Sunday, December 16, 2012

ROSSELLE! DUA-DUA LIMA RINGGIT

Kurang pua$ hati. Rosselle kecil tanpa pasu (dipasukan di rumah) 
berharga RM5. Beli kat MAHA (23 Nov - 2 Dis 2012),  di Serdang.


Rosselle yang besar dalam beg poli hitam berharga RM5 juga.
Beli kat "Jom Makan Buah" (7 - 11 Disember 2012), di Putrajaya.

Yang besar sudah berbunga.


Yang kecil pun sudah berbunga. Tapi kecillah saiz bunganya.


Memang lebih menatang rosselle yang lebih besar masa ini. 
Maka dibuang beg hitamnya. Dipindahkan dia ke tanah terbuka.


Yang lebih besar lebih disayangi sebab dia lebih besarlah!
Harganya lebih wajar. Berkemungkinan lebih cepat keluarkan hasil. 
Dan sebab penjualnya lebih murah hati.

Tapi, yang kecil tetap disayangi. Cuma "kureng" sikit. 
Sebabnya, tak pua$ hati pada penjualnya. Yang mahal hati.
Bukan salah rosselle kecil!

Rupa-rupanya MAHA juga bermaksud 
Makin Agung (pamerannya) Harga Agung (jadinya).

16 comments:

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt.
Semoga cikgu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga ,diberkati dan dirahmati Allah swt. Nampak hijau aje kat laman blog ini. Sejuk aje. Maju dan terus maju cikgu. Kenapa dua-dua sama aje ? Apapun, rasa jusnya memang enak seperti rasa ribena :)

Temuk said...

ROHANI M.U
Wa'alaikumussalam wbkt.

Terima kasih. Semoga sihat wa'afiat juga Cikgu Rohani dan famili. Sementara waktu ini adalah elemen hijau kat laman blog saya ni. Tak pastilah masa mendatang. Anak-anak rosselle yang saya paparkan itu serupa harganya, tak serupa saiznya. Tapi, tak tentu juga; yang lebih kecil mungkin membesar lebih pantas nanti. Benar rosselle berasa seperti ribena. Kerana itu saya menggemarinya.

Nizam.Ariff said...

Jus roselle sedap juga rupa-rupanya... bila dah dapat tanah sekangkang kera nanti, aku nak tanam jugalah sepokok dua...

sudipVSsenduk said...

kadang-kadang dalam membesarkan anak pun ada pilih kasih, inikan pula pokok rozel...

setiap benda ada kelebihan, kekurangan dan sejarahnya tersendiri

Kakzakie said...

Ramai yg kata MAHA punya harga memang agak mahal tapi kakak tak tahu sebab tak pergi pun.

Rosselle but jem pun sedap cikgu. Sapu kat roti sebab ada masam-macam manis tu yg best.

suka suka said...

Salam Pak Temuk..bagus tu pokok kecil dah berbuah.

Temuk said...

NIZAM.ARIFF
Kang Temuk suka warna merah darahnya. Rasa masamnya memang memerluka gula. Bila bergula, sedaplah diminum.

Eloklah jika ada hajat menanamnya. Bila dapat banyak hasil bunganya nanti, bolehlah dijadikan kordial atau halwa.

Temuk said...

sudipVSsenduk

Benarlah tu. Apa lagi bila menjaga pokok. Tentulah kita sayangkan yang gemuk, subur dan cantik. Tapi kita cuba juga usahakan suoaya yang kurus, kecil dan buruk boleh juga membesar dengan sempurna. Mujur di kalangan sesama pokok, barangkali, tidak ada rasa cemburu.

Temuk said...

KAKZAKIE

Saya rasa harga jualan apa pun umumnya memang tinggi. Atau lebihkurang sama sahaja dengan harga hari-hari di luar. Jadi, rasanya, tidak ada apa-apa keistimewaan dari segi harga dalam satu pameran besar yang begitu gah dan gagah. Saya tak pergi pula pada hari penghabisan. Mungkin ada harga lelong. Tapi takkan berjuta-juta pengunjung mahu menunggu hari terakhir untuk mendapatkan tawaran harga murah.

Temuk said...

SUKA-SUKA

Wa'alaikumussalam, Suka-Suka,
Insya-Allah bunga-bunga kecil itu akan membesar. Sasaran terpenting saya ialah bagi mendapatkan bijibenihnya nanti. Tapi, insya-Allah, berharap juga dapat mengumpul cukup bunganya untuk dibuat minuman. Atau mungkin juga jem (macam yang kakzakie sebut di atas), serta halwa. Macam-macam nak dibuat dari 2 pokok!

Al-Manar said...

Untuk ssementara kami berhenti tanam rozel. Munkin akan mula pula. Selalunya kalau ada lima atau enam pokok kami boleh dapat hingga seratus bunga stiap kali peti kuntuk beberapa botol rozel pekat. Hampasnya boleh dibuat inti 'rozel pie' seumpama apple pie. Rasa masamnya yang memjadikan enak makan dengan custard atau ice cream.

Temuk said...

AL-MANAR
Terima kasih bercerita pengalaman berozel di Terengganu. Belum pernah saya mendengar hampasnya digunakan untuk inti pie. Saya jangka pastilah ditinggalkan juga "rasa-rasa" rozel pada kelopak-kelopak (petals) bunganya yang dimasak. Jadi, bukanlah 100% hampas kelopaknya. Benar begitu? Insya-Allah akan dicuba nanti. Apple pie + ice cream memang hebat. Kalau rosselle pie + ice cream macam manalah kehebatannya, agaknya. Terima kasih di atas panduan bermanfaat itu.

School Of Tots said...

Ada tok guru cakap ungkapan MAHA ini layaknya untuk Allah sahaja.

Temuk said...

SCHOOL OF TOTS
Benar, biasa tok guru-tok guru menyebut begitu. Rasanya pun sudah amat berkurangan penggunaannya bagi merujuk kepada golongan diraja masa ini. Kebetulan pula, ya, pameran bertaraf antarabangsa Malaysia berhubung "agriculture", "horticulture" dan "agro-tourism"nya itu sesuai diringkaskan namanya sebagai MAHA.

ckLah @xiiinam said...

Salam paman...

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Wa'alaikumussalam. Paman ni tak ada enjin tunjukkan ada komen masuk. Kalau tak gostan ke entri lama sesekali, alamat tak diberi responlah komen-komen yang datang di hujung. Maaf, ya.