Apa lagi kalau yang melompat sempadan tembok dan menyelusup ke ruang kita tu si cantik manis macam Pseudokalima ni.
Pun dia cuma si Bouggainvillea.... yang kita biasa panggil bunga kertas tu.......siap dengan jarum-jarum tajamnya.....tak mengapalah juga, kot. (Takkan aku tak sedar, kaktusku pun menyeberangi sempadan. Kepak-kepaknya yang bersimpang siur tu boleh jadi sangat menyimpangsiurkan pandangan dan perut jiranku).
Pun dia si Pakis Besar.... Kan nampak gagah, tu!
Allamanda Kuning ni (yang orang Putih panggil Yellow Bell.... Golden Trumpet.... Buttercup Flower tu) yang tumpang menjuntai ke tamanku (bukan taman larangan pun!) amat ku Selamat Datangkan. Segar meriahnya empat sekawan. Tentu lebih menceriakan kalau berjuntaian satu platun!
Yang menyeberang sempadan tu semua memang jadi penyeri ruang tamanku. Tentunya juga ruang mata dengan padang hatiku. Tak payah berkeringat dapat pemandangan ayu percuma. Tak payah bermodal, berhias taman secara FOC!
Jadi, dalam suasana begini, kalau misalnya sepelepah dua daun pinang jiran 'terterbang' ke lapangan terbang kita, mungkin tak payah berkiralah. Begitulah rasaku (mudah-mudahan bukan dengan hasrat tunjuk baik, tapi dengan tujuan wujudkan suasana baik). Kalau nak berkira, memang senang sangat. Terbangkan sajalah si pelepah itu semula ke arah berpatutan......
Jadi, dalam suasana begini, kalau misalnya sepelepah dua daun pinang jiran 'terterbang' ke lapangan terbang kita, mungkin tak payah berkiralah. Begitulah rasaku (mudah-mudahan bukan dengan hasrat tunjuk baik, tapi dengan tujuan wujudkan suasana baik). Kalau nak berkira, memang senang sangat. Terbangkan sajalah si pelepah itu semula ke arah berpatutan......
Memang, kalau nak kira pun senang sangat juga. Sebabnya, sesekali kira, bukan sampai sepuluh pelepah pun. Malah lima, malah tiga, malah dua pun tak sampai. Senang kira, tapi nak kira untuk apa?
Tak teringat hati nak berkira atau mengira. Jiran pun jenis yang amat menyanjung warisan bahasa berperi-peri kita.... 'Orang berbudi kita berbahasa....'.
Dek kerana itu, dengan pemantauan yang kadang-kadang adalah juga kealpaannya (kenakan NC - non compliance - ke atas diri sendirilah!), ku biarkanlah juga Raya Kuncupku, dengan rakannya si Kaktus, mengembangkan sayap ke pekarangan jiran berbudi, jiran berbahasa.
Juga si Senduduk Putih kat bawah ni. Yang malahan, ada keturunannya yang bercambah di pangkal, yang telah jiran tanam di ruang tamannya.
Juga ku biarkan si Kertas Orkid yang ku cantumkan dengan si Kertas Kuning ni....
Juga dia ni.... Alahai, siapa pula namanya? (Tolong.... Adry ke, sesiapa saja kat luar tu....!)
Memang, sesekali rasa risau mengetuk pintu hati juga. Manalah tahu, 'para penceroboh sempadan' dari sebelah kita mungkin lebih agresif, atau paras rupa mungkin kurang anggun, atau masing-masing tu asyik mencemari ruang orang pula. Alahai..... baik sangkalah!
Yang kurang ku fikirkan kala ni, reaksi 'jiran' yang seorang lagi ni. Yang lotnya kosong ni. Di manalah dia bermastautin.....
Buat sementara waktu ini ku biarkan para dahan, ranting dan kembangku melebarkan penyelusuran ke kawasannya. Kalau dia datang menetap, mungkin ku lainkan cerita.
Lihatlah antara para 'penjelajah' yang ku biarkan merayap-rayap tu....... si Alamanda Ungu.
Si Kertas Merah......
Si Tasbih, yang selesa berpayungkan Kertas Merah.....
Malah juga si Siantan.... yang orang juga namakan Jarum-Jarum....... Pecah Periuk.
Juga, seperti yang adik kandungnya ada disebut awal tadi ..... si Kaktus. Kebetulan, yang ini, rajin sekali dia berbunga.
Bila nak lainkan cerita, kalau perlu, kenalah jelas dan pasti sebabnya. Ikhlas tujuannya. Hatta, faham akibatnya. Berkira atau mengira, atau pun sebaliknya, memang senang. Tapi tak semestinya menyenangkan.
Berkira atau mengira mestilah lurus haluannya, kaedahnya tak berkait bagaikan kelingking, tak bengkok pula hasratnya, tak huru hara penghujungnya.