Friday, December 14, 2012

MUDAHKAN HIDUP 1

Mudahkan hidup. Insya-Allah. 

Antara cara-caranya, kalau punyai tanaman, kurangkan kuantiti pokok, 
kurangkan kerimbunannya, atau pupuskan terus. Kurang atau pupuslah juga tugas menjaga.

Bila malas hendak membungkus dan membuang buah pinang 
(pinang sirih) yang  penuh sebaldi lama dulu, aku tanam semuanya dalam-dalam. 
Dalam satu lubang. Dengan jangkaan tidak akan ada yang bakal tumbuh.



Rupa-rupanya, satu demi satu tumbuh. Merumpun dan
menyubur. Kuberi nama Pinang Seribu.

Dalam keletihan dibaham matahari tengahari tempohari, 
aku terfikir, kalau semua besar- tua nanti, apa jadi? 

Mudahkan hidup! Korek! Korek!

Pinang Seribu rupa-rupanya cuma 57 batang.


Sambil itu, kucabut dan tumpangkan pokok-pokok lain. Untuk diikat sekali 
semuanya. Kemudian, letakkan di pinggir jalan. Untuk tindakan Majlis Bandaran.


Memang rasa sayang.  Apa lagi kerana ini tindakan "pupuskan". 
Memang rasa kesihan. Sebab itu buat 
sikit-sikit. Usah terus gondolkan satu pekarangan rumah.

Mudahkan Hidup 2, 3 dan seterusnya, akan muncul kemudian. 
Perlahan-lahan. Supaya hati tak tercalar.

24 comments:

makchaq said...

Cantik rumpun pinang seribu walau cuma lima puluh tujuh...
Harap2 dapatlah makchaq pi tengok kebun Pak Temuk sebelum selesai kerja2 memudahkan hidup tu....
Pernah bagitau pakchaq teringin nak pi tengok kebun Pak Temuk...

al-lavendari said...

panjang betul umur pinang tu !

ada potensi buat buat untung kalau buat ladang pokok pinang ?

kenapa dipanggil meminang bukan menyirih ?

Temuk said...

MAKCHAQ
Usaha memudahkan hidup ini memang dah agak lama juga dilangsungkan. Dah mula jelas kesannya bila hati boleh "sampai hati" buang pokok. Juga mengenai pinang dipupuskan, kalau lapang Makchaq boleh intai entri 29 Julai 2012 Pak Temuk (Babak-Babak Berlalu:2). Hehe, malulah makchaq nak tengok kebun Pak Temuk ni. Memang indah kabar dari rupa, indah gambar dari yang sebenarnya!

Temuk said...

AL-LAVENDARI

Ada pemilik kedai runcit India yang kata, kalau rajin buat hirisan pinang muda kering, walau tanam beberapa pokok, boleh tahan juga pulangannya. Tak usahlah, nanti kita menggalakkan orang mengunyah sirih pula!

Dipanggil "meminang" kerana hirisan/belahan pinang yang dibawa ketua rombongan lelaki itulah yang memabukkan perasaan si wanita yang dilamar. Kalau si wanita mabuk perasaan kerana sirih yang dijunjung ketua rombongan, barulah boleh kita katakan rombongan itu "menyirih" dia. Hehe, ok tak jawapan ni?

Kunang-Kunang said...

Salam saudara Temuk,

Saya pernah cerita yg buah pinang ni menjadi sumber rezeki pada besan saya di Taiping.

Begitulah kan kegunaan yg berbeza pada setiap individu.

Semoga saudara Temuk terus dikurniakan Allah kebahagian.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
rimbunnya pohon pinang 57 batang! Cantik kalau terus dibiarkan hidup subur tapi benarlah, akan membebankan sedikit.
Cerita tentang meminang menyirih tu, rasanya sekarang dah macam-macam bentuk rupa sirih junjung dibawa untuk meminang, tapi sayang kebanyakannya cantik dengan pelbagai hiasan bunga-bungaan dan sirih menimbun tapi tak ada buah pinangnya!

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

"BAIK DIBALAS JAHAT" mungkin dinafikan dengan cara sebegitu - cabut satu satu berserta akar dan diikat rapi dengan harapan ada yang sudi memanfaatkannya.

