Monday, April 2, 2012

JARUM EMAS yang bukan JARUM EMAS

Orang kata, namanya jarum emas. 

Kalau ia betul-betul jarum yang dibuat daripada emas, masa harga emas terus menaik sekarang ini, alahai, akan kembung selalulah dompetku.

 
Sudah bertahun-tahun si jarum emas ini tumbuh di kawasan rumahku. Bila rumput menghijau balik selepas dimesin, si jarum emas pasti akan menjengul di sana sini.

Ada orang kata, jarum emas boleh dijadikan ubat. Termasuk untuk kembalikan tenaga. Direbus dan diminum airnya.

Walaupun acap keletihan, tak bermaya, aku tetap masih belum berani nak cuba air rebusan jarum emas tu. Pernah seorang rakan bercerita, kawannya jegang seluruh badan selepas minum air jarum emas. Dia kemudiannya dihospitalkan!

Masalah "ubat" buatan sendiri ini banyak berkait dengan sukatan "lebih kurang"nya - masa menyediakannya, juga masa hendak memakannya. Kita tak tahu dengan tepat, contohnya, banyak mana air atau ramuan daunnya yang diperlukan, banyak mana ubat perlu diambil, sekerap mana, dan macam-macam lagi.

Tentulah kita berasa lebih jelas bila diarahkan menelan "1 biji pil paracetamol, seberat 500mg, 4 kali sehari". Sifar elemen "lebih kurang"nya.

Tapi Ah Chai, tukang rumahku dulu, tidak bermasalah dengan masalah "lebih kurang".

Kata dia, dalam hidup ni, mana boleh kita selalu mahu "betul-betul kira"!

Ah Chai amat percaya kepada efikasi jarum emas. Pantang dia nampak jarum-jarum tu terpacak di sana sini di kawasan rumahku. Pasti dituainya. Kemudian, dimasaknya. 

Katanya,  banyak air dengan pokok, kira lebih kurang. Minum pun!

Ada juga aku terkenang, seronok-seronok. Kalau aku keringkan jarum emas ni, entah-entah singseh akan beli "RMTinggi" daripadaku, tak? 

Tapi, entah-entah singseh akan kata yang dia tak beli "rumput" tu! 

28 comments:

ckLah @xiiinam said...

Cer buat formula sendiri Paman....lepas tu jenamakan minuman tenaga jarum emas tu ke. :-)

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum,

Betul tu, ubat tradisional ni mungkin ada baiknya cuma kita tak tahu sukatan sebenar.

Lama tak dengar cerita jarum mas ni, satu ketika dulu heboh..

Aku said...

Salam kang,

dulu-dulu rumput jarm emas kalau dikeringkan harganya dikatakan boleh mencecah RM15K sekilo. Masa tengah gah dulu-dulu la...

Azian Elias said...

Assalam Pak Temuk..

Jarum Emas yang jadi hot sikit masa dulu ni kan..




Pak Temuk,
boleh saya dapat kan address pak temuk? email ke saya boleh?

azianelias@yahoo.com (kalau boleh lah) tak paksa.

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu.

Pernah terbaca yg jarum emas ni boleh ubati sakit pinggang,
sakit urat, mengecutkan rahim, menguatkan tenaga batin(ehem ehem), melancarkan perjalanan haid dll. Kita hanya merancang, Allah yg tentukan.

kasihibu said...

macam tu rupabentuk si jarum emas rupanya...
baru sya tahu ;p

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Nama tempatan untuk rumput adalah jarum mas bkn jarum emas. Masa saya masih bersekolah menengah, ia sgt popular dan ada kwn2 saya yg mengutip rumput ni utk dijual. Harga bagi sekilogram mencapai ribuan ringgit utk jarum mas kering. Mereka tak sedar utk dpt 1 kg jarum mas kering bkn mudah. Khasiat jarum mas lbh kpd wanita iaitu utk ibu lps bersalin.

Temuk said...

ckLah
Itu satu cadangan baik. Tapi kesihan pula para pengeluar minuman tenaga yang sedia ada tu. Lagi pun paman takut jadi kaya! Salam ceria.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Walaikumussalam. Insya-Allah, ubat tradisional juga baik. Ubat2 moden pun menggunakan bahan2 asas yang sama. Saya gembira di Hospital Putrajaya ada bahagian perubatan tradisional dan komplementari sekarang ini, sebagai satu alternatif kepada pesakit.

Temuk said...

AKU
Salam. Kakang ingatkan tadi RM15/kilo. Rupa2nya RM15K! Sekarang tak gah lagi kot. Tak lama dulu jus noni pun sangatlah gahnya. Ada yang sampai RM200 sebotol yang diimport dari luar negara. Kakang cuba masak sendiri untuk kurangkan paras gula. Memang ok. Tapi ada doktor nasihatkan, air noni itu mungkin boleh rosakkan buah pinggang.

Temuk said...

AZIAN ELIAS
Waalaikumussalam, Yan. Betullah tu, ia pernah diheboh-hebohkan. Saya sebenarnya nak kepastian dari yang lebih tahu apakah betul gambar yang dipaparkan itu jarum emas. Blogger adry@daun tak kata salah (dia yang rajin tolong beri maklumat mengenai pokok, jadi betullah. Tapi beliau betulkan namanya kepada jarum mas, bukan jarum emas.

