Tuesday, March 27, 2012

BONSAI BETUL, ORKID, dan BONSAI TAK BETUL.

Tengahari kelmarin (26 Mac), aku ke Taman Botani Perdana, KL. Jalan-jalan, sambil melihat "Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur, 2012" di situ.
 
Masa sampai, tak begitu ada pengunjung.  Mungkin orang menunggu 27hb., hari akhir (pameran bermula 23hb.).  Pada hari penghabisan kita boleh membeli jualan dengan lebih murah!

Jemputlah layani beberapa gambar bonsai berikut yang sempat ku ambil. Ku panggil "Bonsai betul" sebab betul melibatkan penanaman (sai) pokok kecil,  dalam pasu rendah (bon)!









 
Juga, silakan, nikmati beberapa gambar orkid.
  
 
Dalam pameran yang ku datangi itu ada juga "bonsai tak betul" (istilah aku saja ni).  Bonsai jenis ini tak masuk dalam skop pameran.  

Kita istilahkan "bonsai tak betul" pasal tak macam "bonsai betul". Tak melibatkan penanaman pokok kecil dalam pasu rendah.

Bonsai tak betul boleh jugalah kita panggil "tanahsai",  penanaman pokok (yang tak betul-betul kecil) atas tanah, bukan dalam bekas rendah!

Alahai, mengusutkan kepala! Mungkin lebih mudah kita panggil "bonsai besar" sajalah semuanya.tu.

Silalah tatapi wajah-wajah bonsai besar di bawah yang sempat ku tawan.


 
Bila cerita khususnya hal "bonsai betul", terlintas pula dalam hati, setianya pokok yang dikecilkan itu kepada tuannya. Dia di"bega", dikawal, juga disempitkan persekitarannya. Batang tubuhnya dipulas, dilentok, dilentur,  diikat-ikat, hatta dikerdilkan; namun, ia tetap memperagakan ketenangan, keanggunan, juga kewangian bunganya.



22 comments:

Ayah Zain said...

salam

memang bonsaiiiiiiii

ngasobahseliman said...

SALAM . INI BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENDERA POKOK. D E R A UNTUK KEPUASAN MANUSIA. BUKAN GITU?

insan_marhaen said...

IM ada beli satu pokok harga RM25. Ingat nak buat bonsai juga tapi sudahnya terbiar jadi bonsai tak betul...

Temuk said...

AYAH ZAIN
Salam sejahtera. Semoga sihat. Memang bonsai tu, Ayah Zain. Ada yang betul, ada yang tak betul. Tapi kedua-dua jenis sentiasa cuba di'betul'kan oleh pemilik atau penjaganya.

Temuk said...

NGASOBAHSELIMAN
Salam. Memang ketara juga bab "mendera"nya tu. Tapi saya jangka niat pembonsainya pastilah untuk mencantikkan pokok. Memang ketara sangatlah bab "menjaga"nya termasuk mendandan, membaja, menyiram, dan membelikan "bon" (pasu, talam, bekas) rendah yang cantik dan mahal. Entahlah, ya, apa pula hukum membonsai ni.

Temuk said...

IM
Salam. Geli hati juga dengan kisah IM tu. Kalau pokok itu masih hidup, tentulah semakin meningkat nilainya (termasuk sebab batangnya sudah jadi lebih besar) dan boleh mula ditangani supaya menjadi bonsai betul. Agak-agak 'pasu rendah'nya nanti berapa RM pula? Hehehe, banyak juga modal, kan?

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Saya suka bonsai tp tak pernah cuba buat bonsai betul. Bonsai tak betul tu biasa saya buat guna pokok bunga kertas, jeliti dan kesinai.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Temuk,
Mungkin pokok yang di'bonsai'kan itu mengadu kesakitan pabila dipulas dahan serta ranting. Dapat pula rumah yang sempit, aduh, susah bernafas, susah bergerak...kesiannya. Tapi ia tetap setia mengembirakan yang empunya. Saya tak ada kemahiran seni bonsai.

