Tuesday, January 10, 2012

DUA ORANG CUCU LAGI MASUK "SEKOLAH BETUL".....

 CORETAN I
 
Pada 4.1.2012, dengan izin Allah,  masuklah Angah (Izz Farish),  ke Tahun 1 (Cempaka) sesi petang , di "sekolah betul", Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putera, Bangi.  
Yang lebih botak dan bertahi lalat itulah Angah. Hari pertama! Mujur 
Tok Wan sempat datang mengambil gambar sebelum Angah balik.
Keluar barisan, masa balik! Nak suruh Tok Wan cepat-cepat ambil gambar. Tak sempat buka mata pun!

Angah menggayakan lencana "sekolah betul"nya dengan kawan yang tinggal di belakang rumah.
Kawan-kawan perempuan pun ada. Tapi dia orang malu-malulah. Tak nak ambil gambar dekat-dekat.
Tok Wan tunggu sampai van Angah tiba. Nak pastikan Angah naik van yang betul.

Tok Wan pecut ke rumah Angah. Tunggu Angah balik rumah hari pertama "sekolah betul"! Adik pun sama menyambut.

Abang Faiq pun menunggu juga. Dia dah masuk Tahun 3, di sekolah yang sama, sesi pagi. Kalau sama sesi, lagi takutlah Angah kat abang Faiq yang masih jadi Pengawas strict kat sekolah tu.
Angah (baju cokelat), Faiq (baju biru) dengan dua lagi adik lelaki yang belum masuk "sekolah betul". Masuk pra-"sekolah betul" pun belum boleh!
Dan ini, adik lelaki bongsu. Cukuplah team  "Hang Tuah" kat rumah! Bila Hang-Hang tu datang ke rumah Tok Wan,  tetap Tok Wan tak susah hati, sebab lantai dengan dinding rumah batu konkrit! Kalau jenis kayu, riuh tinggilah jadinya!
Nak tunjuk abah (di belakang Angah betul) dengan 3 bothers yang lain

Juga nak tunjuk ibu. Walau dah lama lulus MBA, ibu buat keputusan duduk di rumah dulu. Tok Wan kata, MBA ibu tu, sementara ni, kira Menumpu Besarkan Anak-Anaklah. Insya-Allah, sosialisasi ibu sendiri lebih baik dan berkat.

CORETAN II

Pada 4.1.2012 juga, satu-satunya cucu perempuan Tok Wan (buat masa inilah!) masuk Tahun 1 (Bakawali) "sekolah betul", Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.
Tok Wan jadi drebar. Ibu dengan adik (Nadeem) jadi juruiring hari pertama Farhana ke sekolah.
Dipersilakan bersila berama-ramai di dewan sebelum masuk ke bilik darjah.
Alamak, tak dapat tempat duduk depanlah, Tok Wan!
Saja nak rekodkan juga lukisan Farhana masa belajar di Tadika. Dia suka sangat melukis gambar ahli keluarganya.










Kat bawah ni gambar Farhana dengan ayah, ibu, dan juga adiknya (Nadeem). Gambar 'graduasi' di Tadika Aulad hujung tahun 2011 yang lepas.
Tadika kat belakang rumah saja, tapi kena pusing jauh nak sampai ke situ. Terima kasih, Tadika Aulad!
Lima tahun lagi, insya-Allah, Nadeem pula masuk "sekolah betul", macam kakaknya..



Benda-benda beginilah yang jadi kegemaran Nadeem.
Sementara belum masuk "sekolah betul", Nadeem bolehlah teruskan kerja menolong Tok Wan memesin rumput tu.. 

Demikianlah, untuk rekod, CORETAN I dan CORETAN II Tok Wan mengenai cucu-cucu.








42 comments:

Nizam.Ariff said...

Assalamualaikum,
yang sorang tu ada bakat menjadi jurutera perunding mekanikal nampak gayanya... hahaha

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Comel2nya cucu. Alhamdulillah dah 2 orang masuk sekolah. Seboklah Tok Wan sari dua ni yer. Seronokkan, penat tak terasa,

Saya masih sorang yang sekolah dalam darjah 3, adiknya sambung tadika umur 6 tahub,

Temuk said...

