Thursday, February 2, 2012

TAH JATE TAH TINE.....

Tembakan kamera ini kulakukan dari bilik.
Merbukkah ini? Kuanggap merbuklah, sehingga ada yang sudi membantu membetulkan, jika aku tersalah.

Sebulan merbuk di taman (yang amat hebat semak samunnya!), takkan kutahu jantan betinanya.

 

Apa lagi bila ia mundar mandir keseekoran begitu.



Kalau spesisku sendiri, walau dia berjalan keseorangan, sekilas mata memandang, akan kutahu 'lelaki' 'perempuan'nya! Tak kiralah dia bersubang, dari telinga ke keliling pinggang, atau pun tiada.

18 comments:

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Suka tengok burung2 berterbangan dan bertenggek kat kawasan rumah. Kat mana agaknya rumah si burung ini ?

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Saya tergelak bila baca tajuk nukilan kali ini. Pandai juga cikgu speaking Kelate ye..hehe.. Yg ni burung merbuk atau ketitir. Nama Inggerisnya ialah Zebra Dove. Satu famili dgn tekukur. Kena dgr suaranya dulu baru blh kenal jate ko tino burung ketitir ni..

Temuk said...

Salam Dato' LF
Kalau dapat ditangkap dan dipasangkan alat pengesan pada badannya, mungkin boleh kita susuri di mana sarangnya. Memang seronok melihat pelbagai jenis burung di persekitaran kita, terutama pada waktu pagi. Saya perhatikan di sesetangah kawasan kedai ada pula gerombolan2 merpati yang tuan2 kedai beri makan. Jika di situ ada penjual2 kuih yang tidak suka menutup kuih2 jualannya, saya takut nak membelinya.

Temuk said...

As-salam ADRY
Kecek kelate kat tajuk saja. Oh, betul 'merbuk' rupanya. Nama 'ketitir' tu sedap juga bunyinya. Biasa juga saya lihat burung ini berpasang2an di kawasan rumah, tetapi saya tak boleh cam bunyi pasangan ketitir itu bertutur! Ceria selalu!

Aku said...

Salam kang,
bukan ke merbuk suka berpasangan?
mesti ada pasangannya tu, kadang2 pasangannya lepak kat ranting jadi pemerhati keselamatan...

Temuk said...

Salam AKU
Yang selalu kelihatan di kawasan rumah ini, atau di lot kosong sebelah memang berpasang-pasangan. Si tekukur pun selalunya berpasang-pasangan. Tapi pada pagi itu nampaknya si merbuk 'keseekoran'. Mungkin itu merbuk jantan yang sedang mencari 'girlfriend'. Atau merbuk betina yang mencari kekasih lamanya. Hebatnya Nabi Daud a.s. yang Allah kurniakan pengetahuan bahasa burung..... banyaklah rahsia kehidupan burung boleh diketahui baginda.

Hjh Noralenna Abbas said...

Burung merbuk siapalah yang singgah di laman Temuk ye? Agaknya nak cari tempat buat sarang sebab nampak 'semak samun'. Maaf, Temuk, gurau aje.

Adry@Daun said...

Cikgu,
Kalau tgk dlm foto, burung merbuk atau ketitr ni masih 'juvenile'. Muda remaja lagi sbb tu pasangan blm ada. Nanti bila dah dewasa ada la pasangannya tu.

Temuk said...

Adry
Oh patutlah dia solo saja. Kigho budok-budok lagi, ye? Semoga bila sudah dewas dan bertemu dengan pasangannya dia sudi singgah ke laman saya lagi. Selamat berhujung minggu.

Temuk said...

Hjh Noralenna
Tentulah ayah dan ibu burung yang punya, hehehe. Kata kawan kita ADRY, burung itu berstatus budak-budak lagi, belum dewasa. Jadi mundar-mandir secara sololah dia. Agaknya dia tahu di kawasan semak samun saya ada peluang berjumpa mata air. Kalau ada lagi 'solo ketitir' turun ke taman saya nanti, agaknya dialah juga, datang lagi dengan rasa tak serik mencari bakal teman hidupnya di sini. Selamat berhujung minggu!

ckLah @xiiinam said...

Cantik gambar burung tu (ckLah klik dia jadi besar tadi!)

sudipVSsenduk said...

dimana merbuknya? yg kelihatan hanya hidangan lazat burung goreng berempah sahaja di situ...

KhaiRin - anies said...

kenapa x tangkap?

Temuk said...

Kesewun. Paman cuba gunakan lensa 55-200mm dan tembak dari bilik. Kalau dari dekat, tentu burung itu mabur. Bila rakan blogger, Adry, sahkan itu burung merbuk (ketitir), Paman agak yakin itulah "manuk berkotot" yang orang kampung Paman dulu-dulu rajin bela. Di Sg Manila dulu-dulu adakah orang membela burung itu?

Temuk said...

Pakcik boleh jangka sudipVSsenduk selalu nampak 'benda-benda masak'. Pasal tu gambar burung hidup pun nampak macam burung goreng. Berempah lagi pula tu! Hehehe. Tunggu, Pakcik paparkan gambar-gambar gajah dengan zebra nanti.....

Temuk said...

KhaiRin, banyak sebabnya. Pakcik tak ada perangkap. Kalau dah tangkap tak ada pula sangkar untuk menyimpannya. Pakcik juga tak suka kebebasannya diceroboh. Juga malas menjaganya. Juga pakcik tak pasti adakah merbuk itu burung kawalan. Akhirnya, sebab pakcik suka daging burung, takut terlupa dan menjadikannya burung goreng pula.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Merbuk jinak merpati, senang didekat ditangkap lari. Pernah jugak singgah di laman cikgu Humairi. Saya dekati, dia tak lari. Dia bebas datang dan pergi. Kini belum kembali. Ini bekan cerita kelicap, memang cerita merbuk solo, menyendiri. Mungkin dia dah mati.

Cantik layout terkini!

Temuk said...

Waalaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Cuba-cuba layout percuma. Mungkinlah si merbuk yang singgah di laman Cikgu sudah tiada. Kesihannya. Mungkin juga dia telah temui pasangannya dan menetap di kawasan kampung asal saya di Hilir Perak. Memang geram lihat merbuk, bagaikan jinak, tapi terbang jauh bila didekati. Ada berarak maulidur Rasul ke Cikgu?