Saya juga tak sampai hati apabila 'melupuskan' pakaian dan barangan rumah yang rasanya masih berkeadaan baik. Saya kumpul, masukkan dalam kotak dan dalam keadaan yang mudah di kesan, saya longgokkan di pinggir tempat pembuangan sampah dengan harapan ada yang sudi menggunakannya semula.

ummuaidan said...

Salam pak temuk...
nampaknya mrk nak melawan tokey tu..walaupun pak temuk nk pupuskan, nak mrk ttp nak jgk hidup ngan pak temuk tuh..tp kala pinang banyak2 pun nak buat apa yer pak temuk..hmmmmmm, pak temuk makan sireh tak?

al-lavendari said...

jawapan itu boleh diterima .. (setakat ini) hehe.

Nizam.Ariff said...

dijual sebatang rm5...
boleh beli baja...

Temuk said...

KUNANG-KUNANG

Wa'alaikumussalam KK

Semoga KK sekeluarga juga sihat sejahtera dan dalam peliharaan Allah sentiasa.

Punca rezeki sememangnya macam-macam, di pelbagai tempat. Bagi yang di kawasan pekan, yang banyak tanahnya cuma "berpasu-pasu", memang kena berkira dalam menentukan jenis dan kuantiti tanaman. memang nampaknya kena tumpu kepada menanam untuk hiasan, bukan bermatlamat ekonomi.

Temuk said...

AMIE
Wa'alaikumussalam, Amie

Benarlah kata Amie itu. Pinang 57 cantik merimbun, tapi kalau dibiarkan membesar tak tahu macam mana rupanya dan ancamannya kepada tuan rumah & persekitaran. Juga benar kata Amie, sirih junjung zaman ini sudah mengalami transformasi hebat! Dah jadi bunga junjung. Barang hantaran pun sudah banyak yang berupa barangan elektronik. Satu hari nanti TV boleh jadi dalam bentuk seperti kain yang boleh digulung atau dilipat. Mudahlah kalau mahu dijadikan barang hantaran.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam, Cikgu
Memang kesihan, memang sedih, bila kita mahu "buang" atau "pupuskan" sesuatu yang telah berjasa kepada kita, tak kira barang, haiwan atau tanam-tanaman. Saya suka beritahu kesemua itu dari awal-awal lagi, mungkin suatu hari "kita akan berpisah". Dan bila sampai masa berpisah, saya akan katakan "terima kasih". Hehe, macam cerita budak-budak + dongeng! Tapi, kita kan diajar, semuanya makhluk!

Setuju dengan Cikgu, sesuatu yang kita mahu buang pun, kalau caranya elok, insya-Allah ada orang (atau makhluk lain) yang mahu atau boleh memanfaatinya. Apa lagi jika kita sertkan dengan doa semoga ada pihak tertentu akan beroleh kebaikan darinya.

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam, ummuaidan. Memang ada kalanya, bila sesuatu jenis pokok itu kita pupuskan, rupa-rupanya ada (mungkin) cucu-cicitnya tumbuh, kemudian. Masa itu kita jadi kesihan... atau serba salah. Mungkin beri peluang, dengan janji padanya, suatu hari ia akan kita pergikan juga. Sounds childish, ha? But, plants are makhluk Allah too, and I'd always try to communicate with them.

Benarlah tu. Banyak-banyak pokok pinang, tambah-tambah kalau ditanam sederet atau dua deret, akan kelihatan cantik; tapi, orang menua macam Pak Temuk, sukarlah nak menjaganya. Kalau pun mahu menyirih secara serius (no, no, no!), boleh beli pinangnya di kedai India. Sesesesekali menyirih (sebab Pak temuk ada rumpun sirih), paling berani pun guna daun termuda (supaya tak pedas), tanpa apa-apa ramuan (supaya tak jadi khayal).

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Terima kasih. Semakin lama memencen, semakin kurang kapasiti berfikir. Mujur jawapan itu diterima, walaupun buat sementara waktu ini, hehe. Selamat berhujung minggu.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Ada juga terfikir begitu, dan memang sepatutnya boleh dijual pada harga yang nizam.ariff katakan tu. Boleh untung. Cuma, sekarang ini sudah ada di pekarangan Kang Temuk satu penyakit. Namanya "malas". Bab pemasaran juga tentu akan bermasalah. Dan bab itu jadi bab penutup novel "Tanam Pinang" Kang Temuk.

