Friday, April 26, 2013

MEMANG LIMO NIPEH SEBENONYE.

Sesetengah komen kawan dulu tu memang bagi banyak harapan.  Yang meyakinkan sangat kata, buah belum tua..... cukup tua nanti kuninglah dia (lemonlah tu!)

Temuk bayangkan, bukan saja buah nak menguning, tapi buah juga kan jadi bujur (lagi lemonlah tu!!).

Cukuplah rasanya, kalau dijadikan hari ini hari penentu. Memang dah sahlah, yang dikatakan dan diharapkan LEMON itu sebenarnya memang LIMAU NIPIS.


Memang limo nipeh sebenonye, Yoep! Dia dah tuwe, tapi menguning idak, membujo pun idak!



Tak ngape le, kan? Limo, limo le. Nipeh pun nipeh le. 

Kat ghumah Temuk sekaghang ni, kompomlah dah ade sepokok limo nipeh. Lain daghi tu, ade jugak sepokok limo kasturi dengan limo pughot.

Limo bali ke, limo sunkist ke, limo langkat ke, tak payahlah dah. Kot nak buahnye, yang tu, caghi aje kat kedei, betoi dak?

Nanti tak jadi pulak projek "mudahkan hidup". Asyik nak tambah-tambah pokok aje.

Sempene PRU13 ni, elokle juge ade buah limo nipeh duwe bijik beso-beso tu. Bio di pokok dulu.

Kalo bendeghe-bendeghe parti yang bepaku, 


 
beghikat, begantung, juga teghebang, macam cendawan sane-sini tu tak bejaye tutupkan paneh mateaghi, boleh le Temuk buat ayo limo nipeh ais. Boleh le sejukkan badan.

Tentu le ngenangkan hei PRU13 dengan keputusannye tu nanti lebih nggeletokan badan, banding dengan ngenangkan hei buah lemon betuko jadi limo nipeh!


Thursday, April 4, 2013

WOTU TELU..... TUNAS TELU



السلم عليكم ورحمة الله

Cerita ini mengekori cerita ziarah Pak Temuk + isteri dengan Pak Ismail + isteri ke Lombok, kira-kira  5 bulan yang lepas.



 

Antara  tempat yang kami kunjungi di Lombok ialah  Bayan Beleq. Di situlah terletaknya Masjid Kuno, masjid lama komuniti tempatan yang menggelar diri mereka orang "Islam Wotu Telu".

Secara ringkas, Wotu Telu bermaksud sembahyang 3 waktu dalam sehari. Telu, dalam Bahasa Jawa, bermaksud tiga. (Penulisan mengenai Wotu Telu boleh dicari menggunakan google).



















 

Semasa di kawasan Masjid Kuno Bayan Beleq itu kami dipandu oleh dua orang kanak-kanak tempatan.

Kebetulan masa itu mereka memegang beberapa biji mempelam. Pak Ismail menyatakan keinginan untuk membelinya.

 














Tapi, mereka enggan menjualnya. Mungkin malu.

"Ambil sajalah, Pak," kata si anak yang perempuan.  Pak Ismail yang memang pemurah orangnya tetap menghulurkan Rupiahnya kepada mereka.

"Oooh, banyak ini, Pak! Ini untuk masjid, ya  Pak?"

"Bukan! Untuk kamu. Kongsi berdua, ya,"  Mereka kelihatan seperti terkejut!
















Di hotel, Pak Ismail memberi beberapa biji mempelamnya untuk Pak Temuk + isteri rasa. Ada jenis besar, ada jenis kecil.

Habuan yang diberikan itu habis! Pak Temuk simpan satu biji mempelam yang jenis kecil. Bijinya! Jenis kecil itu tajam baunya, manis rasanya. Tujuannya: untuk diseludup ke Malaysia, untuk disemai!

Bila disemai, alhamdulillah, ia tumbuh. Satu tunas. Tapi, tak lama tumbuh satu tunas lagi. Tak lama kemudian, satu lagi pula!



Setakat ini, dalam usia kira-kira 5 bulan, mempelam kecil Lombok dari komuniti Wotu Telu itu subur dengan tunas telunya!




Mungkinkah akan ada tunas baru lagi?

Tak mengapalah tunas telu. Lebih mengingatkan Pak Temuk kepada Wotu Telu di Lombok. Juga kebersamaan Pak Ismail + isteri semasa ke sana.