Friday, January 4, 2013

T E R I N G A T

Pak Temuk teringat. Nak menggoreng benda di bawah ni.

Bagus juga "teringat" tu. Sebab, kalau tak, dapur jadi sepi,
atau Pak Temuk  jadi menyepi saja di dapur.
 


Kacang saja kerja menggoreng benda "kurma" tu. Buang bijinya.
Salutkan dengan tepung beras. Tenggelamkan dalam minyak panas.

Hasilnya, comel macam gorengan pisang salai. Zahirnya, bukan rasanya.



Sebenarnya, semasa menggoreng kurma manis itu, Pak Temuk jadi  
teringat sangat pula bumi di mana pokoknya hidup subur.

Jadi teringat pula Pak Temuk beberapa gambar yang diambil di persekitaran
bumi itu. Semasa umrah, April-Mei 2011. Gambar-gambar itu ada keistimewaannya.

Yang di bawah ni, pastilah gambar spesial bagi Pak Temuk. Masakan tak spesial. Kan itu
gambar pokok! Pokok! Yang keluarkan buah, sejenis dengan Pak Temuk goreng!

Tapi yang lebih istimewanya, Pak Temuk teringat, terbayang masa itu, itu adalah
ladang Pak Temuk! Bukan Pak 'Arab punya.  Hijau dipenuhi dengan klon hebat, kurma Najwa!


Pak Temuk teringat juga, masa itu terbayang di kepala,  ada kebun Pak Temuk yang
sedang dibaikpulih. Kira masuk "projek"lah  - Rancangan
Pemulihan Dan Penanaman Semula Kurma! Macam Rancangan Pemulihan
Dan Penanaman Semula Kelapa dalam tahun-tahun 70an di kampung dulu.

Di bawah ini pula, nampak Pak Temuk riangria, dengan para unta. Juga dengan hijau-
hijauan di tanah gersang tu. Sedikit,  tapi tetap ada. Pak Temuk teringat, harga susu unta segar
masa penziarah turun bas jauh lebih mahal daripada semasa mahu menaiki bas semula!

Tapi, keistimewaan gambar itu amat berkaitan dengan erti persahabatan.
Rakan Pak Temuk yang cekak pinggang sebelah tangan tu,  sekarang ni CEO sebuah
kolej swasta. Tak pernah bergeng pun semasa di universiti (1968-71). 

Tapi, sejak sama-sama bekerja di Kolej Pertanian Malaya (1971) sampai dua-dua
bersara (dia dulu!), insya Allah, jadi geng akrab. Alhamdulillah, kami menunaikan haji bersama-sama.  Umrah dengan keluarganya, berpeluang baru sekali.

Semasa umrah juga Pak Temuk mengabadikan gambar iklan di bawah ni.  Sebabnya, ada
nama al-manar di situ. Menjadikan Pak Temuk amat teringat masa itu akan pemblog
istimewa dari negeri "Teganu kite" yang blognyajarang Pak Temuk terlalai dari mengikutinya.
 
Pemblog itu seorang pendidik yang menamakan dirinya dan juga blognya "al-manar".

Pendidik berhati mulia ini telah menubuhkan sebuah yayasannya sendiri, yang rasanya
sudah pun berusia dua dekad. Yayasan ini memberi ruang dan peluang kepada para pelajar 
yang tercicir atau rendah prestasi pengajian mereka, kerana pelbagai sebab, untuk meningkatkan kelayakan akademik dan seterusnya taraf hidup mereka. Sungguh besar jasa bakti "al-manar" kepada anak bangsa kita, khususnya yang tinggal di sekitar kawasannya.

Hayatilah babak-babak perjuangan dan pengorbanan  pendidik yang
komited dan berjiwa besar ini melalui blognya al-manar-nuri.blogspot.com.


Dan yang di bawah ini pula, gambar Pak Temuk dengan CL (manzlie), yang blognya memang kerap Pak Temuk ikuti. Pak Temuk memang berharap dapat berjumpa dengannya. Allah mengizinkan. Terserempak dengannya berhampiran Restoran Felda. CL bekerja dengan sebuah hotel, betul-betul di depan Masjidil Haram. Maaf ya CL, sudah lama baru ditayangkan gambarnya.