Insya-Allah saya akan hubungi Yan melalui emel nanti.

Temuk said...

sudipVSsenduk
Waalaikumussalam. Kalau dibaca komen adry@daun di bawah komen sVSs tu, nampaknya jarum mas (beliau betulkan namanya) lebih bermanfaat untuk kaum wanita. Masa heboh-heboh dulu memang dikaitkan dengan ehem ehem tu lah. Betullah tu, kita hanya merancang. Allah yang menentukan berkesan tidaknya.

Temuk said...

KASIHIBU
As-salam, semoga kasih ibu sekeluarga sihat sejahtera. Hehehe, lain kali bila ada benda tu tumbuh di kawasan rumah tahulah kasihibu ia benda berkhasiat. Blogger adry@daun telah betulkan namanya - jarum mas.

Temuk said...

adry@daun
Waalaikumussalam, Adry. Terima kasih banyak-banyak kerana tolong membetulkan nama tumbuhan itu. Juga di atas maklumat tambahan mengenainya.

Saya tak boleh bayangkan ada berapa banyak pokok jarum mas kering dalam 1 kilo. Tapi, yalah, dengan harga demikian tinggi kenalah ada 'susah' dalam mencarinya.

Al-Manar said...

Rasanya saya tak pernah dengar apa tah lagi melihat jarum mas ini. Munkinkah tiada tumbuhan ini di tanah dan cuaca pantai timur? Kalau ada biji sebagai benih ingin juga saya hendak tanam - dan makan. Manalah tahu bertmbah kuat badan yang bertambah lusuh ini.

aznimatisa said...

assalamualaikum cikgu.

cantik sungguh si jarum emas tu. cantik lagi berkhasiat.

terima kasih untuk cerita ini, menarik :-)

Aku said...

hah? air noni boleh rosakkan buah pinggang..??

aku baru berkira-kira nak cuci buah pinggang seminggu ni dgn buah noni...

Temuk said...

AL-MANAR
Semoga sdra al-manar telah mengenali rupa si jarum mas itu. Manalah tahu, sehari dua ini ada yang menjenguk di kawasan rumah al-manar sendiri. Tak pernah lagi saya dapat lihat bijinya yang boleh dijadikan benih. Tetapi ada beberapa kali saya cuba menanam semula pokok yang dicabut (dengan menjaga akarnya supaya tak kehilangan banyak tanah yang melekat padanya), tapi tak hidup.

Kalau pun terjumpa jarum mas dan ada cadangan menjadikannya penawar tubuh yang lusuh, harap berwaspada, agar penawar tak bawa bahaya.

Temuk said...

AZNIMATISA
Walaikumussalam dekni. Terima kasih kembali. Kalau ikut blogger adry@daun, jarum mas lebih berfaedah bagi kaum wanita termasuk mereka yang baharu melahirkan anak. Tapi, walaupun ada yang mengangkat martabatnya, kalau kita menggunakannya, wajarlah kita berwaspada.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ermmm...Jarum Mas, berbunga purple. Kat padang sekolah saya bunganya berwarna kuning....yang ini mungkin jarum emas (?) wallahualam.

KhaiRin : anies said...

tingat ms skolah dulu...berebut2 cr jarum mas smpi rumput pn d cop sbg JM heheh

Dinas Aldi said...

Salam cikgu.

Takut jugak kalau tak kena sukatannya, tak jadi ubat, jadi benda lain pulak, kan..

Temuk said...

CIKGU AHMAD HUMAIRI
Waalaikumussalam. Yang di padang sekolah cikgu tu mesti yang "asli". Pasal situ kawasan asli. Ya, tak? Tapi mungkin juga jarum mas punyai bunga yang berlainan warna, macam juga bunga raya, ada yang putih, merah, kuning dll.

Temuk said...

KhaiRin:Hanies
Dah cari buat apa? Mungkin masa tu KhaiRin diberitahu JM boleh dimakan atau direbus untuk terangkan hati & senang belajar.

Temuk said...

DINAS ALDI
Salam sejahtera. Sebab tak diketahui sukatan, pengguna ubat tradisional amat terdedah kepada bahaya terlebih dosej. Memang membimbangkan kalau-kalau "ubat" bertukar menjadi "racun".

Temuk said...

AKU
Yang kata air noni mungkin boleh rosakkan buah pinggan tu memang doktor. Dia pun mungkin tak ada faktanya, atau rujukan saintifik. Tapi bila doktor yang bercakap, kita jadi takutlah. Walau apa pun, jus noni buatan sendiri memang menurunkan paras gula pengidap diabetis dalam famili saya. Takutkan apa yang doktor katakan, dia sudah guna ubat doktor sebagai pengganti jus noni.

Tunku Shamimi Tunku Jaafar said...

salam pak Temuk , sy Shamimi , boleh sy tau tentang "rumput jarum emas " dgn lebih detail ?.. ni. number fon sy 0129729851