Monday, February 6, 2012

ALAHAI "HOYA"..... TAK BOLEH NAK KATA "YAHO" DAH!!


 "YAHO!!!", bila HOYA-HOYA berbunga elok. Tapi sekarang,  3 daripada 4 Hoya yang dibeli di Cameron Highland 3 bulan lepas tu, gering!
 
Pangkalnya kecut. Kekuning-kuningan.

Batangnya pun kecut-kecut. Daun-daunnya berkerekot, menguning, mengering. Dan ada yang jatuh!



Masa dibeli, Hoya-Hoya tu tidaklah subur, tidaklah montok- molek. Tapi nampak "hidup".

Entah pencemaran apalah di tanah tinggi tu, hinggakan kesemua pokok tu kotor daunnya, juga batangnya. Kotor dek balutan lumut hijau, juga daki hitam yang tebal!

Pandai-pandai terus kucuci pula daun-daun Hoya yang menyakitkan mata tu. Dengan batang-batangnya sekali. Cuci perlahan-lahan, dengan air biasa. Tanpa berus, sebab takut melukakan. Nampak bersihlah sikit.

Kesemua Hoya tu kugantung di "wakaf", berbumbung genting, bersebelahan pokok mata kucing yang rendang.

Kusiram ala kadar. Agak-agak tanahnya tak kering. Dan (pandai-pandai?)  kuberi juga sedikit baja organik.

Dalam sebulan, dua daripada Hoya-hoya tu mempamerkan bunga. Merah tua. Satu lagi, putih kemerah-merahan. Seronoknya!






























Sebenarnya semua pokok ada menampakkan tangkai-tangkai kosong semasa dibeli, petanda masing-masing memang pernah berbunga semasa di tanah tinggi.

Jadi, sebab sekarang ni dah tak boleh nak kata "YAHO" bila lihat HOYA dah sakit, kenalah mohon bantuan daripada para pembaca budiman, khususnya yang biasa 'menternak' Hoya.

Macam manalah agaknya boleh dipulihkan Hoya-Hoya yang uzur tu dan dipastikan kesemuanya hidup dengan segar, dengan kepal-kepal bunganya yang molek-bugar.

Mohon, mohon! Didahului dengan terima kasih.

26 comments:

Aku said...

Salam,
kalau nak beli yang lain, jauh sangat pulak tempatnya kan?

pencarkanlah anak pokok yang elok tu, kang.

al-lavendari said...

sejuk mata memandang dan juga sejuk persekitaran bila banyak flora di tanam. saya difahamkan, ia juga merupakan 'carbon sink' yang baik. betul ke ?

Temuk said...

Salam, AKU
Yalah, Cameron Highland tu sudahlah jauh, jalannya pula bengkang bengkok dengan lereng-lerengnya yang curam. Menggeletarlah lutut kakang tuwek ni.

Pokok yang elok tu masa ni tengah dijaga macam menatang minyak yang penuh. Satu cabaran juga, sebab kalau yang itu pun mogok, sedihlah kakang. Aku ada menternak Hoya?

Temuk said...

al-lavendari
Memang betul, tumbuh-tumbuhan itu menyejukkan mata (dan hati). Tapi 'bab' penjagaannya, sekalipun boleh merupakan terapi, boleh sangat ia meletihkan! Saya baru sahaja cuba mengenali HOYA dan memang terpesona melihat jenis-jenisnya yang berbagai di internet. Mungkin benarlah ia 'carbon sink' yang baik. Yang saya beli daun-daunnya berdaki hitam (selain daripada berlumut hijau)itu mungkin kerana diselaputi bahan carbon yang terdapat di Cameron Highland. Mungkin juga bila bahan itu dicuci, ia menyebabkan pokoknya mogok!

ckLah @xiiinam said...

Dah jadi 'howalaaahhh!' hehe.


***Tak dapat berinteraksi banyak dgn Haji Masmuda sebab suara lagu Renjis-renjis dipilis mengatasi suara kami. Beliau duduk dekat sangat dengan PA Sistem...berkerusi roda. Tapi, nampak sihat dan masih suka mengusik/berlawak.

KhaiRin : anies said...

perubahan cuaca??

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Tak biasa dengan pokok jenis ni ..... bunga dan warnanya cantik ! Nanti datang ke rumah, nak mintak satu !

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

HOY HOYA HOI,
HOY HOYA HOY,
HOY HOYA HOI, KITA SEMUA GEMBIRA,
HOY HOY YA DATANG JUMPA HOYA
KEMBANG BERGAYA....

...terima kasih atas pengalaman,
karenah HOYA memperkaya kefahaman.

Temuk said...

ckLah
Yo wes to, keperie meneh, hehehe.
Alhamdulillah ckLah dapat mememenuhi jemputan Hj Masmuda itu. Gembira dengar dia sihat dan masih ada 'mood' berjenaka. Yang juga ditakuti dalam umur begini tentulah masalah tak ada keinginan apa-apa lagi. Itulah kemurungan! Semoga dijauhkan oleh Allah. Nanti lapang-lapang Paman akan telefon Hj Masmuda.

Temuk said...

