Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU


Assalamualaikum wbkt

Kepada semua para pengikut dan pembaca
blog saya yang budiman

Diucapkan 


SELAMAT TAHUN BARU 2012
Semoga kalian dan keluarga dipelihara Allah sentiasa
Semoga sepanjang 2012 dan tahun-tahun berikutnya
Berterusan Allah lempahkan belas kasih-Nya
dan kasih sayang-Nya kepada kita semua
Semoga sepanjangan kita semua diberi pengampunan oleh-Nya.

Terima kasih di atas kesudian bersama saya
Dan di atas keikhlasan menerima kunjungan saya 
untuk waktu yang telah berlalu dan yang mendatang


Maaf zahir batin.

Thursday, December 22, 2011

KUNJUNGAN KE DUSUN..... KE TASIK.....


Hujung minggu lepas aku ke selatan Kedah.

Kampung dituju, Permatang Kerat Telunjuk. Di perkampungan ini amat terujalah mata,  melihat pelbagai pokok yang masing-masing lebat buahnya!

Saiz, rasa dan lekangnya, kalah rambutan cantum!
Di sana sini di Permatang Kerat Telunjuk, raja buah pamerkan kelebatannya.
Tujuan ke perkampungan dusun? Aril, anak saudaraku, minta kami tolong bawakan 'hidangan pembuka kata' kat bawah ni ke rumah keluarga pilihan hatinya, Nurhidayah.

Sirih Melayu dan ricihan pinang dalam cembul, fresh dari kawasan rumahku
Memang itu kali pertama aku jadi kapten, bawa tepak sirih untuk meminang. Mujur pihak di sana dah beritahu siang-siang, "Kami anak beranak saja.... Kira yang senang saja..." 

Mereka menepati kata. Mudahlah kerjaku. Walaupun begitu, dalam kepala tetap dah siap (kihkihkih) banyak butir pantun, sedia untuk diletupkan kalau perlu. Belajar dari blog puisi al-lavendari.

Yang nampak formal (sebab in black and white dari atas ke bawah!) itulah aku, menjalankan tugas yang diamanahkan.

Misi hari tu, masuk meminang, kemudian terus beri tanda.... bertunang. Insya Allah, misi terkabul.

Alahai, terlindung pula gambar bekas cincin ni! Yang penting, cincin-cincinnya dah disarungkan.
Adik iparku menyarungkan cincin tanda ke jari bakal menantunya.
Nurhidayah dengan, insya-Allah, bakal ibu mertuanya.

Kek come' lote' dari keluarga perempuan.

Nurhidayah dengan sebahagian rombongan peminang.
Kat bawah ni, saja ingin kuabadikan beberapa keping gambar lagi yang diambil pada hari bahagia tu.
Ibu, abang dan bapa Nurhidayah. Sesudah kami habis bincang, habis makan sekenyang-kenyangnya,
bapa Nurhidayah terus minta izin 'keluar sekejap'. Rupa-rupanya dia tukar baju dan bergegas
ke kebun untuk pastikan kami dapat bekalan balik yang maksimum dari dusunnya!

Maka happy amat sangatlah kami dapat bekalan buah-buahan. Ni gambar Nurhidayah, 
bapa mertua kepada bakal bapa mertuanya, bakal bapa mertua (insya-Allah), 
adik bakal ibu mertua, dan Aril (yang diperintahkan menyorok jauh semasa perbincangan).

Mujur ada ahli rombongan yang bawa pacuan 4 roda ni. Macam tau-tau saja!
Kalau tak, macam manalah nak bawa balik semua ni? Berapa hari basmi aroma raja buah?
Malamnya tu sempat juga kami rasa beberapa  (banyak!) biji raja buah bekalan keluarga
Nurhidayah di gerai makan, dengan kebenaran dan parang 'pembuka buah' si tuan gerai yang baik hati.
Sebab memahami Pakcik Kapten Rombongan bakal lenguh-lengah satu badan, walaupun tak memandu, Aril memang awal-awal dah memohon jasa baik ayahnya supaya bermalam di mana-mana selepas majlis siang tu.

Yang dipilih, Bukit Merah Laketown Resort.
Inilah kali kedua aku  'bercuti sambil bertugas' di Bukit Merah Lakeside Resort ni.
Kawasan tasik punyai kecantikan dan suasana tenangnya yang tersendiri.

Bimbang kesuntukan masa, pagi-pagi lagi aku dan isteri cepat-cepat dapatkan tiket untuk pergi melihat orang utan di Pulau Panjang (sekarang dipanggil Pulau Orang Utan). Memang sudah lama teringin nak ke situ.
Jeti menaiki feri ke Pulau Orang Utan di kawasan resort.

