Saturday, April 28, 2012

OKRA MERAH BERWARNA APA KALAU DIREBUS?

Okra merah berwarna apa kalau direbus? 


Aku sendiri pun baru tahu.
Rupa-rupanya, kalau direbus, okra merah menjadi hijau!

Tengoklah gambar kat bawah ni. 
 









Baru-baru ini, seronok-seronok, aku menanam beberapa 
pokok okra merah.  Dalam pasu dan atas tanah.

Tuaian sulung, dapat 3 kilo biji. Ulam! Maka ku rebuslah tuaian.
Masa itulah baru aku tahu, warna merah si okra lebur dek air panas.

Seronok juga lihat pokok okra merah.
Juga bunganya, putiknya, buahnya.


 
 
 
 Dalam pada itu tak mahulah aku lupa kepada 
si okra hijau tradisional ni. Ku tanam juga beberapa pokok.



Ayu jugalah si okra hijau ni. Pokoknya,
bunganya, putiknya.

Lama sudah aku tahu, okra hijau tetap 
hijau kalau direbus.

Sepatutnya, kalau direbus, okra hijau jadi 
merahlah pula. Sebab si merah menjadi hijau, macam 
dia, bila direbus.






28 comments:

aznimatisa said...

salam cikgu,

cikgu!cantiknya pokok -pokok tu.cantik2.suka saya melihat gambar yang cikgu letak. terima kasih ya.

Temuk said...

dekni
Salam sejahtera. Terima kasih. Tak secantik manalah tu. Pakai tampal sana sini saja. Ceria selalu!

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
sebelum ini Amie pernah tengok okra merah dalam blog masakan seorang kawan. Memang warnanya berubah dari merah ke warna hijau, walaupun bukan dicelur (kawan Amie masak tumis). Memang menarik cerita tentang okra merah ni, tento orang sains pertanian atau biologi tumbuh-tumbuhan tahu tentang fakta perubahan warnanya. Mula-mula tengok bunga okra merah, ingatkan bunga roselle.... cantik!

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Bendi hijau lbh original kerana warnanya tak akan luntur apabila dimasak. Bendi merah tu walaupun nampak cantik tapi warnanya seolah2 hanya sekadar penghias buah yang berwarna hijau. Rasanya pn sama kan.

Mak Wardah said...

gambar2 cikgu cantik2 pokoknya. Baru pertama kali saya tengok okra merah tapi bukan bendi ke???

Temuk said...

AMIE
Waalaikumussalam, Amie.
Agaknya pakar sayur-sayuran tahulah mengapa si okra merah bertukar warna apabila dimasak. Ayah rasa, si merah tu okra hijau juga, tapi dia jenis pandai berhias. Bila kena panas, dia malih menjadi hijau balik, hehehe. Ada tak Amie jumpa okra merah kat Malaysia Timur? Kot ada boleh cuba resepi ROME, resepi okra merah.

Temuk said...

ADRY
As-salam Adry. Hehehe, nampaknya di kalangan sayur pun ada yang pandai cantikkan zahirnya, ya? Kena intervensi sikit, dah nampak tembelang & temberangnya. Bagi saya memang rasa yang hijau dengan yang merah tu sama sahaja.

Temuk said...

MAK WARDAH
Terima kasih, taklah secantik mana. Seronok-seronok "snap & paste" saja. Gembira saya kerana sekurang-kurangnya ada pembaca seperti Mak Wardah yang belum pernah melihat okra merah bepeluang melihat gambarnya. Okra merah samalah dengan bendi. Serupalah dengan okra hijau. Okra juga dipanggil sebagai kacang lendir atau kacang bendi.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ingatkan ada singkatan baru tadi, rupanya memang OKRA...teringat cerita Ahmad Albab ...dia kata kacang brandy...memang sesuaila kot sebab ada yang panggil kacang botol kalau tak silap saya.

Temuk said...

CIKGU AHMAD HUMAIRI
Waalaikumussalam Cikgu Humairi,
Hehehe, bunyi "kacang brandy" tu mungkin sebab lidah tergelongsor masa nak sebut "kacang bendi". Nama okra saya rasa biasa digunakan oleh orang putih. Kita juga biasa memanggilnya kacang lendir. Ya kan, Cikgu?

Yang Cikgu kata kacang botol tu, rasa saya, kacang botor. Orang juga memanggilnya kacang kelisa (winged bean). Teringat masa di kampung dulu, kalau makan sayur kacang ni, kira tak ada standardlah. Walhal ia sangat baik & sangat popular. Juga sangat versatil kegunaannya. Disediakan dalam bentuk apa pun, saya tentu sapu bersih. Bab bersih begini, saya sokong & suka.

Kakzakie said...