As-salam KhaiRin
Dengar cerita kawan-kawan, Hoya yang diturunkan dari Cameron Highland boleh menyesuaikan diri dengan kawasan tanah rendah. Besar kemungkinan penjagaannya tak betul. Bunga Lily merah dan merah jambu yang Pakcik beli di sana memang ok, elok bunganya mengembang.

Temuk said...

Salam, Dato' LF
Dari yang sepokok elok, saya nak cuba buat keratan dan semai. Buat percubaan sambil seronok-seronok. Kalau hidup (entah berapa bulan lagilah!), bolehlah diposlajukan nanti.

Temuk said...

Waalaikumussalam CIKGU HUMAIRI
Terima kasih kembali. Cikgu boleh buka internet mengenai "bunga hoya". Tentu Cikgu akan seronok melihat macam-macam rupa hoya. Saya kagum (memang hebat ciptaan Allah!) dengan sejenis bunga hoya yang bunganya seperti bintang-bintang kecil bermanik, tersusun membentuk satu bulatan bola yang kecil.

HOY HOYA HOI Cikgu tu mengingatkan saya kepada lagu kumpulan Ibrahim Pendek dalam ALBABULA, Ali Baba Bujang Lapok.

Aku said...

Kang, belum ada kesempatan nak berkebun bunga... rumahnya kalau dikangkang dek kera pun boleh sampai dari dinding ke dinding... aku tarzan, rumahnya tinggi 5 tingkat kang..... hahaha

insan_marhaen said...

ingatkan HOYA ni jenama baju je. rupanya diambil sempena nama tumbuhan!

LadyBird said...

xpernah tgk pokok ni.. hoya.. tapi bunganya cantik.. mekar kembang gitu..

Hjh Noralenna Abbas said...

Baru saya tahu nama pokok ini 'HOYA'. Saya ada sepasu yang berbunga putih. Yang berbunga merah pun cantik.Boleh dapat keratannya?

Temuk said...

As-salam IM
Biasa juga kita dengar HOYA sebagai satu jenama kanta cermin mata dan juga jenama penapis lensa kamera. Mahal juga kaca jenama ini.

Temuk said...

LadyBird
Cuba lihat di internet. Juga cari blog-blog yang berkaitan dengan bunga hoya. Gambar-gambar yang dipaparkan memang memikat hati!

Temuk said...

As-salam HJH NORALENNA
Oh, ada HOYA, ya? Nanti paparkanlah. Mungkin lain rupa 'bintang-bintang' atau 'butang-butang'nya. Kalau ke rumah saya, boleh dapat yang tak berkerat. Sekali dengan pasu plastiknya, hehehe.

Temuk said...

AKU, Seronok juga tinggi-tinggi begitu. Wong Jowo kata, "Good view!" Kot ada balkoni, masih boleh gantung pasu-pasu bunganya di situ. Cuma pastikan kalau gantungannya "pedot", pasu tersadai di lantai balkoni.

kasihibu said...

Salam pakcik..
gitu ke namanya bunga tu? cantik sangat
sya sangat terkejut dgn rumah baru ni cantik dan hebat macam tu

Temuk said...

Kasihibu
Salam. Ye, Cik Kasihibu, itu le namenye, hehehe. Pakcik pun sangat setuju, bunga hoya memang unik. Bayangkan, ada gambarnya yang Pakcik pernah tengok butang-butang/bintang-bintangnya tersusun rapi membentuk sebiji bola bulat kecil! Kasihibu cuba buka internet, cari "Bunga Hoya". Tentu seronok melihat banyak sumber cerita dan gambarnya.

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum cikgu,

Kakak tak boleh buka ruang komen di N3 yg baru tentang burung gagak tu... kenapa ye?

Di sini kakak menikmati keindahan taman. Suka tengok org tanam pokok subur berbunga cantik. Tak kitalah Hoya ke apa. Kakak punya daun saja yg banyak...

Temuk said...

Waalaikumussalam, KAKZAKIE
Terima kasih beritahu masalah nak masuk ke entri terbaru saya. Alahai, saya ni buta kayu pasal hal-hal teknikal ni. Tapi nanti saya cuba tengok kalau-kalau ada masalah pada "rumah" saya tu.

Oh, kakzakie pun menanam Hoya, ya? Kata orang bila bunga mabuk daun kita kejutkan dengan kurangkan air. Bila ada tekanan, dia akan berbunga. Hehehe, tak gerenti tau kakzakie.

Shiros said...

Assalam Uncle.....

Hoya yang berwarna merah tu dikenali dengan nama Hoya Publicalyx manakala yang putih pinkish tu Hoya Carnosa varigated. Ada satu lagi hoya carnosa ini bunganya berwarna putih.

Pada pandangan mata saya, Hoya Carnosa Varigated yang kering itu seperti kekurangan air sebab itu ia mengecut atau juga mungkin dia terkejut selepas dibersihkan sebaik sahaja ia dibawa turun ke tanah rendah. Pokok saya ada juga yang mengecut seperti ini ada juga yang mati. Maka kita kena siram selalu dan juga cuba carik baja Humus jepun (bulat kecil berbau nescaffe). baja itu memang sangat baik utk hoya.

Harap dapat membantu.

Hanni Hanafi said...

sis, pokok ni macam mana cara jaga? kena tempat redup saja ke atau macam mana?