menakjubkan. Hairan dimana orang kita dahulu dapat nama nama itu. Bahasa Melayu sekarang pakai hantam saja bahasa Inggeris jadi tebal lah Kamus Dewan!
AL-MANAR
Generasi kita mungkin hanya mampu mengagak mengapa satu-satu nama itu diberikan untuk sesuatu oleh orang dahulu. Sayangnya, kita sekarang mungkin juga tidak dapat memahami mengapa nama-nama tertentu yang diberikan, yang pada hari ini mungkin kita anggap sebagai tidak tepat, malah menyimpang jauh. Pastilah makna dan kesesuaian sesuatu nama akan dapat lebih kita hargai jika kita mampu mengaitkannya dengan konteks sosio-budaya masyarakat zamannya.
xpernah tgk pokok2 ni..
pokok yang orang tanam ke ek..
LADYBIRD
Maaf, amat lewat respon saya. Poko Penar dan Tenggek Burung tu tumbuh sendiri dalam kawasan rumah saya. Mungkin juga ada yang menanamnya. Tapi saya tak pernah lihat ada nurseri yang menjual anah benih kedua-dua pokok itu. Salam bahagia.
tenggek burung tuh penah dgr tp baru neh tgk pokoknyer. senang tumbuh yea?
p/s: tqvm, cikgu utk doa itu. sy sungguh menghargainyer. amin3!!
AKUZLE
Assalam. Di kampung dulu saya kenali ia sebagai pokok cabang tiga. Nampaknya pokok itu memang senang tumbuh sendiri di sana sini. Macam yang tumbuh di kawasan rumah sayalah.
Jika betul pokok Cbg Tiga atau pokok tenvgek burung ini tertumbuh secara tak sengaja di tepi rumah anda. Anggaplah itu rezeki dan rahmat dari Allah.
Ia terbukti sangat berkesan utk kesehatan sekeluarga terutama pihak suami, Utk kebahgiaan suami isteri. Bijak org dulu2 menamakannya pokok "Tenggek Burung". Utk info lanjut, tanya pakcik Google Bro!
Post a Comment