AKU
Waalaikumussalam. Mudah-mudahan boleh jadi jurutera yang soleh, tak kira pengkhususan apa. Atau pekerjaan lain pun, yang dilakukan untuk kebaikan dunia dan akhirat. AKU sudah atau lama lagi nak boleh tulis episod macam Tok Wan ni? Maaf bergurau. Ceria selalu!

Temuk said...

KUNANG-KUNANG
Waalaikumussalam. Terima kasih. Seorang cucu dah di dalam Tahun 3, selain daripada 2 orang yang baru masuk tu. Alhamdulillah, sudah ada pengalaman 'cucu bersekolah'. Rezeki juga tu. Nampaknya tahun depan ada pula cucu Kunang-Kunang yang bakal masuk Tahun 1. Insya-Allah. Ceria selalu!

School Of Tots said...

Alhamdulillah Tn Temuk atas nikmat anak2 & cucu2 ini. Segala puji bagi Allah. Ramai orang yg di tarik Allah nikmat ini. Semoga cucu2 kita mandapat pendidikan yg baik untuk membesar menjadi manusia professional yg kukuh menjaga akidah, akhlak & aurat.

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Yunus Badawi said...

Assalamualaikum Tuan.

Tahniahlah cucu2 dah semakin ramai yg masuk sekolah betul. Yang kecil2 pun ramai. Seronok dapat main dan menjaga cucu2 ni kan Tuan.

Yunus Badawi said...

Angah itu nampak bijak dan berketrampilan. Esok2 tu akan jadi pengawas juga mcm abgnya. Mungkin bila Darjah 6 esok dia boleh jadi Ketua Pengawas.

Nizam.Ariff said...

Assalam,
lama lagi, kang Temuk. dalam 20 tahun lagi kalau omor ne dowo...

sudipVSsenduk said...

Assalamualaikum.
Bestnya ada Tok Wan yg masih sihat, sporting & suka melayan kerenah cucu...

Hjh Noralenna Abbas said...

Bestnya juga Tok Wan ramai cucu yang menjadi penghibur. Smart kids, your cucu!

Unknown said...

SALAM,
HEBAT TOK WAN NI ..... TOK WAN NUMBER ONE !

dear anies said...

muka2 excited!

ckLah @xiiinam said...

Belajar betul-betul di sekolah betul ya cu!

al-lavendari said...

samalah kita jadi drebar .. saya hantar anak sebab cucu belum masuk sekolah lagi. sekolah pra sekolah betul pun belum layak lagi. baru 2 tahun lebih.

hebat pembantu tuan .. hang nadim.

Temuk said...

SCHOOL OF TOTS
Terima kasih di atas doa. Saya amat bersyukur dengan pelbagai nikmat dari-Nya selama ini, termasuklah rezeki beranak-menantu-cucu dan pengalaman hidup bersama mereka. Semoga doa kita bersama dimakbulkan Allah. Terima kasih di atas respons tuan. Salam bahagia.

Temuk said...

YUNUS BADAWI
Waalaikumussalam. Terima kasih di atas komen tuan. Benar, pada masa kerja sudah tak berjadual ketat ni, menjaga cucu walaupun sekali sekala, memang menyeronokkan. Kata orang, seronok beranak lain, seronok bercucu lain. Si Angah tu, alhamdulillah, memang cergas. Diharap dia juga cerdas. Jika benar semasa Darjah 6 nanti dia jadi Ketua Pengawas, tentu dia akan terkejut besar dengan jangkaan tuan itu. Ketemu lagi!

Temuk said...

AKU
Waalaikumussalam. Lo, kok suwi temen? Walau apa pun, insya-Allah 20 tahun akan berlalu dengan pantas. Kang Temuk sajalah yang berkemungkinan besar tak akan berpeluang membaca kisah itu. Seng apik-apik selalu!

