Tentu ramai yang pernah lihat pokok di bawah ini, kan? Namanya apa?
Bila rujuk dalam internet, rupa-rupanya ia punyai banyak nama. Termasuklah Goldenberry, Husk cherry, Peruvian ground cherry, Peruvian golden berry, Cape gooseberry, dan Inca berry. Ada nama-nama yang membayangkan kepada kita, pokok ini hanya terdapat di negara-negara tropika.
Semasa zaman kanak-kanak di kampung, dulu-dulu, kami panggil pokok liar ini 'ciplokan'. Nama itu lebih merujuk kepada buahnya, yang bila dipecahkan atas dahi, akan berbunyi 'ciplok' - bunyi meletup!
Bila perasan ada ciplokan tumbuh sendiri di kawasan rumah beberapa minggu lalu, aku berusaha menjaganya. Kerana mahu ku lihat ia berbuah, dan rasa buahnya. Walaupun dulu-dulu memang dah pernah rasa. Dan memang aku tak gemar masam-masam manisnya!

Lihatlah di bawah ini gambar-gambar buah ciplokan masak yang ku petik kelmarin. Buahnya lebihkurang sebesar duit 50 sen kita. Tapi isi yang boleh dimakan di dalamnya adalah sebesar kacang kuda. Macam rupa guli! Kulit buah ciplokan yang sudah masak tak ubah seperti kertas.
Di negara-negara lain, ada yang memakan buah ini begitu sahaja, atau dijadikannya sebagai ramuan dalam membuat salad atau jem. Kita kalau makan pun, untuk rasa-rasa saja, kan?
Bila dibelah buah ciplokan, nampaklah kita peri halusnya biji-biji yang ada di dalamnya. Lebih kecil dari biji selasih! Aku jadi amat kagum, bagaimana satu biji sehalus begitu boleh bercambah dan membesar di pinggir tembok, dan kemudian berbuah lebat. Itulah kebesaran Allah!
Hampir terlupa nak sebut. Sebenarnya beberapa bulan yang lalu, ada ku terjumpa buah ini dijual di sebuah pasaraya besar di KL. Di paketkan dalam kotak kecil. Rasanya RM6-7 untuk lebihkurang 10 biji ciplokan. Memang diimportlah, tapi tak ingat pula dari negara mana.
Kalau anda berminat membaca lebih lanjut mengenai ciplokan, anda boleh merujuk antara lain di http://www.crfg.org/pubs/ff/cape-gooseberry.html. Juga di http://www.incaberry.com.au/ .
Jangan lupa beritahu nama-nama lain ciplokan, buah eksotik ini. Nama dalam bahasa ibunda kita. Ciplokan itu 'boso Jowo', kok!