Mentari pagi  - menyilau tapi menyegarkan sang mata.

Dua lapis pagar demi keselamatan pengunjung. Mungkin juga, demi keselamatan yang dikunjungi?

Seronok juga bercerita dan mendengar cerita mengenai penjagaan Orang Utan.
Hebat juga usaha Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah dalam cuba mempastikan spesis ini tidak pupus.
Balik dari Pulau Orang Utan, kami dapati bilangan pemancing di Bukit Merah
Lakeside Resort semakin meningkat. Siapa tak tertarik: johan, RM20,000?
Pemancing memancing di mana sempat. Suami-isteri mencuba nasib ke kat depan tu?
Sempat nampak umpannya saja  (anak keli, cacing besar, belut, daging ayam
dan lain-lain), tapi tak sempat lihat hasil pancingan.

Semoga pertunangan Aril-Nurhidayah berakhir ke jinjang pelamin, dan seterusnya ke babak penghidupan baharu yang bahagia. Insya-Allah.

Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Nurhidayah!

Dan semoga penghuni istimewa Pulau Orang Utan terus membiak dan dijaga.






















Wednesday, December 7, 2011

CORET-CORET CAMERON HIGHLANDS - I

Dengan suhu ada kalanya menurun sampai 18o C tempoh hari, Cameron Highlands memang menyejukkan badan jugalah. Kira dapat jugalah 'cari sejuk' kat situ. Cara ekonomi. Sebab jika 'cari sejuk Switzerland' tentulah jauh lebih mahal!

Cadangannya tu hari, naklah menginap di Tanah Rata, di tempat 'yang gambarnya di bawah' ni. Bolehlah dapat rasa macam duduk dalam traditional cottage di England. Tentu ramai yang kepingin melapangkan jasad dan fikiran di 'boutique hotel' ni.

 

Tapi tak banyak bilik pula tempat tu! Tapi, juga, sebenarnya cadangan ke situ pun tak serius. Poket pun kata, tak mengapalah jadi tangkai jering. Yang dikatakan tempat eksklusif tu pun, 'bungalo'nya betullah England, tapi tempatnya, tanahnya,  bukan England! Hihihi.

Jadilah, walaupun dapat setakat makan angin di sekeliling taman 'design hotel', atau 'lifestyle hotel'  tu. Tanaman dan bunga-bunganya memang menarik. Menenangkan. Tersangkut hati tak bila melihat si kembang-kembang di situ macam yang kat bawah ni?

 
Bila tak dapat ruang dan peluang menginap di 'Rumah Asap' (SMOKEHOUSE) yang diidami, kenalah cari tempat lain yang sikit-sikit boleh bayangkan suasana tanah tinggi dengan cuaca sejuk.

Yang di bawah ni yang kudapati sesuai. Termasuk dari segi RMnya! Ada pokok-pokok pine sekelilingnya, pokok tanah tinggi! Lokasinya pun strategik, di kawasan pekan, dekat dengan pelbagai tempat tumpuan pelancong.



Petang sampai di Tanah Rata, kami menziarahi Kg. Sedia, 'perkampungan' orang Melayu. Nanti coret-coret sikit dalam coretan II mengenainya.

Sementara itu nak cerita sikit keterujaanku melihat si Lily (maaf kalau namanya tak tepat atau tak lengkap) di belakang tempat penginapan. Memanglah yang namanya pokok, termasuklah si pokok bunga, dan apa lagi bunganya, amat mudah menggamit mataku. 

Tengok, di bawah ni, sebahagian daripada depa yang subur makmur dan come' lote tu! 









Pasal tergamit, lusanya kubeli kerabat si Lily tu di kawasan Taman Rama-Rama. Masa itu, satu ada sekuntum bunganya yang sudah kembang (yang merah). Satu lagi berstatus 100% 'kudup' (yang merah jambu).


Dan bila dah turun ke tanah rendah, berubahlah wajah kedua-duanya. Di bawah nilah, kutayangkan paras rupa si Lily merah dan si Lily merah jambu yang mekar segar dua tiga hari selepas mereka dihijrahkan ke tanah bawah dari tanah atas.





Punya inspirasi nak berpantun pula, bila lihat para Lily yang bugar-bugar ni!




Berkudup bunga di tanah tinggi
Mekar kembang di tanah rendah
Redup rasanya hati sepagi
Hingga ke petang tidak berubah.

Sehingga Coret-Coret II, insya-Allah.