Friday, June 29, 2012

SUKA SANG LUCU atau SANG POT?

Suka tak pada gambar kat bawah ini? Hehehe, tak suka
pun tak mengapa... Itu gambar Sang Lucu. 
Ada nampak siapa-siapa yang lucu-kelakar di situ?


Rasanya tak ada yang lucu. Cuma, ada yang  Temuk hairankan. Apalah 
agaknya yang ada dalam  fikiran si cucu, Nadiah Farhanah, semasa melukis
gambar kawan-kawannya, sampai terjelma figura-figura bersanggul + ada  
extra ekor (ekor-ekor) kuda! (Farhanah sekarang sekolah di Tahun Satu).

Apa pun, Sang Lucu bukan mengenai orang kelakar. Sang Lucu
itu Temuk maksudkan sanggul lukisan cucu.

Mungkin juga anda gemari barisan sanggul kat bawah ni?  
Sang Pot. Yang maksudnya Sanggul Pokok Temuk!
(Maaf, ada pokok yang disanggul yang penyanggulnya tak pasti namanya)

Yang hijau di bawah ni, rasanya,  bernama Jasmine. Yang merah, entah!




Kat bawah ni, sangul-sanggul Jasmine dalam bekas leper-rendahnya yang Temuk
rekacipta sendiri 15 tahun dulu. Bahannya, simen+pasir. Berat seorang tak larat!

Di tepinya, sanggul-sanggul Jasmine juga. Dalam pasu belilah...


Kenal, kan,  sanggul-sanggul Kertas (bouginvillae) yang tak rapi kat bawah ni?



Disanggul juga kat bawah ni, satu-satunya Teh Emas yang
Temuk tanam. Di tepinya, sanggul Teh Hijau.


"Jangan lupa menyanggul Bunga Kebangsaan!" bisik golongan patriotik.
Di tepinya tu Temuk tumpangkan wajah dua sanggul si pokok lain. Panggil apa, ye?


 Cerita pasal pokok,  ada jenis yang bukan saja mudah menyanggulnya. Tapi menanam
 + menjaganya pun senang juga. Jenis tak manja. Macam jenis-jenis kat bawah ni.


 Juga jenis-jenis kat bawah ni. Temuk bagi nama umum,
nama sendiri: Jawi-Jawi! Kena tunggu
adry@daun, tolong beritahu nama-nama yang betul!
 
 

Masa rajin menyanggul, jenis kat bawah inilah antara yang tercantik
sanggulnya. Juga sekujur tubuhnya, sekalipun penuh berduri! Entah apalah namanya.


Tapi, tahu sajalah mood orang. Macam Temuk inilah. 
Rajinnya, dan juga kemampuannya, biasanya cuma seinci.
Tak malasnya selalu sampai sekaki!

Tuesday, June 19, 2012

SELASIH SAYANGKU

Cuaca panas!

Baik aku pergi menuai bunga selasih sayangku. Di belakang rumah. Saja
seronok-seronok. Nak gunakan bijinya untuk turunkan suhu badan.


Pemprosesan...... guna jari jemari saja bagi mengeluarkan biji
selasih daripada bunga-bunganya yang sudah mengering.
 

Selepas itu, rendam saja biji-biji selasih dalam air bersih.
Nampak sikit, ya? Cukuplah untuk penuai seorang!

 
Selasih kembang pantang dimanisi. Timbul sendiri
bersesak-sesak. Penuai tak gemar ketulan ais. Tanpanya, yang
dalam gelas ni, jadi nampak kurang mengancam!

 
Ku tumpangkan dalam entri selasih sayangku ini, kat bawah,
foto ayu si kelapa muda yang bersirap juga. Yang ku sediakan
sendiri + nikmati, semasa di kampung hujung minggu lalu.

 Musim panas begini. Cerita apa yang menarik hati?
Kalau tidak cerita air, dan air, dan air lagi!




Thursday, June 14, 2012

MENIKMATI DUDIDU

Pengalaman menikmati DUDIDU pertamaku tempoh hari, dengan 2 orang 
teman lain. DUDIDU di Lenggeng. Milik jiranku.


Jom tontoni gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan tempoh hari.

"Berlega" hati. Dengan PENDU. Memang amat lega hati, dengan persekitaran sedemikian rupa!
"Bergaya" dengan kerabat pemilik DUDIDU (dia berbaju hitam), dan geng pengunjung.
Seorang lagi geng pengunjung DUDIDU. Katanya, dia nak "eksyen", sebab dapat  pengalaman kali pertama memegang benda yang baru "buk!" ke tanah.
Si PENDU memperagakan raga besar. Dia boleh tutup mata (tapi buka hidung), dan tahu di mana terbaringnya "benda" yang mahu dikutip!  
Jari jemari yang halus-kurus atau yang tak biasa, takkan mampu menandingi jari-jemari si PENDU
Budi (dah lama dulu) disemai, hasil (kini) dituai
Antara hasil zahir menikmati DUDIDU, tentulah senyuman!
Pastilah ada "lain-lain" hasil.
Dan, "lain-lain" hasil lagi!

Terima kasih Tuan Jiran. Terima kasih daun keladi
Dah sapu bersih dah kami. Tapi kan akur, kut diajak lagi.

Itulah sikit cerita, setelah dah agak lama bertapa. 



 Anda budiman yang sudi beri reaksi, agaknya,  
PENDU dan DUDIDU, apalah maksudnya. 
Untuk seronok-seronok saja. Ada tanda hati kecil
(harap sudi menerimanya), jika bertepatan agakan 
anda itu dengan yang Temuk maksudkan.