Gambar ini memang akan selalu jadikan Pak Temuk teringat 
akan blognya "Pengalaman Di Kota Makkah"  (manzlie-makkah.blogspot.com)  
yang diikuti oleh sungguh ramai pemblog, khususnya dari Malaysia,
yang sentiasa mahu tahu berita terkini tanah suci, semasa atau pun di luar musim haji.

Liputan berita maya CL yang acap dikemaskini memang amat bermanfaat. Terima kasih, CL!


Kepingan gambar-gambar di bawah ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Masing-masing menjadikan Pak Temuk teringat akan keterujaan diri melihat hebatnya projek penglebaran Masjidil Haram, masjid teragung kita, yang seolah-olah tiada titik noktahnya.

 

Dan keterujaan melihat rancaknya pembangunan Kota Mekah sendiri. Kelihatan mantap sungguh buminya yang dikorek di sana sini. Dikorek dengan dalamnya, namun tetap stabil tanahnya.
 

  Juga, sudah tentulah Pak Temuk jadi teringat  juga akan usaha pembaikan dan 
pengindahan Masjid Nabi. Juga bandar Madinah di mana ia berdiri gagah.
Elok juga kalau kita selalu teringat. Teringat kepada perkara yang baik-baik. Yang membawa kenangan manis. Yang mampu memberi pengajaran. Malah yang berkuasa menusukkan keinsafan.

ooooo 0 ooooo


26 comments:

Umm AA said...

Assalam pak temuk...sehat walafiat hendaknya yer...
indahnya kenangan ditanah suci ya...bkan semua orang bertuah kan..hanya yg terpilih sahaja...indah jugak kenangan2 pak temuk disana...semoga kekal abadi dijiwa...semoga kebun pak arab tuh kalau dia bermurah hati boleh bagi pak temuk jgk..:)

Temuk said...

UMMUAIDAN
Wa'alaikumussalam. Semoga sihat wal'afiat juga ummuaidan dan keluarga. Semoga sudah beres mengemas kawasan luar rumah yang diusik taufan tempoh hari.

Melihat pokok-pokok menghijau di kawasan padang pasir memang mengujakan kita. Pernah semasa umrah pertama, semasa nak balik melalui Jeddah, mutawif bergurau menunjukkan pokok-pokok kelapa yang dijadikan tanaman hiasan hidup subur, tapi mandul. Tapi, semasa trip umrah kemudiannya, Pak Temuk lihat banyak pokok yang berbuah. Cuma, tak pasti, ada isi atau tidak! Hehehe, kalau betul dapat kebun kurma, tak tahulah Pak Temuk, tahu atau tidak menjaganya.

ngasobahseliman said...

Salam Pak Temuk.
Antara nikmat Allah yang tak ternilai adalah kebolihan mengingat. We tend to take it for granted. Saya baru balik bersilaturrahim dengan teman-teman dari Kuantan. Antara cerita orang warga emas ialah kebolihan mengingat yang lama dan yang baru.Alhamdulilah. Kita masih bolih ingat kebanyakannya. Menulis adalah salah satu cara mengasah ingatan minda.Semoga Allah terus mengurnia nikmat ini hingga keakhir hayat.Happy writing...

makchaq said...

Salam Pak Temuk

Kena cuba jugak cucuq kurma ni.. mudah2an Pak Temuk berjaya bukak ladang kurma..

Best tengok gambaq2 kat tanah suci, tapi awat makchaq tengok gambaq pak temuk semua serius ja, walaupun tengah riang ria.. ka saja pilih gambaq serius nak boh sini.

Makchaq try tanam pokok kurma tahun lepas, tapi mati.. dlm 3 kaki jugak dah.... tak tau la dlm tanah tu ada apa.. sebelum tu kat tempat tu tanam durian belanda batang dah besaq lengan budak tau tau mati..

Sebenaqnya tanah makchaq tu dalam 2 x 4 kaki ja.. sebelah tanam pandan, sebelah lagi try pokok2 lain, latest ada serai kayu.. tu pun lepas prun merajuk..daun kemetot tak mau besaq

Temuk said...

NGASOBAHSELIMAN
Wa'alaikumussalam.

