Tuesday, December 18, 2012

TAK MENGGAMBAR LOMBOK DI LOMBOK

Untuk sambil mengimbau zaman sama bersekolah,  
Remove Class - Form V, di Teluk Intan (1960-1965). Rakan lamaku dan
isterinya di Bukit Jelutong tiada halangan untuk makan angin bersama.

Untuk permulaan, syarat dipersetujui bersama, usah 
jauh-jauh. Sebab  alignment masing-masing pun kurang baik!

4 - 7 November 2012.Setuju.
Jom ke Lombok. Pulau Seribu Mesjid.

Kata Supirman, sudah lebih dari 1000 mesjid di Lmobok kini. Sana-sini masjid. Macam-macam bentuk dan saiz. Juga macam-macam tahap kesiap-sediaannya.
 Ada banyak jugalah gambar yang sempat kuambil. Sayangnya
aku tak ke tempat yang ada lombok (cabai) untuk mengambil gambarnya.
Jadi, taklah kupunyai gambar lombok di Lombok.
 
Untuk kenang-kenangan makan angin dengan rakan lama itu,
kupaparkan di sini beberapa keping gambar yang kupilih secara rambang.
Jangan marah ya Pak Mail dengan Che' Som. Ini kira rakaman ikut dan saja.

Majoriti penduduk Lombok adalah orang Sasak yang beragama Islam.
Kecantikan pantai Kuta, Lombok! Putih pasirnya. Tak seperti pantai Kuta di Bali yang kehitam-hitaman pasirnya.
Sebahagian daripada kawasan pantai Senggigi yang menjadi tumpuan pelancong. Pasirnya kehitam-hitaman. Industri pelancongan telah mula mengembang di Lombok, terutama dengan meningkatnya kemasukan pelancong antarabangsa. Lombok juga sudah mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa baru, berumur lebihkurang setahun.

Berhampiran kawasan air terjun. Dua sahabat dan isteri tak berusaha turun ke lokasi air terjun untuk tidak mengganggu alignment masing-masing. Gunung Rinjani pun diintai-intai saja dari hotel. Takkan mampu dekati, apa lagi mendakinya!
Suka melihat cidomo (kereta kuda) kecil ini. Tak sempat menaikinya. Biasa digunakan untuk membawa barang ke sana-sini, khususnya di kawasan pekan.

Lombok memang kaya dengan pesanteren (macam sekolah pondok di Malaysia). Ada pesanteren yang punyai ribuan pelajar. Di pesanteren juga diajar ilmu-ilmu moden.

Industri kraftangan di Lombok. Penghasilan kraf dari tanah liat adalah satu daripadanya. Hasil kraftangan Lombok ada yang dieksport ke  luar negera.
 
Pasti ayu untuk hiasan dinding, atau untuk dibiarkan saja baring-baring atas meja di ruang tamu!
Kata Supirman, hari minggu adalah hari orang berkahwin. Dalam tempoh perjalanan satu jam di jalan, kami sempat menyaksikan lebihkurang 10 perarakan pengantin, di lokasi berbeza-beza. Masing-masing riuh rendah dengan sistem audio besar mereka di atas lori!
Tak sahlah perjalananku tanpa merakamkan pemandangan sebegini. Hehe, patutlah ada anak dara Malaysia yang suka ke Lombok. Serupa sangat persekitarannya. Sawah padi membentang, daun kelapa melambai-lambai.
Di kawasan kedai makan pun dihijaukan dengan pelbagai pokok buah-buahan. Restoran yang kami singgahi ini besar, 2 tingkat, lengkap bersurau dan ditambah dengan pondok-pondok makan khas untuk yang mahu berasingan. Makanan panas, dimasak mengikut pesanan. Makanan Lombok, unik dan enak!
Sekolah di mana-mana. Pelajar-pelajar yang mampu bermotor juga, macam di Malaysia.

Bumbung "restoran" yang berseni dan amat praktikal di pinggir pantai Kuta. Kemas dan lestari.
Tinggalan Belanda di Tetebatu. Tinggalan sejarah ini telah dijadikan hotel.

Mesjid "watu telu" (tiga waktu). Digunakan mengikut musim. Kumpulan "watu telu", kata Supirman, menganggap diri mereka Islam, tetapi sembahyang 3 waktu sahaja, dan percaya jika imam sudah sembahyang, pengikut tak perlu sembahyang. Tak sempat kami mendapatkan maklumat lanjut daripada penduduk di sekitar kawasan mesjid berkenaan.

