Tuesday, April 10, 2012

MENGAPA BUNGA KETAWA?

Mengapa bunga KETAWA?


Maksud sebenarnya, mengapa si bunga KEnanga TAk WAngi?
Itulah kenanga terbaruku. Hasil tuaiannya di atas tu. Dan pokoknya yang  ku beli
beberapa bulan lalu, di bawah ni. Sudah pun ku pasukan.


 Mengapa kenanga jiran, walau  cuma sekuntum, walau kecil, walau di sebalik
tembok (walau temboknya rendah), walau pokoknya kerdil, walau terbiar saja di pasu
kecil, wanginya tetap menusuk hidung, bila aku lalu lalang di tepinya?

Tapi, tak mengapalah. Paling kurang, kenanga baruku itu berbunga juga!

Kenanga yang dulu, di bawah ni, amat "gila daun". Tapi tak pula dia "gila bunga".
Aku pun buang daunnya sampai botak. Kemudian ku ikat-tarik batangnya
dengan tali supaya dia berpanas, tak diteduhi si kelat paya. Sepatutnya dia
berbunga bila dapat lebih cahaya matahari.


 Bila tak juga berbunga, ku pindahkan dia ke pasu. Dengan jangkaan,
lebih mudah nak beri baja, nak siram, juga nak menjaganya.


Tapi sampai akhir hayatnya, tak juga dia berbunga. Mungkin dia marah.
Kena ikat-tarik, kena pindah randah.

Dari yang mati tanpa bunga, baiklah yang hidup, dengan bunga. Walaupun tak wangi.


Entah-entah, lubang hidung pemilik kenanga yang ada masalah!

34 comments:

Aku said...

Salam Kang,
Aku syorkan letak minyak attar sikit....

Nisa' said...

"Entah-entah, lubang hidung pemilik kenanga yang ada masalah!"

That part made me smile.

Hmm, Nisa' tak berapa tahu tentang pokok-pokok. Maaf tidak dapat bantu on how to make pokok kenanga tu berbau wangi.

Temuk said...

AKU

Salam Aku.
Hehehe, satu cadangan yang baik tu. Tapi kenalah pastikan minyaknya berbau kenanga. Kalau pakai yang berbau ros, dapat kenanga berbau ros pula! Lagi satu masalahnya, lebih modallah kakange keno ngetokno! Ceria selalu.

Temuk said...

NISA'
Thanks a lot for dropping by and for your comment.

I am also not that knowledgeable about plants, but I do love plants a lot, except those artificial ones!

I will surely peep into your blog later. I believe that I will certainly enjoy it. Have a nice day!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Sepatutnya bunga drp spesis kenanga berbua harum. Saya agak ada tiga kemungkinan di sini iaitu, ini bunga2 hasil yg pertama drp pkk yg cikgu tnm tu. Yg kedua, bunga kenanga tu blm cukup masak(masak=betul2 matang, kuning warna bunganya) dan yg ketiga, ada gangguan deria bau oleh tuan pkk bunga spt selsema atau demam..hehe..

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu..
Bila baca tajuk, hidup-hidup saya kena tipu & mati-mati saya percaya yg bunga boleh ketawa.. hihihi

Temuk said...

ADRY
Waalaikumussalam. Seronok saya baca komen profesional Adry tu. Memang inilah kali pertama si kenanga saya tu berbunga. Saya membelinya semasa ia kecil dalam beg plastik hitam dan kemudian memindahkannya ke dalam pasu. Saya agak memang inilah jawapan kepada saoalan mengapa bunga ketawa!

Kuntum2 yang saya kutip memang telah cukup matang, berwarna kuning tua.

Mugkinlah juga bunga ketawa kerana, macam Adry kata, deria bau pemiliknya bermasalah. Hehehe, memang saya pelanggan pakar ENT di Putrajaya!