Temuk said...

sudipVSsenduk

Waalaikumussalam. Selagi sihat, selagi larat, bolehlah kita cuba layan cucu-cucu tu. Bila sudah tak berkemampuan, nak buat macam mana. Syukur dapat perolehi pengalaman hidup bercucu ni. Ceria selalu!

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Al-Manar said...

Tahniah . Sudah tida masanya menyaksi kejayaan pelajaran cucu cucu pula. Berkat titik peluh Tok Wan berpuluh tahun dahulu membimbing ibubapa kanak kanak ini. Nikmatilah satu satu rahmat NYA diakhir hayat kita.

Anonymous said...

Salam tuan, comel sungguh entri ni. Mengingatkan saya kepada ayahanda saya dan cucu cucunya di hari pertama persekolahan mereka.

Temuk said...

HJH NORALENNA
Masa kita muda dan bekerja, ada berbagai-bagai sumber 'hiburan' kita, termasuk kawan-kawan. Tapi bila dah bersara dan berstesyenkan rumah, para cuculah (bila mereka datang) yang jadi penghibur. Anak-anak dah tua nak diajak bermain! Kita pun dah malas nak keluar ke mana-mana menghiburkan hati. Sekali sekala saja keluar. Kalau jauh-jauh sedikit, mogok pula si kesihatan! Salam bahagia.

Temuk said...

LUAHFIKIRAN
SALAM. TAK SEHEBAT MANALAH. MELAKUKAN YANG TERMAMPU SAJA. SEMENTARA NI! BILA DAH TAK BOLEH BAWA KERETA.... TAK BOLEH BERJALAN KAKI.... (ALAHAI, JAUHKANLAH YA ALLAH!!!) NASIHAT DENGAN DOA SAJALAH BARANGKALI YANG BOLEH KITA BUAT. KALAU PARA CUCU TINGGAL JAUH, MEMANG TAK ADA KEMUNGKINANLAH KITA MENGHULURKAN TANGAN. SEMOGA SIHAT DAN CERIA SELALU!

Temuk said...

KhaiRin-anies
Betul tu. Para murid baru agaknya memang teruja masuk "sekolah betul". Yang sebelumnya, "sekolah main-main, olok-olok, dan tak berapa betul". Hehehe. Yang seronok tu, para ibubapanya juga teruja. Penat cikgu dan cikgi minta mereka keluar dari dewan di mana murid-murid dibahagi-bahagikan mengikut kelas, tetapi mereka tak berganjak. Agaknya mereka ingin masuk Darjah Satu balik!

Anonymous said...

Salam,
Suka lukisan Farhana yang rambut punk, anting-anting satu dan tak berkaki. Original piece in a class of its own. Ada potential jadi pelukis terkenal nanti, seriously.

Temuk said...

@xiiinam

Enggih, Cikgu ckLah. Insya-Allah. Terima kasih. Agaknya kalau semasa di sekolah rendah budak-budak ok dari segi akademik dan disiplin, kuranglah masalah prestasi akademik dan disiplin buruk di sekolah menengah, ya? Semoga riangria selalu!

Temuk said...

AL-LAVENDARI
Pejam celik, pejam celik, nanti sampailah juga masa untuk jalankan tugas "hancus" tu, iaitu tugas 'hantar cucu sekolah". Tak semua orang dapat kerja ni. Mungkin tak sempat (!), mungkin tak ada cucu, atau mungkin tak larat.

Hehehe, kira cucu tu Hang Nadim zaman sekaranglah, ya. Patutlah dia sukakan mesin rumput, bukan parang panjang atau penyabit rumput.

Temuk said...

AL-MANAR

Terima kasih. Ada juga kebimbangan Tok Wan (atau yang sekumpulan dengannya di mana-mana) akan masa depan cucu-cucu kita tu. Keadaan politik dan juga ekonomi negara memang merisaukan, tambah-tambah 30-40 tahun akan datang. Kita tak mahulah pesimistik, tetapi realiti sekeliling semasa boleh menggusarkan kita. Semoga Malaysia terus aman dan damai serta makmur dan sejahtera sentiasa.

