Saturday, December 19, 2009

LAYAN DIRI

Layan diri bererti layan kehendak hati sendiri. Buat sendiri. Tiada bantuan orang lain.
Sikit cerita layan diri. Kisah dua masakan! Melayan diri seronok2. Bercerita pun gitu juga!

No. 1. Agak lama juga dah. Hati kata masa tu, amacam cuba masak asam pedas ikan kembung? Tak ada sapa di dapur. Sibuk ku cari lengkuas, halia, serai, kunyit hidup, bawang merah & putih, belacan bakar, & cili kering. Juga beberapa utas daun kesum, beberapa helai daun limau purut & beberapa batang serai tanaman sendiri di tepi rumah. Semua sukatan, sesuka hati.


Semua ramuan ku tumbuk & adun dalam sedikit air. Kemudian ku tumis dengan serai yang sudah diketuk2. Sampai baunya menjulang! Lepas tu, ku masukkan air. Kuahlah tu. Kacau. Bila mendidih, ku terjunkan si kembung2 yang dah berpotong. Kemudian, belahan tomato & sedikit cauliflower (lebih suka kacang bendi, tapi tak plan awal, mana nak ada!). Ku masukkan pula air asam Jawa, daun limau purut & daun kesum. Kemudian garam + gula, sesuka hati. Ku biarkan terus mendidih & ku kacau sepuas hati.

Entah berapa puluh kali uji rasa sebelum ku angkat si periuk. Nah, ini dia .... comotnya 'gambar' asam pedasku yang belum dimasukkan ke pinggan. Bukan comot kerja si tukang masak!



No. 2. Baru2 ni, geram pula aku pada si labu. Banyak putiknya, satu pun tak lekat. Tak subur sangat pun dia. Jadi terfikirlah pula, orang tak ada di dapur ... amacam masak sayur lemak pucuk labu? First time masak & makan pucuk labu!

Enam pucuk dipetik, dibuang misai2nya & kulitnya yang macam ada miang buluh tu. Kemudian ku potong2 ikut suka & basuh. Lepas tu ku didihkan santan kotak + dengan air, bersama hirisan bawang merah. Juga beberapa ekor ikan bilis kering berkopek. Cili merah nak bagi color sikit, tak sebatang pun dalam fridge! Kemudian ku selamkan pucuk labu ke dalam santan & kacau. Ku masukkan pula garam + gula, sesedap hati. Nah ... nampak sangat si santan memutih dalam mangkuk, macam mengaku 'akulah penambah kolestrol!'

Sikit penutup: Minat asam pedas dek pengaruh emak angkat, tempat menumpang masa sekolah. Dia pakar asam pedas. Ya lah, orang Melaka!

Yang jadi suka masak lemak? Apa nak buat, dah keturunan pekebun kelapa. Dari zaman dulu lagi, banyak bergelumang dengan masakan berasas kelapa.

Banyak2 maaf ya, food preparation & presentation nya sangat membolehkan yang sebelah lagi tu pun sindir kuat. Tak apalah. Nak layan diri, saja. Tak ada tetamu.

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431H

سودرا مسلمين دان مسلمات سكالين داوچڤكن سلامت مڽمبوت تاهون بارو 1431 هجرة سموڬ تاهون 1430 تله مڽمڤيكن كيت كدستيناسي يڠ دميمڤيكن دان سموڬ دڠن ايذين دان بلس كاسيه الله تاهون 1431 اكن ممباوا كيت سمواكڤونچق يڠ لبيه تيڠڬي دان مليا يڠ منريما كريضاءنڽ

Tuesday, December 8, 2009

HEY, HEY ....... I AM LISTENING ........


Just curious whether you can see me sitting in between the two gentlemen. I don't blame you if you can't, because at times I can become invisible!


(AI) (NR)
(Photo, from The STAR)
Today, I'd like to write a little bit about "politics". Which is not my stuff, actually. Here's an "imagined dialogue" on politics (?). Imagined by the invisible man!

