Tuesday, December 10, 2013

A LOVE STORY......

You can call the bond that I have with this dwarf date palm a love-hate relationship. It is a beautiful palm tree. How not to fall in love with it! 
 























But when its fronds begin to turn yellow and droop, I just hate the task of removing them because of their long sharp thorns! 



PhotoPhoto

But, the needles lining the fronds of the salak tree that I grow at the back of my house are even more wicked!

Photo


 
But, I have to show my +love -hate feeling to this salak tree... because I want it to quickly display its luscious fruits, beautifully wrapped up in their scaly-snake like skin.

I pray that this palm tree is not 'male'!

Wednesday, November 20, 2013

YANG TINGGAL SEBATANG KARA


Geli hati pula. Selepas hati dengan geram menyebut begitu.

B*b* betullah *a*i ni!

Kihkihkih. Memang betullah tu. Bukan benda tiruan. Juga, betul bukan benda lain.

B*b* itu memang betul b*b*. Makhluk yang hidup. 
Sang sungkur. Yang memang banyak meliar di kampung!

Geram. Geram. Geram.

Ngapa pula timbul geram di hati Temuk?

Tengoklah segar bugarnya si pauh molek yang Temuk 
bawa balik bijinya dari Lombok lebih setahun dulu tu. 





Satu-satunya biji benih yang dibawa 
menumbuhkan tiga tunas. Yang membesar dengan comel.

 

 Lihatlah comelnya juga si sunti komuniti "wotu telu"  Lombok 
di bawah ini. Dia yang memberi kami beberapa biji pauh yang 
diperihalkan di sini. Kecil saiznya, amat tajam aromanya. 




Sayangnya, cuma satu saja pula bijinya yang 
Temuk kendong ke Malaysia. Dan cambahkan.

Bila sudah mantap, pauh wotu telu Lombok Tiga Serangkai itu 
Temuk usung ke kampung. Tanam di sana. Dengan doa berbakul. 
Semoga membesarlah walau hanya dengan jagaan jarak jauh!

Sesekali ditanya mengenainya. Kakak kata, dia membesar.... dia membesar.

Bila balik kampung lebih sebulan lalu, Temuk dapati si pauh sunting hati 
terbujur di atas tanah. Tergelempang. Dah jadi dua serangkai. Gering. Mengering!

Maka terpacullah dalam hati kata-kata "B*b* betullah *a*i ni!". Jengkel. Jengkel!

Memang penggelempangan itu angkara para sang sungkur. 
Yang merayap dengan gengnya saban malam. 
Membajak tanah, merungkai tanah. Mencari cacing!

Tengoklah kerja-kerja pembajakan, kerja-kerja perungkaian mereka yang tak disuruh.




Cepat-cepatlah Temuk tanam semula si pauh yang dhaif.

Semasa balik kampung lagi kelmarin, pauh Lombok nyata uzur. 
Dah terbantut! Sebatang lagi tunas kembarnya telah mengering! 
Tiga serangkai kini tinggal sebatang kara.


  Temuk tambah pancang-pancang kayu sekelilingnya. Dengan 
harapan para sang sungkur tak bernafsu mengganggu. 

Juga buang semua daunnya yang memang tak sihat. Dengan jangkaan 
yang tinggal sebatang kara akan terangsang, akan lebih bertenaga,  menggerakkan 
semua mata tunasnya mengepakkan daun-daun baru yang lebar!

 

  Doa terus melaut!

Tuesday, October 29, 2013

TERUNG LUAR BIASA PAK TEMUK

Terung Pak Temuk ini luar biasa!
 
Luar biasa. Dalam pun biasa! Boleh percaya, kan?

Panen pertama, hasilnya ada yang merep saudara kembar. Ada yang berupa sebilah kerambit.
 
Tapi, sebelum dimasukkan ke medan tumisan, kembar atau kerambit, memang amat boleh, dilawakan potongan badan masing-masing.

Teringat masa membaca di internet, petua elokkan buah tomato + banyakkan hasilnya. Kena buang banyak tunas dengan dahannya yang melambak di sepanjang batang utama.

Pak Temuk pun cubalah untuk pokok-pokok terung luar biasa  (dalam pun biasa) Pak Temuk itu. Para pokok kelihatan lebih kemas.
 

Untuk panen ke 3 nanti, pokok-pokok yang berwajah lebih kelimis, nampaknya mempamerkan buah yang lebih baik saiznya.  Walaupun kuantitinya, lebihkurang sama. 

InsyaAllah, adalah juga kesan aplikasi petua tomato untuk terung pasu Pak Temuk itu.

