Friday, December 21, 2012

DARIPADA MENYEPI, CERITALAH TINGGI RENDAH

Pohon-pohon kelapa di kampung. 
Masih setia berdiri. Kupandang dari bawah.
Tinggi-tinggi belaka. Tinggi mengawan.


Barangkali, boleh juga kukata tingginya melangit.

Dilihat dari bawah,
awan dengan langit sememangnya tinggi. 


Bila di atas awan, aku melihat ke bawah, 
awan pula jadi rendah. 

Para pokok dan tanah lagilah rendah.




Kerana itu, awan pun jadi rendah memokok. 
Juga rendah menanah.

Eh, betulkah cara cakap begini?

Kalau betul cara cakapnya, masa aku di atas awan,
para pokok dan tanah di Tanah Tinggi Cameron  agaknya
jadi rendah memacam mana?

 


  
Juga jadi rendah memacam mana,
para kawah sesama pokok di Tangkuban Perahu?



 


Juga bonsai bunga kertasku yang menua,
yang selama ini, kukenali sebagai si BonsaiTinggi?


Tinggi rendah sesuatu nampaknya acap kita
gantungkan kepada dari mana kita melihatnya.

Tapi itu tak semestinya betul.

Yakah, pembaca budiman?








34 comments:

zul permatang badak said...

Tinggi bila kita membuka mata, tapi bila kita pejamkan mata, yang tinggi dan rendah tak ada beza..........

ya ..yg tinggi jika tak ada usaha tak tercapai tangan begitu juga yg rendah jika menuruni tergopoh gapah kita akan rebah......

salam bahagia.....
pokok kelapa tinggi2 belaka.....
nak kan buah terpaksa tunggu buahnya gugur....begitukah..? ha..ha...

Norhaizan hakim said...

Tinggi rendah juga persepsi dari diri kita sendiri..kalau kita rasa diri kita 'tinggi' tentu kita akan memandang org lain 'rendah' dan vice versa..hmmm...
Tak perlu tunggu buah jatuh saudara zul,suruh saja monyet yg terlatih memanjatnya...kan?

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu Temuk,

Indahnya bahasa dalam bercerita.

Saya tak faham sangat jika ada maksud sebenar yang tersirat, yang jelasnya gambar mengiring cerita cantik2 belaka.

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk,
Seperti juga kalau kita cerita yang besar dan yang kecil. Dari mana dan bagaimana kita lihat. Apa jua kriterior Allah jua yang maha sempurna.

PakMail said...

Salam Cikgu,

Tinggi dan rendah bukan sahaja dilihat oleh kita sesama manusia sahaja. Sebaliknya, Allah swt jua melihat manusia itu dengan pandangan sama ada Tinggi atau Rendah.

Kita dilihat oleh Allah swt sangat Tinggi jika kita beriman padaNYA, seperti firmanNYA di dalam surat Al Imran, Ayat 139.

"........ kerana kamu orang yang paling tinggi, sekiranya kamu beriman".

Walaupun sebahagian manusia memandang orang tersebut rendah (martabatnya) di sisi mereka.

Allahu 'alam.

Temuk said...

ZUL PERMATANG BADAK
Terima kasih menyambung cerita. Setuju. Pandangan tinggi-rendah adalah juga fungsi mata. Bila mata tak melihat, diri tak nampak yang tinggi-rendah. Dan hebatlah nasihat ZPB itu: mahu menaik kena berusaha gigih, mahu menuruni sesuatu yang sekalipun rendah, usahlah bergopoh gapah.

Walau tingi, kelapa di kampung saya masih dituai. Dua, tiga buluh disambung. Pengait tajam diikat di hujungnya. Tukang kait kenalah mahir. Supaya yang turun buah yang tua; supaya yang turun tak mencedera dirinya.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Kepala ada mata.....andai mata tutup, segalanya gelap. Namun mata hati tetap memandang.

Kelapa juga ada mata...memandang ke awan...namun bukan mengawan yang membawa maksud berbeza. Kelapa juga memandang ke tanah....namun bukan menanah.

