Sunday, December 9, 2012

DARI M A H A KE M A H A

Temuk beli sepokok anak Ciku Mega semasa MAHA 2010.



Bila MAHA 2012 tiba baru-baru ini (23 Nov - 2 Dis), bererti
sudah dua tahunlah si Ciku Mega tertanam di kawasan rumah.


Tak disedari, dari MAHA ke MAHA, sudahpun dua tahun.
Hasil si Mega pun nampaknya
dua juga. Dua putik. Belum boleh dikatakan dua biji buah.

Apa diharap putik di dahan
Entah membesar entahkan tidak
Entahkan jatuh diusik tupai.




Harapan mendapat lebih dari dua biji ciku Mega tetap ada.  
Pada dahan sana-sini, ada putik-putik menampakkan diri.



Salah Temuk juga. Tamak pokok. Penuh di tanam
sekeliling si ciku Mega. Mungkin itu sebabkan rindunya
kepada mentari jadi terhalang. Hingga jadi tak suburlah dia.

MAHA 2012, Temuk,  isteri dan cucu tak lepaskan peluang.




Namun, dengan pasukan rombongan sedemikian,
pendeklah perjalanan. Walau sempatlah juga membeli
sepokok anak Roselle dengan herba Rosemary.

Ingatkan besoknya ingin pergi seorang. Jelajah
yang belum dijelajah.Tapi si kaki berbisik kepada si hati,
"Tunggu MAHA akan datanglah, brother!"

Masa MAHA 2008 dulu, insya-Allah, kaki
segagah hati. Semangat sesegar pauh!




Balik ke kisah ciku Mega. Bila diyakini suria kurang 
berkomunikasi dengannya, Temuk pun pangkas terutamanya dahan-dahan 
milik si pokok kelat paya, yang menjadi penghalangnya.



Kebetulan kini, Temuk baru memulakan projek "mudahkan hidup".
Kaedahnya termasuklah mengurangkan bilangan pokok,
membonsaikan pokok, memangkas pokok, hatta membuang pokok.

Bila MAHA 2014 menjenguk nanti, Ciku Mega mungkin tinggal 
bersendirian. Atau telah ghaib, hilang tak dapat dicari, tak dapat diganti.

Gerun pula Temuk fikirkan, pada diri penanamnya
sendiri, apalah agaknya yang mungkin terjadi.









15 comments:

makchaq said...

Ciku macam buah antik kan.. makchaq suka, tapi anak2 semua tak suka..

Rosemary makchaq serumpun baru mati.. dia tak suka hujan/air banyak rupanya....

Cerita lama..
masa makchaq kecik, belum sekolah pergi melawat sepupu mak sakit misteri, dengaq orang2 tua bersembang, pokok yg bermula huruf 'cha' (ciku, chempa, cempaka)tak elok tanam dekat rumah, kalau akaqnya masuk bawah rumah, ada orang dalam rumah akan kena penyakit misteri.. kebetulan ada pokok ciku tepi rumah orang tu yg satu akaqnya baru menjalaq masuk bawah dapuq depa..
masa tu makchaq nganga dok dengaq orang sembang sampai kena cubit dengan mak..he he
Entah macam mana makchaq boleh teringat kisah lama ni bila baca post pak temuk ni..pada hal sebelum ni tak ingat pulak...





Umm AA said...

Salam Pak temuk...

Janganlah buang semua pokok ciku tu yer pak temuk..simpanlah sepokok dua..inshaallah boleh berbakti tuh..MAHA banyak kenangan tk pak temuk ya..sy jgk tak merasa..hmmmm..
pernah bwk biji ciku kt fiji nak tanam kat sini ..namun tak tumbuh..tak rezki tu..

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

saya juga ternanti-nanti
bila MAHA ada lagi
oh! rupanya 2 tahun sekali
pergi! alhamdulillah sempat pergi
bimbit pokok sampai sakit-sakit jari
janji puas hati
berbudi dengan tanah tidak rugi.

Amie said...

Assalamualaikum Ayah,
Amie banyak tertinggal menghadiri, mengikuti dan melalui, membeli dan sebagainya pelbagai pameran di sana... rasa rugi sangat!
Teringat zaman kanak-kanak, ayahanda kami sangat teliti orangnya, setiap kali selepas solat Asar, akan dibeleknya segala tanam-tanaman di sekeliling rumah, dari pokok bunga kenanga sampailah ke pokok limau bali yang tak terkira jumlahnya! Tidak ketinggalan pokok ciku.... dihitungnya pada petang itu, ada berapa bunganya, berapa putik dan buahnya dan jika didapati ada yang gugur daunnya... diperiksa bersungguh-sungguh, benarkah daunnya gugur sendiri atau ada tangan gatal yang meluruhkannya!
Paling tidak sanggup bila musim kemarau... setengah pengsan kami dikerah mengangkut air dari perigi untuk menyiram semua tanam-tanaman kesayangannya... tapi sekarang semua tinggal kenangan!
Berbudi pada tanah tak rugi Ayah... cuma bia ayahanda begitu mengawalselia tanam-tanamannya, kami sangat takut untuk memetik atau makan biar pun buah ciku atau jambu yang masak di pokok!

Temuk said...

MAKCHAQ

Anak-anak kenal buah kiwi, macam ciku tapi bukan-ciku. Kita orang lama memang suka ciku yang manis. Mahu kiwi manis kena beli yang jenis "golden". Lebih sikitlah bayarannya.

TQ tip menjaga rosemary makchaq tu. Masa ni banyak hujan. Kena pastikan dia tak terendamlah nampaknya.