Benarlah apa yang ngasobahseliman nyatakan itu. Penyakit lupa memang menakutkan. Sebab ia boleh jadi membahayakan. Bayangkan, kita terlupa menutup dapur gas dengan belanga berminyak panas di atasnya, dan kita keluar menghadiri kenduri orang....

Semoga kita terus mendapat rezeki mengingat daripada Allah sehingga ke akhir hayat. Tanpanya, untuk mengurus diri sendiri pun jadi susah, dan kita juga akan menjadikan ramai orang lain susah.

Temuk said...

makchaq
Wa'alaikumussalam makchaq.

Kot tak pernah, kena cuba cucuq kurma tu makchaq. Manis, tak mau berhenti memakannya.

Hehe, dalam gambaq2 tu pak temuk kira dah "sifar serius"lah, makchaq. Kot tunjuk gambaq2 yang betui-betui serius tentu pembaca semua jadi takut, jadi tak ketahuan pulak.

Kesian, tak dapat pula nak bantu makchaq dalam masalah tanah tu. Pak Temuk suka tanam-menanam, tapi bukan pandai mengenainya. Cuma, tahu agak sajalah. Mungkin dalam tanah di lokasi itu, memang ada makhluk halus (bukanlah maksudnya hantu atau yang apa2 yg sespesis dengannya) yang rosakkan akar pokok. Atau tanah itu mempunyai kandungan bahan tertentu yang pokok tak suka. Ada tempat2nya tanah keliling rumah Pak Temuk yang berwarna putih (macam kapur basah) yang memang pokok tak gemari. Dia pun tak gemari pokok! Pak Temuk belum cuba, tapi ada orang kata, cuba tanam kunyit di situ. Kot k.o. juga, kenalah cari pakar tanah-tanih. Atau perhatikan kalau-kalau ada semut bersarang. Kot ada, taburlah ubat semut di situ.

Nizam.Ariff said...

kok ladang kurmanya koyo ladang sawit besarnya? patutlah banyak kurma sampai dieksport...

ibuintan said...

Assalamualaikum Pak Temuk... banyaknya yang Pak Temuk teringat dan semuanya yang indah dan hebat2 belaka

kalaulah kebun kurma Najwa tu Pak Temuk punya tentu harga kurmanya tak semahal yg dijual tu kan

azieazah said...

Salam Pak Temuk. Keteringatan yang sangat manis. Semanis Kurma itu. Hehehe

insan marhaen said...

Membaca nama AL-MANAR itu teringat akan emelnya kepada saya pada 2/5/12 lalu yang masih IM simpan.

Begitu hebatnya rakan tuan ini. Terasa kerdil diri IM!

Temuk said...

Nizam.Ariff
Pak Arab pula, bila masuk ke ladang kelapa sawit kita akan berkata, "Subhanallah, ladang kelapa sawit besar macam ladang kurma juga.... Patutlah Malaysia eksport minyak sawit ke marata dunia!" Hehe, Pak Arab ni cakap Melayulah!

Temuk said...

ibuintan
Wa'alaikumussalam, ibuintan. Orang menua selalu teringat macam-macam. Tapi, banyak benda-benda kecil saja - benda-benda yang tak ada apa-apa implikasi kepada kestabilan ekonomi atau politik negara,hehehe.

Kalau betullah itu jadi kebun Pak Temuk, dan pokok-pokoknya pula jenis Najwa, memang tak habis makanlah RMnya (sebab dah menua ni tak guna duit beli macam-macam dah). Tentulah untuk pengikut blog Pak Temuk, harganya boleh diturunkan ke harga jenis "marini", dengan diskaun 50% lagi! Banyak berangan-angan Pak Temuk, ya ibuintan?

Temuk said...

azieazah
Salam azieazah. Bagusnya kalau sentiasa teringat dan beringat. Mun kada bisa taringat apa-apa.... aduhai, menakutkan!

Temuk said...

IM
Pak Temuk mengenali al-manar melalui dunia blogging. Dia sememangnya hebat. Amat prihatin dengan nasib anak bangsanya. Dengan pengalaman mendidik yang begitu lama, dan kesediaan untuk membantu, dia mampu menyumbang yang terbaik, khususnya dalam mengajar Bahasa Inggeris. Orang lama, terutama yang berkesempatan belajar di UK, seperti al-manar, memang hebat penguasaan Bahasa Inggerisnya. Semoga Allah terus memberkati dan meredhai sumbangbaktinya.