Temuk said...

sudipVSsenduk

Waalaikumussalam, sVSs
Saya jangka bunga itu memang ketawa. Ia ketawa kerana berjaya "trick" saya dengan menghalang keharumannya daripada memberi nikmat kepada deria bau saya.

Nantilah saya ajar bunga ni sikit: kurangkan "supply" air dengan baja untuk sebulan.

Mungkin, lepas itu, dari daun-daunnya pun dikeluarkan bau wangi yang hebat!

Al-Manar said...

Nampaknya saya lebih bernasib baik. Dua pupuh tahun dahulu bapa saudara beri sepokok kenanga rendah. Sekarang cuma tidak lebih tinggi saya berdiri. Bunganya wangi. Tidak pula dalam pasu.

Temuk said...

AL-MANAR
Alhamdulillah. Memang bernasib baiklah tu.

Kenanganya rendah,
Bunganya wangi;
Pasu tak payah,
"You save some money"!

Hjh Noralenna Abbas said...

Kenanga saya juga dalam pasu. Berbunga bukan kuning tetapi kehijauan. Harum tetap harum.

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu,

Satu ketika dulu, saya ada juga kenanga ni. Berbau, tapi taklah kuat sangat.

Pokok tu dah ke sorga tak tau sebab apa, mungkin hayatnya setakat tu saja. Lama juga dia di rumah saya, agak bertahun2m lepas dia pergi...

Seronok tanam bunga wangi2 ni, saya suka.......

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Bunga Ketawa mengingatkan saya pada posting ini :

http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/2010/10/dengarkan.html

Memang menyeronokkan mendengar perbualan flora.

kasihibu said...

kalau si kakak chantik dapat ni, boleh buat mandi bunga
pak cik tak masuk dalam kolam air mandian ke?

ckLah @xiiinam said...

Entri bunga ketawa paman membuatkan ckLah ketawa petang petang ni....

Temuk said...

HJH NORALENNA
Wah, wah, kalau hijau pun dah wangi, bila menguning pasti lagi semerbaklah kenanga hjh tu. Belaian dan jagaan macam manalah agaknya yang diberikan kepada si kenanga. Boleh tumpang kaedah?

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam Kunang-Kunang. Semoga sihat. Hehehe, ke syurga pula si kenanga tu, ya. Jadilah, dapat bersamanya untuk beberapa tahun. Saya gemarkan warna bunga, tak semestinya "bright", lebih daripada bau harumnya. Yang harum-harum tu, kalau banyak jenisnya, amat baik untuk si hidung tapi boleh pula menyeramkan si hati pada waktu malam!

Temuk said...

CIKGU AHMAD HUMAIRI
Waalaikumussalam. Alahai, nak tenung balik entri Cikgu yang itu, tak dapat pula. Entah mengapa. Apalah agaknya kisah perbualan flora yang Cikgu sebut tu.

Apa kabar sekolah OA tu? Insya-Allah terus maju.

Temuk said...

KASIHIBU
Kalau si kakak nak ambil untuk mandi bunga, kenalah datang ke Bangi. Minta2 bila datang ada bunganya, hehehe.

Pakcik tak berani masukkan kenanga ke dalam kolam mandian. Nanti kalau Pakcik termandi airnya, apa pula jadinya....

Temuk said...

ckLah
Jadilah, ckLah ketawa petang. Tentulah kalau boleh paman harapkan ckLah sentiasa ketawa, ceria, riang, sihat dan bahagia pagi&petang + siang&malam. Sepanjangan.

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu,

Saya singgah lagi ni nak beritahu di blog saya Temulawak pastekan gambar pokok temulawak yang saya janji dulu tu, kalau lapang singgahlah yer.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam. Saya pun baru teringat balik hal temulawak tu. Terima kasih banyak-banyak. Insya-Allah akan singgah. Selamat berhujung minggu.

ajak said...

asalam ... salam kenal ... terima kasih atas kunjungan ... saya dah follow blog ...tq.

Pak Idrus said...

