Thursday, November 1, 2012

CERITA KL SENTRAL, KL MONORAIL

 Bertahun sudah, Pak Temuk berhajat hendak menaiki KL MONORAIL.


Kelmarin, insya Allah, hajat itu tertunai.

Dari stesyen UKM, Pak Temuk dan isteri ke KL Sentral, menaiki "komuter". 
Sudah 3-4 kali naik benda "komuter" tu!

Meriah juga KL Sentral ni. Datuk Bandar mesti ada macam-macam pelan 
menghebatkannya. Maklumlah, ini KL Sentral. Takkan kita hendakkan KL peripheral.


 Rupa-rupanya, di KL Sentral masa Pak Temuk sampai, ada pameran buku Islam.


Sempat juga beli buku Tasawuf dengan buku Kerabu. Juga sempat cari
majalah fotografi di sebuah kedai berdekatan kawasan pameran.


Masa itu, kebetulan, ternampak pula ada iklan kat bawah ni. Banyak 
sungguh kaunter untuk "orang awam" dapatkan kad diskaun KTM.


Rupa-rupanya, untuk orang yang semuda Pak Temuk, ada kaunter khas.  
Special golden citizens punya!  Tak payah isi borang. Hulur saja "IC".  
Bayar RM5. Dapat kad macam di bawah ni..... Jangan lupa, perbaharui tahun depan!


Dah ada pelan gunakannya. Mungkin, Insya-Allah,  ke Tg. Malim dulu. 
Minum kopi O "kaw" + mi hailam + pau kaya Tg. Malim.

Terasa sedih sikit (sikit saja). Orang awam yang ke kaunter di atas tadi tu, boleh gunakan kad untuk dapatkan diskaun 50% bila beli tiket. Yang Warga Mas pun "serupa". 
Kalau diberi disakaun 55, 60 atau 61.5% .... contohnya..... kan lebih 
nampak "mas"nya tu ada kilauannya! Bukanlah maksudnya kumpulan yang lain tu tak berkilau!

Selesa juga koc monorel ni. Tak sesak masa tu. Mungkin sebab "waktu pejabat".


Dalam monorel pun sudah terbukti (kajian yang lalu memang sudah 
membuktikan), rakyat Malaysia sekarang sudah jadi lebih rajin membaca.


Dari dalam monorel kelihatan blok-blok konkrit di bawah ni. Bila rumah-rumah 
pangsa kosong  ni nak dirobohkan, Datuk Bandar?  Siapa punyalah agaknya?


Agaknya banyak juga lagi tanah yang belum dibangunkan di KL ni. Kalau 
Pak Temuk punya, tentu Pak Temuk jadikan ia KEBUTEK (kebun buah di tengah kota).


Buah fikiran Pak Temuk, mampu setakat fikirkan hal buah sajalah! Lagi pun
Pak Temuk memang sukakan pokok, suasana hijau, juga persekitaran sejuk.
Jangan marah, ya, para pakar ekonomi!

Pak Temuk juga sempat rekodkan gambar istimewa di bawah ini dari dalam monorel. 
Kenal tak "bangunan yang menyaksikan banyak kematian yang sekarang dimatikan" ini?


Lain kali, Pak Temuk ingin cuba tren-tren yang lain pula. Selain monorel 
dan komuter yang sudah dicuba. Sambil nikmati keindahan 
sekeliling yang lain pula. Minta-minta, dapat dilihat, kawasan-kawasan 
yang "naik batu", juga "dikelilingi pokok".


Macam yang di atas ni!

18 comments:

ckLah @xiiinam said...

Yeah...orang KL naik monorel. Hehe. Gurau ya Paman....

PakZahan (abah anak anak saya) pun dah dapat kad warga emas...sebab jarak umur dengan saya memang jauh. Ala ala Dato' K dengan Dato' Siti...
:-)

Nizam.Ariff said...

foto malam di laluan bawah tanah masjed jamek.. (bawah kubur) tak ambik ke, kakang? hahaha

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Had Tg Malim je?? Gamaknye mau teruh ke Telok Anson (Teluk Intan) kalau ada laluannya???

Temuk said...

ckLah@xiiinam

Yeah, yeah...! Eh, orang Bangilah! Kira melanconglah ke KL tu. Seronok juga bila tak letih kepala dengan kesesakan jalaraya + tak letih kaki membrek kereta. RM pun selamat sikit, tak payah bayar tol + tempat simpan kereta tu.

Baguslah PakZahan dah ada kad tu. Stesyen terdekat Tapah Road, kan?

Temuk said...

NIZAM.ARIFF

Wa'alaikumussalam. Tak lalu malam di situ, macam mana nak ambil fotonya? Hehehe. Walau berani klik kamera, bimbang juga hati nak tengok rupa gambarnya. Juga kakang takut kalau-kalau kamera jadi berbau wangi pula!