Temuk said...

ADRY
Salam sejahtera. Kata orang kalau tidak punyai kawasan luas tapi hendak banyak berpokok kenalah berbonsai betul tu. Sebenarnya kalau laku dijual, si pembonsai boleh dapat banyak wang. Nanti nak cari di internet pokok jeliti dengan kesinai sebab saya kurang pasti rupanya.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

HJH NORALENNA
Mungkin begitu. Para bonsai lovers mungkin pula kata pokok-pokok tu kata seronok, geli, suka, atau berasa cantik, bila yang empunya melakukan sesuatu ke atas diri mereka. Belum ada kemahiran membonsai, tak mahu cubakah?

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Pokok jeliti tu info dn gmbrnya ada dlm blog saya. Pokok kesinai atua sinai biasa org buat bonsai yg bentuk bulat2 dgn btg besar tu. Daun hijau gelap, keras, kesat dan berkilau.

Temuk said...

ADRY
Waalaikumussalam. Terima kasih di atas maklumat yang diberikan. Nanti saya cari entri Adry tu.

LadyBird said...

lady suka bonsai... :D.. unik.. cantik.. tp susah nak buat.. beli pun mahal..

Temuk said...

LADYBIRD
Itulah yang ramai orang jadi geram - pokoknya kecil, tak semestinya berbunga atau berbuah, pasunya rendah, penjagaannya rumit - tapi mahal harganya. Mungkin, pinjam kata-kata ladybird sendiri, mahal harganya tu sebab unik, cantik + susah nak buat.

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu,

Saya tak pernah cuba menanam bonsai.

Cantik orkid2 tu.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam sejahtera. Tentu banyak pokok-pokok di sekeliling kawasan kunang-kunang yang boleh dibonsaikan, bonsai betul ataupun yang tak betul. Cubalah korek sepokok dua dan masukkan dalam pasu rendah. Agak2lah baja dan airnya. Insya-Allah ada yang menjadi.

Al-Manar said...

Sungguh menakjubkan pokok pokok kecil itu. Agaknya memakan masa yang lama dan belaan yang amat rapi. Tak fikir saya mempunyai krtekunan dan kesabaran menghasil kan pokok pokok yang walaupun secantik itu. Kalau ada duit beli sajalah. Kalau tidak pandang pandang saja lah - jangan pegang pegang kata SM Salim.

Temuk said...

As-salam Sdr AL-MANAR
Yang untuk dijual boleh dipandang-pandang, walaupun lama. Boleh juga dipegang-pegang (sebab spesisnya tak sama dengan yang SMSalim nyanyikan), tapi tak bolehlah pula lama-lama. Penjual pasti bimbang, ada orang yang jarinya merah (tak hijau) & boleh menyebabkan pokok melayu. Bonsai-bonsai tu setahu saya, asalnya ditanam atas tanah bertahun-tahun, untuk mendapatkan saiz batang yang besar. Kemudian barulah dipindahkan ke pasu rendah, dan bermulalah seni mendandan pokok!

Tapi bonsai yang dipamerkan untuk dipertandingkan memang tak sudi dipegang, sekalipun oleh para pengadil!

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu,
semalam (1 April) baru terperasan iklan bunting tentang Pameran Bonsai & Orkid ni... terasa sangat rugi :(

Temuk said...

sudipVSsenduk

Waalaikumussalam. Alahai..... tak ada rezekilah tu. Tapi saya rasa ada satu lagi pameran bonsai di Putrajaya sehingga pertengahan April. Maaf sangat, tak pasti betul, juga tak pasti tentang tarikh dan tempatnya jika benar ada. Macam ada ternampak bunting, tapi tak catat pula maklumatnya. Boleh cuba layari internet, mungkin.

KhaiRin : anies said...

mesti mahal kn bonsai tu?