Temuk. Saya percaya ini jenis Kenanga yang tidak berbau. Yang saya tanam sentiasa berbunga dan berbau harum. Read this http://idrus.blogspot.com/2006/12/kenanga.html

Have a nice day.

Temuk said...

AJAK

Waalaikumussalam. Terima kasih juga di atas kunjungan ajak. Ketemu lagi, insya-Allah.

Temuk said...

PAK IDRUS
Baru petang tadi saya "test" lagi bau kenanga saya. Yang sudah menguning memang sangat sedikit baunya. Yang masih hijau dan mula menguning punyai lebih sikit bau. Saya rasa hidung saya sensitif, cepat mengecam bau. Jadi saya yakin kenanga saya ini memang tak berbau. Tapi tetap rajin berbunga.

Namun, saya tetap tunggu ia berhenti berbunga, dan berbunga semula. Mungkin masa itu bunga-bunganya wangi.

Insya-Allah saya akan cari entri Pak Idrus mengenai kenanga itu. Pasti mengujakan.

ckLah @xiiinam said...

lubang hidungnya....kena dibawa ke doktor ENT tu paman. :-)

Temuk said...

ckLah
Memang sudah jadi pelanggan tetap pakar ENT di Putrajaya. Ada kalanya 3 bulan, ada kalanya 6 bulan sekali. Pantang kena habuk, pencemaran-pencemaran lain & juga kepenatan, mogoklah si hidung. Mesti ia jadi pilek + ngences.....

funnyaccent said...

Pak Temuk,
Bunga kenanga was one of my Mak's favorite flowers. She loved to add the petals into her bedak sejuk. Thank you for a lovely entry.

al-lavendari said...

mungkin dia berontak/tunjuk perasaan tak mahu berbunga.

yang tak berbau itu .. mungkin juga hidung pemiliknya ada masalah pendengaran .. hehe

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
dulu hidup Amie sekeluarga dikelilingi oleh pelbagai pokok bunga sebab ayah kami memang peminat bunga, terutama bunga yang wangi seperti cempaka, ros, melor, melati dan tidak ketinggalan bunga kenanga. Bonda pula suka masukkan kelopak kenanga yang panjang-panjang tu ke dalam minyak untuk dijadikan minyak rambut. Memang kenanga sangat wangi, menusuk hidung terutama di waktu senja. Mungkinkah kenanga ayah itu kenanga kacukan? Mungkin juga ada spesies baru kurang harumannya telah dihasilkan melalui kajian-kajian tertentu.

Temuk said...

FUNNYACCENT
Those were the days..... the things that we used were natural, not artificial, and picked fresh from our very own compound. And we didn't have to worry about any hazardous chemicals affecting our bunga kenanga.

I don't know why, I find difficulties in getting into your blog. Mungkin sebab jauh, ya..... Salam sejahtera.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Betul juga tu. Bila sang pokok memberontak, walau berbunga, dikeluarkan bunga tanpa bau! "Rasakan, pemilikku!", katanya, barangkali.

Hehehe, rupa-rupanya si hidung boleh punyai masalah pendengaran, ya? Mungkinlah ia tak dengar bau wangi tu, walaupun sebenarnya ada. Salam sejahtera.

Temuk said...

AMIE
Nampaknya Amie pun punyai kenangan manis, zaman ibu gunakan kenanga sebagai pewangi minyak rambutnya, ya? Ayah lihat blogger FUNNYACCENT juga punyai cerita serupa. Begitulah dulu-dulu. Barangkali ini sudah tak dilakukan orang "moden", macam kita, yang banyak bergantung kepada barang-barang artificial, bukan yang natural. Ruginya.

Kalau benar agakan blogger ADRY, musim kedua berbunga nanti, kenanga ayah akan berbunga wangi. Yang tak wangi ni "keluaran pertama". Tapi bilalah agaknya keluaran kedua, sebab nampaknya ia tak berhenti-henti mengeluarkan bunga!
Salam sejahtera.