AI: Nice teh tarik, ha?
NR: Ya. You should drink as much as possible today. Starting tomorrow there will be no more sugar subsidy. Teh tarik naik hargalah!
AI: If I were PM, everything would be subsidised! You, not sensitive to people's needs la. Next time, see what I will do when I become PM.
NR: You will not be able to do anything!
AI: Awat tak boleh? Why do you say that?
NR: Because you will never be PM. As long as I am around. And as long as Muhyiddin is around.
AI: Hahaha, that's what you don't know .....! I've got another "target date" now. Many of your people will surely join my group!
NR: Kakaka ... you only have "tak get date". Tak dapat punya date punya cerita!
AI: Ooops .... loceng bunyi. Time's up! Teh tarik with subsidised sugar, tastes really nice la.
NR: Yup! But I will still take back the sugar subsidy. You can't take my place just because of that, right?
(Temuk imagining ... both of them walking back to the Dewan ...)
TEMUK: Aiyoyo! Outside the Dewan, they still talked about position, about politics! Why didn't they talk about the birds and the bees? Or about sambal petai, kuteow goreng, make-up powder, the goodness of gamat or haruan, or about playing football on a muddy field during the primary school days?
TEMUK: Oh, oh! They might have talked about all these. About anything in the world, except positions and politics! I wasn't there, actually! And I'm not invisible!

Sunday, December 6, 2009

PEMERGIAN SEORANG SAHABAT

Hari Sabtu, 5.12.2009. Pada malamnya, sedih sekali, telah kembali ke rahmatullah seorang rakan yang dikasihi. Rakan sekelas, Tgkt 6, di Sekolah Aminuddin Baki, KL, (Kumpulan pertama 1966-67), Hjh. Zaiton Abu. Di kalangan sesetengah kami Allahyarhamah dipanggil mesra sebagai 'Kak Ton' kerana keprihatinannya kepada kumpulan kami yang dilihatnya sebagai adik-adik. Keluarga bercerita, dia meninggal di tempat sembahyang, bertelekung dan dengan tasbih pada tangannya. Allahu Akbar!





(1)


Kumpulan Tgkt 6 yg pertama SAB, 1966-67.
Allahyarhamah Kak Ton duduk di tepi
kanan Guru Tingkatan, Mrs. Marsden.







(2)


Majlis Perpisahan Tgkt 6 Atas
dan Tgkt 6 Rendah (1967).
Allahyarhamah Kak Ton, no. 4
dari kanan.




Yusof Busu & Nordin Ahmad sempat menziarahi Allahyarhamah di Ampang pada pagi Ahad (6 Dis. '09). Alhamdulillah, bersama isteri sempat aku ke Masjid Al-Falah, Subang Jaya - USJ 9, pada kira-kira jam 10.00 pagi. Jenazah dibawa ke situ untuk diuruskan. Seorang rakan sekelas yang lain, Datin Hjh. Salha Saidin juga ada di situ dan turut sama menyembahyangkan jenazah. Alhamdulillah, rasa-rasanya ada lebihkurang 100 orang yang menyembahyangkan, termasuk pelajar-pelajar tahfiz di situ. Sempat juga aku ke tanah perkuburan (USJ 22). Allahyarhamah selamat dikebumikan pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Talqin untuknya dibacakan sekaligus dengan seorang lagi yang dikebumikan di tepinya.




(3)

Gambar terbaru, semasa kenduri perkahwinan anak rakan sekelas, Zaaba Mohamad (berpakaian
Melayu cokelat), di Sentul, KL, pada 10 Oktober 2009. Allahyarhamah Kak Ton
berpakaian kuning, di sebelah Zaaba.

Takziah kepada anak-anak Allahyarhamah yang kini yatim piatu. Semoga bersabar menempuh kehidupan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah. Al-Fatihah.