Pak Temuk
teringat. Nak menggoreng benda di bawah ni.
Bagus juga "
teringat" tu. Sebab, kalau tak, dapur jadi sepi,
atau Pak Temuk jadi menyepi saja di dapur.
Kacang saja kerja menggoreng benda "kurma" tu. Buang bijinya.
Salutkan dengan tepung beras. Tenggelamkan dalam minyak panas.
Hasilnya, comel macam gorengan pisang salai. Zahirnya, bukan rasanya.
Sebenarnya, semasa menggoreng kurma manis itu, Pak Temuk jadi
teringat sangat pula bumi di mana pokoknya hidup subur.
Jadi teringat pula Pak Temuk beberapa gambar yang diambil di persekitaran
bumi itu. Semasa umrah, April-Mei 2011. Gambar-gambar itu ada keistimewaannya.
Yang di bawah ni, pastilah gambar spesial bagi Pak Temuk. Masakan tak spesial. Kan itu
gambar pokok! Pokok! Yang keluarkan buah, sejenis dengan Pak Temuk goreng!
Tapi yang lebih istimewanya, Pak Temuk teringat, terbayang masa itu, itu adalah
ladang Pak Temuk! Bukan Pak 'Arab punya. Hijau dipenuhi dengan klon hebat, kurma Najwa!
Pak Temuk teringat juga, masa itu terbayang di kepala, ada kebun Pak Temuk yang
sedang dibaikpulih. Kira masuk "projek"lah - Rancangan
Pemulihan Dan Penanaman Semula Kurma! Macam Rancangan Pemulihan
Dan Penanaman Semula Kelapa dalam tahun-tahun 70an di kampung dulu.
Di bawah ini pula, nampak Pak Temuk riangria, dengan para unta. Juga dengan hijau-
hijauan di tanah gersang tu. Sedikit, tapi tetap ada. Pak Temuk teringat, harga susu unta segar
masa penziarah turun bas jauh lebih mahal daripada semasa mahu menaiki bas semula!
Tapi, keistimewaan gambar itu amat berkaitan dengan erti persahabatan.
Rakan Pak Temuk yang cekak pinggang sebelah tangan tu, sekarang ni CEO sebuah
kolej swasta. Tak pernah bergeng pun semasa di universiti (1968-71).
Tapi, sejak sama-sama bekerja di Kolej Pertanian Malaya (1971) sampai dua-dua
bersara (dia dulu!), insya Allah, jadi geng akrab. Alhamdulillah, kami menunaikan haji bersama-sama. Umrah dengan keluarganya, berpeluang baru sekali.
Semasa umrah juga Pak Temuk mengabadikan gambar iklan di bawah ni. Sebabnya, ada
nama al-manar di situ. Menjadikan Pak Temuk amat teringat masa itu akan pemblog
istimewa dari negeri "Teganu kite" yang blognyajarang Pak Temuk terlalai dari mengikutinya.
Pemblog itu seorang pendidik yang menamakan dirinya dan juga blognya "al-manar".
Pendidik berhati mulia ini telah menubuhkan sebuah yayasannya sendiri, yang rasanya
sudah pun berusia dua dekad. Yayasan ini memberi ruang dan peluang kepada para pelajar
yang tercicir atau rendah prestasi pengajian mereka, kerana pelbagai sebab, untuk meningkatkan kelayakan akademik dan seterusnya taraf hidup mereka. Sungguh besar jasa bakti "al-manar" kepada anak bangsa kita, khususnya yang tinggal di sekitar kawasannya.
Hayatilah babak-babak perjuangan dan pengorbanan pendidik yang
komited dan berjiwa besar ini melalui blognya
al-manar-nuri.blogspot.com.
Dan yang di bawah ini pula, gambar Pak Temuk dengan CL (manzlie), yang blognya memang kerap Pak Temuk ikuti. Pak Temuk memang berharap dapat berjumpa dengannya. Allah mengizinkan. Terserempak dengannya berhampiran Restoran Felda. CL bekerja dengan sebuah hotel, betul-betul di depan Masjidil Haram. Maaf ya CL, sudah lama baru ditayangkan gambarnya.
Gambar ini memang akan selalu jadikan Pak Temuk
teringat
akan blognya
"Pengalaman Di Kota Makkah" (manzlie-makkah.blogspot.com)
yang diikuti oleh sungguh ramai pemblog, khususnya dari Malaysia,
yang sentiasa mahu tahu berita terkini tanah suci, semasa atau pun di luar musim haji.
Liputan berita maya CL yang acap dikemaskini memang amat bermanfaat. Terima kasih, CL!
Kepingan gambar-gambar di bawah ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Masing-masing menjadikan Pak Temuk
teringat akan keterujaan diri melihat hebatnya projek penglebaran Masjidil Haram, masjid teragung kita, yang seolah-olah tiada titik noktahnya.
Dan keterujaan melihat rancaknya pembangunan Kota Mekah sendiri. Kelihatan mantap sungguh buminya yang dikorek di sana sini. Dikorek dengan dalamnya, namun tetap stabil tanahnya.
Juga, sudah tentulah Pak Temuk jadi teringat juga akan usaha pembaikan dan
pengindahan Masjid Nabi. Juga bandar Madinah di mana ia berdiri gagah.
Elok juga kalau kita selalu teringat. Teringat kepada perkara yang baik-baik. Yang membawa kenangan manis. Yang mampu memberi pengajaran. Malah yang berkuasa menusukkan keinsafan.
ooooo 0 ooooo