Wednesday, September 22, 2010

ORKID PENAWAR RINDU

Dengan izin Allah, sebelum raya, orkid yang kubeli mula menampakkan 'tiang bunganya'. Pada tiang itulah para kudupnya melekap berbaris.

Telah lebihkurang setahun orkidku itu kujaga. Dengan kesungguhan,  dan juga kealpaan.



Batang kudup memanjang. Melentok dengan kudup-kudupnya yang menonjolkan diri satu persatu. Sembilan beradik!


Nah, ini wajah barisan kudup, mengembang satu persatu. Dari kuntum pertama, hinggalah kuntum kelapan. Kupaparkan di sini, tanpa menunggu kudup kesembilan mengembangkan sayap-sayapnya. Tak sabarnya aku. Mungkin sebab sudah menunggu berminggu-minggu!





Bila kudup terakhir mengembang nanti, kesabaran menunggu taklah teruji lagi. Cuma selepas itu pula nanti, akan bersedihlah hati melihat sekuntum demi sekuntum layu dan gugur, kapan telah sampai waktunya. 

Tuesday, September 14, 2010

KALAU ADA LEBIH .....

SELAMAT MENERUSKAN CUTI RAYA DI MANA-MANA
SELAMAT PULANG KE RUMAH SENDIRI DAN MULA MELAYANI TETAMU 
SELAMAT MENGUNJUNGI RAKAN SETAMAN, JUGA SEPEJABAT 
SELAMAT MEMENUHI JEMPUTAN PARA PEMBUKA RUMAH 
DAN, SELAMAT KEMBALI BERTUGAS.


Kalau selasih condong ke kanan
Ikatkan ia ke batang pulai
Kalau terlebih kurma Ramadhan
Gorenglah seperti si pisang salai.



Rasanya, gorengan kurma kering lebih cun daripada gorengan kurma madu.

Sunday, September 5, 2010

PENGGANTI DIRI ....

KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
SALAM RAMADAN SERTA INGATAN MESRA


SEMOGA SIHAT SEJAHTERA JUGA BERGEMBIRA
SEPANJANG TEMPOH ANDA BERAYA