Saturday, February 18, 2012

CEKODOK TAS TANGAN + CEKODOK KETAM

Pagi tadi, sedang sang isteri menikmati emping oats sarapan paginya, aku senyap-senyap, suka-suka, menyediakan cekodok tas tangan dengan cekodok ketam di dapur. Kadar pembikinan memang pantas. Tak mahu dia dan menjenguk. Aku memang tersanga-sanga!
Ramuan: Tepung gandum biasa, udang kecil basah, daun kucai, bawang besar, garam dan air. Ricih, potong, apa yang patut. Banyak mana? Ikut detik hati. Semua digaul pantas sampai jadi macam kat atas tu.

Tak perlu sediakan ramuan tas tangan atau ketam.

Lepas itu, jemput-jemput adunan tu, turunkan ke belanga berminyak panas, satu-satu. Seng... seng....
Kat bawah inilah si cekodok tas tangan dengan cekodok ketam tu.Tengok dengan sabar, ya. Juga dengan matahati.
 
 
Usah menung-menunglah, fikirkan tas tangan dengan ketam apa. Kemahiran tinggi diperlukan untuk sediakan cekodok-cekodok ni. Tapi memanglah "menjemput-jemput" untuk membuatnya alah dengan kemahiran chef Wan!

Cuba bedah. Ketara kucainya berasap. Alahai, tak berapa nampak pula hirisan bawang dengan udang basahnya yang kenit-kenit tu. Tapi..... aromanya tetap naik! Selera memakannya belum tentu!
 
 Walau apa pun, nampaknya roti, jem, kaya, juga mentega kenalah kuketepikan pagi tadi.
Sang isteri masih leka dengan TV Hijrahnya bila aku keluar, ke depan rumah. Dengan cekodok tas tangan + cekodok ketamku.
Terubat keinginan mendapur, juga gian menjemput-jemput!


25 comments:

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Alahai, apa tak beritahu pagi tadi ? kueh ni memang favourite ... terutama bila makan panas2.

insan_marhaen said...

wah... makanan IM sekeluarga hampir setiap hari masa kecil dulu!

ckLah @xiiinam said...

Kreatifnya embah wedok...

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
Salam Dato' LF.
Nanti yang gemarkan juadah tu pula cuba resipi Temuk ni. Siap "menjemput" bolehlah jemput Temuk, walaupun jemput-jemput sudah sejuk. Mesti datang punya.

Temuk said...

IM
Tentu IM lagi pakar kat dapur tu, dengan macam-macam jenis masakan IM untuk dinikmati bersama ibu suri. Dah tak dalam zaman kecil-kecil ni dah kurang ke minat bercekodok? Selamat berhujung minggu.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Lo, kok bukan embah lanang yang kreatif? Hehehe. Di kampung dulu-dulu, jemput-jemput guna udang kering memang jadi kegemaran. Dibubuh banyak udangnya, sebab murah barangkali. Sekarang, kalau terjumpa pun, dah sampai RM60 lebih sekilo udang kering tu....

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah hebat Temuk buat cekodok tas tangan dan cekodok ketam. Berselera nampaknya! Makan pula di open air, tentu habis sepinggan.

ckLah @xiiinam said...

Hehe...tiba-tiba kok keliru antara lanang dan wedok.

Aku said...

salam, kang.

aku mesti kena ada 'gu' dia.. kuah sardin pedas.... barulah 2 piring aku hadap seorang...

Temuk said...

HJH NORALENNA
Sudah jadi rutin harian sekarang, jika badan dan cuaca tak mogok, memang gemar duduk di bangku besi tua di luar rumah. Sambil baca surat khabar. Sambil lihat burung dan dengar bunyi burung.

Kat pokok mambu depan rumah di BC tu mesti banyak burung paginya, tak? Dan tuan rumah pun pakar cekodok roti... cuma mungkin dia tak gemar menikmati cekodoknya di luar rumah...

kasihibu said...

salam pakcik
hebat nama cekodok tu
sya pun suka makan panas panas berebut rebut dalam mulut hehehehe....

Pak Idrus said...

Cekodok satu makanan tradisional Melayu yang berkhasiat dan senang disediakn. Megapa tidak dikomercialkan seperti makanan fast-food barat... Jika dibuat dengan cara business yang moden tentunya laris.

Azian Elias said...

assalam Pak Temuk,

alaaahhh sedap nya..

Temuk said...

KASIHIBU
Salam, kasihibu. Kena ingat, dua-dua nama tu Pakcik sudah daftarkan... Kalau kasihibu buka kedai cekodok nanti, tak bolehlah pakai nama tu lagi, hehehe.

Temuk said...

PAK IDRUS
Terima kasih singgah dan beri reaksi. Betul juga kata Pak Idrus tu. Sepatutnya memang boleh kita sediakan sebagai fast food macam-macam jenis cekodok - yang manis, yang berperasa buah, yang pedas, yang berudang, bersotong, berketam, bersayur, dan lain-lain.

Mungkin Pak Idrus ada temui sebuah kedai di KLCC yang menjual kuih muih tradisional Melayu, termasuk cekodok. Kalau tak silap nama kedainya D'cucur (?). Jumpa lagi.

Temuk said...

ckLah@xiiinam
Lo, wong enom kok keliru si? Tak mengapalah tu. Kekadang memang kita ni keliru, dikelirukan orang atau mengelirukan orang. Yang penting masalah kekeliruan dapat diselesaikan.

Temuk said...

AKU
Salam. Tepat sekali keperluan 'gu' tu. Tapi Aku gunakan kuahnya sajakah? Ikan sardinnya siapa nak tanggung? Kalau kakang, mesti gukan cekodok dengan isi ikan sekali. Barulah lebih wareg!

Temuk said...

AZIAN ELIAS
Salam bahagia. Wes suwi tak mampir rumah Azian ni. Tentu dah miss banyak kisah jalan-jalan + mangan Azian dan famili.

Kalau ke arah Sabak Bernam ada tak tempat-tempat spesial menjual cekodok?

Aku said...

kang, maksud akku mmg dgn isi ikannya sekali, cuma dilebihkan kuahnya dgn cabe rawit dibebek... ngam...

Temuk said...

AKU
Wow, kalau dengan lombok rawit, melelehlah lubang hidung dek akibat kepedasan. Tapi pastilah itu yang mengummphkan apa yang dimakan.

Kakzakie said...

Syukur alhamdulillah melayari hidup saling lengkap-melengkapi. Sesekali bantu isteri membuat sarapan pagi. Sungguh kakak salute cikgu...

Kakak pangil jemput-jemput udang. Cepat, enak, sihat.. Tahniah cikgu:)

KhaiRin : anies said...

kenapa x hntr sket kt sini? hehehe

Temuk said...

KAKZAKIE
Bukan boleh jadi macam wong wedok, kakzakie. Cuma nak pastikan kita pun sama-sama tahu sebak dan sibuknya kerja di dapur tu. Lagi pun kalau ada orang mogok... hehehe... kenalah kita pastikan yang kegemaran kita macam kari ikan, tomyam udang, ayam goreng berempah... etc, etc boleh kita sediakan sendiri, walaupun rasanya (pasti!)tak serasi dengan tekak orang lain. Kalau saja...

Temuk said...

KhaiRin:anies
Alahai, Pakcik minta maaflah. Kot hantar pun pasti cekodok jadi keras macam batu tengah jalan. Tapi, hakikatnya... limited supply!

sudipVSsenduk said...

semerbak baunya sampai ke sini..

biasanya bawang & kucai yg garing keperangan tu la yg digigit dulu, nikmat berganda2...