Monday, August 31, 2009

HARI MERDEKA 52






Salam semua.


Merdeka!


Merdeka! Merdeka!









Semoga anda sekalian bergembira menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara kita kali ke 52. Bersyukur kita kepada Allah SWT di atas segala limpah kurniaNya yang berpanjangan.








Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini, sama-samalah kita berdoa kepadaNya semoga Malaysia terus aman dan damai, sejahtera, dan majujaya. Kita yang beragama Islam, tentu tidak akan lupa untuk sentiasa memohon agar kita selamat bukan sahaja di bumi bertuah ini, tetapi juga di akhirat nanti.



(Kukepilkan di sini beberapa keping gambar KL yang kuambil beberapa hari sebelum 31 Ogos 2009)











































Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENGHAYATI RAHSIA RAMADHAN




Salam buat semua

Kepada semua yang kumuliakan
yang sudi mengikuti paparan kerdilku selama ini
khususnya yang sudi memberi komen & berkomunikasi
dan yang sudi pula menerima kunjunganku

kuucapkan selamat melangsungkan ibadah puasa
bersama ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan ini
semoga Allah meredhai amalan-amalan kita

tanpa keredhaanNya, apalah amalan-amalan itu!


Pesan Pak Ustaz yang berceramah
beramallah dengan ikhlas & berasaskan ilmu sebanyak yang termampu
sepanjang Ramadhan mulia ini
kerana ganjarannya yang berlipat ganda


dan dia juga mengingatkan supaya kita jangan lupa
berterusan memohon keredhaan Allah, di samping pengampunanNya.


Semoga kita mendapat keredhaan & pengampunan Allah, sepanjangan.

Saturday, August 1, 2009

TERKENANG 4 : ZAMAN SEKOLAH

Ke Kampung Baru menatang surat
Pucuk cekur dimasak santan
Dibeli kelapa di Bukit Cina

Terkenang yang lalu hatiku sarat
Wajar kuakur ketentuan Tuhan
Babak lama melaut hikmahnya.

Sengaja kutahtakan di sini, beberapa gambar lama yang amat kuhargai. Yang sentiasa mengajakku menoleh ke belakang. Pun diri sentiasa mahu terus menapak ke depan. Mungkin ada yang turut menghargai.







Kepada yang telah pergi dahulu, semoga Allah memberi keampunan dan mencucuri rahmat ke atas roh kalian. Al-Fatihah.