Mati terung tidak diurus,
Tapai didedah dilaci barang;
Hati serong kehendak tak lurus,
Sampai kesudah dibenci orang!

SAUDAGAR PETUNIA

Berdasarkan pengalaman menggantung + membela delapan pasu petunia, macam ini..........
 
 
 

Campur sedikit kerajinan mengintai, mengumpul, dan kemudian
menyemai benih-benihnya yang macam ini..........

 
 
Barangkali Temuk sudah berada pada anak
tangga pertama untuk menjadi saudagar petunia.

Mungkinlah anak tangga pertama dalam
tangga 1000 anak. Yang namanya, tangga angan-angan.

Friday, October 25, 2013

MOTOR SHOW : YANG TAK JADI dan JADI DIBELI


Macam-macam kereta, juga motorsikal, dipamerkan
dalam Motor Show 2013 di MATRADE, KL, baru-baru ini.


Pak Temuk pergi pada hari penghabisan, 6.10.13.
Bawa sejumlah wang yang sewajarnya**
Hati berkata, last day, kereta dengan motorsikal mungkin dijual dengan dobel diskon!

Banyak kereta yang dibelek-belek, satu persatu.
Termasuklah yang gambar-gambarnya diterakan di bawah. 

Tapi, satu pun tak jadi dibeli. Eh, mengapa terjadi tak jadi?

Sebab senyum manisnya asyik melebar. Nanti ada pula yang jeles.
Hebat, tapi takut pula pada nama dia. Ranggi?
Yang ini memang superb, tapi rendah pula bumbungnya. Jatuh pula kopiah bila nak masuk.
OK sangat dah yang ni. Tapi tak gemar pula pada double alis dia.
Hebat, tapi mana boleh muat garaj seconet di rumah nanti?
Yang ni jenis senyum manis melebar juga.
Ayu! Tapi tentu lebih ayu kalau dipandu wanita, kan?
Dah nak sangat. Tapi bila nak bayar deposit, tak ada pula jurujualnya, kihkih!
Motorsikal-motorsikalnya pula....... serupa saja ceritanya,
belek-belek sana sini, tapi tak ada satu pun yang jadi dibeli. Ngapo Jang?
Kata dia, yang jempolan, si kopiah merah!
Suka sangat. Tapi satu kebuk, macam mana nak bawa room-mate ronda-ronda?
Yang ini..... kalaulah kuningnya lagi tua!
Room-mate dah tahu kehebatannya. Kalau beli,  mesti dia nak selalu pinjam.
  Cakap pasal motorsikal, yang kat bawah ini pun, dah
bertahun-tahun duduk bertapa. Jarang sangat distart. Apa lagi dibawa makan angin.
Cukai jalannya pun dah berpuluh tahun tak dihidupkan.
Diwarisi dari arwah adik, pada tahun 1983.

Tak jadi beli kereta, tak jadi beli motorsikal, baiklah cepat-cepat
keluar dari dewan pameran. Tengok kenderaan antik di sebelah luar.

Sangat teruja hati isteri Pak Temuk melihat kereta di bawah ini.
Dia terkenangkan arwah ayahandanya. Pernah memiliki kereta seperti
itu, semasa menjadi Pegawai Daerah di Kubang Pasu dalam tahun-tahun 50an.



Yang kat bawah ini mengingatkan Pak Temuk sendiri jenis
yang pernah digunakan semasa belajar di Ithaca, NY. 1979-82.

Tapi, versi yang ini nyata lagi antik, lagi menarik!

Kalian ada yang pernah naik yang berwarna cerah tu?
Belajar memandu tahun 1971 dulu pakai kereta jenis inilah. Ada tingkap 3 segi, depan belakang.
Ada yang kenal dan suka kereta London Taxi di atas?

Gagah tak? Bukan orang-orangnya!
Tak selalu ada peluang begini, kan?
Tengok motorsikal antik pulalah, ya. Ada yang
kenal motor "cap" apa yang mengapit Pak Temuk?



Eh...... jadinya, hari itu jadi beli apa? 

Yang di atas meja itulah, apa lagi.

**Jumlah wang sewajarnya yang dibawa pada hari itu,
sebenarnya dan sememangnya, lebih sesuai amaunnya digunakan
untuk meredakan si perut. Yang bunyi tuntutannya melebihi kenyaringan
enjin para kereta dan motor cantik.


Jumlah yang sewajarnya, jauh beratus-ratus tahun
dari cukup, untuk melangsaikan apa yang
mata seronok lihat + apa yang hati teruja nak bawa balik! Kesian!