Pak Temuk ada dengar kalau kita tanam ciku, alamat kita akan pindah-randah. Tapi, semenjak tinggal di Wilayah Persekutuan & Selangor, sudah 5 kali pindah rumah, walau tak ada menanam ciku. La ni baru berciku. Harap-harap tak pindah ke mana lagilah.

Temuk said...

UMMUAIDAN

Wa'alaikumussalam Ummuaidan

Pak Temuk buang dahan-dahan pokok kelat paya. Juga pokok-pokok lain yang dirasakan payah nak jaga. Inilah projek "simplifying life". Tak mahu semak dengan pokok dan letih menguruskannya. Pokok ciku cuma sebatang. Itu pun kalau sudah besar nanti pasti merendang hebat. Kenalah pantau supaya kawasan tak jadi "crowded".

Di Fiji tak adakah pokok ciku? Agaknya kalau dipos biasa biji ciku tu boleh selamat sampai tak ke Fiji? Pada pameran MAHA itu ada gerai-gerai Embasi Fiji dan kami berbual-bual dengan orang Fiji yang menjaganya. Katanya, menjelang Mac 2013 Fiji akan punyai syarikat penerbangan sendiri & tak perlu bergantung kepada Australia/New Zealand. Kalau murah, boleh juga ziarahi Fiji (angan-angan!) satu hari nanti.

Temuk said...

CTPAYONG

Wa'alaikumussalam wbt.

Kalau kita mahu melihat, apa lagi menghayati, semua yang MAHA pamerkan, satu hari pun tak cukup. Apatah lagi kalau kita mahu memilih apa yang dijual, tentulah memakan masa.

Oh, ctpayong pergi juga, ya? Alhamdulillah berkesempatan. Semoga pokok-pokok yang dibeli akan tumbuh subur dengan hasil yang memuaskan. Pak Temuk selalu beranggapan, bila menanam pokok, kalau tak ada hasil bunga atau buah pun, dapat juga kita menyejukkan dan mengindahkan kawasan. Yang penting, usah terlalu banyak pokok. Supaya tak letih menguruskannya.

Temuk said...

AMIE

Wa'alaikumussalam, Amie.

Seronok + hiba dengar cerita ayahanda Amie dengan pokok-pokoknya itu. Memang begitulah gelagat orang yang suka dan sayangkan pokok. Kita akan sentiasa ingat pokok apa kita telah tanam, di bucu mana, berapa tingginya, sudah berbuah atau belum, dan macam-macam lagi. Apa yang terjadi ke atas pokok akan kita cam, dan kita akan tahu mungkin ada sesuatu atau seseorang yang telah mengusiknya.

Bila Ayah balik ke kampung masa ini, pokok-pokok yang masih hidup di sekeliling rumah yang dulunya ditanam oleh arwah bonda (arwah ayahanda cuma menanam kelapa!), memang banyak membawa kenangan. Kenangan yang amat menghibakan!

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Bila sebut ciku, otomatik teringat kat lawak Jamali Shadat...tersilap sebut jadi lain pulak maknanya1

Hari ke hari, MAHA KE MAHA, menamatkan sesuatu episod yang memulakan episod yang baru, alam baru, cerita baru suasana baru yang mungkin seronok atau sebaliknya.

Temuk said...

AHMAD HUMAIRI

Wa'alaikumussalam Cikgu Humairi.
Sebut pasal JS, kawan-kawan saya kata kita dah tak boleh ketawa bila dia buat jenaka. Mana boleh ketawakan Dato'! Tapi, kita kan ketawakan jenakanya.

Ya, Cikgu, MAHA ke MAHA pun satu penanda tempoh masa, yang isinya mungkin berbabak suka atau duka. Tak lama lagi datang pula penanda tempoh masa lain, 1 Januari (12) ke 1 Januari (13). Pecutnya waktu!

Umm AA said...

Salam pak temuk..kalau pos biji tuh mungkin sampai tapi takut tak lepaslah pulak kan... dl pernah bw msk tp tak tumbuh...
fiji bukanlah menarik sangat pak temuk, baik jer kalau ade duit lebih pie umrah kan..tp kalau ade lebih lagi bolehlah kalau nak melancong pun...

Temuk said...

UMMUAIDAN
Salam. Pak Temuk jangka ada juga ciku di Fiji, tak?

Nak ke Fiji tu baru angan-angan saja. Excited lepas jumpa orang Fiji di pameran MAHA tu. Memang betul, kalau ada "terlebih sangat" RM barulah nak pertimbang balik angan-angan itu. Selalunya, dan ikut logikya (hehehe!) memang tak akan "terlebih" RM tu, ummuaidan. Semakin terkurang adalah! Yang simpan sikit-sikit pun dari gaji "kadar dulu", dan sekarang kena belanja ikut "kadar harga barangan + perkhimatan 2012"! Tapi manalah tahu, rezeki melompat.... hehehe, angan-angan lagi!

yanmaneee said...

balenciaga sneakers
yeezy boost 350 v2
valentino shoes
air max
moncler
curry 6
jordan shoes
air max 270
nike air force 1
coach outlet handbags

yanmaneee said...

supreme hoodie
lebron james shoes
yeezy shoes
nike shox for men
jordan shoes
kyrie 4 shoes
air jordan
lebron shoes
goyard handbags
golden goose outlet

dilot said...

b1k34m1y96 d4z76p0p67 q7d04p4m33 p7x42c8c30 a2l78w5e20 p9p90y7v26