Al-Manar said...

Saya baca entry ini kelmarin tetapi tidak dapat memberi komen. Sudah dua minggu sambungan email tidak menentu - terputus putus. Saya bayak menulis komen diblog tapi bila tekan 'Publish' terputus - hilang senuanya. Saya buat satu penulisan kelmarin tetapi langsung tak dapat 'post' kan. Hari in terpaksa saya minta seorang anak di KL masukkan entry baru itu kedalam blog.

Amat terharu membaca pujian yang lebih dari berpatutan terhadap Almanar. Sudah berumur 76 tahun apa lagi yang hendak buat? Tak ada orang yang hendak tenaga yang ada ini selain dari duduk ditikar sembahyang dan membaca Quran. Tetapi minat saya lebih dari itu, menghabiskan masa untuk memperbaiki seberapa daya kekurangan dalam perkembangan pelajaran. Ditambah pula dengan turunnya tahap kesungguhan anak anak kita dikampong. Itu lah dorongaannyya.

Mrembaca penulisan Pak Temuk kali ini barulah saya faham mengapa tinggi sekalu kepakaran Sdr dalam 'agriculture'. Rupa rupa nya memang itu bidang nya. Alhamdulillah saya berkenalan dengan pakar pakar yang berlainan bidang.

Terima kasih sdr Temuk. Semoga dipanjangkan umur dan terus memberi khidmat kepakaran.

Saya ingin bertanya. Meengapa 'teringat' dan terus 'teringat'. Saya selalu guna 'terkenang'. Apa bizanya? Sebagai orang tua saya banyak terkenang dan meengenang peristiwa yang lampau. Tuan ‘teringat’.

insan marhaen said...

Tuan Al Manar,

Teringat kerana tiada kenangan di dalamnya..he..he..

Temuk said...

al-manar
Mudah-mudahan masalah "connection" itu telah dapat diatasi. Sekarang ini, nampaknya, bila tak ada atau tak dapat "line", sebab "line" bermasalah, atau sebab komputer mogok, kita jadi "tak tahu apa nak buat". Pastilah begitu, sebab kedua-duanya kini merupakan "tools" yang sangat penting untuk kita berhubung dengan orang.

Apa yang al-manar lakukan melalui yayasan al-manar itu memang wajarlah diberi sanjungan. Mewariskan ilmu, apa lagi dengan mengadakan satu infrastruktur khusus dan sistematik bagi menyalurkannya, tentulah satu kerja yang sangat mulia. Kita tahu, "berterusan"lah amalan baik seseorang sekalipun dia telah tiada, apabila ilmu tinggalannya dimanfaati pewarisnya dan dimanfaatkan untuk orang lain. InsyaAllah! Tanggungjawab bersembahyang dan membaca Quran itu kita jangka memang akan dilakukan orang yang tahu hak Allah. Tapi tak semua orang mahu dan berupaya untuk melakukan perkara-perkara lain, yang sebenarnya amat kritikal untuk masyarakat. Dan juga dipandang amat mulia di sisi agama serta amat hebat pula ganjarannya.

Senyum sendiri lagi saya sebab sdra masih menganggap saya ahli pertanian. Memang saya pernah bekerja di Kolej Pertanian Malaya, yang kemudiannya menjadi Univ. Pertanian dan Uni. Putra Malaysia, tetapi bukan dalam bidang pertanian. Pastilah persekitaran tempat kerja dan asal-usul sebagai anak kampung menjadikan saya sukakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Lagi tersenyum saya bila sdra bertanya beza "teringat-terkenang", sebab ini soalan untuk ahli bahasa. Cuma, mengikut "ingat"an saya, kedua-dua istilah tidak berbeza ertinya. "Teringat" lazim kita maksudkan sebagai "ingat dengan tiba-tiba", "tiba-tiba timbul dalam fikiran", "terkenang", atau "terkenang dengan tiba-tiba". Walaupun begitu, tanpa mahu menyongsangi hujah ahli bahasa, dan berasaskan kepada apa yang diri sendiri rasakan, "ingat dengan tiba-tiba" datang lebih dahulu sebelum kita jadi "terkenang". Bila "terkenang" kita mula memperinci apa yang kita "teringat", hatta sampai ke peringkat "mengelamun".... Hehehe, mohon banyak-banyak maaf sdra al-manar, beginilah bingungnya penjelasan mengenai bahasa dari bukan-ahli bahasa. Anggaplah ini cerita seronok-seronok!

