Sunday, July 29, 2012

BABAK-BABAK BERLALU: 2


 Umur Pinang Berlima ini, rasanya sudah 12-13 tahun.


Masa tanam dulu, ingat dalam hati: satu babah punya, 
satu mak punya, bakinya kepunyaan anak-anak, seorang satu, 
si Iz, Pyan dengan Pija. Depa tak tahu pun. Khayalan babah saja.

Tinggi. Cantik. Seronok tengok buahnya bertandan-tandan. 
Kalau masa sekolah rendah di kampung tahun-tahun 
50-an dulu, buah ni memang ku cari. Belah, bersihkan 
isinya dan jemur sampai kering. Kemudian jual!


Tinggi. Menakutkan bila angin kuat. Bimbang menghempap 
wayar telefon atau kereta-kereta jiran pula, yang memang 
biasa disimpan di luar pagar, bersebelahan Pinang Berlima.
 Aku juga kurang gemar mengumpulkan daun-daun kering para pinang.

Suatu hari, aku sapu batang-batang Pinang Berlima itu dengan racun
pokok + diesel. Dalam seminggu berubahlah warna daun masing-masing.
 

Ingatkan mula-mulanya,  nak biarkan semua mereput sendiri.
Takut pula batang patah ditiup angin sebab sudah mula
mereput. Jadi, sehari sebelum Ramadhan tempoh hari, 
kelima-limanya ku jadikan tergelempang.

Menggeletar juga hati dengan tangan, mengawal batang-batang yang 
mula "geropos" menyembah bumi. Maklumlah, bertugas seorang!
 

Terang benderang kawasan depan nampaknya. Hati lagilah
benderang dari macam-macam kebimbangan.

Pokok kelat paya kat bawah ni mengering sendiri. Bakal dikapak 
juga nanti.Gelempangkan macam Pinang Berlima di sebelahnya.

 
Kalau namanya umbut kelapa, bolehlah dimasak untuk bersahur!
 


  Dan di bawah ini, itulah satu-satunya si pinang yang 
masih dalam simpanan buat sementara waktu. Sebenarnya sudah disapu 
racun+diesel juga. Tapi rupa-rupanya dia ada ilmu kebal.
 

Pra- raya, yang bergelempangan di atas tadi mesti diberi 
layanan seperti di bawahi ni. 
Macam yang aku pernah lakukan rasanya dua tahun lepas.


Tak samalah kita raya ni, ya Pinang Berlima.
DIA sahaja Yang Maha Mengetahui!

Tuesday, July 24, 2012

MARKISA RABU BUTA

Kira-kira 10 tahun dulu, dua pokok markisa yang 
ku tanam di pinggir pagar, 
banyak buahnya. Cari-cari, tak ada pula gambarnya.

Yang kat bawah ni,  satu pokok saja. Ku tanam 
pertengahan 2011. Di satu pojok,  kawankan dengan si sirih.

   
Yang kat bawah ini pula,  ku tanam hujung 2011, di belakang
rumah.  Satu pokok saja juga.  Gengkan dengan si pisang emas.

 

Yang nak cerita ni, dua-dua pokok, belum ada yang lekat buahnya. 
Ada ku beri baja NPK. Tapi, maklumlah, sebab bukan
"agriculturalist" tulen, ada aku kisah sepatutnya Nnya berapa, 
Pnya berapa, Knya berapa? Atau perlunya unsur-unsur lain lagi selain NPK tu?

 

  Juga, ada aku kisahkan jadual hidupnya, bila berbunga, bila patut berbuah, dan lain-lain? 

Yang aku tahu, buahkan "rasa pelik" dalam kepala sendiri saja, 
mengapa bunga-bunga cantiknya asyik mengering dan jatuh. Dan tak nampak putiknya?!

Tak mengapalah. Bertanam seronok-seronok. Eh, tak mengapa??

Itulah cerita markisaku yang RAjin BUnga BUah TAda. 
Ada yang sudi membantu tanpa memarahiku?


Sunday, July 22, 2012

M A L E P U

Macam biasa, bila teringin, bila tak ada orang
di dapur, jalanlah projek sendiri.

Tak lama sebelum puasalah tu. Yang dilibatkan, cari kat belakang.


Benih dari kampung. Kata kakak, namanya U Pulut! Kalau nasib
baik, mungkin keluar padi pulut kat pelepah-pelepahnya tu!

Geng akrab betul U Pulut dengan P Emas.


Ramuannya, biasalah. Rempah ratusnya  cili besar merah dan bawang
merah diricih + udang kering. Santannya perah dari kotak (sebab kampung 
berkelapa di Bagan Datoh, jauh!). Garam + gula, sikit-sikit saja.

Ku pastikan pucuk U Pulut tu yang muda saja. Kemudian
direbus dulu, dibuang air hijaunya. Kata orang yang pandai ilmu pokok, 
air hijau tu penuh cynide. Ye ke itu nama bendanya?

Tak ingat zaman arwah emak memasaknya dulu, buang
cynide atau tidak. Tapi tak ada pula kes keracunan dalam rumah.


Lain kali boleh eksperimen. Campurkan sikit benda kat bawah ni. 
Bunganya ke, atau daunnya. Bukanlah si batang rambutan besar tu!


Atau masukkan sikt pucuk Kesum, atau Basil, atau Pudina dari
"melting pot" (banyak bangsa dalamnya, hidup dengan harmonis!) kat bawah ni.


