Friday, March 9, 2012

SI BUNGA KUNYIT, KU keRABU KHAMIS KELMARIN

Sudah biasa bersambal belacan. Juga bersambal kicap. Tak payahlah ku nikmati bunga kunyit dengannya. Nak pasangkan ia dengan budu, tak pula ku temui budu yang ku yakini, yang dari Pantai Timur.

Jadi, ikutlah saranan blogger kakzakie (zakiepurvit.blogspot.com). Dan si bunga kunyit itu pun ku keRabu Khamis kelmarin.

 
Tapi, tahu sajalah, kerja sura rumah (bukan suri rumah). Dengan jari jemara (tak samalah dengan jari jemari), usahlah jangkakan hasil yang murni.

Tips kakzakie jadi panduan. Ku sediakanlah bahan-bahan cili merah, bawang merah, udang kering, kacang panjang, kacang botor, daun cekur, tauge, dan si bunga kunyit,  selain daripada kerisik dan parutan kelapa.
 
 
Cili merah, bawang, udang kering, parutan kelapa, kerisik, dan sedikit gula pasir, ku olah dalam lesung batu. Jadilah macam kat bawah ni.

Ulam-ulamnya diricih-ricih, di mayang-mayang. Termasuklah si bunga kunyitnya.


Caraku, sukatan ikut suka, ikut rasa. Termasuk tak tentukan dengan tepat berapa batang tauge. Yang ku pastikan, singkirkan ekornya. Dan cilinya, buang biji-biji pedasnya!

Bila yang dalam lesung batu digaul mesra dengan bahan-bahan lain yang telah disediakan, campur sedikit garam, siaplah keRabu bunga kunyitku. 

Kualiti rasa? Pembuatnya pasti kata A1, mengikut citarasanya. Citarasa orang lain tentulah dia tak tahu.

 
Bila suri rumah menjengah dapur, ku berilah peluang ambil bahagian. Buat 'gaul penyudah'! Juga tolong carikan keRabu hari Khamisku itu bekas kegemaranku. 

Eh, nak tunjuk kat peminat keRabu, kenalah ada dekorasi!

Dan apalah yang lebih cocok dijadikan penghias, kalau bukan lebihan si bunga kunyit sendiri!



(Andai berkelapangan, silakan  ke blog kedua saya, "AROUND US"  di http://mypics-temuk.blogspot.com. Di situ, cerita  pokok dan bunga sahaja, ikut cara orang kampung, bukan cara pakar hortikultur atau pertanian)






26 comments:

akuzle ayu said...

salad tempatan yg ssaanggaaatttt sodapppp...nyam3

ckLah @xiiinam said...

Lepas ni buat kuluban pulak paman. Taruk cekor (identiti kerabu Jawa). Bawang, cili, belacan tu goreng dulu. Kelapa disangan dulu....hmmmmm)

Temuk said...

AKUZLE AYU
Terima kasih sudi 'merasa'nya, sekalipun di alam maya. Kot rasa benda yang betulnya, hehehe, minta-minta samalah sedapnya. Salam bahagia.

Temuk said...

ckLah @ xiiinam
Oh, dipanggil kuluban ya, ckLah. Tempat Paman dulu, orang panggil keluban. Nanti Paman mesti cuba. Remeh sikit tugasan tu nampaknya. Kena menggoreng, kena menyangan. Tak mengapa, dengan cara begitu + dengan adanya 'kencur', tentu nyaei Paman akan kaget + sukak banget mareng keluban dengan Paman.

aznimatisa said...

assalamualaikum pakcik.

Sedap. saya juga peminat kerabu. cantik gambar.

Teruskan menulis dari hati

:-)

Temuk said...

AZNIMATISA
Waalaikumussalam, aznimatisa. Setahu Pakcik, kaum wanita memang sukakan ulam dari macam-macam jenis daun. Bila dah bosan makan begitu saja kita kerabu-kerabulah dedaun tu, kan? Terima kasih di atas sokongan. Ceria selalu!

OA (Orang Asli) said...

Assalamualaikum,

Bolehkah disyorkan, setiap Rabu kita makan 'Kerabu'?...hari makan ulam-ulaman?

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu Temuk,

Selalunya kalau sura rumah yang masak mesti sedapkan.

Sura rumah saya lepas goreng keropok keping dengan buat cemput-cemput ikan bilis jer,

Sedap dan menyelerakan kerabu tu.

Saya ada menanam pokok temulawak. Bunganya sebiji bunga kunyit tu tapi berwarna unggu. Sekarang dah jarang berbunga, kalau berbunga esok saya pamerkan di blog saya.

