Saturday, January 28, 2012

HARI MINGGU TANPA CERITA GAH: SEKADAR TERINGAT BEBERAPA BARISAN....

Teringat Barisan Nenasional ini.  Barisan yang dijamin manis!




Tak mungkin lupa Barisan Pondok di bawah ini.  Di Kampung Daun, arena mengelamun. Juga daerah nyaman. Kerana di situ kita pesta makanan. Sambil kita meresapkan diri ke dalam persekitarannya  - bagaikan menyebati jasad dan hati dengan bukitnya, sungainya, pelbagai hidupannya, juga rencaman tumbuhannya.

 




Juga teringat Pasar Baru yang acap diserbu.  Oleh pemborong, juga pelancong. Antara yang menarik dipamer di situ,  Barisan Penudungnya  - tudungnya atau yang menudungi, bener kan?


Juga di situ, Barisan Nasinya, termasuk si Nasi Timbelnya yang mudah, murah.


Cerita makan, makan, lagi! Walaupun di kalangan orang Jawa ada nilai, 'asalkan berkumpul, tidak makan pun tidak mengapa'! Walhal,  realitinya, asal berkumpul mereka mesti makan. Malah 'mbontrot' lagi!

Itu antara barisan-barisan yang dingat. Bila diintai foto-foto kunjungan ke kota Bandung, penghujung Mac 2011 yang lalu.

Apa ada cerita "Barisan" yang lebih menarik dari anda budiman?


(Nota:  'mbontrot' bermaksud 'bungkus bawa balik')

Thursday, January 19, 2012

AT THE END OF IT, "TENAGA"LESS ....

At around 10 am today, I felt so sleepy and dull.....

"Ha, ha, I better grab that rake. And do some cleaning up around the house!"

And then, of course, your eyes will also begin staring at other things. Not just the 'dry summer' leaves. There are also dead branches that need to be taken down. There are fallen palm leaves as well that must be attended to. And there are plants that certainly need  a little bit of urgent  grooming!

"Wow, there is too much garden waste now... I certainly require a big plastic bag!"

 
One bag, then two!

 
 At 12.30 pm. or so, I could sense that my body was already feeling 'asam-asam'..., signalling 'stop work'! 

Then, the load of otherwise useful compost  materials, had to be quickly transported to the usual place outside the gate for the Bandaran Team to collect. 


"When are they coming, ha?"

At around 1 pm., after taking my bath, I could certainly feel it.... "satu badan 0 tenaga"!
  

Tuesday, January 17, 2012

KALAULAH AKU BERLAUK GAJAH.....

Hari ini depa datang ke kawasanku, 17 Januari 2012. Dengan lori 'sendiri' yang memang nampak gagah.

Nampak dari jauh,'pegawas-pengawas'nya pun ada.... Kira baguslah tu!

Boleh isi banyak tu. Padanlah dengan muatan yang dijangka, kan?
Ikut ceritanya, macam dalam surat khabar baru-baru ini , kontraktor yang selalu mengangkut buangan dapur di kawasanku sudah diberhentikan.

Mengapa, ya? Mengapa pula depa tak siapsedia dengan kontraktor baru bila tahu yang sedia ada bakal  ditamatkan perkhidmatannya?

Hari ini, dah seminggu buangan dapurku mampat dalam 'bilik khas'nya di bawah kotak surat tu.

Tak pernah begitu muncah si bilik khas, dengan isian yang 'super'-semerbak tu!

Ada juga beg-beg plastik yang pecah. Sebab berasak-asak lama. 'Handling' pun laju. Aroma hebat,  Bang!
'Bilik khas' yang jadi semerbak hebat kenalah mandi berlangir! Dengan air sabun. Bukan perahan limau purut atau limau nipis.

Kira cucilah tu. 'Bilik khas' takkan boleh bersih-wangi saban hari!
Bila kupancut sisa-sisa yang tertinggal dalam 'bilik khas' itu terlonggoklah, antaranya, sisa-sisa tulang.

Kalau seminggu yang lepas aku berlaukkan gajah, pastilah berselerak tulang-tulang gajah di situ. Mujurlah aku makan ikan dan alif ya mim!

Gambar tanpa aroma. Maaf banyak-banyak, ya. Bukan tulang gajah, kan?
Dah berpuluh-puluh tahun tak pernah ada masalah 'sisa dapur bertapa lama' di kawasanku.

Aku tak faham bila seorang kawanku kata, masalah itu ada kaitannya dengan PRU13.

Isy, isy, isy........ Tak masuk kepalalah! Tak ada kena mengena langsung!

Lagi pun PRU13 itu kan wangi! Kan, kan?

Sunday, January 15, 2012

KALAU ASAL BENIH YANG BAIK.....

"Aku berasal benih yang baik, melanggar dinding, membesar segar, berbunga mekar."

Itulah kata si bunga Lidah Kucing.  Lidahnya, seperti juga lidah kucing, atau pembelanya, samalah... 'tanpa tulang'.
"Lihatlah dedaun dan bungaku. Ganteng, kan?"

Eh, eh, ramai pula bunga lain di sekeliling, macam berkata,

 
"Benarlah asalmu benih yang baik. Cuma lupa kau menyebut, tumbuhmu sebenarnya
di tempat yang subur.  Persekitaranmu baik. Makhluk perosak pun tak sudi mengusik."

