Thursday, April 26, 2012

SATU KONVOKESYEN - II

Sekadar untuk rekod famili sahaja. Ku abadikan di sini beberapa keping
foto sempena hari penerimaan ijazah Alfian, anak keduaku,
di Majlis Konvokesyen USM ke 45 pada 21 April yang lalu.

Tahniah, Dr. Alfian! Bidang
Pengajiannya, Multimedia.
Terima kasih, USM, kerana melantik jurugambar
untuk babak-babak di atas pentas tu.

Alfian dengan isteri (Shazwan), anak-anak, dan Emak.

Dengan Babah pula!
Antara rakan-rakan yang masih sekolah. 
Nak tunjuk bilik asramanya dulu. Banyak jasanya!

Untuk kenang-kenangan. Babah dengan jubah tuanya
(dah lebihkurang 30 tahun).
Nak lawan, sapa punya lebih terang warnanya! 
Emak pun lama dah tak pakai jubah dia tu. Dulu, Emak sesekolah dengan Babah. Tapi lain bidang pengajian.
Saja seronok-seronok hari ni, pakailah juga.
Di depan sekolah Alfian. Nadeem bukan tak suka
digambar, tapi tak gemar mimpinya diganggu.
DYMM Tuanku Canselor USM semasa berangkat pulang,
selepas majlis konvokesyen ditangguhkan


Syukurlah dengan segala pemberian dan nikmat Allah.

Ijazah itu umpama pasport.
Untuk pemiliknya  menjelajahi daerah-daerah yang belum diterokai.
Ia juga seperti lesen pemandu. Untuk pemegangnya gunakan
menerokai pelbagai kawasan  baru, yang sebenarnya kaya raya dengan ilmu.

Ijazah itu alat, bukan matlamat!














18 comments:

ckLah @xiiinam said...

tahniah Dr Alfian....


Dan ayah bondanya, isteri serta anak-anaknya.

al-lavendari said...

setuju .. ijazah itu adalah alat bantu atau bekalan sahaja.

adakah rupa tuan sehensem Alfian semasa sebaya dengan dia dulu ?

Al-Manar said...

Tahniah kepada ayah dan anak. Dipanjang umuur bertiga dengan cucu pula.

Aku said...

salam,
aku setuju yang sangat-sangat...

Temuk said...

ckLah
Bagi pihak Alfian, terima kasih. Kesewun.

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Kalau al-lavendari nak tahu, kenalah lihat entri akan datang (entah bilalah tu), bila saya paparkan gambar muda saya, umur 30-an. Salam sejahtera.

Temuk said...

AL-MANAR
Terima kasih. Kalau nak bergambar berjubah sedemikian rupa dengan generasi cucu, saya congak-congak, itu akan hanya berlaku, isnya-Allah, dalam 18-20 tahun akan datang. Alahai.... kalau ikut kebiasaan, memang si datuk sudah pupus masa itu. Sedih... sedih!

Temuk said...

AKU
Salam sejahtera dan terima kasih. Semoga giliran Aku bakal datang juga nanti.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Tahniah buat Dr. Alfian, dan terlebih pula buat ayah kerana telah berjaya mengasuh dan mendidik anak-anak untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Benar kata ayah, ijazah itu alat, bukan matlamat. Pertama kali Amie mengikuti kuliah di Fakulti Pendidikan 21 tahun yang lalu... hingga ke saat ini masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata seorang pensyarah kami bahawa 'pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat'. Dengan ilmu pengetahuan itulah kita jadikan passport untuk menjelajah daerah-daerah yang belum diterokai.

Ayah,
tentang masakan ayam kampung, ada beberapa kali Amie masukkan dalam blog.Setiap kali kami pulang ke Selangor, memang bonda sudah sediakan beberapa ekor ayam kampung untuk kami. Bonda juga kirimkan ayam kampung yang dibekukan untuk ayahhanda mentua (sudah allahyarham). Ayam kampung peliharaan bonda tidak keras seperti kebiasaannya kerana bonda memeliharanya dengan sempurna. Setiap hari bonda akan berikan ayam peliharaanya makan nasi hangat (bukan nasi yang dihangatkan) tetapi nasi yang bonda masak, dan dalam tempoh 6 bulan ayam bonda sudah gemuk dan dagingnya pula lembut. Cuma pada bulan Mac lepas, ketika itu banjir melanda lebih sebulan lamanya, ayam-ayam peliharaan bonda mati satu persatu. Jadi bonda belikan kami beberapa ekor ayam kampung. Salah seekor daripadanya ayam jantan. Amie masak sup penuh sebelanga kerana ayamnya besar seberat lebih 3 kilogram! Walaupun memakan masa yang agak lama untuk merenih, tetapi puas hati kerana dapat makan bersama anak cucu dan saudara mara yang datang bertandang. Masih terasa harumnya sup itu ayah... bau semerbak lobak putih, lobak merah, kentang, daun sup dan bawang goreng serta rempah-rempahan!

