Tingkatan VI (1966-67) Sekolah Aminuddin Baki (SAB), Kg. Pandan, Kuala Lumpur - Itulah Tingkatan VI pertama di SAB, juga pertama (dan terakhir) yang beraliran Inggeris.
Itulah kami. Kelas gah seramai 32 orang yang didatangkan dari Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. (Sila Klik pada gambar untuk besarkan saiznya).
1966: Tingkatan VI Rendah, dgn Guru Kelas, Miss Marsden. |
1967: Tingkatan VI Atas, dgn Pengetua, Guru Kelas dan 2 guru lain. |
Selesai peperiksaan Higher School Certificate (HSC) berpisahlah kami. Lepas itu adalah juga yang berpeluang ketemu. Macam semasa menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi atau semasa bekerja di sana sini.
Bila dah bersara, memang adalah juga yang terserempak kawan sekelas tu. Macam di sekolah anak atau cucu, di pasaraya, atau masa kenduri kahwin sapa-sapa. Itu pun lebih di kalangan kawan-kawan yang menghuni Wilayah Persekutuan atau Selangor.
Sebab adanya rasa "ada ramai yang lama tak jumpa", Temuk memang lama berhajat mengajak kawan-kawan tu berkumpul, bertemu muka, di rumah. Memanglah, sebelum itu pun pernah juga ada perjumpaan di rumah rakan di Bukit Damansara dengan di Kota Damansara. Tapi dah lama dah. Masa itu pula, lebih susah nak trace rakan-rakan.
Dengan izin Allah, pada 21 September 2013 yang lepas, berkumpullah rakan-rakan di rumah Temuk di Bandar Baru Bangi. Selepas lebih 45 tahun meninggalkan SAB! Kira 3rd reunion lah!
Daripada kumpulan kelas kami seramai 32 orang, lima orang telah meninggal dunia. Temuk dapat hubungi 20 orang. Yang akhirnya hadir 14 orang (Mohd. Ali, Md. Ishak, Abdullah, Mohd. Shahibi, Ahmad Zakki, Bakri, Md. Zenon, Yusof, Shaharudin, Nordin, Aziz, Noralenna, Zaharah (Ampang), Siti Zubaidah).
Jadi 15 oranglah semuanya, termasuk Temuk. Dengan suami atau isteri, anak, atau saudara yang sempat bersama, alhamdulillah adalah seramai 26 orang jadinya.
Kalaulah Zaaba, Abd. Menon, Mohd. Pilus, Sapura, Salha dan Zaharah (Sentul) yang memang bercadang untuk datang dapat bersama, tentulah lebih meriah lagi perjumpaan itu. Tapi, yalah, "rezeki berjumpa" dari Allah nampaknya memang setakat itu saja pada hari itu.
Jadi 15 oranglah semuanya, termasuk Temuk. Dengan suami atau isteri, anak, atau saudara yang sempat bersama, alhamdulillah adalah seramai 26 orang jadinya.
Kalaulah Zaaba, Abd. Menon, Mohd. Pilus, Sapura, Salha dan Zaharah (Sentul) yang memang bercadang untuk datang dapat bersama, tentulah lebih meriah lagi perjumpaan itu. Tapi, yalah, "rezeki berjumpa" dari Allah nampaknya memang setakat itu saja pada hari itu.
Terutama untuk para rakan yang sempat hadir, sudi menyepertikan jemputan Temuk yang tak sepertinya itu, silalah bersantai dengan gambar-gambar pertemuan kita itu.
Puteri kepada Shaharudin. |
Lepas baca doa. Kesian rakan-rakan kena makan di khemah. Apa yang adalah, ya. Maaf, yang jelas, air-cond memang tak ada!
Suami Noralenna, berbaju merah. Terima kasih Hj. Jaafar, di atas kesudian datang dari lokasi terjauh.... Melaka! |
Terima kasih, Bakri (berkopiah putih). Dia membacakan doa. Semoga Allah kabulkan. |
Terima kasih para isteri rakan di atas sokongan dan sudi bersama. |
Temuk, Isteri (berbaju merah), Zubaidah & Noralenna |
Semua warga emas ini jadi Pengarah Sesi Bergambar. |
15 drpd 32 bekas perintis Tgkt VI SAB.Semua kelihatan lebih cun dari dulu! |
Ramai-ramai sekali..... dengan suami, isteri, anak, saudara.....yang sempat bersama. |
Sekejap saja rasanya masa berlalu. Dah nak balik dah bekas murid-murid ni....! |
MAAF BANYAK-BANYAK ya para rakan, di atas segala kekurangan Temuk dan isteri dalam perjumpaan kita itu.
TERIMA KASIH tak terhingga kepada para rakan budiman. Tanpa
kehadiran kalian, tiadalah pertemuan!