Friday, March 16, 2012

CERITA CILI


Suka-suka semai biji cili.  Bila sudah tumbuh setinggi lebihkurang 3 inci,
aku pindahkan ke dalam beg tanah. Dapat 5 pokok.

Alahai, bila sudah berbuah, nampak tak anggun pula duduk dalam beg tanah tu.


Kalau begitu, kena tukar bajulah, kan? Biar ayu bergaya.



 Ha, kan molek sikit! Sekarang 4 berbaju plastik hitam + 1 berbaju pasu tanah.



Semuanya kena duduk tinggi-tinggi tu supaya sang siput kempunan!

Ha, hari ni, yang sepokok sudah 2 biji buahnya masak. Paling dulu masak!
Yang sepokok lagi nampaknya baru sebiji buahnya yang masak.
(Tuan kebun pula, dah tak sabar-sabar nak pamerkan)

 


Mungkin kerana penyakit dalaman, atau kerana kembung dek aku terlebih beri minum,
pokok yang dah 2 biji masak buahnya itu melayu (tak menjawa, hehehe).
Pokoknya longlai lesu. Daun-daunnya menguning, kemudian jatuh. Sedih!

Dalam pada itu, ku perhatikan dari awal lagi, memang ketara kehebatan
serangan para penjahat terhadap pokok-pokok ciliku.
Lihat apa mereka lakukan ke atas (ke bawah, sebenarnya!) dedaunnya.

 

Supaya tak kempunan menikmati "hasil pertama", semua buah dari pokok yang
melayu ku petik. Dapat 22 biji! Hirisan bebarapa biji darinya + ricihan bawang + kicap lemak manis menghasilkan "sambel kecap" istimewa di bawah ni.


Hati memang teruja nak tunggu semua buah cili yang lain ranum di pokok.
Nampaknya tiap hari kenalah rajin buat inspection. Kena pastikan serangan penjahat
ditangani dan ditumpaskan. Senjata utamanya, semburan air sirih.


Kira green technology lah air sirih tu. Sambil pastikan ada kelangsungan amalan green pocket!

Sebenarnya, main-main menanam cili ni tak juga hijaukan poket. Kalau dikira
cost-benefitnya (macam projek besar 1M pula!), memang tak berbaloi. 

 Kiralah, kos tanah + baja + beg + tenaga + masa. Duit minyak cari barang
+ makan rojak dengan minum cendol lagi, semasa cari barang!?

Tapi keseronokan dengan pengalamannya, itulah pulangan yang bernilai tinggi.


Tapi, kalau sungguh-sungguh, banyak beg pokoknya, sistematik kaedah penanaman
+ penjagaannya ( + rajin + sabar), insya-Allah,  pulangannya baik.
Kalau tak dijual pun, jiran-jiran bolehlah diberi cili percuma, jika sudi.

 
 

Kalau aku belajar sistem fertigasi, kemudian gunakannya, mungkinlah aku boleh
menanam 100 beg. Itu barangkali boleh juga kita panggil "penanaman beradas"!

26 comments:

KhaiRin : anies said...

panjang nyer ciliii

sudipVSsenduk said...

amboi! berkilat merelip-relip warna cili tu. Pedas ke atau biasa-biasa saja rasanya?

Temuk said...

KHAIRIN:ANIES
Yang ditanam memang jenis kecil-panjang. Alhamdulillah, hasil sebenarnya memang lebih besar & lebih panjang daripada cili asal yang bijinya Pakcik jadikan benih.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Hehehe. Memang 'meghelit' warna cili tu. Baik yang dah masak atau yg masih hijau. Barangkali kesan jenis baja dengan jenis tanah yang digunakan. Juga kesan senyuman pada pokok-pokok tu setiap kali disiram. Sebab cili tu jenis kurus-panjang, rasanya memang peedaaaas!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Cikgu memang tangan sejuk. Tanam apa pn menjadi. Seronok tgk pokok cili cikgu lebat berbuah. Serangga perosak yg putih tu akan menyebabkn daun mengerekot dan layu. Kumbang ladybird tu jgn dibunuh krn ia adlah pengawal serannga secara biologi. Ladybird akn memakan serangga perosak.

al-lavendari said...

setuju .. memang tak berbaloi. musim kemarau, tak tahu berapa banyak air dah digunakan.

apa pula kena mengena cendol dalam hal ini ?

Aku said...

Salam kang,
aku pun dapat masalah yang sama, ada bena putih hisap cecair daun dan batang...

mademoiselle ten said...

saya juga sudah menanam hasil taburan biji cili kering yg di buat cili boh...

LadyBird said...

ade ladybird di situ.. suke2.. :D.. ladybird tu jangan disembur dgn daun sireh yer.. :D hihi

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Saya tak nampak junjungan sireh di laman Nukilan ini. Mungkin di entri yang berikutnya.

Sireh saya baru belajar memanjat dinding. Nanti kalau dah memenuhi dinding bolehlah saya jadikan ayo nak saya sembokan kat pokok cili saya yang menghadapi problem yang same....yo dirasekan bena putih tu...jahat ke hape ke....?

aznimatisa said...

assalamualaikum cikgu,

Bila lihat sukarnya menanam cili, maka patutlah harga cili adalah mahal :-)

Berbudi pada tanah tiada ruginya, salam ceria.

