Saturday, March 3, 2012

NAK BUAT APA PADA YANG SEJAMBAK NI?

Aku siram pokoknya hampir setiap hari. Tapi mata tak terpandang pun kat yang sejambak unik ni.
Mustahil ada yang tak kenal bunga ni, kan? Memang unik. Cantik kelopak-kelopak hijau mudanya. Macam warna daunnya juga.












Juga unik, sebab ada bunga dalam bunga.
 
Ubi dengan akarnya biasalah aku lihat orang gunakan dalam masakan. Tapi bunganya tak pernah. Sura rumah ingin tumpang bertanya kepada para suri rumah, ada pengalaman yang boleh dikongsi?

Alahai, minta-minta adalah yang sudi beri cerita, sebelum si jambak tu layu!

34 comments:

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Bunga kunyit ni blh dimakan sbg ulam tp lbh sedap jika ia kudup bunganya belum mekar dgn byk. Rasanya agak pedas tp berkhasiat sepertimana bunga lengkuas.

Al-Manar said...

Saya baru nak tanya bunga apa. Andry yang nampaknya pakar tumbuhan dah beri tahu, bunga kinyit rupanya. Mula mula saya ingat kan bunga kantam, kantan - kalau Terengganu dah terntu kangtang. Jahilnya saya cikgu tentang alam tanaman.

ckLah @xiiinam said...

Boleh dibuat ulam paman...

Temuk said...

ADRY
Salam sejahtera. Terima kasih banyak-banyak, Adry.

Oh, boleh dibuat ulam rupanya. Kalau begitu, saya agak, dimakan segarlah, kan? Bolehkah dicelur? Kalau dimakan segar agaknya bolehlah juga dipadankan dengan sambal kegemaran - cuma sebab ia sedia pedas, sambalnya mungkinlah jangan yang "extra-hot", ya tak?

Temuk said...

AL-MANAR
Rakan kita Adry memang pakar tumbuh-tumbuhan. Saya pun baru tahu bunga kunyit ni boleh dibuat ulam spt yang Adry (dari kumpulan sura rumah macam kita!), dan juga yang blogger ckLah (dari kumpulan suri rumah)jelaskan. Sayangnya bunga yang di dalam pasu saya tu sudah "overdue". Telah Adry beritahu , sepatutnya masa kudup sudah diletakkan di dalam pinggan (alahai, kalau di Terengganu diletak dalam pingganG pula!) untuk dinikmati.

Tak mengapalah sdr al-manar, ada benda yang kita tahu tapi orang tak tahu. Ada pula benda yang kita tak tahu tapi orang tahu. We can certainly learn from each other.

Temuk said...

ckLah@xiiinam

Terima kasih beri maklumat itu. Ada juga rasa teragak-agak nak cuba cicipi si kembang tu. Apa lagi bila blogger ADRY kata rasanya agak pedas. Tapi, insya-Allah ia tak akan dibiarkan layu. Bukan ia selalu datang, atau kita selalu ketemu. Rasa sikit pun jadilah nanti. Ceria selalu.

Azian Elias said...

Assalam Pak Temuk.. Saya suka sangat yang sejambak ni.. Masa kecik2 arwah nenek selalu buat ulam. Memang berselera betul.

zul permatang badak said...

buat ulam....pedas pun taklah sepedas cili....ada rasa pedau-pedau sikit.....kat pantai timur ni...bunga kunyit kita cicah budu....atau cicah sambal.......

Temuk said...

AZIAN ELIAS
Salam sejahtera, Yan. Wow, nampaknya si jambak tu memang merupakan bahan ulam yang terkenal juga (saya saja yg tak tahu!). Kena petik cepat-cepatlah nampaknya, sebelum kelopak-kelopaknya bertaburan di dalam pasu.

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
As-salam sdr ZPB. Pedas cili, biasa. Tapi pedau si bunga kunyit ni entah macam manalah rasanya. Tak mengapa, mesti cuba. Tak cuba, tak tahu, kan? Tak sempat nak cari budu untuk tiru orang Pantai Timur, nampaknya. Cuba dengan sambal sajalah dulu nanti. Terima kasih atas maklumat tambahan yang diberikan. Ceria selalu!

insan_marhaen said...

IM pun tak pernah lihat walaupun biasa dah tanam kunyit..

Pak Idrus said...

Temuk, Ini Bunga Kunyit. Kunyit saya pernah berbunga. Biasanya orang guna sebagai Ulam. Terima Kasih.

Adry@Daun said...

Cikgu,
Rasa bunga kunyit bukan pedas spt lada tp spt ZPB beritahu tu, rasa pedau. Kelopak bunga tu masih blh dimakan tp sayang pulak nak rosakkan kecantikannya. Nanti bila ia berbunga lagi, cikgu cuba mkn sbg ulam.

Aku said...

Salam kang,
orangkata kalau serai pula yang berbunga, ada batu pemata di akarnya... kalau kunyit pula, mungkinkah emas? hehehe

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Mungkin sejambak ini boleh sahaja saya keringkan sebagai tambahan koleksi herbarium saya dan merujuk laman ini untuk modelnya yang unik. Kunyit saya tak sempat berbunga....tumbuh, diambil daunnya, isinya...layu...mati...tanam lagi!

Temuk said...

IM
Kalau IM terus berkunyit, insya-Allah, satu hari nanti adalah pokoknya yang memperagakan bunga. Agaknya, terutama kalau pokok-pokoknya banyak dan merimbun, kita kena rajin mengintai celah-celah pokok tu. Entah-entah ada bunga-bunganya yang sudah pun layu.

Temuk said...