Ulam temulawak ni pun kawan-kawan kata boleh buat ulam, tapi saya biarkan dia layu sendiri sebab sayang tengokkan dia cantik sangat.

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Kerabu yg cikgu pada hari Khamis nmpk sgt sedap. Masih blh rasa ke kepedauan bunga kunyit setelah bercampur baur dgn bahan2 ulaman lain tu?

Temuk said...

OA
Waalaikumussalam. Itu satu cadangan yang baik. Rabu hari kerabu. Tapi dari segi pengamalannya, biarlah 'hari-hari mau.... ma... u... ulam'!

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam bahagia, kunang-kunang

Rasanya tak pernah saya lihat bunga temulawak. Saya pun agak, tentu cantik. Baguslah dipamerkan bila ada. Dan, sebagai tanda sayangkan dia, lain kali nanti, jangan lupa kerabu-kerabukan!

Temuk said...

ADRY
Salam bahagia.

Sebenarnya, bila semua ricihan bahan sudah digaul mesra, sukar mahu dikenali, yang mana satu bunga kunyit. Dari segi rasa memang masih boleh dikenalpasti. Tapi, akibat kehadiran dedaun lain, kerisik dll, kesan pedau bunga kunyit tak dapat dirasai lagi.

Kakzakie said...

Ya Allah cikgu.... kakak terus ngences nak menikmatinya. Susah nak jumpa bunga dia sekarang nie... Kakak percaya rasanya A1!!...

p/s: Kakak senyum bila cikgu hias dgn bunga kunyit dibekasnya hihi.... cikgu ni kelakar jugalah...

Temuk said...

KAKZAKIE
Lo, kok sampek ngences si, kakzakie. Pantes digred A1, yo? Ala, seronok-seronok saja, kakzakie. Dan memang seronok sesekali bermain barang-barang dapur.

Ngences waktu lihat semangkuk ulam tak mengapa kakzakie, jangan ngiler waktu tidur, hehehe. Salam bahagia.

ibuintan said...

terliurnya saya... mesti tersangat sedap tu

tak tau pula saya bunga kunyit ni boleh buat kerabu

Munnafendy said...

hahaha...tersenyum2 sy baca entri kerabu bunga kunyit ni! =D

Al-Manar said...

Memang betul kaqlau dikatakan chef lelaki (mengapa tidak lelaka?)hebat, dapat mengeluasrkan hasil yang murni (tidak pula yang murna,entah apa sebabnya)

Temuk said...

IBUINTAN
Ha, nampaknya ibuintan kenalah hasilkannya versi kerabu ibuintan sendiri bila masa & keadaan mengizinkan. Tapi pastilah, hasil tangan suri rumah lebih sedaaaap daripada yang saya mampu buat. Jangan lupa bunga kunyitnya!

Temuk said...

MUNNAFENDY
Mengapalah agaknya munnafendy boleh tersenyum membaca entri kerabu kunyit tu.... Mungkin pasal Pakcik, buka Makcik, yang jadi pengkerabunya, ya? Pernah memakannya di mana-mana?

Temuk said...

AL-MANAR
Chef lelaki boleh jadi hebat, tapi saya lebih bersifat heboh. Jadi hasilnya tu memang murna, tak jadi murni! Nak seronokkan hati, sesekali memang kena pegang pisau (selalu tukan asah saja!) dan ricih puas-puas apa yang patut.

sudipVSsenduk said...

kalau la saya ni berjiran dgn cikgu, dah lama saya hulur pinggan kosong tanpa rasa malu... kalau malu rugi.

zul permatang badak said...

SEDAP MAKAN DENGAN NASI, .......Nasi kerabu.....

Mak Wardah said...

Salam cikgu. Selera saya tengok kerabu tu. Nampak sedap sgt. Tulisan yg menarik saya jd follower, tqvm

Temuk said...

SUDIPvsSENDUK
Tak berjiran pun, kalau sekampung, tetap boleh juga hantarkan pinggan tu. Di manalah sVSs tinggal agaknya. Saya tahu, masa datang hulur pinggan kepada saya, mesti ada isinya, kan?

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Sudah pasti "gu" keRabu, tak kira hari Rabu atau bila-bila, adalah nasi. Nasi panas-panas, kan?

Temuk said...

MAK WARDAH
Salam bahagia. Seronoklah saya bila Mak Wardah kata berselera tengok gambar kerabu tu. Minta-minta kalau rasa kerabu sebenarnya juga berselera. Malangnya tak boleh rasa melalui maya... Terima kasih jadi pengikut. Jumpa lagi!