Kakak lagilah tak pernah jumpa dan tahu nama okra ni cikgu. Kalau kakak jumpa mesti kakak kata bendi merah. Mesti cantik kalau tanam selang-seli atas pasu. Jujur memang kakak jakun cikgu...

Pengalaman/kebolehan cikgu bukan hal mendidik tapi juga berbudi dgn tanah...

Temuk said...

KAKZAKIE
Bendi merah, kacang lendir merah, okra merah, serupalah semua tu, kakzakie. Orang putih yang biasa panggil okra. Memang elok jugalah tu kalau boleh ditanam berselangseli, hijau dengan merah. Jangan-jangan boleh berlaku "cross-pollination" yang sebabkan ada buah yang hijau berbelang merah atau sekerat hijau sekerat merah, atau sebelah hijau sebelah merah! Salam sejahtera.

akuzle ayu said...

ohoooo... baarrruuu tahuuu...(gaya org jakun...hihihihi)

Temuk said...

AKUZLE
Laaa, baru tahu kewujudan okra merah ke atau hal okra merah menjadi hijau bila direbus? Tak kiralah, kan? Pakcik yang dah melewati 60an ni pun kerap "baru tahu" perkara-perkara & benda-benda tertentu. Yang penting, dapat peluang mengetahuinya.

insan_marhaen said...

makan okra ni bagus untuk orang dah kahwin, betul ke?

Temuk said...

IM
Semoga IM dan ibu_suri sihat sejahtera.

Tak tahulah khasiat sebenar kacang bendi (okra) tu untuk orang yang sudah berkahwin. Rasanya banyak tulisan mengenai kebaikan sayur ini dalam internet. Tapi, suka saya menjemput IM membaca, sambil menziarahi dan mengenali, blog AL-MANAR, yang ada memetik dari rakannya tentang kebaikan okra. Tarikh entri, 10 April 2012. Boleh dicapai melalui
almanar-nuri.blogspot.com

Ketemu lagi!

Jo-Blogger said...

Assalam cikgu!
Wahh saya tak tau pun ni pokok ape.
Nampak macam bendi tapi kaler je lain ye..

Temuk said...

JO-BLOGGER
Wassalamualaikum. Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk. Betullah tu, itu pokok kacang bendi (okra; kacang lendir). Merah (kemerah-merahan) warna kebanyakan bahagiannya, termasuk daun mudanya dan pelepahnya. Rasanya, serupalah denganrasa bendi hijau. Jumpa lagi!

ajak said...

asalam ... saya pun tak pernah lihat di depan mata ...tq.

Jo-Blogger said...

sy br lihat la..mcm bendi je.tp bendi hijau.

Al-Manar said...

Rasa tak percaya. Luar biasanya warna itu. Jangan lupa buat benih sdr. Nanti saya datang beli. Semenjak sdr kata okra merah dalam blog saya, ingat nya macam ladalah merah. Bdertukar memjadi hijau satu keajaiban. Mengapa tidak lada?

ckLah @xiiinam said...

Kacang lender kulub...
(kacang bendi celur)




: D

Temuk said...

AJAK
Waalaikumussalam. Sebenarnya sesetengah orang belum berpeluang lihat walaupun yang hijau, sekalipun itu jenis yang lebih popular dan biasa dijual di pasar, atau pun di pasaraya. Nampaknya, tengok gambar dulu jadilah, kan?

Temuk said...

JO-BLOGGER
Oh, kalau begitu bayangkan saja warnanya merah. Jadilah ia bendi merah. Ada rezeki bila-bila nanti, insya-Allah, Jo-Blogger akan berjumpa juga si okra merah sebenar.

Temuk said...

AL-MANAR
Insya-Allah ada benihnya untuk al-manar tanam di Pantai Timur tu. Semoga menjadi benihnya nanti. Mohon beri alamat al-manar melalui emel saya, abhalin48@yahoo.com

Kalau lada yang merah pun bertukar hijau bila dimasak, banyak yang merah lainnya minta dijadikan serupa. Hehehe, habis hijaulah warna jem dan kordial roselle kita.... Juga tak cantiklah rupa kacang merah di dalam ABC Spesial kita kerana wajahnya yang bertukar hijau. Walau apa pun, memang misteri mengapa Allah jadikan si okra merah demikian apabila dimasak.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Kacang lendir celur, biasa. Dan Paman menyukainya. Seronok bila air mencelurnya dicampur dengan sedikit minyak masak, kacang lendir (hijau) jadi kelihatan segar, tak pucat, macam tak dimasak. Keluban kacang lendir, belum pernah Paman buat atau makan. Ok ke kelubanokra?

Hua Wei said...

Tahu tak bahwa okra Merah punya khasiat, dapat menurunkan kadar gula darah.....

Hua Wei said...

Tahu tak bahwa okra Merah punya khasiat, dapat menurunkan kadar gula darah.....