Bertahun sudah, Pak Temuk berhajat hendak menaiki KL MONORAIL.
Kelmarin, insya Allah, hajat itu tertunai.
Dari stesyen UKM, Pak Temuk dan isteri ke KL Sentral, menaiki "komuter".
Sudah 3-4 kali naik benda "komuter" tu!
Meriah juga KL Sentral ni. Datuk Bandar mesti ada macam-macam pelan
menghebatkannya. Maklumlah, ini KL Sentral. Takkan kita hendakkan KL peripheral.
Rupa-rupanya, di KL Sentral masa Pak Temuk sampai, ada pameran buku Islam.
Sempat juga beli buku Tasawuf dengan buku Kerabu. Juga sempat cari
majalah fotografi di sebuah kedai berdekatan kawasan pameran.
Masa itu, kebetulan, ternampak pula ada iklan kat bawah ni. Banyak
sungguh kaunter untuk "orang awam" dapatkan kad diskaun KTM.
Rupa-rupanya, untuk orang yang semuda Pak Temuk, ada kaunter khas.
Special golden citizens punya! Tak payah isi borang. Hulur saja "IC".
Bayar RM5. Dapat kad macam di bawah ni..... Jangan lupa, perbaharui tahun depan!
Dah ada pelan gunakannya. Mungkin, Insya-Allah, ke Tg. Malim dulu.
Minum kopi O "kaw" + mi hailam + pau kaya Tg. Malim.
Terasa sedih sikit (sikit saja). Orang awam yang ke kaunter di atas tadi tu, boleh gunakan kad untuk dapatkan diskaun 50% bila beli tiket. Yang Warga Mas pun "serupa".
Kalau diberi disakaun 55, 60 atau 61.5% .... contohnya..... kan lebih
nampak "mas"nya tu ada kilauannya! Bukanlah maksudnya kumpulan yang lain tu tak berkilau!
Selesa juga koc monorel ni. Tak sesak masa tu. Mungkin sebab "waktu pejabat".
Dalam monorel pun sudah terbukti (kajian yang lalu memang sudah
membuktikan), rakyat Malaysia sekarang sudah jadi lebih rajin membaca.
Dari dalam monorel kelihatan blok-blok konkrit di bawah ni. Bila rumah-rumah
pangsa kosong ni nak dirobohkan, Datuk Bandar? Siapa punyalah agaknya?
Agaknya banyak juga lagi tanah yang belum dibangunkan di KL ni. Kalau
Pak Temuk punya, tentu Pak Temuk jadikan ia KEBUTEK (kebun buah di tengah kota).
Buah fikiran Pak Temuk, mampu setakat fikirkan hal buah sajalah! Lagi pun
Pak Temuk memang sukakan pokok, suasana hijau, juga persekitaran sejuk.
Jangan marah, ya, para pakar ekonomi!
Pak Temuk juga sempat rekodkan gambar istimewa di bawah ini dari dalam monorel.
Kenal tak "bangunan yang menyaksikan banyak kematian yang sekarang dimatikan" ini?
Lain kali, Pak Temuk ingin cuba tren-tren yang lain pula. Selain monorel
dan komuter yang sudah dicuba. Sambil nikmati keindahan
sekeliling yang lain pula. Minta-minta, dapat dilihat, kawasan-kawasan
yang "naik batu", juga "dikelilingi pokok".
Macam yang di atas ni!