Ini bukan cerita SEDU SEDAN. Ini cerita SEDU SEMBUL.
Berlainan, tetapi kedua-duanya boleh dihubungkaitkan.
Kalau mahu dihubungkaitkan, bolehlah kita bercerita tentang "penduduk menangis SEDU SEDAN sebab SEDU SEMBUL".
Mengapa SEDU SEMBUL? Mengapa pula bila SEDU, jadi SEMBUL?
Tengoklah gambar-gambar 'cantik' di bawah ni. Jangan sampai tak tengok!
Takjub! Hairan!Tak faham!
Sepatutnya, apabila SEDU (SEmakin Dekat Undi), tidaklah berlaku keadaan SEMBUL (SEmakin Menggunung BUangan Laman).
SEMBUL di hadapan rumah, atau di pinggir jalan, dulu-dulu pihak berwajib uruskan dengan lawa. Kebelakangan ini, dah lama dah, mereka urus sambil lewa.
Takkan berlaku keadaan SEMBUL, jika amanah elok dipikul. Dengan ikhlas dan efisien!
Sekarang, di mana perginya pihak bertanggungjawab (atau sudah menunggangjawab!) ni? Katanya, si pihak sukakan BERsih-berSIH?!
Kalau begitu, macam mana pula boleh dibiarkan SEDU SEMBUL?
Kalau kawasan bersih, tentulah perasaan dengan kepala penduduk pun bersih. Lebih seronoklah penduduk pergi memangkah.
Berlainan, tetapi kedua-duanya boleh dihubungkaitkan.
Kalau mahu dihubungkaitkan, bolehlah kita bercerita tentang "penduduk menangis SEDU SEDAN sebab SEDU SEMBUL".
Mengapa SEDU SEMBUL? Mengapa pula bila SEDU, jadi SEMBUL?
Tengoklah gambar-gambar 'cantik' di bawah ni. Jangan sampai tak tengok!
Takjub! Hairan!Tak faham!
Sepatutnya, apabila SEDU (SEmakin Dekat Undi), tidaklah berlaku keadaan SEMBUL (SEmakin Menggunung BUangan Laman).
SEMBUL di hadapan rumah, atau di pinggir jalan, dulu-dulu pihak berwajib uruskan dengan lawa. Kebelakangan ini, dah lama dah, mereka urus sambil lewa.
Takkan berlaku keadaan SEMBUL, jika amanah elok dipikul. Dengan ikhlas dan efisien!
Sekarang, di mana perginya pihak bertanggungjawab (atau sudah menunggangjawab!) ni? Katanya, si pihak sukakan BERsih-berSIH?!
Kalau begitu, macam mana pula boleh dibiarkan SEDU SEMBUL?
Kalau kawasan bersih, tentulah perasaan dengan kepala penduduk pun bersih. Lebih seronoklah penduduk pergi memangkah.
19 comments:
Salam Pak Temuk. Bagus tajuk SEDU SEMBUL ni. Nak bersih tak payah guna lori dan bull-dozer atau apa jua alat canggih. Guna saja "PENYAPU". Jadinya habis "SAPU BERSIH". Pak temuk mungkin tak nampak tempat dan keadaan yang diSAPU BERSIH. Kena guna teropong. Mesti teropong yang canggihlah. Baru nampak.Banyak tempat dan banyak benda yang di SAPU BERSIH. Bukan di Selangor saja, di negeri-negeri lain pun ada. Yang di Wilayah persekutuan lagi hebat SAPU BERSIHnya.
Faham-faham sajalah, hal-hal yang berlaku hari ini......
Assalamualaikum,
Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kakinya, Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi.
Saya kena belajar dan berguru dengan Abang Temuk dalam bab SEDU SEMBUL ini. Nanti tak pasal-pasal keluar ayat "jangan pakai baju bersih" - lain macam bunyinya.
Biarlah sedu-sedu dan berterusan, bak gerimis, walau tidak mampu mencipta banjir, namun tetap membasahkan.
dulu kata taman saya buat gotong royong cantas pokok yg berjuntaian ke jalan raya .. tapi orang Majlis Perbandaran kutip separuh jer daun dan dahan2 yang terkumpul, padahal kita dah tolong dia.
maaf .. bukan "kata taman" tapi "kat taman" ..
Itu satu pandangan yang menunjukkan kebersihan. ditempat saya tambunan ini di keliligi lembu, kambing dan ayam menikmati apa apa apa sisa yang ada. Diseblah malam tikus pula. Jangan hairan kalau banyak tahi lembu ditengah jalan menghala rumah saya. Kalau rajin memanglah baja percuma. Inilah 1 malaysia kesenimbungan antara manusia dan binatang - semua makhluk Allah tolong menulong.
Tadi saya nampak ada longgokan sampah dan sofa lama di seberang jalan rumah saya. Agaknya pemiliknya buat spring cleaning. Datang lori angkut sampah, sapu bersih semua. Selamat membersihkan laman, Temuk.
NGASOBAHSELIMAN
Terima kasih mampir. Cerita saya, cerita komuniti lokal. Hal buangan laman yang terbiar. Boleh mengena yang memegang tampuk, boleh juga mengena si Bandaran. Entah-entah mereka berdua pun kena mengena, atau mereka berdua dikenakan orang! Alahai!
Nampaknya ini memang era bagus (?), era bersih-membersih. Ada yang guna mulut, guna sapu, guna lori, guna air, guna RU-RU, dan macam-macam. Malangnya teropong saya ni bukan jenis canggih, maka saya tak nampak jelas aktiviti pembersihan di sana sini, termasuk tujuannya dan maknanya. Dengan teropong kampung ini juga saya tak berapa boleh nampak macam mana rupanya hati yang bersih, di kalangan sana atau di kalangan sini. Alahai, kerdilnya saya.