Ayah, minta maaf, panjang sangat cerita Amie kali ini... rindu kampung sebenarnya!

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum cikgu & tahniah buat Dr Alfian.

Pernah merasai 1 perasaan bangga yg begitu berbeza tatkala berjubah sambil menerima anugerah dan disaksikan oleh ibubapa tercinta.. Bangga, gembira, sedih semuanya bercampur menjadi 1 tanpa perlu diucapkan kerana semuanya terpancar di muka... rindunya saat itu

Temuk said...

AMIE
Waalaikumussalam, Amie. Terima kasih dari kami. Kita berusaha, Allah yang mengizinkan dan memberi.

Benarlah pembelajaran itu proses sepanjang hayat. Jelaslah kepada kita sekarang mengapa Nabi kita Muhammad (saw) menyuruh kita terus belajar sehingga kita mati. Dan kita pun tahu, walau kita sentiasa belajar, kita tak akan mampu menjadi 100% terdidik.

Seronok baca cerita ayam kampung Amie tu. Walaupun Ayah orang kampung, tak pernah pula dengar orang memberi makan nasi panas kepada ayam kampung ternakannya! Waduuuh, hebat kesungguhan bonda Amie tu, sampai untuk ayam pun ditanakkan nasi. Begitulah teliti dan rapinya orang lama melakukan sesuatu. Mungkin itu rahsia sebenar mengapa ayamnya berdaging lembut.

Kalau tak kerana bimbang ayam merayau ke rumah jiran, juga semerbak buangannya, mahu juga Ayah membela ayam kampung sekarang ni. Tapi nampaknya lebih wajarlah cari di pasaraya saja. Nanti lapang-lapang, Ayah akan cari respi-resepi ayam kampung Amie tu dan cuba di dapur bila tak ada orang di situ!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Walaikumussalam, sVSs. Terima kasih.

Sudah sewajarnya kita bangga, gembira, juga terharu dengan saat bersejarah seperti yang sVSs lalui itu. Saya juga dapat merasakannya lebihkurang 40 tahun dulu. Apa lagi bila dikenangkan suasana persekolahan dan kehidupan keluarga di kampung pada masa itu, maka amat bersyukurlah saya dengan apa yang diperolehi.

Kakzakie said...

Pertama kali kakak nak ucapkan tahniah buat Dr. Alfian dan tak ketinggalan babah, emak, isteri dan anak-anak Dr. Alfian. Mereka inilah pendorong kejayaannya.

Babah & emak menumpang mengenang nostalgia dulu. Seronok kakak tengok cikgu. Nadim kena ganggu tu yg dia menangis, tak apa bila besar tengok gambar ni mesti dia ketawa...

Doakan anak kakak boleh berjaya macam anak cikgu.

Temuk said...

KAKZAKIE
Terima kasih dari kami semua, kakzakie. Kesewun! Babah dgn emak beri peluang si anak yg dulu dah 'missed' babak-babak bersejarah mereka? Sebab dia kecil lagi, hehehe. Tak kiralah. Saya doakan anak-anak kakzakie juga capai kejayaan, malah muga-muga lebih dari anak-anak saya. Insya-Allah.

Mak Wardah said...

Tahniah cikgu. Saya suka ayat ijazah bukan matlamat tetapi hanya alat.

Temuk said...

MAK WARDAH
Terima kasih banyak-banyak. Kita ada lesen memandu, tak tentu selalu ok di jalanraya. Kadang-kadang kita hantuk juga kereta orang. Kadang-kadang kita langgar pula peraturan yang masa sebelum dapatkan lesen sangat-sangat kita patuhi. Apa lagi masa ujian memandu! Bagi saya, samalah cerita pemilikan ijazah itu. Benarlah kata orang, kita sebenarnya jadi "macam mana kita gunakan apa yang kita miliki".

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt.
Semoga cikgu sekeluarga diberkati dan dirahmati ALLAH SWT setiap masa.
Terima kasih cikgu ! Kata-kata hikmat iaitu "Ijazah bukan matlamat tetapi hanya alat" menguatkan diri saya untuk mencapainya kerana ianya adalah "batu loncatan" untuk ke tangga kejayaan demi kejayaan. Sekarang ni saya sedang buat PJJ-UPSI (alat)ke arah yang lebih baik lagi, InsyALLAH.

Rohani M.U said...

Tahniah untuk anak cikgu.