Nizam.Ariff said...

Assalamualaikum kang Temuk,
percayalah... aku menangis bila baca komen balas kang Temuk di atas tu... harap2 kawan2 di pejabat ini tak perasankan aku...

Temuk said...

ANONYMOUS
Salam. Gembira entri saya yang tak sepertinya itu membawa kenangan bahagia kepada tuan akan ketika ayahanda tuan bersama-sama cucu-cucunya pada hari pertama persekolahan mereka. Semoga kita selalu mengingati babak-babak manis yang pernah kita lalui dan menjadikannya teladan hidup.

Temuk said...

SITIROFFINI
Thanks for the compliments. Farhana bukan saja satu-satunya cucu perempuan saya (masa inilah), tapi juga satu-satunya yang saya perhatikan suka melukis. Mungkin tiada apa yang unik dalam lukisannya, tapi saya amati dia memang suka dan selalu melukis kepala orang yang lebih besar daripada badannya. Mungkin dia sensitif kepada masalah obesiti (hehehe), atau anggap kepala lebih penting daripada badan. Ceria selalu!

Temuk said...

AKU
Ketemu lagi. Lo, kok dhadhi kesedien? Kang Temuk tak boleh agak mengapa ada airmata yang dialirkan. Terfikirlah akan kemungkinan-kemungkinan sebab, tapi Akulah yang lebih tahu. Kalau jadi tersentuh perasaan dek komen Kang Temuk, harap maaf, ya. Saiki yo jajal dibungah-bungah ke atine, yo.

Nizam.Ariff said...

Salam,
seperti tak sanggup menerima hakikat akan 'berpisah' dengan orang-orang yang aku kenal... huhuhu

ckLah @xiiinam said...

Paman;
Jawab soalan:'Bay leaf' dalam Bahasa Melayunya 'daun teluk' kot...hehe.


Gurau je paman. Orang Melayu panggil 'daun salan'. Popular dalam masakan padang.

kasihibu said...

kretif cucu cucu tok
pandai melukis si comel tu

tahun lepas pun ada en3 tok temankan cucu di sekolah

Temuk said...

AKU
Salam. Kan biasa orang kata, pertemuan itu awal perpisahan. Namun, bila berpisah mungkin kita bertemu semula. Sekalipun ada perpisahan yang namanya 'untuk selama-lamanya'. Yo redho waelah, dik.

Temuk said...

@xiiinam
Oh, terima kasih. Paman teringat kawan-kawan suka gunakan 'daun salan' tu bila menyediakan kari masa sekolah luo negri sekejap dulu. Sudah pernah lihat daun tu (kering) dijual di pasaraya. Geli hati betul, ada pula daun karipule kering di tepinya! Hati berkata, 'Aku guna daun karipule segar dari belakang rumahlah!' Belum pernah lihat pokok daun salan tu. Ade ke di Sg. Manila?

Temuk said...

KASIHIBU
Yang seronok tu semasa lihat lukisan budak-budak, kita memang musykil apalah yang ada dalam kepala mereka sehingga jari-jari mereka melorek gambar-gambar tertentu. Mengapa kepala lebih besar dari badan? Cucu Farhana saya kata, sebab orang itu pandai!

Selagi ada tenaga, kalau sempat saya akan tontoni 'hari pertama' cucu-cucu di sekolah rendah. Semoga kasihibu sekeluarga sihat selalu!

LadyBird said...

ramainye cucu pakcik temuk..

meriah sungguh..

cucu ayh lady xseramai ini..

Temuk said...

LADYBIRD
Terima kasih. Tu baru setakat ni. Esok lusa mungkin bertambah lagi. Pakcik doakan yang terbaik saja. Ha, kalau cucu ayah Lady tak ramai, bila sampai masa nanti Lady tahulah macam mana nak tolong dia lawan Pakcik. Take care!

yanmaneee said...

longchamp
kyrie 3
stone island
supreme new york
golden goose sale
cheap jordans
yeezy 500
air yeezy
kevin durant shoes
kyrie 5