CIKGU AHMAD HUMAIRI
Yang ditakuti:
Mungkinkah berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kakinya;
Mungkinkah berguru kepalang ajar,
Kurang ajar akhir jadinya?
Susah nak cerita, ya Cikgu. Dalam hidup, satu penyebab banyak hasilnya, satu hasil banyak penyebabnya.
Hehehe, sekarang jadi agak susah pula kita nak jelaskan maksud baju bersih, ya Cikgu? Tapi, agaknya, maksud minda bersih, hati bersih, tingkahlaku bersih..... dan hutang bersih masih mudah dihuraikan. Tak begitu, Cikgu?
AL-LAVENDARI
Oh, kalau begitu, yang namanya si Bandaran ni, memang lebihkurang serupa sajalah di sana sini. Kerja sendiri kena diketuk; kerjanya dibantu dia menyorok. Papan tanda ingatkan komuniti tentang pembayaran hasil taksiran, rajin dibesar-besarkan saiznya. Semak jadi samun, sampah melonggok di merata pelusuk, dibiarkannya. Tak tahulah apa masalah sebenar barisan pentadbirannya, yang diwakili dengan cantiknya orang dari pelbagai latarbelakang sosio-ekonomi dan juga politik.
AL-MANAR
Bagus juga jika dilihat longgokan sampah di pinggir jalan itu sebagai menggambarkan kebersihan komunitinya. Ahlinya tidaklah membuang sampah sarap mereka di sana sini, sesuka hati. Yang saya paparkan itu merupakan dua tiga longgok yang sempat saya ambil gambarnya. Semuanya sampah "hijau" atau hijau yang sudah kering. Kebetulan (dan baiknya) tiada haiwan yang menziarahinya.
Yang membimbangkan ialah apabila semua rumah masing-masing mempunyai longgokannya yang tersendiri. Maka akan wujudlah barisan buangan laman, di kiri kanan jalan, menjadi hiasan yang tak digubah, tetapi pengganggu mata dan hati..... yang mungkin sedikit marah. Semoga segera diselesaikan masalah.
HJH NORALENNA
Masalah buangan laman atau buangan rumah, tak seperti buangan dapur, bendanya besar-besar. Buangan itu lebih mudah kelihatan menggunung dan jadi berselerak jika tidak diikat rapi semasa melonggokkannya. Sesetengah orang, bila buat "spring cleaning", rumahnya pun macam mahu dilonggokkan di pinggir jalan! Mujurlah di kawasan Hjh itu lori Bandarannya cepat sampai untuk bertindak. Dan memang wajarlah si Bandaran itu bertindak pantas. Supaya pelancong tetap ramai ke Melaka, tidak melencong ke kawasan lain.
asyik kutip yg kuning, tak perasan pulak yg hitam dah berlonggok2
Salam Saudara Temuk,
Ditempat saya ni nampaknya ada perubahan sikit tentang 'sampah kebun'.
Kalau dulu memang siksa mata memandang, berbulan tak diambiknya, sekarang cepat. Tapi sampah dapur pulak yang belot. Tak taulah...
IBUINTAN
Semoga sihat sejahtera. Kita manusia ni agaknya memang punyai banyak kekurangan, kelemahan, kekangan, kesulitan, ya? Cuma, kalau kita ikhlas, insya-Allah DIA akan bantu. Nampaknya masa ni gajah-gajah tengah hebat berbalah-balah, pelanduk teruk di tengah-tengah, hehehe.
KUNANG-KUNANG
Semoga sihat. Syukurlah mereka suka buangkan sampah kebun sekarang. Hehehe, tapi jadi lupa pula kepada sampah dapurnya. Sampah itulah yang lebih merisaukan sebab aroma dan lalat-lalatnya! Ini namanya main aci-aci atau sorok-sorok, barangkali. Walau macam mana pun, semoga ada perubahan "kemampuan" di kalangan pihak yang berwajib, supaya kawasan kita jadi bersih dan wangi.
Assalamualaikum Paman...
Rancangan ckLah hari ni nak membersihkan semak samun tepi rumah. Tak menjadi nampaknya, kerana diserang sesa-sesa. (meriang pilek). Memang sedu-sedut memanjang dibuatnya.
:-)
Assalamualaikum cikgu,
kalau di kampung masalah mcm ni dah lama selesaikan... curah sikit minyak tanah & dicucuhkan api mungkin sekelip mata je akan hilang dr pandangan...
Sedu disebabkan tercium bau asap je..
ckLah
Waalaikumussalam. Alahai, kena tundalah nampaknya projek membersih tu buat sementara waktu. Meriang pilek memang menderitakan, sebab kepala berat, hidung sumbat. Pesan doktor, makan ubat dengan betul dan minum air kosong banyak-banyak. Dan usah lupa berdoa kepadaNya mohon disembuhkan segera.
sudipVSsenduk
Waalaikumussalam. Betul sangat kata-kata tu. Membakar sampah termasuk daun-daun, sabut atau ranting-ranting kering di kampung memang menyeronokkan. Tinggalannya menjadi tanah bakar yang baik untuk ditanami kacang panjang, keladi, dan lain-lainnya. Kalau banyak asap pun kita boleh lari jauh-jauh. Kalau di pekan ni, silap-silap membakar, si Bomba datang menjenguk, si Bandaran datang menyaman.
Post a Comment