Sunday, October 17, 2010

PENEMPEK I: KISAH KUDATI

Kudati (kucing datang tanpa izin) ini kucing betina. Dia tiba-tiba macam terpacul dari langit, di depan pintu belakang rumahku, tiga bulan yang lepas. Sekurang-kurangnya sampai saat ceriteranya dikisahkan ini, rasmilah dia jadi 'penempek' di kawasan kediamanku.

Aku tak membela kucing. Amat alah pada bulunya. Satu-satunya cucu perempuanku juga pernah bengkak bengkil mata dengan pipinya dek bulu kucing. Maka, untuk si Kudati yang terpacul, oleh sebab kesihan, walaupun ada risikonya, terus aku beri visa on the spot. Tapi untuk seminggu sahaja. Terus juga ku berinya nama, Tam (Hitam). Dan dia tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah!

Yang pasti, lepas seminggu, si Kudati jadi bertambah sihat. Sebelumnya, amat kurus kering. Suka sangat dia pada makanan kering dalam kotak yang kubelikan untuknya sehingga kini.

Tam selesa duduk 'sila panggung'.

Tunggukan Vespa. Nanti dapat friskies lebih.

Oi kamu semua, jangan ganggu aku!

Tolong buat alignment tayar belakang. Upah lagi!

Tup, tup, sekarang sudah mencecah tiga bulan Tam tinggal di (luar) rumahku. Dia sudah gebu. Cantik. Dan bertambah kuat makan.

Tapi, ada pula perkembangan baru yang kurang menyeronokkan. Tam sudah punyai banyak peminat. Para Kujan (kucing jantan), tentunya. (Maaf tak sempat paparkan semua gambar mereka). Si kujan-kujan ini sentiasa berkeliaran, mengintai-ngintai, mondar-mandir, di sekeliling rumah.

Kujan yang sewarnabulu dengan Tam.
Dia kurang kuat bersaing nampaknya.

Yang ini kujan black and white.

Kujan kuning pinang masak ini yang aku kesihani.
Kalau tak kerana kudati Tam, lentik keningnya pasti tak tergugat.

Detrmination beererti tak mahu tertinggal
dari mengekori Cik Tam!

Kujan hitam dengan kujan pinang masak beredar
keluar kawasan . (Yang kelihatan tu rumah jiranku).
Give up dulu 'mengiaui' Tam, bila tuan rumah keluar mengusung penyapu!

Selama ini amat jarang rumahku disinggahi kucing. Sekarang, siang malam, pagi petang. Riuh betul bila gerombolan kujan ini berkejar-kejaranan. Terutama waktu malam. Mereka bergaduh. Bercakaran. Bingit sungguh jeritan angau mereka. Dan riuh jugalah jeritan orang-orang di rumahku, cuba memberhentikan keriuhan mereka.


Ke hujung dunia, tetap ku cari!

Bila Tam reject, dia terima akibat kemarahan kujan.

Hingga ke tetesan darah terakhir di keningku!
Demi kamu, Tam, aku sanggup dicakar balar!
Ada satu kesan yang amat tidak ku gemari ekoran kehadiran Tam di (luar) rumahku. Memang longgokan 'baja' macam di bawah ini terdapat di merata-rata tempat sekarang. Inilah tinggalan para kujan. Ada saja setiap hari. (Tak sampai hati pula nak ku papar gambarnya banyak-banyak, dikuatiri beraroma pula skrin para pembaca). Cukup semerbak dan merebak sekali keharumannya, terutama bila longgokan 'baja' ini terlanggar, terputar dan tersepai dek mesin rumput!




Sorry, Tam, it looks like  you have to go somewhere now. You have actually overstayed. Tapi bila nak dipergikan, ya?

Sebagai kudati, engkau hanya menempek sahaja di rumahku. Menumpang sekejap, walau sebenarnya telah ku lamakan. Engkau bukan pun permanent resident. Apatah lagi citizen. Maaf, ya. Aku sendiri pun sedih juga. Apalah 'cikgu-cikgu' penggemar spesismu akan kata padaku. 

16 comments:

ahmad humairi said...

salam,

.....tak laghat weh, kujan tentunya menghujankan tempiasnya sebagai tanda kejantannannya kat taya...x kira vespa ke mercedes ke...atau dinding. Tak ilang kalo sembo pebris pun.

Tapi....kembang bulunye sungguh menggoda..

Hjh Noralenna Abbas said...

Temuk,
Halaman rumah BC juga menjadi stesyen hentian(RnR) kudati-kudati pelbagai keturunan. Kesannya seperti yang Temuk alami dilaman rumah. Dalam planning nak letak interlocking block di laman rumah, tiada rumput atau tanah. Saya suka bila Temuk bentuk akronim untuk kawan-kawan Tam, menggelikan hati!

sahromnasrudin said...

salam Temuk..saya pun tak berapa gemar kat kucing..boleh bersin dibuatnya huhuhuhu

Temuk said...