AZNI BINTI MAT ISA said...

Assalamualaikum cikgu Temuk,
Bukak lah nurseri, tangan cikgu memang tangan Incredible Hulk, kata jawa tangan ijoooo, sejuk subur makmur.

Bagus2, keluar peluh buat eksesais gini, dari mengisap cerut baca surat khabo kulit ke kulit,hehehe

MamaTim said...

asSalam Pakcik. Menarik bila baca "pupus juga tugas menjaga".. I never thhought of it.. Rasa sayang nak buang tapi iyulah.. no wonder kebun sekangkang kera saya tak semenarik landscape pakcik.. TQ for posting this..

Temuk said...

AZNI MAT ISA
Wa'alaikumussalam DEKNI
Yang bukan nurseri, tapi macam nurseri, selama ini memang ada. Itu untuk kawan-kawan yang suka tegur, "Eh, cantik pokok tu." Pak Temuk pun jawab,"Tengoklah kat 'nurseri' tu... kalau ada jenis yang diminati tu ambillah." Itulah dia yang macam nurseri tapi bukan nurseri.

Bila projek Mudahkan Hidup mula "launched" secara agresif, tak wujud lagilah yang macam nurseri tapi bukan nurseri tu, hehehe.

Tangan nampaknya dah tak ijoooo. Makin gelap adalah. Maknanya, mungkin juga nak kena lebihkan masa beredup, tengok surat khabar kulit ke kulit. Tanpa cerut. Tapi berkopi.

Temuk said...

MAMATIM
Wa'alaikumussalam, MamaTim

Memupuskan tanaman, terutama kalau melibatkan pokok besar memang meletihkan. Kalau besar sangat, kenalah panggil "specialist". Macam jiran Pakcik, sampai ribu-ribu RM dia kena bayar si pakar tebang. Bagi Pakcik, kalau parang pendek + kapak kecil masih mampu memupuskan pokok, tak mengapalah kalau pun tak panggil si pakar.

Hehe, manalah menariknya lanskap Pakcik. Apa lagi dengan projek "mudahkan hidup" Pakcik tu, pekarangan sekangkang semut yang ada ini tentu akan menjadi kawasan yang lopong nanti.

LadyBird said...

tp cantikla bl die tumbuh mcm tu.. mcm pokok pandan.. sayangnye tuk dibuang :( mesti mereka bersedih..

Temuk said...

LADYBIRD
Maaf ya, LadyBird. Walau tak didengari, mungkin ada suara mereka merayu. Jangkaan Pak Temuklah tu. Tapi, memang kena lebih praktikal sekarang, sebab kekangan tenaga dan masa. Memang, sekarang Pak Temuk amat selektif bila mahu menanam sesuatu. Takut tak mampu menjaga dan akhirnya terpaksa membuangnya (dengan amat sedihnya juga). Ketemu lagi.

Kakzakie said...

Kalau di kebun bapak kakak pokok pinang kami tak buang. Sebab buah pinang yg gugur kami kutip/belah/jemur/cungkil dan jual. Sekilo 12 ringgit. Utk dapat sekilo bukan susah sebab pinang kan berat.

Tanah rumah cikgu luas boleh saja tanam banyak-banyak. Tanam rapat-rapat pun boleh. Sebab itu ada pantun tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari. Sebab dia memang boleh hidup.

Temuk said...

KAKZAKIE
Memang sayang. Dan memang teringat kawasan Tg Piai yang banyak pokok pinangnya. Dan ada juga kesal sikit bila buang anak-anak pinang tu. Tapi "kesel" jaga pokok dah terasa sangatlah, kakzakie. Wow, wow, tak tahu pula harga pinang kering sampai RM12 sekilo. Teringat zaman sekolah di kampung tahun 50an, rasanya 1 kati (3/4kg?) RM 0.25. Mungkin boleh tanam di kampunglah, kakzakie. Di sana, pelepah-pelepahnya tak payah dikutip, membusuk sendiri. Hehehe, tapi siapa nak tebas semak dan mengutip hasilnya?