Sunday, June 23, 2013

SURATAN LWN BUATAN.

Ingatkan tempat Pak Temuk tak bakal kena. Walaupun 
SS (Sang Suria) dah mula nampak sugul

SS dari tingkap, 20.6.13, pada kira-kira jam 7.30 pagi.
Mula-mula, yakin masalahnya masalah SS muram saja. Sampailah 23.6.13. 
Hidung sensitif mula dapat menghidu bau bakaran dengan asap, dengan lebih jelas.

SS pada 23.6.13, kira-kira jam 7.00 pagi.
Rupa-rupanya benarlah Sang Jerebu (SJ) dah tiba. Tak berapa ketara 
di sekeliling rumah Pak Temuk. Tapi berhampiran tol UKM/Bangi, juga  di lebuhraya
ke selatan (dilalui masa nak kenduri ke Seremban), sudah mula menebal rupanya.
 


 

Hari ini, 24.6.13, SJ sudah pun berjaya menyelubungi persekitaran kawasan 
Pak Temuk. Malah, sebenarnya, dia sudah pun masuk ke dalam rumah.

Semua tingkap dibuka kecil-kecil. Tapi SJ  tetap curi-masuk. Yang
memasuki rumah memanglah keluarkan aroma bakaran. Hari ini, lebih 
terasa kesan kehadiran SJ ni pada pada mata dengan tekak, juga hidung.

Kata internet, buka air-cond.  Tak larat rasanya badan nak duduk dalam air-cond 
siang malam. Pak Temuk kesian pada wargarumah termuda di bawah ni (yang sementara 
renovasi rumahnya belum siap masih bersama Tok Wannya). 

 Terpaksalah juga kurung dia lebih dalam air-cond. Memang bimbang 
macam-macam particles dengan asap bakaran menyinggahi paru-parunya.

 


Bila SJ mengembangkan kepaknya, Sang Rambulan  (SR) pun jadi sugul juga. 
Gelap di atas tu. Sukar nak menggambar. Pandai-pandai pula si lensa menduakan SR.

23.6.13, kira-kira jam 9.00 malam.
 SS + SR + kita semua, ayuhlah berdoa semoga SJ segera pergi. 
SJ ini suratan. Bagaimanalah kita boleh menjelaskan ia juga "buatan"!

Sunday, June 16, 2013

LAJUNYA MASA TERBANG!

Dalam era pencen ni, jaranglah nak berpeluang menyebut,
"Eh, ingatkan hari ni hari Rabu, rupa-rupanya baru Selasa!"

Yang amat selalu disebut, "La, ingatkan Rabu. Dah Khamis malam Jumaat rupanya!" 

Terasa sangatlah, jadinya, banyaknya perkara yang nak dibuat yang belum 
sempat dibuat. Memang dirasakan sangatlah peri  tak bagusnya masa terbang laju ni!

Yang boleh dikatakan bagus, dirasakan lama lagi dia di penjuru tu
nak menua, tapi dek sebab masa terbang laju, tahu-tahu ternampak bukan saja dia
dah tua tapi dah tua-bangka. Malah dia dah pun patah tengkuk!

 

Terasa ada pula untungnya "masa terbang laju" tu.
Cepat patah tengkuk, cepatlah dapat hasilnya. Ada macam indirect saving
jadinya, dalam kadar cepat. Kurang lebih RM10 juga tu kalau dicari di pasar.



Saja menyimpang (tingkahlaku orang menua!), nak kata, bagi yang suka 
berpantun, kalau lihat komoditi di atas tu (hasil dari dia yang patah tengkuk),
amat mungkinlah dia akan terus teringatkan puisi anggun ini:

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

Terima kasih sangatlah kepada entah siapalah, dahulu kala, yang menggubah 
pantun molek ini. Tak berhenti-henti orang meminjamnya. Untuk pelbagai guna.


Thursday, June 13, 2013

ALAHAI, MEMANG DIA RUPANYA!


Riuh rendahlah Pak Temuk bercerita, tak lama dulu. Kisah pokok lemon yang
dibeli di MAHA lebih dua tahun lepas. Yang disangka dah malih, jadi limau nipis!

