Saturday, December 13, 2014

CERITA KEMAJUAN DAN NIKMAT ALLAH.





Dalam hendak mudahkan hidup, dengan antaranya memangkas 
dan membuang pokok-pokok yang sedia ada sedikit demi sedikit, 











 Pak Temuk cuba pula (!) hobi baru, menanam tin. Ada
Pak Temuk ceritakan sebelum ini. Pelannya sekarang: berhenti 
"pemerolehan" sesudah pokok ke-12.

Ini nak bercerita sikit kemajuan hobi baru. Cerita bergambar.

Selepas lebihkurang dua bulan dipasukan, pokok tin mula membesar. Ketinggian asal, lebihkurang setinggi sekaki. Kini ada yang mencecah lima kaki, dan bercabang-cabang.
Ada yang dipolibegkan. Nak elakkan hujan, takut daun berkarat, guna kaedah "kelambu".  Lebih murah (malulah!) daripada bangunkan "rumah hijau". Masalahnya, penat pasang kelambu bila dengar guruh di langit! Bila pokok sudah agak besar, kelambu pun disimpan. Memang banyak daun jadi berkarat!


 


















Di sebalik gambar-gambar di atas, Pak Temuk nak sebut 
pengalaman berharga yang diperolehi: menyediakan medium (campuran tanah dll), membaja pokok, mengairi pokok, membungkus putik, dan 
pengalaman mengawasi musuh-musuh pokok.

Ada juga si kecil yang berlagak matang. Juga yang besar tak matang, beraksi matang!

Bukti ketakmatangan kedua-duanya. Ingatkan yang lebih besar itu benar-benar meranum. Rupa-rupanya, kata para sifu tin, ia bukan masak. Ia (hihi!) membusuk!



 


Saja untuk rekod, yang beratnya 22 gm itu bernama 
Matsui Duphine. Yang 29 gm, Jumbo TGF. Belum sempat baca asal 
usulnya. Masa beli anak benih pun, pakai beli saja. 

Lihatlah di bawah ini, wajah kedua-duanya setelah dibelah.

 


Dari cerita para sifu tin, hujan yang banyak kebelakangan ini boleh menjejaskan kuantiti dan kualiti buah.

Maka berbisiklah napsu, Matsui Duphine dengan Jumbo TGF 
sepatutnya lebih merah dalamnya, juga lebih manis rasanya, 
jika tiada pengaruh sang hujan. 

Mujur akal cepat meningkah. Untuk percubaan awal ini, 
itulah yang Allah hendak beri sebagai satu nikmat. Memadailah!

Pak Temuk jadi amat teringat.
Surah Ar-Rahman, ayat 10-13, yang maksudnya: 
Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. 
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Thursday, December 4, 2014

CERITA TANDUK

Eksperimen menanam si Tanduk bolehlah dikatakan gagal. 

Entah berapa bulan dahulu si Tanduk hidup subur. Di pinggir tembok. Beranak pinak.

Kira-kira pada Julai lalu keluarlah tanda ia punyai hasil. Buahkan harapan.

 


 


Akhir Ogos, si Tanduk sah uzur. Sakit sekujur tulang belakang. Rawatan pakar ortopedik tidak ketara efikasinya.


 


 






Si Tanduk patah tengkuk, patah pinggang. Pakar ortopedik patah hati. 













Mujur.  Jiran dibelakang, kebetulan, juga bertanduk. Ayu hasilnya. Dan pakar ortopedik tidak kempunan.

Tuesday, October 28, 2014

APA YANG GANGGU CAPE GOOSEBERRY INI?

Benih cape gooseberry yang Pak Temuk tanam baru-baru ini datangnya
dari sebuah restoran di Kuala Lumpur. Restoran? Ya. Berry itu dijadikan 
penghias kek pencuci mulut. Pak Temuk nikmati keknya, dengan 
sebiji berry. Sebiji berry lagi, Pak Temuk bawa balik, jadikan benih.

Dipandang pada rupanya, macam subur jugalah cape gooseberry ini.

Tumpuan kepada pokok yang dipasu.
Nampak subur juga.
















 Tapi, buah yang terhasil taklah sebesar buah yang dijadikan benih. 
Yang sememangnya diimport. Rasanya juga tak sesedap 
yang diimport, walaupun sejujurnya bagi Pak Temuk,  cape gooseberry  
ini bukanlah sedap sangat, hihi.

Tapi yang lebih nak cerita di sini, Pak Temuk tak dapat pastikan 
apa sebenarnya yang mengganggu buah berry Pak Temuk. Berry yang 
sudah masak, rosak. Begitu juga "kulit-pembungkus"nya. 

Mungkinkah angkara serangga atau makhluk perosak 
lain? Mungkin juga disebabkan amalan penanaman yang 
tak betul, atau faktor cuaca dan persekitaran.

 
Kerosakan pada berry.
Bekas siapa? Bekas apa?

















Di bawah ini gambar cape gooseberry yang pernah Pak Temuk beli, 
tahun 2010 dulu. Cuba bandingkan rupanya dengan buah "letup-letup" kita.

Cape gooseberry vs letup-letup.

Cape gooseberry. Gambar Pak Temuk, 2010.
Buah letup-letup liar kita!
Letup-letup liar tempatan.

Ketemu lagi dalam paparan akan datang. 
Selamat mengharungi tahun 1436H.

Monday, October 20, 2014

ADA YANG JANGAN PUNAH

Pokok mata kucing (maku) punya kisah.


Rendangnya menyejukkan.
Buah tinggi, tapi  memaniskan tekak.





 Tapi maku juga ada masalahnya

Akar maku kuat mengangkat longkang.... juga lantai.
Amat letih mengurus daun dengan ranting keringnya,

Batang sekah boleh berziarah ke rumah sebelah!
Ikat dahan berisiko. Kalau sekah dek angin, mungkin tak terbang jauh.
Sedikit-sedikit. Berbulan-bulan, projek pupuskan maku dilangsungkan.

Bila sempat, kurangkan dahannya.
Sebelum ada gergaji rantai.
Pemupusan peringkat akhir. 


 

 


 
 
 Maku biar punah.
Hatta, mata air.

Mata hati, jangan sekali-kali.




Tuesday, October 7, 2014

DALAM PADA NAK MUDAHKAN HIDUP.....

Semakin bertambah jenis dan bilangan pokok di sekeliling rumah yang dihapuskan kini. Supaya lebih mudah hidup. Tak perlu fikir banyak  untuk menyelenggarakannya.

Tapi, dengan tiba-tiba, teringin pula menanam tin. Dek pengaruh 
mereka yang ditemui di alam maya yang kini berseronok-seronok 
dengan cerita tin mereka: pokoknya, tutnya, keratannya, putiknya, bajanya, khasiatnya, dan macam-macam lagi. 


Peringkat awal: Takut sangat anak tin rosak kena hujan!
 

Kelmarin, sempat ke Johan Setia, Kelang, lagi. Mencari tambahan anak-anak tin.  InsyaaAllah, sudah ada sedozen semuanya sekarang. Cukup! Cukup!

Di rumah, dapat merasa lagi tin segar yang diberi percuma oleh pemilik nurseri.

Tut dan buah tin segar dari Kelang.
Kapan kembang-kembang dan selainnya terus dikurangkan, insyaaAllah, hidup tetap boleh jadi mudah sekalipun para tin mendatangi keliling rumah.