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI

Wa'alaikumussalam, Cikgu Humairi

Hehehe, nak ke Tg. Malim tu kira rancangan jangka-pendek (pun entah bila boleh dibuat). Jangka-panjangnya bolehlah sampai ke Butterworth (eh, ade ke keretapi api ke situ?). Atau ke negeri Johor (lagilah entah bila boleh dibuat). Memang sayang betul, dah tak ada laluan ke Teluk Anson (pasal Teluk Anson pun dah tak ada). Kalau ada, macam dulu-dulu, senanglah saya balik kampung di Bagan Datoh. Turun keretapi, ambil teksi.

Hjh Noralenna Abbas said...

Sebut Tjg Malim,ingat yeob.

Temuk said...

HJH NORALENNA
Alahai Yoeb. Entah di manalah dia, sedihnya. He came to Bangi 8 years ago for my 1st son's wedding. No contact after that.

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak pernah naik monorel /LRT di M'sia. Sebab di Johor tak ada lagi. Kalau luar M'sia pernah sebab ke sana tak naik kerete sendiri so kenalah naik LRT/monorel.

Entah bilalah Johor akan ada ini semua.

Temuk said...

KAKZAKIE
Kesihannya orang Johor. Kena ke KLlah, kakzakie. Naik monorel sesekali waktu tak sesak kita terujalah, kakzakie. Kalau hari-hari naik untuk ke pejabat, tentu letih berasak-asak. Sabarlah kakzakie menunggu. Pak Ghani mungkin mahu bikin monorel tu, cuma masa ni dia sibuk macam-macam.

Anonymous said...

Salam Cikgu,

Dulu semasa komuter baru diperkenalkan saya dan suami membawa anak-anak naik komuter dari Shah Alam ke Rawang dan patah balik. Seronoknya mereka.

Bila LRT diperkenalkan saya bawa anak naik LRT dari setesyen Universiti (tinggal kereta di situ) sehingga ke KLCC. Seronok juga mereka tu.

Saya jejak kaki pertama kali di KL Central 5 tahun lepas ketika UM meraikan orang bersara di sebuah hotel berhampiran.
Satu yang mengecewakan saya kerana disekeliling saya orang bercakap bahasa seberang, saya seolah2 berada di salah sebuah bandar di sini, penuh dengan dia orang jer. Mana orang kita yer

Selamat menyambut bulan Muharam

Unknown said...

Salam pak temuk..sya x pernah naik monorel..kesian sungguh..huhu..

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK. Seronoknya dengan pengalaman menaiki macam-macam tren tu. Amat penting kita elakkan waktu sebelum dan selepas pejabat untuk menaikinya. Kalau tidak, sesaklah semua gerabak. Yang menaikinya pula umumnya kurang berdisiplin! Tambah-tambah, orang luar! Itulah juga yang saya alami ketika menaiki pesawat ke ssebuah pulau seberang baru-baru ini. Dalam pesawat "kita" pun kita sudah merasa terasing. Hinggalah sampai di kaunter imigresen, nyata berbaris untuk keluar pun jelas merupakan satu kemustahilan.

Kita sedang mengalami apa yang negara-negara maju lain telah alami. Modenisasi kita menjadikan kita sendiri terjajah, sebenarnya, dalam "semua" aspek kehidupan, kecuali politik (barangkali!).

Temuk said...

HITOMI LAVENDER
Salam hitomi lavender. Kurang pasti pula hitomi lavender tinggal di mana. Kalau sesuai, terutama dari segi lokasi, bolehlah dibuat apa yang blogger Kunang-Kunang lakukan. Letakkan kereta di mana-mana stesyen tren (misalnya stesyen komuter), naiki tren dan sambung dengan tren-tren jenis lain. Dapatlah lihat + lalui banyak tempat sambil mengalami perjalanan dalam tren yang berbeza-beza, termasuk monorel. Selamat mencuba!

Al-Manar said...


Kalau saya bawa kereta di KL kemunkinannya sesat atau terbabas. Agaknya bagaimana kalau sesat atas monorail. Ada 'driver' kah minta pusing balik??

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

AL-MANAR

As-salam, Al-Manar
Setahu saya, monorel ada dua kepala. Kalau mengarah ke A, kepala A yang menarik gerabak + kepala B. Kalau ke arah B, kepala B yang menarik gerabak + kepala A. Jadi, kalau nak pusing balik, tunggu saja bila kepala yang ditarik menjadi kepala yang menarik. Insya-Allah beres..... semoga Tuan tak terbabas atau tersesat dengan informasi saya ini. Have a nice day!

yanmaneee said...

air jordan
moncler
air jordans
golden goose outlet
golden goose
moncler
jordan 6
yeezy 350
yeezy shoes
jordan 11