Sedikit wajah Mataram, ibu Pulau Lombok. Kami tinggal di salah sebuah hotel, di Mataram. Lain kali boleh cuba hotel atau homestay di Pantai Senggigi atau Pantai Kuta. Lain kali tu, bila ya?
Semasa mahu balik ke KL, majoriti pengisi pesawat adalah anak-anak muda Lombok.

Lain kali ke Lombok, mestilah aku akan berusaha mencari lombok.
Membeli untuk ditanam bijinya. Juga menggambar ayu dan pedasnya!




28 comments:

ibuintan said...

Assalamualaikum Pak Temuk... cantik2 ganbar pemandangan di sana

lombok tu lada ke?

Temuk said...

IBUINTAN
Wa'alaikumussalam ibuintan.

Saya memang sukakan pantai Kuta di Lombok. Pantainya putih cantik dan banyak homestay di situ. Tapi kurang pelancongnya. Pantai Senggigi lebih popular dan punyai banyak hotel. Lombok (bahasa Jawa) bererti cabai, cili dan lada. Tapi tak bermaksud lada putih atau lada hitam.

Hjh Noralenna Abbas said...

Terima kasih Temuk kerana perkenalkan Lombok sebagai destinasi pelancongan. Tapi bermalam di hotel peninggalan Belanda, menyeramkan!

makchaq said...

Pandai Pak Temuk dan Pak Mail pilih destinasi. Nampak sangat menarik dan tak sesak macam gambar orang ke Bandung dan Medan.

Macam teringin pulak makchaq nak ke Lombok(cabai)ni. Boleh agaknya minta nasihat dari Pak Temuk.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terima kasih berkongsi gambar2 di lombok tu ye... dptlah juga tgk suasana kat sana.. dulu masa arwah ayah masih ada & buat kerja2 kebun sayur.. ada juga guna 2 pekerja lombok utk kerja di kebun.. & rasanya hanya anak2 muda dari lombok je kot yg minat dgn kerja2 kebun ni sbb kat kawasan felda tu (kg saya) memang ramai sgt org2 dari sana ambil upah kerja ladang sawit.. kalau kat bandar ni kebanyakannya datang dari medan... gambar sawah padi tu memang serupa dgn di malaysia kan... cuma gambar rumah yg awal tu je berbeza sangat sebab rumahnya memang nampak rumah tradisi..

Nizam.Ariff said...

memang nampak seperti Malaysia suasananya...

School Of Tots said...

Syoknya dapat melancong melihat indah ciptaan Allah.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Hendak ke Lombok sebab masa tu baru tahu AirAsia ada penerbangan terus ke sana, tak payah melalui Bali. Bila tengok internet, baca kemudahan-kemudahannya, termasuk hotel, jadi kepingin pula cuba ke sana. Lagi pun ada rakan di UKM yang mengenali seorang pemandu pelancong yang biasa diambilnya sebagai pemandunya semasa membuat penyelidikan di Lombok dan Sambawa. Orang itulah juga yang menjadi 'supirman" kami.

Rumah tinggalan Belanda di Tetebatu (maknanya titi batu)itu unik, dan sedang dibaikpulih semasa kami ke situ. Tak dapatlah nak bermalam.... kawasan kelilingnya perkampungan sawah + kebun sayur. Betul kata Hjh tu, hehehe.... boleh ada sikit rasa seram juga kalau menginap di Tetebatu!

Temuk said...

MAKCHAQ
Bukan cerita pandai pilih, makchaq. Kira nak cuba saja. Mula-mula ada juga rasa takut-takut, apa lagi dengar cerita "ayu-ayu" kita depa culik (tradisi culik ini masih depa amalkan untuk berkahwin!!). Tapi bila baca depa tu majoritinya muslim macam kita, juga Lombok dah digemari pelancong, lebih yakinlah kami nak pergi. Nyata persekitarannya lebih aman dan selesa, berbanding Bandung atau Medan yang juga pernah saya singgahi. Ada tiga pulau kecil yang pelancong ke Lombok juga selalu lawati (kira2 45min bot) yang sengaja tak kami singgahi, sebab yang ke sana lebih untuk snockeling.