Masa itu Pak Temuk perhatikan buah awalnya, yang cuma 2 ketul pun,
terus menghijau saja. Tak pun menguning, mengikut sepatutnya. Bulat pula tu.
Dua biji (bukan sebiji!) macam limau nipis!

Pak Temuk bungkus 2 ketul "emas" hijau itu dengan kertas. Biar tambah besar.

Tapi, bila keluar bunga baru (4 kuntum) baru-baru ni, Pak Temuk
jadi teruja nak tunggu macam mana rupa buahnya. Insya-Allah, tak lama keluarlah
putik-putik  macam di bawah ni. Wow, lonjong! Ni bentuk body lemon ni!
Pak Temuk pun selak bungkusan 2 biji buah pertama. Taklah mereka
menukar body shape jadi melonjong. Tapi nyata paras rupa telah lebih
menguning daripada menghijau. Wow, memang mengujakan!
 Sahlah. Penjual anak benih tak silap sebut nama pokok. Tak silap beri pokok!
Maaf ya tuan penjual. Yang salah sangka, sebab darjah kesabarannya 
amat rendah, Pak Temuk sendirilah.

Dah tak payahlah belah 2 buah awal tu dan rasa isi. Dah yakin, kalau pun
dilakukan itu, takkan rasa masamnya macam rasa limau purut atau limau kasturi kat pinggir
rumah tu, yang masa ini agak banyak juga buahnya.






Memang hebat pengajaran "sabar itu istana iman". Ada kalanya, amat lama
kita terpaksa menunggu untuk mendapat, mengetahui atau membuktikan sesuatu.

Saturday, June 8, 2013

DIA YANG TAK SABAR campur CERITA MADU

Dalam sebungkus, buah yang Pak Temuk beli ni, ada 3 ulas. 
Harganya, RM3.00. Kata yang menjual, namanya Nangka Madu.

 

Nampaknya benda-benda madu memang bernilai tinggi. Pasal itu banyaklah benda
yang boleh dimakan hari ini yang di"madu"kan dek penjualnya. Biasa dengar kan... mempelam madu, nangka madu, tembikai madu, jambu air madu, limau madu, beriani ayam madu.....


Yang madu betul tu, maksud Pak Temuk "madu lebah", lagilah mahal. Apa lagi madu lebah
yang susah kita nak cari, macam madu tualang, madu camuk, madu kelulut.... Atau manuka honey yang dah banyak dimasukkan ke tanah tumpah darah kita ni dari luar negara.

Pak Temuk pernah bungkus-bungkus madu jadikan buah tangan masa kendurikan anak. InsyaAllah madu tempatan-tulin. Dapat daripada satu syarikat Bumiputera terkenal di Cameron Highland.


Pak Temuk ada  nak pesan sikit. Jauhkan diri daripada madu lebah yang harganya
menarik (yang murahlah tu!). Pak Temuk pernah beli yang jenis tu. Bila dicampurkan dengan satu jenis tepung minuman "malt" segera, hasilnya cairan yang dekat-dekat rupa air kopi! Kedua-dua bahan sudah Pak Temuk buang dengan perasaan geram yang mengaum.

Balik kepada cerita Nangka Madu tadi. Sebenarnya bukan ada apa pun nak cerita.
Cuma nak kisahkan ketidaksabaran si biji nangka. Tak sabar-sabar nak tumbuh!


Dok ada dalam uleh lagi pun diya dah mola beghakaq. Melilit-lilit akar dia!

Tapi baguslah. Pak Temuk lagi seronok nak langsungkan penyemaiannya. 
Beli pun memang dengan hajat nak ambil bijinya. Insya-Allah akan lebih cepat bertunas.

Tambah-tambahlah bila sekarang ni, nampaknya cuaca setiap
petang tak beri Pak Temuk peluang nak memendekkan rumput.

Kata nak kurangkan tanam-tanam dah. Lagi pun kenapa tak beli anakbenih
cantum? Hihihi, usah tanya.Tapi kalau tanya, Pak Temuk nak kena jawab jugalah.