Salam CIKGU HUMAIRI

Memang terlupa nak cerita kujan-kujan yg tembak tayar kereta & rak kasut kita dgn senapang air mereka! Yg masuk ke dapo, kat pinggan di sinki pun dema buat kegheje. Memang mengaum jugak gegham ati!

Bulu yang kembang menggoda. Yg masuk hidung pula, menduga kegagahan sistem pernafasan kita!

Temuk said...

Salam HJH NORA

Bila halaman rumah kurang berumput, kuranglah si kucing bersantai di situ. Apa lagi kalau ditutupi dgn interlocking blocks, parahlah kuku mereka bila melayan gian utk berkais.

Kalau ada pokok-pokok yg sudah agak besar di laman, insya Allah laman tetap teduh dan nyaman.

al-lavendari said...

titipkan dia ke rumah anak2 yatim atau NGO yang berkaitan.

saya juga amat alah pada kucing.

Temuk said...

Salam SAHROMNASRUDIN

Semasa zaman kanak-kanak di kampung, saya miliki banyak kucing. Tidur pun dgn kucing. Barangkali sebab dah tak muda sekarang ni, daya ketahanan jatuh merudum. Mudah alah kepada pelbagai elemen persekitaran, termasuk si bulu kucing tu. Mujur tak alah pada bulu mata atau bulu kening sendiri, ya!

Adry@Daun said...

Salam cikgu,
Comelnya kudati yg bernama Tam tu. Sy suka kucing. Kalau blh nk cikgu poskan Tam ke sini..hehe.. Bila kita menyayangi haiwan dgn memberi mkn dn tmpt perlindungan, InsyaAllah Allah akn mbalas kebaikan kita. Kujan2 yg dtg utk mencuri hati Tam tp perlu hadapi persaingan. Kujan dan kuna( kucing betina..he3..) ni akn bertambah galak jika terjumpa, menghidu atau mkn bhgn pkk galak kucing. Kalau cikgu nk kenal pkk galak kucing, sila berkunjung ke blog sy, cari label 'galak kucing'.

DrSam said...

cuma yang pasti, kudati-kudati ni tak ada lah buang anak bila terlajak. tu satu yang bagus dan perlu agaknya dijadikan teladan terutama bohjan-bohjan sekelian alam.

Idalara said...

umah mak di kg berbelas ekor kucing..tak larat rasa nk hidu bau kucing wlupun tandasnya di luar rumah...balik baru2 ni dah tinggal 2 ekor je...selebihnya dihantar ke pusat penjagan kucing..abah tk sampai hati nk buang...nnti jadi pulak kudati..

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Yang sebenarnya kita tak punya tempat sesuai untuknya tinggal di rumah kita. Dah untung tu dapat temporary visa.

Belakang rumah kakak ada 2 ekor org buang. kakak geli dgn kucing tapi kesihan kerana ia perlu makan. Jadi bagi makan juga....

p/s: binatang kesayangan nabi tu...

Temuk said...

Salam Kakzakie
Benarlah tu. Bagi saya, kalau dibela dalam rumah, mesti ada masalah bulu & bau najisnya.

Anak perempuan saya yang tinggal dgn suaminya di rumah lain bela kucing & galakkan saya bela juga, sambil ingatkan itu haiwan kesayangan Nabi. Saya kata, tak apalah, abah akan buat benda-benda lain yang Nabi gemar.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Temuk,

lama saya tidak letak komen...baca2 sahaja.

saya 'tergemar' kat kucing di sebabkan anak2 yang kasi makan kat sekor kudati tu 7 tahun yang lalu...sekarang cucu2 kudati itulah yang saya kena jaga!! ada 4 sahaja yang tinggal sekarang ini...

Ija said...

kesian Tam!! awat babah nak buang? dulu babah buang kucing hitam iza... kesian dia. apa lah jadi kat dia.. tah2 ni anak dia kot.. hehe revenge!!

Tam muka macam kucing iza Ninji... tapi gebu lebih. Jorge ada kata kalau babah tamau, boley bawa dia balik damansara. duduk kat rumah iza tapi nanti lagi berat dia punya baja pit dia..

biarlah dia duduk kat rumah tu.. jadi jaga. ada benda gerak2 nnt dia takut kan kelawar.

yanmaneee said...

nike off white
golden goose
longchamp
jordan retro
golden goose sneakers
nike air max 2018
nike foamposite
air jordan
yeezy shoes
off white nike

noughr said...

aaa replica bags aaa replica bags best replica bags online