Apapun jua istilah, yang arif adalah pencipta istilah...yang betul pada dirinya sendiri kerana dia lebih memahami....

Saya nak jadi seperti kelapalah...buah serbaguna....eh???bolehke????

Temuk said...

NORHAIZAN HAKIM
Terima kasih memberi komen. Amat tepatlah, persepsi kita sendiri boleh menentukan kita berada di kedudukan mana, berbanding dengan orang lain.

Di kampung saya monyet (beruk?) tidak digunakan orang untuk menurunkan buah kelapa. Tentu jadi lambat kerana banyak pokoknya. Tapi, monyet memang banyak dan menjadi musuh pekebun-pekebun kecil kelapa kerana binatang ini merosakkan buah kelapa yang masih muda. Sebilangan besar penduduk sudah mula menggantikan kelapa mereka dengan kelapa sawit.

Al-Manar said...

Kepada saya semuanya nilai dalam ukuran semata mata - tinggi rendah, hitam puteh, gemok kurus, berat ringan, baik jahat dan lain lain. Yang mutlak Yang Esa- tak ada awal tak ada akhir.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Wa'alaikumussalam, KK
Secara tersurat kepingin saya tahu, apalah agaknya faktor yang pembaca budiman fikir sesuai dikaitkan dengan fenomena tinggi-rendah (sosial atau fizikal) dalam masyarakat. Yang tersirat, jika ada, tak mengapalah saya simpan sendiri. Terima kasih KK menyukai gambar-gambar tak sepertinya yang tertera bersama nukilan.

Temuk said...

NGASOBAHSELIMAN
Wa'alaikumussalam. Saya sependapatlah dengan ngasobahseliman. Kriteria, pengukur, indikator... itu semua ciptaan manusia untuk menentukan sesuatu: kedudukan, kejayaan, keberkesanan, dan sebagainya. Kesemua "yardsticks" itu boleh jadi relatif dan subjektif. Cuma, untuk membantu kita mengatur kehidupan, ia diperlukan. Alhamdulillah, kita juga diajar oleh Quran dan Hadis, pelbagai indikator yang menentukan kita ini insan yang disukai atau dibenci Allah. Dan kita gunakan semua itu untuk mengatur kehidupan kita di dunia, demi mendekati Allah Yang Maha Sempurna, dan demi kebahagiaan hidup kita di alam akhirat. Insya-Allah.

Temuk said...

PakMail
Wa'alaikumussalam PakMail. Terima kasih di atas respon PakMail dan petikan daripada surah Al-Imran yang amat memandu kehidupan kita itu.

Secara tak langsung, Allah juga mengajar kita untuk melihat satu realiti dalam kehidupan, iaitu kedudukan tinggi-rendah ahli tertentu masyarakat. Kalau dikaitkan hal ini dengan apa yang PakMail timbulkan, lebih ketaralah kepada kita akan realiti (kebenaran) tingginya kedudukan ahli-ahli tertentu masyarakat(mengikut pandangan Allah) berasaskan kriteria ketinggian tahap iman mereka. Dan amat benarlah, seperti yang diajarkan kepada kita, orang yang tinggi tahap imannya itu adalah juga orang yang mengakui akan Maha Tingginya Allah yang mengatasi segala-gala yang lain.

Terima kasih sekali lagi, PakMail.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu.

Benarlah yang Cikgu katakan itu. Hebatnya "kepala" yang Allah berikan kepada kita! Macam-macam peralatan disekalikan-Nya, termasuk mata. Selain daripada matahati yang tak kelihatan, tapi melihat itu.

Dari atas awan, rendahlah awan seperti rendahnya pokok (maka rendahnya memokok), juga rendah seperti tanah (maka rendahnya menanah), hehehe. Ini semua ungkapan-ungkapan yang Pak Aziz Deraman, rakan sekuliah, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka pun akan "delete" daripada penglihatannya, hehehe.

