Sunday, February 27, 2011

MUDAHNYA BERKIRA..... SENANGNYA NAK KIRA......

Dengan jiran, buat apalah hendak berkira.

Apa lagi kalau yang melompat sempadan tembok dan menyelusup ke ruang kita tu si cantik manis macam Pseudokalima ni.


Pun dia cuma si Bouggainvillea.... yang kita biasa panggil bunga kertas tu.......siap dengan jarum-jarum tajamnya.....tak mengapalah juga, kot. (Takkan aku tak sedar, kaktusku pun menyeberangi sempadan. Kepak-kepaknya yang bersimpang siur tu boleh jadi sangat menyimpangsiurkan pandangan dan perut jiranku).




Pun dia si Pakis Besar.... Kan nampak gagah, tu!


Allamanda Kuning ni (yang orang Putih panggil Yellow Bell.... Golden Trumpet.... Buttercup Flower tu) yang tumpang menjuntai ke tamanku (bukan taman larangan pun!) amat ku Selamat Datangkan. Segar meriahnya empat sekawan. Tentu lebih menceriakan kalau berjuntaian satu platun!


Yang menyeberang sempadan tu semua memang jadi penyeri ruang tamanku. Tentunya juga ruang mata dengan padang hatiku. Tak payah berkeringat dapat pemandangan ayu percuma. Tak payah bermodal, berhias taman secara FOC!

Jadi, dalam suasana begini, kalau misalnya sepelepah dua daun pinang jiran 'terterbang' ke lapangan terbang kita, mungkin tak payah berkiralah. Begitulah rasaku (mudah-mudahan bukan dengan hasrat tunjuk baik, tapi dengan tujuan wujudkan suasana baik). Kalau nak berkira, memang senang sangat. Terbangkan sajalah si pelepah itu semula ke arah berpatutan......


Memang, kalau nak kira pun senang sangat juga. Sebabnya, sesekali kira, bukan sampai sepuluh pelepah pun. Malah lima, malah tiga, malah dua pun tak sampai. Senang kira, tapi nak kira untuk apa?

Tak teringat hati nak berkira atau mengira. Jiran pun jenis yang amat menyanjung warisan bahasa berperi-peri kita.... 'Orang berbudi kita berbahasa....'.

Dek kerana itu, dengan pemantauan yang kadang-kadang adalah juga kealpaannya (kenakan NC  - non compliance - ke atas diri sendirilah!), ku biarkanlah juga Raya Kuncupku, dengan rakannya si Kaktus, mengembangkan sayap ke pekarangan jiran berbudi, jiran berbahasa.



Juga si Senduduk Putih kat bawah ni. Yang malahan, ada keturunannya yang bercambah di pangkal, yang telah jiran tanam di ruang tamannya.


Juga ku biarkan si Kertas Orkid yang ku cantumkan dengan si Kertas Kuning ni....


Juga dia ni.... Alahai, siapa pula namanya? (Tolong.... Adry ke, sesiapa saja kat luar tu....!)


Memang, sesekali rasa risau mengetuk pintu hati juga. Manalah tahu, 'para penceroboh sempadan' dari sebelah kita mungkin lebih agresif, atau paras rupa mungkin kurang anggun, atau masing-masing tu asyik mencemari ruang orang pula. Alahai..... baik sangkalah!

Yang kurang ku fikirkan kala ni, reaksi 'jiran' yang seorang lagi ni. Yang lotnya kosong ni. Di manalah dia bermastautin.....


Buat sementara waktu ini ku biarkan para dahan, ranting dan kembangku melebarkan penyelusuran ke kawasannya. Kalau dia datang menetap, mungkin ku lainkan cerita.

Lihatlah antara para 'penjelajah' yang ku biarkan merayap-rayap tu....... si Alamanda Ungu.


Si Kertas Merah......


Si Tasbih, yang selesa berpayungkan Kertas Merah.....


Malah juga si Siantan.... yang orang juga namakan Jarum-Jarum....... Pecah Periuk.


Juga, seperti yang adik kandungnya ada disebut awal tadi ..... si Kaktus.  Kebetulan, yang ini, rajin sekali dia berbunga.


Bila nak lainkan cerita, kalau perlu, kenalah jelas dan pasti sebabnya. Ikhlas tujuannya. Hatta, faham akibatnya. Berkira atau mengira, atau pun sebaliknya, memang senang. Tapi tak semestinya menyenangkan.

Berkira atau mengira mestilah lurus haluannya, kaedahnya tak berkait bagaikan kelingking, tak bengkok pula hasratnya, tak huru hara penghujungnya.  

Thursday, February 24, 2011

SERUNAI TASBIH

Ramai yang tahu bunga Tasbih yang tertera di bawah ni. Ada yang memanggilnya Canna. Ada juga yang sukakan nama-nama lainnya  - Daun Tasbih, Pisang Tasbih, Pisang Sebiak, Sebih.....Sigi-sigi. Di tempat anda, namanya apa?


Di bawah ni pula, paras rupa kudup-kudup dia. Juga kudupnya yang sudah mahu mula mengembang.


Pokok bunga tasbih juga berbuah. Lihatlah buahnya yang lonjong di bawah ni. Ada biji-biji di dalamnya. Jadi hitam bila tua. Boleh dicucuk dan diikat dengan benang, menjadi seutas tasbih.


Melekap pada bunganya ada banyak 'serunai'. Yang macam 'seludang' kelapa tapi berskala amat kecil itulah! Bila ditiup (tiup hentam keromo saja!) akan keluarlah bunyinya yang unik. Antara permainan zaman kanak-kanak dulu inilah dianya  - meniup serunai tasbih!



