Paparan ini kudedikasikan kepada sahabat lamaku, Za'bah Hj. Mohamad & Hjh. Kamariah bt. Hj. Bustamam. Mereka telah mengadakan keduri perkahwinan puteri mereka, Nor Farahidah, dengan Musyir Ariff bin Abu Bakar di Taman Pelangi, Sentul, Selangor pada 10 Oktober 2009.
Awal-awal minta maaf kepada pengantin. Leka Pak Cik - Pak Cik berbual, tak sempat merakamkan gambar! Waktu nak balik, segan pula nak masuk ke rumah untuk ambil gambar pengantin yang tengah rancak bersanding!Bawah: Za'bah & Kamariah semasa di SAB. Za'bah Ketua Pengawas; Kamariah Pengawas. Saling jatuh hati! Guru Besar, Cikgu Hashimah, sayang depa! Hencom tak Za'bah, sweet tak Kamariah? Mestiii!
Ini "kenduri dapat menantu" Za'bah & Kamariah yang kedua. Yang pertama, walaupun hadir, tak pula kubawa kamera. Kali ini, walau cuma sempat mengabadikan beberapa gambar, dapatlah juga kujadikannya hiasan & rekod dalam paparan ini.
Yang kumahu tonjolkan bukanlah cerita pengantin. Tak sempat tanya banyak pun pasal pengantin masa kenduri. Gambar-gambar & blog mereka sendiri nanti lagilah hebat.
Di sini aku cuma ingin nak mengabadikan kesempatan murni yang Za'bah & Kamariah berikan kepada kami untuk sama-sama meraikan perkahwinan anak mereka, sambil berjumpa dengan teman-teman lama sekolah.
Atas:
Isteri Yusof, isteri Nordin, Nordin,
Abdullah (bersongkok) & Yusof
Kanan:
Temuk & isteri, Abdullah (bersongkok),
Za'bah (berpakaian Melayu) & Zaiton.
Alahai, Kamariah tak sama pula!
Lebihkurang 20 alamat kawan lama, kumpulan Tingkatan VI Sekolah Aminuddin Baki (SAB), 1966-67, kuberikan kepada Za'bah untuk rujukan menghantar jemputan. Itu kumpulan Tgkt VI perintis SAB. Tapi, mungkin ada alamat-alamat yg sudah luput tarikh! Sedihnya, memang ada juga kawan-kawan yang telah meninggal dunia (al-Fatihah utk mereka).
Masa aku & isteri sampai (awal, 12.15 tgh!), belum ada "gang" yang berada di tempat kenduri. Dalam hampir sejam di situ, muncullah Yusof, Abdullah, Nordin, Bakri & Zaiton. Abdullah datang solo & Zaiton bersama anak lelakinya yang baru tamat belajar di Indonesia.
Atas:
Isteri Temuk, Isteri Bakri
(Terlindung) & Bakri (bersongkok)
Kanan:
Abdullah (bersongkok),
Zaiton, Yusof
Kanan:
Zaiton & anak bujangnya.
Kanan: Nordin & Abdullah (bersongkok)
I spent about 1.5 hrs at Za'bah's house. I overstayed! Ye le, asyik sambung duduk! Sorang kawan datang kita sambung duduk; sorang lagi datang, sambung lagi duduk! Mujur Za'bah kata, tak pa ... tak pa!
I felt good that I had the chance to meet with at least a few of my old friends. We enjoyed exchanging news on "what's latest". We also talked about some lost friends. "Di manalah depa ni .... ". Yang teringat, tak tahu macamana nak contact, antaranya: Shahibi, Zubir, Baharudin & Hasnidar.
Of course we felt sad, remembering those friends who have left us earlier. May Allah shower His blessings on their souls!
I would like to find out from Za'bah later, who else turned up after I left. I hope many could make it. Terima kasih, Za'bah & Kamariah. Semoga cepat-cepat dapat banyak cucu. Insya Allah.
ps.
Sebelah malamnya ada panggilan dari Za'bah. Katanya penat, tapi gembira (syukurlah!) semua berlangsung dengan baik. Lepas kami balik, gang SAB Mohamad Ishak & Zaki (dgn isteri masing-masing) sampai.