Tapi pastilah tak akan ku hiriskan si daun Bemban yangjuga ada dalam
pasu besar tu untuk ramuan MALEPUku. Kenal yang mana Bemban?

 Juga, tahu kan dah,  MALEPU tu apa?

Thursday, July 12, 2012

BABAK-BABAK BERLALU : 1


  Sayu-hiba juga aku melihat gambar dua-duanya (buka satu-satunya) 
puteraku ini. Diambil pada tahun 1982, di persekitaran Hasbrouck Apt, Ithaca, NY.


 

 Sayu-hiba sebab mereka tidak lagi sekecil dalam gambar tu,
untuk terus jadi rakan sepermainan.... huhuhuhu....!

Yang turut nak ku kongsikan di sini ialah kamera spesial
di bawah ini. Yang telah ku gunakan untuk merakamkan 
wajah mereka dan padang di mana mereka bermain.


Kita boleh nampak rupa objek melalui 
cermin kecil di sebelah atas badan kamera tu. 
Lihat dari atas, bukan dari belakang!


 Flashnya, action saja. Sebab tak ada lagi mentolnya 
sekarang ini. Mentolnya itulah yang bila digunakan 
akan mengeluarkan flash, berbunyi "tup" 
dan terus terbakar!   Mahu flash lagi, ambil mentol baru yang lainlah!


Kamera istimewaku telah ku beli dengan harga U$D5 
dalam satu garage sale di Ithaca.  Masih ku simpan.

Masa ku bawa balik dulu, bila ku carikan filem negatifnya,
memang orak eneng, kadadak, tak do, ilek, not 
available.... Sama ada yang Black & White atau yang color.


Babak-babak berlalu, membawa kenangan, 
kepada suka-dukanya suatu zaman.

Tuesday, July 3, 2012

BENDA-BENDA KECIK YANG BUAT ANDA BENGANG?

Al-lavendari (al-lavendari.blogspot.com) dalam entrinya "BENDA-BENDA KECIK YANG MEMBUAT ANDA BENGANG?" pada 3 Julai lalu telah tag Temuk. Juga yang lain-lain kat bawah sekali tu.


Biar Temuk respon di laman sendiri ni, dan kemudian tag pembaca lain pula, ya?

Temuk SANGAT SETUJU dengan benda-benda kecil yang membengangkan tu, Tuan al-lavendari!

Jadi Temuk cuma akan tambah, atau beri reaksi Temuk kepada benda-benda yang jadi "keperihatinan" al-lavendari tu, hehehe. 

Responnya, yang bertaip condong merah tu.


Kita mulakan selepas tengok (atau langkah saja, tak payah tengok) gambar bunga "kertas lidah" dengan "kertas orkid"  Temuk di bawah ni, hehehe.
 
Sekarang, reaksi Temuk. Jeng...jeng... jeng...(Yang tulisan putih tu, al-lavendari punya yang asal)

Di samping benda-benda besar (seperti orang pinjam duit kita RM10 ribu tapi tak bayar balik), banyak juga benda-benda kecil yang membuat kita bengang.

(Bila ada orang pinjam RM10 ribu tapi tak bayar balik, mungkin Temuk minta bantuan al-lavendari cari pakar menuntut hutang yang boleh gunakan cara halus..... bersopan santun.... bukan cara kasar seperti guna senapang).

 
Antara benda-benda kecil yang buat saya bengang ialah:

1. Bila orang guna ubat gigi, picit kat tengah.

(Temuk kerat tengah-tengah tiub ubat gigi yang jadi leper kena picit tu, buang tutupnya, dan letakkan semula di tempat asalnya. Agak-agak ada orang picit kat tengah lagi tak?)

 
2. Bila orang pinjam selipar kat surau kemudian letak kat tempat lain.

(Temuk beli selipar baru yang murah dan letakkan yang kanan dan yang kiri di tempat berasingan yang senang diingat. Peminjam takkan pinjam selipar Temuk lagilah!)

3.  Bila orang yang buka tajuk lain sedangkan kita belum habis cakap.

(Temuk akan kata pada dia, "Wow, seronok cerita tu.... tapi, tadi ni.... ha, cerita saya tadi.... bla, bla...")

4.  Bila orang buka botol minuman berkarbonat tapi tutup balik tak ketat
  
(Temuk cepat-cepat habiskan minuman itu sebelum "gas penyedapnya" habis, tutup ketat-ketat botolnya, dan letakkan balik di tempat asal).

 5.  Bila orang tekan loceng kat pagar rumah berkalikalikalikalikalikalikalikalika..

(Temuk intai. Kalau yang menekan loceng tu rasanya orang nak menjual sesuatu, Temuk tutup suis loceng dan kata pada dia dari tingkap, "Abang saya di Gombak!". Memang ada abang di sana! Intai, sebab takut juga kes jiran kecemasan!)
 
Saya nak tag beberapa orang yang terlintas dalam kepala saya pada masa ini. Jangan lupa tengok entri al-lavendari, ya.

sekilau 1; adry@daun:  zul permatang badak; dekni;  ahmad humairi.

Terima kasih, al-lavendari, kerana tag Temuk!

Kakzakie,  Kunang-Kunang, Queenie, Fairus, Junaina,  Encik Hanif, Insan Marhaen, Temuk dan Hanis Zalekha