Dah tak budak-budak pun, bila tengok serunai tasbih, kepingin juga meniupnya.

Cuba dengar kat bawah ni, lagu  'Gemersik Tasbih Deruman Boeing'.



Lagu kedua, belum berjodol lagi. Belum sempat bertanya pandangan Dato' Ahmad Nawab atau Dato' Johari Salleh.




DIA amat memberi. Tidak terkecuali rezeki mengimbau zaman.

Sunday, February 20, 2011

R O D A C

Lokasinya di pinggir sebatang jalan, di kawasan kilang tanpa asap, di Bandar Baru Bangi. Di situ ada sepasang pencari rezeki yang ku perhatikan hebat pulangannya. Pasangan RODAC. Pasangan  penjual ROjak DAn Cendol.

Ini dia tapak keramat penjual RODAC tu. Pagi lagi, jam 10 lebih sikit. Baru saja buka 'pintu'.Yang tahu dan mahu, belum sampai waktu itu. Tapi pasti telah bersedia untuk menyampaikan diri dan memenuhi hajat di situ.



Dah mula dah, lebihkurang jam 10.30 pagi. Yang datang paling awal, pastilah menjadi pembuka tirai. Tapi, tetaplah 'no special discount'!




Servis, memang hebat. Order saja terus dijawab. 'Siap!'. Inilah dia servis kilat.


Terutama si penjual cendol. Kalau untuk seorang, dari masa dia cedokkan air gula ke mangkuk, kemudian kisar air batu, hatta ke peringkat cendol sampai ke meja, semuanya dilaksanakan dalam tempoh tak sampai setengah minit! 


Si penjual rojak pula (dia juga menjual mee goreng) berterusan menyiapsediakan rojaknya dalam banyak pinggan (dan kotak polistrin bagi yang order bungkus). Tinggal siramkan kuah saja. Servis pantas! 

Menggoreng mee pun dia laju, 3-4 minit saja...... siap!


Jom kita congak-congak 'keuntungan' bisnes 'tukang-tukang RODAC' ni. Yang mengikut pemerhatianku, kerja menjualnya (tak masuk persediaan di rumahlah) cuma antara 4-5 jam saja sehari.

Nak congak keuntungan tukang rojak, kita intai kepingan 'gorengan tepung rojak'nya dalam almari kaca tu. Ada 100 lebih! (Maaf gambar guna hp tak jelas). Tak termasuk gorengan yang sudah siap dipotong-potong, yang dimasukkan ke dalam kotak polistrin.


Katalah semuanya ada 120 keping. Ertinya 120 pinggan rojak. Kalikan dengan  RM3.50 sepinggan. Jadilah RM420 sehari (dengan tempoh masa sebenar menjual hanya 4-5 jam saja tu). Kali 30 hari, jadilah RM12,600 sebulan. Kalau pun semua 'macam-macam' modalnya separuh (50%), dia boleh dapat keuntungan RM6,300 sebulan.

Dia tak bayar sewa kedai. Tak payah lesen. Tak payah modal air atau tenaga untuk membasuh pinggan pun, sebab pinggannya dilapik dengan plastik.

Mungkin sangat dia boleh dapat lebih dari RM6,300 nett income sebulan. Ingat, itu tak lagi masuk duit mee gorengnya! Boleh tak RM10K bersih sebulan? Ghase-ghasenye, paling koman, boleh masuk 8 ke 9 ghibu le tu!

Si penjual cendol pula. Dianggarkan dia dapat menyediakan 120 mangkuk cendol sehari (selari dengan jualan 120 pinggan rojak). Tak termasuk cendol yang dibungkus 'bawa balik' atau order-order tambahan, '... satu lagi mamak!'

Kalau 120 mangkuk (ikut caj biasa, tanpa ramuan special), sudah boleh kutip  120 x RM1.20 = RM144 sehari. Sebulan dapat RM4,320! 







Tapi, rasa-rasa sendiri, aku ni cuma pandai mengira untung orang saja. Tak tahu susah orang tu, masalah orang tu. Entah-entah ada pengutip income tax tak rasmi, sepanjangan. Entah-entah rezeki acap terkekang dek cuaca. Entah-entah, ya ya ya, bahan-bahan mentah terus meningkat harganya.

Walau apa pun, tukang RODAC pasti mampu membantuku mewarnai  'jadual warga emas'ku. Aku bukan saja seronok menikmati Rodac mereka, di bawah naungan pokok dan 'khemah' yang menyejukkan, di pinggir jalan yang tak sunyi,  bertepikan nurseri yang padat dengan tumbuhan dan bunga beraneka rupa, berbagai warna. Tetapi, aku juga amat seronok memerhatikan mereka beraksi. Juga tentunya amat teruja menonton gelagat para peminat hasil tangan mereka!

Thursday, February 10, 2011

CAN YOU IDENTIFY THIS FLOWER?

Can you identify the flower shown below?

It bloomed a few days back. It looks quite beautiful. Tetap syukur!


Please don't tell me that it is heliconia. And, a thousand apologies, please don't give me the Malay name for it. My worry is, among the Malays, it might have many different names! 

Let me give you some tips. The picture does not show you the 'whole' flower. It shows you only part of the flower. And let me give you one Malay word (not English, ha?) that might help you make a better guess: unggas!

I have 2-3 small monographs to be given away. The first person giving the correct answer will get these monographs. Semoga sudi! I find these 'booklets' quite a heavy stuff....but they are interesting to read. And again, a thousand apologies, these 'gifts' are not 100% new.