Temuk said...

IM
Tumpang ikut sembang berkaitan respon sdra IM kepada sdra al-manar. Cuma nak kata, boleh jadi sangat kita berhenti setakat "teringat", dan itu saja, tanpa kita mula "mengenang-ngenang" dengan lebih lanjut atau "terkenang-kenang".

Walaupun "teringat" dan "terkenang" selalunya disamaertikan, kalau mahu dikronologikan, mungkin "terkenang" datang selepas "teringat". Alahai... memandai-mandai ni, nanti jadi perosak bahasa pula!

Kamsiah yusoff said...

salam
tak pernah lagi buat kurma celup tepung...biasanya buat jus ja

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Baru tadi saya makan dodol....tak tahu nak panggil apa......potong dodol, celup tepung, pastu goreng....hmmmmm...cubalah!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam pak temuk..

bila kita teringatkan sesuatu pasti akan ada kesinambungan dari apa yang kita ingatkan tu kan pak temuk... mudah2an apa sj yg kita ingat akan memberikan kita kedamaian & kegembiraan...

Temuk said...

KAMSIAH

Salam bahagia.
Itu hari Pak Temuk beli kurma yang dah "dobel diskon" (kata orang Indonesia), jadi tak 100% baru. Walaupun begitu tetap masih ok bila digoreng. Kalau pernah makan dan suka gorengan pisang salai (pisang jemur), kemungkinan besar kita akan sukakan gorengan kurma. Selamat mencuba.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI
Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi. Wow, mesti nak cuba nanti apa yang cikgu buat tu. Nak tanya rasanya pun tak sesuai, sebab lidah masing-masing, hehehe. Tapi tentulah ada rasa manis, dan mungkin kalau gunakan dodol tempat cikgu, ada ghase doghoyannye. Boleh kita panggil si dia tu "cekodol"?

Seorang rakan Cina pernah mengajar saya menyediakan gorengan "sanwic" keladi, dengan hirisan kuih bakul di tengahnya. Perlulah dicelupkan dalam adunan tepung juga supaya tak terungkai. Rasanya, setelah membaca cerita cikgu tu, kuih bakul boleh juga ditukar dengan dodol.

Temuk said...

MaDiHaA.a.k.a.Ratna
Wa'alaikumussalam, semoga semua ahli keluarga di dalam keadaan sihat wal'afiat.

Benarlah itu. Cuma bila kita teringatkan sesuatu yang kita tak sukai, mungkin cepat-cepat kita cuba "delete" ia dari kepala kita. Terdera dan cederalah kita kalau button "delete" rosak. Walau apa pun, macam yang dikatakan tu, mudah-mudahan kita selalu teringat perkara yang baik-baik, yang menjadikan hati gembira, perasaan damai, fikiran tenteram, dan jiwa stabil. InsyaAllah.

Kakzakie Purvit said...

Oh... jumpa CL ye? Kalau cikgu nak tahu punca kakak ada blog kerana selalu ke blog CL. Mula komen tanpa blog, lama-lama terheret sama. Tak jumpa Hj. Arshad ke cikgu. Hj. Arshad sekeluarga tu kawan CL duduk sana juga.

Kakak ada bergambar dgn pokok tamar juga tapi bila lihat macam pokok kelapa sawit kan hihi...

Temuk said...

KAKZAKIE
Dua kali terserempak dengan CL. Dua-dua di kawasan jual makanan satu blok dengan Hotel Dar Al-Eiman Royal tempat kami tinggal. Kali kedua baru ambil gambar. Tapi tak sempat bual panjang. Yalah, dia bertugas. Masa jumpa CL dia seorang. Kerja kat situ untung ya, kakzakie. Banyak markah sembahyangnya, kan?

Bagi yang tak cam, memang pokok sawit dengan tamar nampak sama saja. Tapi tentulah berbeza.