PAK IDRUS
Tentu Pak Idrus ada menyimpan gambarnya. Musykil juga, agaknya adakah bunga kunyit yang lebih panjang atau lebih pendek. Malahan, mungkin ada pula yang berlainan warnanya kerana perbezaan tanah atau jenis kunyitnya. Terima kasih singgah.

Temuk said...

ADRY
Oleh kerana ada kebimbangan "mungkin nanti tak datang lagi bunga atau pokoknya pupus", insya-Allah si bunga akan dijadikan ulam juga.... hehehe. Atau mungkin boleh dipetik kelopak-kelopaknya sikit untuk "testing".

Temuk said...

AKU
Salam sejahtera.

Waduuuh! Kalau betul boleh berlaku demikian itu, maka akan menurunlah harga permata dengan emas! Jika begitu, mungkin orang tak akan menggemari konsep dan amalan "menanam permata" atau "menanam emas", dan akan mengekalkan konsep dan amalan "melombong" kedua-duanya.

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam, Cikgu.

Alahai.... macam manalah agaknya cikgu nak keringkan si sejambak tu melalui maya... Kalau si sejambak benar-benar dikeringkan pun, tentu ia rosak sebab si pengering di sini tak bijak kaedah pengeringan yang sistematik.

Saya memang ingat kisah herbarium Cikgu tu. Semoga "collection" kini bertambah banyak. Dari kawasan Orang Asli barangkali ada herba-herba istimewa yang Cikgu telah kumpulkan.

Semoga satu hari ada pokok-pokok kunyit Cikgu yang 'dan' membunga!

kasihibu said...

salam pak cik
sya belajar makan bunga kunyit buat ulaman masa duduk di dungun beberapa tahun yang dulu, sedap di makan dengan budu, lepas tu mulut pun wangi ;p

bukan di rebus tp makan macam tu saja

Fuhpixel said...

cantik tngk bunganya

Temuk said...

KASIHIBU
Salam sejahtera. Oh, nampaknya di sebelah Pantai Timur orang suka berulam bunga kunyit + budu, ya? Itu kita namakan BUKUBU, boleh? Hehehe, lepas makan tu kasihibu kata mulut wangi? Wangi kunyit ke wangi budu? Atau wangi BUKUBU yang unik? Walau apa pun Pakcik percaya BUKUBU itu makanan yang istimewa & pasti berkhasiat.

Temuk said...

FUHPIXEL
Terima kasih singgah ke blog saya. Bila lapang nanti saya akan lihat butiran perkhidmatan kumpulan Fuhpixel. Selamat maju jaya!

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu Temuk,

Bunga kunyit ni biasanya orang buat ulam.

Kakzakie said...

Kalau kakak jadikan kerabu cikgu. Campur dengan taugeh dan kacang-kacang serta dedaun seperti pucuk ubi. Jangan lupa mayang sekali daun cekor memang sedap cikgu....

Hmmm.... selalu org yg ada memang tak tahu nak buat macam mana tapi kita yg tak ada mencari susah nak jumpa.

LadyBird said...

xth org buat ape.. org makanla kot .. letak dlm masakan mcm letak daun tu.. hihi.. pewangi mskn :P

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu,
buat ulam sedap ni, cicah pulak sambal belacan ikan bilis... pak mertua lalu pun buat tak tahu je, hehehehe

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam sejahtera. Terima kasih. Nampaknya semua yang melihat gambar bunga kunyit itu menyarankan ia dijadikan ulam. Nak tuai pun bertangguh lagi ni, sebab ada yang recommend + dengan budu, yang belum diperolehi lagi. Walaupun saya tak biasa dengan budu, tapi ingin cuba juga. Cuma sehari dua ni, bila ketemu makanan istimewa itu, tak tertarik pula saya untuk membelinya. Mesti cuba dapatkan buatan Terengganu atau Kelantan!

Temuk said...

KAKZAKIE
Salam, kakzakie. Ha, kakzakie punya cadangan ni best juga nampaknya. Kerabu tu "keluban" ke, kakzakie? Sebab susah nak dapatkan budu (sebab ada yang cadang pasangkan dengan budu), mungkin saya akan kerabukan saja si sejambak tu besok. Cekur pun ada sikit di tepi rumah. Bolehlah cari kelapa kukur + tauge dll tu kat pasar. Kesewun, kakzakie.

Temuk said...

LADYBIRD
Ladybird biasa tengok ke bunga kunyit? Tak ada pembaca yang sarankan ia dimasukkan dalam masakan. Tapi, macam juga daunnya, mungkin boleh digunakan untuk mewangikan masak pindang ikan. Betul tak?

Temuk said...

sudipVSsenduk
Nampaknya, cadangan paling banyak, buat ulam, macam juga yang sudipVSsenduk sarankan. Nanti, kalau tak jadi dibuat kerabu, jadilah si sejambak tu ulam segar. Kalau kerabu pun kira ulam jugalah, kan? Walau apa pun, terima kasih.

Munnafendy said...

kalau tak silap sy pernah makan sekali, mak hidang dgn ulam2 lain..makan mentah2 je

Temuk said...

MUNNAFENDY
As-salam. Terima kasih singgah ke rumah saya. Orang Melayu kita amat kaya dengan sumber ulamnya. Sampaikan bunga yang kita jangka tak sepatutnya dimakan pun kita boleh jadikan ulam. Kalau ada kajian saintifik membuktikan kehebatan khasiatnya tentulah ramai orang akan mencari bunga kunyit. Gambar-gambar kerabu daun kunyit saya insya-Allah akan menyusul. Jumpa lagi.