Makchaq boleh fikirkan mahu hotel/homestay di kawasan pasir hitam (Pantai Senggigi) atau pasir putih (Pantai Kuta), atau di bandar Mataram. Atau di pekan-pekan lain. Boleh lihat internet. Yang penting, kena pastikan bukan musim banyak hujan. Kalau mahu pemandu yang pernah kami gunakan, insya-Allah boleh saya beritahu (boleh baca cerita pemandu itu yang saya catatkan dalam respon kepada Hjh Noralenna di atas). Buat booking AirAsia awal (kalau mahu direct flight), makchaq, boleh dapat harga lebih baik sikit.

sudipVSsenduk said...

dalam menjaga alignment masing-masing, jauh juga dah berjalan ya cikgu... :)

tak sangka, cantik jugak lombok ni rupanya.

Temuk said...

MaDiHaA aka Ratna

Terima kasih kembali. Saya jangka orang-orang Lombok memang lebih suka bekerja dalam sektor pertanian, memandangkan itulah aktiviti ekonomi utama penduduk Lombok. Sawah padi mereka serupalah dengan sawah kita. Kawasan yang tiada sistem pengairan cuma menanam sekali setahun. Pesawah bergantung kepada air hujan. Ada kawasan yang tidak menerima hujan tahun ini, menjadi kering kontang. Uniknya, untuk sempadan sawah, mereka tanami deretan pokok turi yang rasanya kita juga panggil geti. Mereka gunakan daun turi untuk makanan ternakan. Banyak rumah saya perhatikan menggunakan bahan batu, pasir dan simen. Yang benar-benar tradisional, menggunakan atap nipah atau lalang, dengan bumbung berbentuk seperti U terbalik. Rumah begitu mereka namakan "lumbung".

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Memang seperti Malaysia. Serumpun, kok! Tapi kalau diperhatikan halus-halus, rasanya, wajah-wajah orang Lombok umumnya memang lainlah daripada wajah-wajah Melayu kita. Kapan (atau diam-diam wes?) ngeLombok?

Temuk said...

SCHOOL OF TOTS
Memang bersyukur sangat bila dapat melihat tempat orang dan cara orang lain menjalani kehidupan. Kita boleh jadi amat asyik dengan kelainan-kelainan kehidupan dan persekitaran itu. Dan itu sepastinya menampakkan lagi kepada kita akan kebesaran Allah, yang menjadi Pencipta dan Pengarahnya.

Temuk said...

sudipVSsenduk

Yang jauhnya tu kita di dalam pesawat atau kereta. Tapi, jujur cakap, sebab menua, walau tak banyak ber"jalan kaki", letih juga pada penghujung harinya. Saya percaya, "excitement" melihat tempat, orang dan aktiviti orang, juga meletihkan.

Bagi saya Lombok, desa-desanya, dan pantai-pantainya cantik. Juga warga Sasaknya.

rosli said...

Tuan Temuk,

Saya suka tengok gambar2 tuan di Lombok, hoping that satu hari nanti saya sampai jugak ke sana.

Temuk said...

As-salam Sdra Rosli
Terima kasih mengikuti blog saya yang tak sepertinya ini.

Banyak gambar saya ambil dari dalam kereta yang sedang berjalan. Banyak yang kabur, apa lagi gambar-gambar yang diambil semasa mendung.

Mudah-mudahan sampai hajat sdra itu. Saya agak akan bertambah ramai orang Malaysia ke sana, termasuk yang mahu membuat bisnes. "Supirman" bercerita kepada kami, ada orang Malaysia yang sudah membeli tanah berhampiran lapangan terbang untuk mendirikan pangsapuri. Kalau betul, baguslah. Mungkin boleh pula dia nanti membawa saudaramaranya dan orang Malaysia lain mencari rezeki di sana. Panggil saya Temuk saja, ya.

Nizam.Ariff said...

Kang, aku nang kene pon orak entek dilawati, kok arek nang Lombok...mboh kapan la kang... hahaha

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Yo bener kuwi. Ngelombok nang njero ndisek. Men cukup pedese. Angger melas duite nang simpenan ora di nggo-nggo, yo ngeLombok njowo pula. Yo dholan-dholan pompong nnom.

Insya-Allah, satu hari nanti sampailah juga.

ujang kutik said...

