Alhamdulillah. Cerita SEmakin Dekat Undi SEMenggunung BUangan Laman (SEDU SEMBUL) yang menyebabkan SEDU SEDAN macam di bawah ini, sudah boleh ditutup.
Sekarang boleh cerita hal SENYUM SIMPUL pula. Betul-betul punya senyum simpul!
Sekarang boleh cerita hal SENYUM SIMPUL pula. Betul-betul punya senyum simpul!
Atas inisiatif Jawatankuasa Penduduk Kawasan kami, pada 12 Mei 12 lepas, satu aktiviti gotong royong (GORO) membersihkan sampah laman, telah dilangsungkan. Sudah berbulan-bulan sampah itu mereput di pinggir jalan, di hadapan hampir setiap rumah.
Tak semua ketua rumah ada (ada yang ada hal lain). Tapi bilangan yang berGORO, termasuk anakpinak mereka, sangat memberangsangkan.
Tak semua ketua rumah ada (ada yang ada hal lain). Tapi bilangan yang berGORO, termasuk anakpinak mereka, sangat memberangsangkan.
Lepas minum pagi di rumah Presiden (walau sudah sarapan di rumah), kami mulakan kerja memasukkan sampah ke dalam lori.
Lori, juga pemandu dengan beberapa orang pekerja, ditaja oleh seorang ahli kawasan, yang memang terkenal dengan sifat pemurahnya.
Kerja dekat sejam. Penuh satu lori kecil!
Rupa-rupanya Jawatankuasa sudah usahakan sebelum GORO lagi..... Dalam diam-diam mereka telah dapatkan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Macam mana Jawatankuasa dapat menawan hati MPKj, ha?
Hinggakan si MPKj hantar dua lori besar! Siap dengan pekerja-pekerjanya sekali, bernama Kru Gotong Royong, segak-gagah-cekap, dengan berbaju merah garang!
Lebihkurang dalam 15 minit lepas lori-lori besar sampai, datang pula si gergasi MPKj yang di bawah ni. Seronok sangatlah kami, sebab tangan besi nak ambil alih kerja memunggah!
Penglibatan yang hadir, termasuk ahli komuniti kawasan, cukup bagus. Yang muda-muda memang rajin. Yang kanak-kanak turut memeriahkan suasana GORO.
Penyelia Kawasan kami dari MPKj (yang berbaju T gelap tu!) pun ada bersama. Kami amat-amat berterima kasih di atas sokongannya terhadap aktiviti GORO kami itu.
Lepas GORO, singgah sekali lagi ke rumah Presiden yang baik hati dan rajin (yang berbaju merah di atas tu). "Isi minyak" lagi, sebab dah keletihan buat kerja.
Lepas itu ada perbincangan sikit, terutama pasal keselamatan. Juga bincang pasal cara molek nak melonggokkan sampah laman di tepi jalan lain kali.
Walau sekarang sudah boleh SENYUM SIMPUL, hati tetap tertanya-tanya. Tak lama ni nak kena GORO lagikah?
Penghuni kawasan berdekatan, seseksyen, masih berhadapan dengan masalah SEMBUL. Longgokan seumpama di bawah ini masih mereput di sana sini.
Untung kami ada Jawatankuasa yang berdedikasi. Rajin berkomunikasi dengan pihak berwajib. Juga bijak bertolak-ansur dalam berbincang.