Tuesday, February 21, 2012

ADA YANG BERWARNA MERAH!

Lebihkurang 6 tahun dululah kali terakhir interlocking blocks di sekitar rumah kubersihkan.

Perli diri sendirilah (hehehe!). Ingatkan semua kepingan berwarna hitam..... Ada yang merah rupanya!


Cubalah tengok syantik-syantiknya rupa para si blok kat bawah ni..... Eeeeh. Dah bertaut akrab semuanya, dek tebalnya sang daki dan sang lumut.

Terima kasihlah kepada si penyembur, peralatan tua ni, yang anakku memang lupa barangkali, hakmiliknya ni dah lama babah tolong simpankan.



Penyembur, asalkan ada karan tetap menderukan jet air tajam. Tukang sembur, walau teguk bertin-tin 100 Plus,  berteko-teko teh O + nescafe sejuk + nasi lemak, karipap, ketayap... taklah mampu menderukan tenaga macam si penyembur.

Penyembur memang ever-ready menyolek kawasan-kawasan lain, macam kat bawah ni. Tukang semburnya kata, biar lambat asal tak keletihan! Sambil fikir dalam-dalam, nak jadikan kawasan ni padang rumput?
 

Dan yang lebih mengganggu kudrat dengan fikiran, ruang jalan masuk inilah. Ada tak sukarelawan sihat yang sengaja nak cari keringat? 


Sebenarnya, kalau yang hitam nampak hitam, yang merah nampak merah, walau tak semolek masa baru dulu-dulu, sedaplah juga mata menatap.


Tapi betul tak, bila kita bersihkan satu-satu benda atau kawasan,  sebenarnya, pastilah kita kotorkan benda atau kawasan lain pula. Kecuali kotorannya boleh NASA tolong bawakan ke bulan.

18 comments:

kasihibu said...

salam pakcik, sya pun dah lama tak membasuh ruang parking depan rumah tu, walaupun sekangkang kera dah nampak bertukar warna lantainya

Kakzakie said...

Luasnya kawasan rumah cikgu.. memang letihlah kalau tak ada water jet itu, suami kakak pun cuci longkang guna water jet kalau tak macam tak bersih...

Banyak kawsan boleh tanam pokok bestnya...

Temuk said...

KASIHIBU
Di tempat parking kadangkala ada pula titisan minyak hitam kereta. Kena "extra effort" + pelarut minyak pula bila mencucinya. Kalau ada bubur kacang durian bolehlah Pakcik sama-sama gotong royong menyoleknya, hehehe.

Temuk said...

KAKZAKIE
Usah terpedaya dgn gambar, kakzakie. Keluasannya tak seberapa.

Alahai, kalau berjiran seronoklah saya berlawan dengan suami kakzakie guna water jet... cuci longkang, cuci pavement, cuci kereta! Atau kalau penyembur saya rosak, senanglah nak pinjam daripada jiran sebelah.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Biar lambat....asalkan jangan berhenti.....tengok arnab tu....akhirnya tewas dengan sang kura-kura!

Aku said...

Salam,
NASA pun buang sampah roket dia kat ruang angkasa bumi je. kenapalah dia tak buang ke matahari... insinerator besar tu... hahah

Temuk said...

CIKGU HUMAIRI
Waalaikumussalam. Semoga sihat dan bahagia dgn anak-anak OA di sana tu. Betullah kata Cikgu tu. Sehari selembar benang... lama-lama jadi bendera 1M. Pintu lame bekunci, mesti banyak keghoje, ye Cikgu?

Temuk said...

AKU
Salam. Yang ada harga tu depa turunkanlah cepat-cepat. Banyak lagi kan sampah sarap depa biarkan terapung-apung kat atas tu. Takut, manalah tahu ada yang terjatuh menghempap pokok durian atau reban ayam kita, hehehe. Kalau berlaku bolehlah kita saman besar si NASA, kan?

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Cadangan cikgu utk menukar interlocking block kepada rumput amatlah saya setuju. Rumput akan membuatkan persekitaran lebih hijau, segar dan sejuk. Cuma ia kena selalu dimesin. Vespa dlm gmbr tu masih boleh berfungsi sbg kenderaan atau sekadar pameran. Vespa atau lambreta gearnya ditangan kan?

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Nampak ok lagi batu2 interlocking tu ... alat penyembur tu mungkin boleh membantu .... tak pasti kalau ada chemical yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja2 membersih.

insan_marhaen said...

sempoi la skuter tu...

Hjh Noralenna Abbas said...

Itulah masalah interlocking block. Perlu rajin. Rumput liar juga ambil kesempatan tumbuh di celah-celah cantuman blok yang renggang. Kalau nak cantik, paksakan diri, cabut. Selamat mencuci.

Temuk said...

ADRY
Salam, Adry. Tengah fikir ni: batu blok atau rumput? Blok-blok nak letak di mana? Rumput berapa pula kena RMnya? Hal mesin, jaga rumput jahat, baja... ini semua juga jadi sebab mengapa 'sedang fikir' menjadi terus (tak berhenti) fikir!

Vespa tu berfungsi. Dah 40 tahun lebih umurnya tu. Pakai keliling rumah saja. Bila ada mood, sebab nak start pun kaki tak berapa gagah. Lambreta saya tak tahu, tapi gear Vespa memang di tangan.

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
Salam Dato' LF. Blok-blok batu tu memang ok. Warnanya saja yg luntur sikit. Penyembur tu cukup kuat untuk lekangkan daki & lumut yang ada. Memang bersih, tak perlukan bahan kimia. Kata orang kedai 'hardware' boleh diberi 'coating' supaya tahan kotor dan kilat sikit. Tapi rasanya tak payahlah.

Temuk said...

IM
Ada orang suka Vespa model baru. Tapi mahal sangat harganya. Tak mengapalah saya tunggang Vespa lama ini, yang dah hampir setengah abad umurnya. Bawa motor ni pun bukan hari-hari. Ikut mood dan ikut kekuatan kaki untuk start.

Temuk said...

HJH NORALENNA ABBAS
Biasa juga saya racun ROTUTI yang tumbuh di celah-celah interlocking blocks tu. Tapi tetap ada yang tumbuh baru. Macam-macam jenis rumputnya. Bila rajin datang saya cabutlah juga ROTUTI yang ada.

Interlocking blocks di BC baru lagi, kan? Kalau nak gotong royong nanti bolehlah adakan kenduri asam pedas.

Kunang-Kunang said...

Salam Cikgu Temuk,

Besar dan cantik halaman rumah cikgu.

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Salam, Kunang-Kunang. Tak besar manalah. Pokok-pokok pun main pacak, cucuk, potong sana sini ikut sempat dan mood. Insya-Allah, sebagai tempat keluarkan peluh, memadailah.