Temuk said...

ADRY@DAUN
Salam bahagia, Adry. Terima kasih, ye ke sejuk tangan saya? Alhamdulillah kalau begitu.

Maklumat mengenai ladybird tu memang baru bagi saya. Terima kasih sekali lagi. Saya sebenarnya tak pernah fikir dia perosak pokok, hanya pelawat yang suka datang tapi tak suka diambil gambarnya. Rupa-rupanya dia pembunuh serangga perosak. Tak sangka yang kecil ayu tu baik dan gagah!

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Tak berbaloi dari segi ekonominya. Tapi beri kepuasan + keseronokan. Dari segi tu ada jugalah sikit "baloi"nya.

Kawan saya kata, tak mengapa guna air menyiram pokok, tapi jangan guna untuk membasuh kereta. Saya kata takkan nak pokok subur kereta kotor! Hehehe, yang timbul cerita cendol tu sebab bayar cendol semasa mencari tanah & bahan-bahan lain untuk menanam pokok cili tu, kena juga saya kira sebagai kos/modal. Ceria selalu!

Temuk said...

AKU
Salam, Aku. Si putih tu memang jahat dan gemar amat sangat kepada daun cili. Cubalah semburan air sirih tu. Ada juga yg sarankan disembur dengan air bercampur lada putih. Awas, jangan tersembur mata sendiri!

Temuk said...

MADEMOISELLE TEN
Terima kasih sudi singgah ke blog saya.

Wow, tentu seronok melihat anak-anak cili yang cantik molek hasil semaian sendiri. Semoga pokok-pokok itu akan membesar dengan subur dan mudah-mudahan buahnya lebat. Ketemu lagi.

Temuk said...

LADYBIRD
La, bila ladybird nak beredar dari pokok cili Pakcik? Mujur blogger ADRY beritahu jangan apa-apakan ladybird. Hehehe, jangan risau, Pakcik tak akan sembur ladybird dengan air sirih. Dengan air sirap atau fresh orange, boleh? Ceria selalu!

Temuk said...

CIKGU AHMAD HUMAIRI
Waalaikumussalam, Cikgu. Junjungan sirih tu tak ingat pula saya, pernahkah dipaparkan dulu. Memang saya jaga rimbunannya kerana banyak guna daun sirih tu.

Baguslah Cikgu punyai sirih. Sembo si bina putih tu nanti, jangan tak sembo! Kalau lama sangat nak tunggu sirih membesar, cuba dengan air + serbuk lada putih dulu. Semoga hebat hasil tanaman cili, Cikgu.

Temuk said...

AZNIMATISA
Waalaikumussalam. Berbudi kepada tanah memang menyeronokkan. Tapi kalau pulangannya tak memuaskan, eloklah kita redha juga akan ketentuan Dia.

Menanam cili memang ada payahnya. Tapi jika kita sudah berpengalaman, sabar, dan Tuhan memang nak beri rezeki, insya-Allah kerja menanam cili itu menjadi senang.

zul permatang badak said...

cili berkicap,geram je nak cicah ikan bakar....

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Komen ZPB menjadikan saya teringat kisah lama, makan gelama goreng cicah cili berkicap, juga cicah budu, di rumah teman kawan saya di Kota Baru puluhan tahun dulu. Masa tu cukup banyak lauk pauk dihidangkan tuan rumah. Meratah lauk!

Kunang-Kunang said...

Sebenarnya memang seronok menanam ni. apa lagi bila kita dah tengok hasil penat lelah kita tu.

Kalau hasil segar bugar lagi kita hepi.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Semoga sihat sejahtera. Hari ini sudah agak banyak cili tu masak di pokok. Tapi nak pakai cili cari di pasar! Sebab nak simpan utk sesi bergambar tak lama lagi. Memang seronok ada bahan segar sedia ada bila diperlukan.

Shiros said...

Assalam,

Ya Allah, suburnya cili, saya kurang pandai menanam cili, pokok cili yang hidup hasil dr campak² biji cili tak lebat begitu buahnya. Sudahnya tetap membeli cili di pasar.

Mak Wardah said...

Cantiknya ppk cili, kl ada masa saya pun minat nak tanam. Salam perkenalan.

Temuk said...

SHIROS
Salam sejahtera. Maaf lambat membalas. Terima kasih singgah ke blog saya.

Saya seronok dengan blog bunga-bunga anda!

Lepas tengok entri saya, cuba tanam cili dari biji-biji yang dicampak-campak tu dalam bekas dan beri baja. Insya-Allah akan menjadi, malah mungkin lebih baik lagi hasilnya. Jumpa lagi!

Temuk said...

MAK WARDAH

As-salam. Terima kasih sudi singgah ke blog saya. Insya-Allah saya akan singgah ke blog anda nanti.

Semoga akan berkesempatan melayani minat sendiri itu, termasuk menanam cili. Sementara itu semailah dulu biji cili besar (yang basah pun boleh) dalam bekas yang diisi tanah untuk semaian. Sedar tak sedar nanti, tumbuh dan membesarlah anak-anak cili itu. Masa itu tentu minat untuk menanamnya bertambah mendalam. Good luck & jumpa lagi!