Terima kasih kerana maklumat yg saya tidak jangkakan mengenai Lombok.Saya menyangka Lombok teruk sangat - kusam , berdebu,tidak ada tarikan.

Temuk said...

UJANG KUTIK
Terima kasih. Kalau bermasa dan bertenaga lebih, memang mahu saya melawati pesantren-pesantrennya dan kedai-kedai sepanjang pantai-pantainya. Juga lebih menjelajahi bandar Mataramnya, di samping menyinggahi lebih banyak mesjid-mesjidnya (yang memang banyak!) yang berbagai-bagai bentuk, saiz dan "tahap" kesiapannya.

PakMail said...

Salam Cikgu,

Pak Mail yang Cikgu maksudkan itu saya ke?

Kalau saya, saya tidak marah. Malah saya suka entri ini kerana dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang Lombok seperti apa yang dikatakan oleh saudara Ujang Kutik.

Ini yang dikatakan, jauh berjalan, luas pandangan, banyak pengetahuan.

Terima kasih Cikgu, kerana berkongsi pengalaman.

Temuk said...

PakMail
Wa'alaikumussalam, PakMail.

Kedua-dua Pak Mail dan PakMail (yang kedua saya kenali di alam maya) sama-sama baik hati. Kedua-duanya juga (ini jelas!) sangat suka berhubung dengan rakan-rakan lama. Ejaan nama mereka pun sama. Bezanya cuma pada cara nama ditulis, hehehe.

Insya-Allah, kalau kita rajin memerhati tempat-tempat yang kita singgahi, dapatlah kita pelajaran tertentu darinya. Di banyak tempat di Indonesia yang pernah sempat saya lawati, saya tertarik kepada tabiat penduduk menggunakan segala sumber di sekeliling mereka yang bagi kita mungkin tidak berguna. Mungkin juga kerana kemiskinan. Walau apa pun, itulah cara menggunakan sumber alam pada tahap maksimum. Cara mereka menyerlahkan cantiknya kehidupan lestari (sustainable living).

suka suka said...

salam Pak Temuk.. barulah terbuka minda mengenai Lombok.. mengenai erti Lombok serta aktiviti kehidupan dan suasana alam sekitar yang menyenangkan di sana..cantik tempatnya...terima kasih kerana berkongsi pengalaman..

Temuk said...

SUKA-SUKA
Salam bahagia. Terima kasih kembali. Bila berkelapangan, bolehlah cuba ke sana. Bagus kalau boleh jadi macam para Mat dan Mak Salleh yang muda-muda tu (tapi kita tak laratlah). Dengan mengusung beg-kandar-belakang, mereka betul-betul mengambil masa meninjau sesuatu lokasi. Cuti mereka di satu-satu tempat pun, yang Pak Temuk ketahui melalui perbualan, boleh jadi berminggu-minggu. Jadi mereka benar-benar dapat menghayati tempat dan cara kehidupan orang.

Kakzakie said...

Biasa org M'sia (terutama anak gadis) pergi Lombok samada kena guna-guna sebab nikah tanpa sedar atau (yg lelaki ikut rombongan Dato' Aziz) sebab cari yg kena culik.. Tapi cikgu lain sasarannya seronok juga kakak tumpang tengok.

Macam berada di kampung kakak cuma sunrise tu tak adalah sebab tak ada pantai. Cantik gambar yg cikgu captured.

Temuk said...

KAKZAKIE
Kalau benar, anak-anak gadis kita yang kena guna-guna, dan kemudian kena guna kerjakan kebun, memang kesianlah, ya kakzakie. Tapi memang begitu yang banyak ceritanya. Yang penting kenalah berjaga-jaga.

Tradisi menculik anak gadis rupa-rupanya masih jadi satu amalan biasa di Lombok. Tapi, baiasanya culik t.s.tlah. Si dara pun "sedia" untuk diculik! Lepas 2, 3 hari diculik, barulah pihak yang menculik ke rumah keluarga yang anaknya diculik, untuk memaklumkan penculikan dan hasrat + berbincang hantaran dan perkahwinan. Kata supir, memang ada kes yang jadi bermasalah.

Cantik-seronok tempat orang, cantik-seronok lagilah tempat sendiri, kan kakzakie?

IBU HAYATI said...

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

Wassalam