Cikgu, jadi buah kelapa memang baik. Tetap timbul walau ada tsunami. Cuma penanamnya saja yang tenggelam, walau tiada tsusnami. Tapi dek peminggiran dan keterpinggiran mereka dalam arus pembangunan negara.

Temuk said...

AL-MANAR
Terima kasih turut menyambung cerita. Benarlah itu, Yang Mutlak adalah Allah, Tuhan Yang Esa. Dia Yang Maha Sempurna. Kitalah yang diukur-Nya dan kitalah yang perlu tunduk kepada kehendak dan ketentuan-Nya. Semoga kita selalu dinilai baik oleh-Nya.

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt cikgu.
Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. :)

Temuk said...

ROHANI M.U
Wa'alaikumussalam Cikgu Roha
Semoga Cikgu dan keluarga juga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Sudah siap-siap balik ke sekolah tak lama lagi, selepas cuti panjang?

ummuaidan said...

Assalamualaikum pak temuk...
apa khabar pak temuk sekeluarga...rindu nukilan pak temuk tapi apakan daya...
tinggi dan rendah ya pak temuk...
kata orang pandanglah yg dibawah, jgn diatas supaya kita tak terasa tingi diri...tapi kalau pandang yg tinggi sebagai suatu cita2 pun tak mengapa jugak kan pak temuk...
namun begitu yg tinggi pun pasti tak selamanya tinggi kan..ada yg sujud dibmi jgk nanti...

seronok 'honeymoon' lagi ya pak temuk..hehe,,,kawah gunung berapi tuh memang menarik..pernah hiking gunung berapi jugak kat indo ms dulu....

azieazah said...

Saya sejak azali memang rendah merendang.

khairul onggon said...

Biar rendah asalkan jiwa kita tinggi.. biar merendah diri asalkan kita tidak "ter"sombong diri hehe.. :)

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan.

Di sini, kabar baik semuanya, insya-Allah. Pak Temuk menulis ini sebelum melihat entri terbaru ummuaidan, yang Pak Temuk juga ingin sangat membacanya, terutama untuk mengetahui keadaan famili ummuaidan semasa dan sesudah taufan melanda Fiji baru-baru ini. Diharap ahli keluarga semuanya sihat dan selamat daripada bencana itu.

Sosiologis melihat kedudukan tinggi-rendah orang dalam masyarakatnya sebagai fenomena lazim. Malah itu satu fenomena universal, yang dianggap fungsional. Pak Temuk setuju, bila kita memandang ke atas untuk menjadikan yang di atas satu faktor memotivasi diri, rasanya tiadalah apa-apa salahnya. Kita sedari atau tidak, sebenarnya kita telah mengalami mobiliti sosial kerana kita juga dimotivasi oleh orang-orang yang lebih berjaya. Kerana ingin berjaya kita sanggup berhijrah secara fizikal, meniru pengalaman orang-orang yang mengalami mobiliti fizikal yang acapkali beroleh kejayaan. Yang penting, kita tak lupakan asal usul kita dan nilai-nilai agama kita. Hehehe, merapu pula Pak Temuk.

Temuk said...

AZIEAZAH
Bang Temuk lagi rendah merendang. rendah kada karuan....hehehe. Dan amat selesa dengan status sedemikian rupa. Tapi kan Azieazah, tak mengapalah kita ni tinggi atau tak tinggi, asalkan kita jadi orang yang baik. Setuju tak?

Temuk said...

KHAIRUL ONGGON
Wa Temuk ucapkan terima kasih kerana selama ini Khairul menerima kunjungan Wa ke rumah untuk menikmati keindahan gambar-gambar jelajah sana-sini Khairul.

Merendah diri itu sifat yang terpuji. Asalkan, terutama dalam era kini, kita tidak menghina diri dan terus hidup dengan jiwa-hamba. Wa sangat setuju, walau merendah diri, kita wajar meninggikan jiwa. Jika tidak, kita mungkin akan terus jadi permainan orang, zaman berzaman.

ujang kutik said...