Terkenang pula aku, si anak famili baik-baik, lahir dari benih baik-baik,
abahnya mungkin pegawai Jusa, ibunya mahaguru,
lazim kan dia menjadi insan hebat?
Kalau dia menjadi bilazim, tidak hebat tapi bangsat, tapak rumahkah,
atau "perosak makhluk" sekelilingkah yang mendajali sosialisasinya?

Dari beberapa penceramah, mengikut kefahaman cetekku,
boleh pula kubuat satu kesimpulan, yang sebenarnya tidak pula kugemari,
tidak juga kusetujui sepenuhnya, iaitu
"kalau asal benih tak baik, di mana-mana, juga bila-bila, tak baiklah jadinya".


(Nota: Dengan maaf, sila ambil maklum, nama bunga dalam gambar pertama di atas itu sebenarnya ialah Bunga Pukul Sepuluh, yang sememangnya sefamili dengan Bunga Lidah Kucing.  Sila lihat komen pemblog Adry@Daun dan respons saya. Terima kasih banyak-banyak kepada Sdr Adry).

Friday, January 13, 2012

TENGOK-TENGOK i, ii, iii DENGAN SENAPANG

Lama (baru 2 hari!) tak mengintai sekeliling rumah. Lalu, kulakukan dengan membawa 'senapang gambar'.

(i)
Tiang payungnya lebihkurang 2" tinggi. Siapalah agaknya nama sebenar si intan payung ini?
 (ii)
Dia adik beradik "kembang Negara". Tapi, dari dulu hinggalah kini, semangatnya tetap "kuncup".
 (iii)

Pada batang tubuhku.......
Ramai yang rajin menempel mesra.
Banyak bangsa pula tu! Alahai rimasnya!
Tapi, penempel yang ini memang kugemari..... Tak mengapalah jika kuberi dia taraf Pemastautin Tetap.
 Gambar terakhir yang kutembak menimbulkan tanda tanya .
Anggerik hutan yang liar itukah dia? Siapa yang diam-diam menyemainya di situ?

Tuesday, January 10, 2012

DUA ORANG CUCU LAGI MASUK "SEKOLAH BETUL".....

 CORETAN I
 
Pada 4.1.2012, dengan izin Allah,  masuklah Angah (Izz Farish),  ke Tahun 1 (Cempaka) sesi petang , di "sekolah betul", Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putera, Bangi.  
Yang lebih botak dan bertahi lalat itulah Angah. Hari pertama! Mujur 
Tok Wan sempat datang mengambil gambar sebelum Angah balik.
Keluar barisan, masa balik! Nak suruh Tok Wan cepat-cepat ambil gambar. Tak sempat buka mata pun!

Angah menggayakan lencana "sekolah betul"nya dengan kawan yang tinggal di belakang rumah.
Kawan-kawan perempuan pun ada. Tapi dia orang malu-malulah. Tak nak ambil gambar dekat-dekat.
Tok Wan tunggu sampai van Angah tiba. Nak pastikan Angah naik van yang betul.

Tok Wan pecut ke rumah Angah. Tunggu Angah balik rumah hari pertama "sekolah betul"! Adik pun sama menyambut.

Abang Faiq pun menunggu juga. Dia dah masuk Tahun 3, di sekolah yang sama, sesi pagi. Kalau sama sesi, lagi takutlah Angah kat abang Faiq yang masih jadi Pengawas strict kat sekolah tu.
Angah (baju cokelat), Faiq (baju biru) dengan dua lagi adik lelaki yang belum masuk "sekolah betul". Masuk pra-"sekolah betul" pun belum boleh!
Dan ini, adik lelaki bongsu. Cukuplah team  "Hang Tuah" kat rumah! Bila Hang-Hang tu datang ke rumah Tok Wan,  tetap Tok Wan tak susah hati, sebab lantai dengan dinding rumah batu konkrit! Kalau jenis kayu, riuh tinggilah jadinya!
Nak tunjuk abah (di belakang Angah betul) dengan 3 bothers yang lain

Juga nak tunjuk ibu. Walau dah lama lulus MBA, ibu buat keputusan duduk di rumah dulu. Tok Wan kata, MBA ibu tu, sementara ni, kira Menumpu Besarkan Anak-Anaklah. Insya-Allah, sosialisasi ibu sendiri lebih baik dan berkat.

CORETAN II

Pada 4.1.2012 juga, satu-satunya cucu perempuan Tok Wan (buat masa inilah!) masuk Tahun 1 (Bakawali) "sekolah betul", Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.
Tok Wan jadi drebar. Ibu dengan adik (Nadeem) jadi juruiring hari pertama Farhana ke sekolah.
Dipersilakan bersila berama-ramai di dewan sebelum masuk ke bilik darjah.
Alamak, tak dapat tempat duduk depanlah, Tok Wan!
Saja nak rekodkan juga lukisan Farhana masa belajar di Tadika. Dia suka sangat melukis gambar ahli keluarganya.










Kat bawah ni gambar Farhana dengan ayah, ibu, dan juga adiknya (Nadeem). Gambar 'graduasi' di Tadika Aulad hujung tahun 2011 yang lepas.
Tadika kat belakang rumah saja, tapi kena pusing jauh nak sampai ke situ. Terima kasih, Tadika Aulad!
Lima tahun lagi, insya-Allah, Nadeem pula masuk "sekolah betul", macam kakaknya..



Benda-benda beginilah yang jadi kegemaran Nadeem.
Sementara belum masuk "sekolah betul", Nadeem bolehlah teruskan kerja menolong Tok Wan memesin rumput tu.. 

Demikianlah, untuk rekod, CORETAN I dan CORETAN II Tok Wan mengenai cucu-cucu.