Nampaknya tinggi atau rendah adalah sesuatu yg anjal. Boleh membesar dan mengecil. Bagaimanapun, tinggi atau rendah ada hukumnya yang khusus. Sesuatu yang dihukum tinggi wajib diikuti mengikut tertibnya, dan begitulah sebaliknya.

"Orang kaya sentiasa boleh berlagak miskin, tetapi orang miskin akan bermasalah jika cuba berlagak kaya".

LadyBird said...

itulah alam :).. di mana2 shj, rendh atau tinggi, tetap cantik kelihatannya.. Subhanallah..

sudipVSsenduk said...

setinggi mana kita pergi, ke dalam tanah jua akhirnya.

tapi ada juga bersemadi di dasar laut, Nauzubillah...

Amie said...

Assalamualikum Ayah,
Tinggi rendah itu ibaratnya satu perumpamaan walaupun hakikatnya memang benar ada yang tiggi dan ada yang rendah. Barangkali dicipta kejadian sedemikian untuk memberi peringatan dan supaya manusia sentiasa berfikir....

Temuk said...

UJANG KUTIK
As-salam.

Begitulah nampaknya. Tinggi-rendah itu anjal dan ada hukumnya yang khusus, berkaitan dengan pemerolehan, penggunaan dan juga pengakurannya.

Bagusnya orang kaya yang sentiasa berlagak miskin, dan lucunya orang miskin yang acap cuba berlagak kaya.

Temuk said...

LadyBird
Setuju. Bagi yang mahu melihat dengan mata dan mata hati, yang rendah atau tinggi tetap ada keistimewaannya masing-masing. Dan ada fungsinya masing-masing. Begitu Allah mengatur alam untuk kita. Subhanallah!

Temuk said...

sudipVSsenduk
Terima kasih di atas peringatan itu. Ya, kita diajar, tanah itu asal dan akhir kita. Kalau difikirkan, walau berakhir di dasar laut, tanahlah juga itu, untuk kita. Rezeki masing-masing.... Semoga Allah memberi kita yang terbaik untuk segala-galanya.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie.

Dengan izin Allah, kita akan cuba sentiasa berfikir. Lakukan "thinking and reasoning" tanpa malampaui batas-batas yang diizinkan-Nya, agar kita dapat memahami makna dan fungsi sebenar apa juga yang dihidangkan atau dibentangkan di hadapan mata kita. Termasuklah fenomena tinggi-rendah individu dan kelompok-kelompok dalam masyarakat dan apa yang tersirat di sebaliknya. Ayah terkenang akan indahnya ajaran agar kita tidak membeza-bezakan orang, dan kewajaran kita mengendahkan pula ajaran mengenai perlunya kita melantik golongan pemimpin apabila kita hidup berkumpulan.











ckLah @xiiinam said...

Tinggi ckLah 165 cm dah diatasi oleh semua anak...kalah dah. Selamat tahun baru Paman..

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Itulah, ckLah, beri anak makan bagus-bagus.... cepat tinggilah mereka, hehehe. Dah kalahkan ketinggian ibu! Nampaknya kenalah pekena kasut tumit tinggi semasa berjalan-jalan dengan mereka. Jaga-jaga, ojo kepeleset!

Semoga 2013 ini Allah jadikan tahun yang membawa kebahagiaan untuk ckLah sefamili.

Kakzakie said...

Biar rendah daripada hidung tinggi
tapi baik tinggi peribadi daripada rendah akhlak. Eh.. ke sini pulak komen kakak.

Selamat tahun baru cikgu.

Temuk said...

KAKZAKIE
Selamat menerima kedatangan 2013. Sebab cepat sangat 2012 habis, kalendarnya di dinding pun sampai kini belum sempat nak buang. Jelas.... Temuk yang lambat dan lewat selalu!

Betul sangatlah tu, kakzakie. Biar rendah orangnya, jangan tinggi hidungnya. Tapi usah pula rendah akhlak + rendah peribadi. Confirmed ora kanggo.